Friday, January 30, 2009

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

sekadar info untuk semua :)

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

kemalasan

hari ni saya kemalasan sedikit

cumanya, hari ni saya membizi dengan mengcontact member2 di SKMM, ada projek yang saya nak selesaikan, projek apakah itu??? tungguuuuuuuuuuuu

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Memperkenalkan Sekali Lagi

Saya dan En.laloque telahpun berumah tangga 5 tahun yang lalu.

ini anak pertama saya Arwah Alesha Abriza


dan ini uols semua dah kenal, si lasak an-nisa abriza


yang ketiga masih dalam perut mamanya :P

viruspadu DOT com


Salam semua

Tahniah buat saya :p kerana telah berjaya menDOTcom kan viruspadu blog ini. walaupun masih menggunakan khidmat blogspot sebagai hosting.

Sebenarnya saya dah register DOTcom saya ni lama sudah, cumanya lagi saya tak war-warkan ajer. Almaklumlah uols pun tahu keadaan yang tak berapa mengizinkan ni kan, sejak mendapat rezeki berganda2 ni, saya bersyukur sangat, cuma biasala saya tak tahan dengan mabuknya yang maha hebat ni. Setiap orang lain dugaannya, kalau ini dah tertulis dugaan buat saya, saya terima dengan hati terbuka :)

Sebelum saya menggunakan DOTcom ini harus la saya mencantik2kan dulu kan, sebenarnya DOTcom ini masih dalam pembinaan. Waktu saya sihat saya cuba la godek2, kan senang kalau saya ada manager jugak hikhikhik.

Ok uols, ini cuma entry pembuka bicara jer, dan tarikh juga tiada apa2 yang istimewa, saya akan guna sepenuhnya setelah siap semuanya.

Doakan kejayaan saya menggodek blog ini yer

Salam

Thursday, January 29, 2009

Hijaukan Laman Anda

saya dapat tag dari prebetsabu aka masviona, tagnya hijaukan laman anda, erm saya letak gambar laman sikit2 la yer, itu pun saya copy dari gambar lama2 jer ni, nak gi turun tingkat bawah amik gambar lain tu sikit punya malas la :p

ini bunga gantung, dulu ada, sekarang yilek, sbb cuaca terlalu panas, pokok bunga ini tak dpt diselamatkan :p


yang ni pulak pokok sudut namanya, tp ni gambar lama jugak, sbnrnya rupa skrg dah mcm ala2 hutan sikit


ni laman sikit2, pandangan dari tepi


ini jugak gambar lama, sbnrnya dah mcm lain sikit jugak


cactus kecik


orkid putih


pokok anggur


ada lg pokok cili, pokok limau, tp mcm biasa kalau nak tgk kena search kat blog ni, guna perkataan "laman"

ok sekian terima kasih

saya nak tag ceera dan ummiadam sbb diaorang pun ada laman cantik

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Dah Pandai Mengadu yer

Hari ni nisa bangun awal, maksud saya awal dari biasa

Biasanya dalam jam 6.50am baru dia bangun, tu pun sebab papanya dukung nak bawak dia ke rumah ummi dia

tapi hari ni kan dia bangun kul 6.30am, nak sembahyang subuh kot, bagussss :p

mcm biasa nisa tido bawah ketiak saya, lately, sejak saya peknen ni memang nisa manja sikit ngan saya, mesti nak tido menyelit bawah ketiak saya, mungkin dia tahu tak sampai 6 bulan lagi dia dah ada adik kan, masa tu dia kena beralah la sikit, chewahhh

nisa bangun2 terus tgk muka saya, saya ofcoz dah bangun, tp sbb saya mc kan, baring la balik sebelah dia

"mama, papa ner?"
"papa takde, papa keluar kejap"
"waaaaaaaa waaaaaa"
"papa takde sayang, papa gi kedai"


apa lagi meraung la minah kecik tu, biasanya en.laloque akan keluar kejap dalam kul 6.30am mcm tu, dia akan keluar belikan nasi lemak saya, sebab saya hanya boleh makan nasik lemak makcik tu jer, over kan ai, bab2 menyusahkan laki memang terer :p, makcik nasik lemak tu pun dah kenal sgt ngan en.laloque, memang tiap2 pagi dia dah sediakan satu nasik lemak satu meehun :p , dah nama pun customer tetap gitu kan

nisa tak puas hati saya jawab papa takde, terus dia turun katil terus ke bilik pakaian, carik kot2 papa tengah tukar baju ke iron baju ke, tp papa memang takde kan, bertambah meraung2 la dia

sambil menangis2 tu masuk balik bilik, saya buat tak layan jer saya tahu dia suh saya dukung, nisa oi mama tak sihat sayang, mama tak dapat nak dukung ko tu, bertambah tak puas hati nisa, bertambah menangis la nisa :p

keluar masuk keluar masuk bilik dia menangis tp saya keraskan hati jugak, saje nak tgk apa dia nak buat hiks, kejam sungguh :p, alah lgpun saya memang taknak ajar nisa ni asik berdukung jer

last2 dia tak puas hati, dia lari keluar lagi, tp kali ni dia betul2 buat saya gelak

dia ketuk bilik maksu dia sekuat hati, tok tok tok tok sambil jerit2

"mak tuuuuuuuuuuuu mak tuuuuuuuu uwaaaaaaa mak tuuuuuuuuu" ~ nisa panggil maksu dia jd maktu

wahhhhhhhh anak saya dah pandai mengadu la wakakakaka

kejap2 tu dengar maksunya bukak pintu, "kenapa ni nisa"

lepas tu tgk maksu dia dah dukung dia, cis berjaya ko kan nisa, dpt jugak ko berdukung kan hahahahaha, sambil kepala lentok kat bahu maksu, tunjuk muka puas hati kat mama yer hiks, kesian maksu pagi2 dah kena kaco ngan nisa kan hahaha

"kenapa ngan nisa ni andak"
"saje mengada jer, nak papa dia"
"laaaaaaaaaar"

maksunya dukung, sampai nisa ok tak nangis2 lg, kejap tu papa dia balik, legaaaaaaaa

~ apa pulak peel nisa lepas ni kan, teruja pulak saya nak tgk perkembangan dia setiap hari

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

viruspadu DOT com

salam

Saya rasa segelintir daripada uols mungkin dah tahu yang saya memang dah ada DOTcom sendiri, cumanya saya masih menggunakan khidmat blogspot sebagai hosting.

Buat masa sekarang saya masih dalam usaha untuk menambah mencantikkan apa yang patut la, tp saya tgk, mcm tu jugak blog saya keh keh keh, nampak sgt la saya ni tak kreatif :p

saya terfikir jugak nak buat 3 column, tp masih dalam perancangan lagi

kalau uols ada idea atau nak sumbang idea kat saya apa yang perlu dan tak perlu saya masukkan dalam DOTcom saya tolong la sumbangkan idea tu yer, idea anda sangat2 la diperlukan gitu

ok ini link nya http://viruspadu.com/

salam sayang dari viruspadu @ makmah @ vp

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

kebocoran sudah

sbnrnya dah lama bocor itu paip tau,

tiktiktiktiktik jer dalam toilet tu, tp sbb dalam toilet kan, mmg la dah sah2 basah, tu yang asik tertangguh2 tu, nak2 pulak weols kan jarang ada kat rumah kalau cuti2 sabtu ahad, kalau tak kat rantau mesti kat cheras

oh oh jadi isu kan, kata saya jarang balik rantau la apa la tak adil la asik balik cheras la, adoilaaa... en.laloque baca pun gelak tau, yelah sbb saya jarang sangat blogkan kalau saya balik rantau, alah uols saya ni kan duk seremban kan, memang selalu la sgt saya balik rantau tu, jgn la uols fikir bukan2 ok, mmg itu pun tujuan kenapa duk seremban ni kan,

hari tu kan, terkejut saya masa saya turun ke tingkat bawah, saya tgk tangga dah basah, uish seb baik saya tak tergelincir ke hape kan, apa lagi cepat2 la saya tunjuk kat en.laloque, terkejut dia, dan2 tu terus call abah dia,

dan2 tu pulak abah dia terus bawak geng dia yang memang kejenya expert part2 paip2 ni kan, tolong tgk2 apa yang tak betul, apa yang bocor, apa yang pecah

ha yang panjat tu abah mertua saya tu, dia dok tgk2, apa dia tgk ntah

yang baju belang2 tu kawan dia, apa ke nama dia saya lupa, sbb masa depa wat keje ni saya baring :p, tp saya tak la kejam sgt uols, saya baring lepas saya hidangkan kat meja ngan air ngan makanan semua la kan, takkan tetamu datang kita nak buat tak tahu pulak, senang kan lepas buat2 keje, terus leh minum2 gitu, dan layan2 tu saya serah kat en.laloque lah, badan dah tak daya, mertua saya pun asik la ckp, "ko gi baring lah mah" haaaa kelas kannnnnn mertua saya, very the memahami gitu


memang terer la, kejap jer dia tgk2, kejap2, tup2 siap sudahhhhhhh... dia bgtau paip ni tak sambung2 bla bla bla, arghhhh keje2 tu biar lelaki jer yang paham, huhuhuhuh...

agaknya dia tgk tin2 cat kat luar, siap dia pesan kat en.laloque "along kalau nak cat rumah ni panggil jer pakcik yer"

weols pun terfikir, elok jugak tolong2 dia tambah rezeki kan, sape lg nak tolong orang kampung sendiri, tgk la mcm mana nanti, weols cat rumah sendiri pun memang tak habis lagi, maybe mintak tolong dia jer,

~ oh saya masih mencarik helper weekend :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Wednesday, January 28, 2009

rombongan cik kiah ke shah alam

hari tu saya bukak blog kaklang, ternampak pulak amaran ni ha

"Hari sabtu ni ade lori.. so, hari sabtu ni, boleh lah angkut barang!!!
PERHATIAN TUK ADIK BERADIK KU, SILA FREE KAN DIRI ANDA SUMER TUK MENOLONG AKU TUK ANGKAT BARANG2!! JASA KORANG SUMER AKAN DI KENANG.."

ha dah baca tu tak reti2 ke nak balik cheras tolong kan, masa saya pindah dari serdang ke seremban dulu kaklang banyak tolong weols kan, so kali ni takkan nak buat2 tak baca pulak kan, nak2 plak en.laloque pulak ajak balik cheras sbb dah few weeks tak balik kan, dah dia ajak tu saya balik la kan, lg la saya suka, takkan nak tolak pulak kan, lgpun saya duk dalam kereta jer pun, cuma cabaran saya adalah nisa la, dia henyak2 perut saya dalam kereta, tu yang tak tahan tu

weols sampai rumah kul bape ek? erm disbbkan zack-u keje kan, kena la tunggu dia abis keje dulu baru leh balik kan, so dalam kul 1 baru gerak, dalam kul 2 lebih sampai la cheras

tanya2 mak, lori dah sampai kat rumah kaklang, en.laloque mcm dah paham2 la kan, terus dia gi nolong angkat barang, saya pulak pandai2 la bawak diri, duk umah mak saya, saya ni kalau ikut kang lg buat masalah jer, susah lak en.laloque nak buat keje dia kang

gambar2 ni saya curik lg dari blog erieq hikhikhik sbb saya tak ikut dorang punggah barang kan, so mana nak ada gambo2nya

ha tu dia rumah baru kaklang, very the besar tauuu kagum ai


lorinya kecik jer, sbb kaklang tak plan nak angkut semua barang kat rumah lama dia, dia plan nak beli baru, huhuhuhuh rumah baru harus perabot baru2 gitu kan, bila lg nak merasa barang baru2 hiks, alah lgpun rumah lama tu pun rumah dia kan, ada sape2 nak kisah barang2 dia jugak yang tinggal


dorang ni tgh buat lawatan keliling rumah ke hape masa ni kan

en.laloque borak2 ngan jiran depan rumah mak saya, namanya abang jamal, abang jamal ni baik sgt ngan keluarga weols, dah mcm sedara mara pun yer jugak weols rasa, jiran terbaik katanya :p

ni geng2 kelendan lori angkat barang minum2 dulu la gamaknya lepas penat2 angkat barang tadi kan, ish kira sikit la jugak barang2 nya kan seb baik tak angkut semua, banding dengan angkat barang2 saya pindah dulu,

penat sgt gayanya laki gua, tersandar mcm tu sekali

haaa... lepas tu depa balik la cheras balik, malam tu kan weols gi rumah atam kan makan2, terus ke rumah kaklang, kali ni saya dah igtkan en.laloque supaya bawak kamera, suh dia amik gambo, so baru lah ada gambo2nya ni ha...

hahahah sampai2 jer terus penuh rumah kaklang tau, tgk masing2 tawaf kat dapur baik punya,


nak naik tangga pun kena beratur ok hiks


bahagian atas


budak2 pulak sibuk nak bukak ps2, main game mar, takkan nak join makpak dorang gosip2 terkinja2 dalam bilik kot :p


kfc td tak habis, sambung makan kat rumah kaklang pulak hiks :p

nisa harus ngan mentor dia maksu :p

uteh, ciput dan ceera


weols sembang2, borak2, masing2 lepas tu capek sudah, kepenatan tau

weols balik ke cheras dlm jam 11 lebih mcm tu la

rumah kaklang memang besar, memang puas hati la, pada saya cukup besar untuk tinggal berlima kan, dan kita bersyukur dengan setiap rezeki kita kan, maybe pada orang lain rumah ni biasa2 ajer, tp pada yang berusaha mendapatkan rumah ni sudah pasti berasa puas dengan hasil usaha selama ni kan, wuiiiiiiii bukan senang nak beli rumah uolssss...

andak tumpang gembira dengan apa yang alang ada sekarang, alang senang andak turut berasa senang

bila nak buat BBQ?

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Tuesday, January 27, 2009

jalan2 rumah ceera

almaklumlah orang baru la katakan ewahhh...

ceera kan baru pindah rumah baru dia, dan semua ahli keluarga saya dah pun pegi melawat2 tgk2 rumah atam, tinggal lg saya jer tau yang belum jejak kaki kat sana, oh kakcik pun belum penah lg, so alang2 konon nak tolong kaklang pindah rumah, kononnnnnn la saya nak tolong wakakaka saya tolong tgk jer mampu la seb baik ada en.laloque kannnnn, mak pulak nak gi rumah atam ukur tingkap rumah atam nak jahit langsir, weols semua tetiba gediks masing2 nak ikut,

konon mcm ni, nak singgah rumah atam kejap, lepas tu terus gi rumah baru kaklang

tp kan ada budak tu kan, tetiba sgt la bermurah hati nak membelanja weols makan2, apa lg weols semua on la kan, rugi wooooooo tolak rezeki gitu

sampai2 rumah atam, abis weols geledah satu rumah, dari depan ke belakang, belakang ke depan balik, uteh pulak ngan kakcik terus keluar gi beli kfc, yummyyyyyyyyyyy

ini dia rupa seorang yang bermurah hati membelanja weols makan2


sampai2 ajer terus masing2 serangggggggggggggg!!!! perut masing2 pun dah lapar benor kan, makan ramai2 ni terasa lapar sgt la, meriah gitu

lepas makan2 tak hengat, destinasi seterusnya adalah rumah kaklang...

~ gambar2 juga saya kidnap dari blog erieq, en.laloque lupa snap gambo, boleh tak sampai2 rumah atam dia tido wakakaka... kelassss laki mak kan nyah

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Monday, January 26, 2009

yang penting hepiiiiiiiiiiiiiii

tak kisah la walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, yang penting kita

HAPPYYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!


kalau saya lompat sekali ni mcm mana la agaknya kan hikhikhik

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Sunday, January 25, 2009

si putih melepak

dia main bedak lagi, tp kali ni kena marahkan apak eh, sebab nya kan, memang papanya beli khasssssssss untuk anak kesayangan dia ni main hiks... ni dah abis putih2 umah opah ni sape nak kemas balik ni ha, jawab! jawab!

sambil dia pakai bedak, sambil tu la mulut dia bercakap "cantikkkk... cantikkkk" yolah tu!


dan mangsa seterusnya tak lain tak bukan, supporter dia lah, papa nya yang sanggup bawak dia pegi kedai semata2 nak beli bedak kekdahnya kan, ha hambek ko, dengan muka2 melepak, abis dalam mulut pun dia bedakkan jugak, kenyang la ko di sana wakakaka


haaa kaki pun bedak, konfem wangi la lepas ni :p


sbnrnya ramai lg mangsa bedak si nisa, tp lupa lak amik gambonya, bukan lupa lah, acik malas, ini pun cilok dari kamera uteh ni ha hiks

selamat bercuti2 uols

jangan makan ajinamoto banyak2 tau hiks... larikssssssssssssss

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Saturday, January 24, 2009

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina

Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat bercuti panjang dan Selamat menyambut tahun baru cina kepada semua

kelmarin, masa kepala saya berdenyut2 dicampur pulak ngan muntah2 teruk sampai takleh angkat kepala, en.laloque yang kena hadir meeting terus pecut balik rumah, bayangkan dari putrajaya ke seremban tu, bapak la jauh kan, tp bini dah sakit2 nak buat mcm mana kan, alahai kesian betul laki guwe

sampai2 rumah, dia terus pimpin saya bawak jumpa doktor sukhilmi, dan mcm biasa jugak la doktor nampak muka saya yang pucat lesi jer confirm dia nyakat saya suh tahan wad kekekeke, sabo je la tau


saya memula saspek maybe sbb saya kena kencing manis sbb tu kepala sakit2, so mintak la doktor check

doktor check gulanya rendah katanya sbb tu la pening sakit2 kepala tu, dengan tekanan darah pun tak berapa biasa sbb tu punca2 pening dan muntah2 jugak, pulak tu baby aktif bebenor kan, lg lah mamanya lembik gitu

oh itu jer kot laporan mengandung yang tak abis2 lagi mabuk dari saya, harap2 lepas ni saya dapat berblog seperti biasa kannnnnnn

saya rindu uolssssssss la tauuu

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Friday, January 23, 2009

perasan kuat!

ini adalah cerita ahad lepas, yang mana saya adalah seorang yang perasan konon2 badan dah kuat sepenuhnya, boleh tak dengan mengada2nya saya ajak en.laloque jenjalan ke jusco lalalala

alaaaaaaaaaa dah lama lah tak pi jusco dopan umah acik jer haaaa

muka tak payah la nak mekap2, nak tepek bedak pun kim salam la, tak kose acik tau, geli betul ngan mekap2 segala bapak jadah tu semua, memang betul2 natural beuty sungguh la hiks, memang kalau orang tgk, ish apa pompuan pucat ni buat kat sini, lari dari spital ke hape kan hiks


saya sbnrnya berniat nak beli baju sikit, almaklumlah baju2 yang ada semuanya sendat2 belaka, kena la sedo diri badan dan kembang2 setaman ni ha, perut dah kedepan, pakai baju biasa memang buruk nau kekdahnya, saya sendiri nak tgk pun malu :p



tapi tulah, niat dan angan berangan2 saya jer lebih, baru jalan dua tiga tapak dah sibuk ajak en.laloque balik huhuhuh, napas pun dah tercungap2 gitu, gilo lah

sudahnya selai baju pun saya tak beli, hampesssssssssssss

malam tu toksah cakap la, kaki saya punya sakit, sampai takleh bangun, jalan pun dah terbongkok2

si sepet saje sakat saya masa tu
"eh andak jalan dah mcm opah"

cissssssssss!!!!!!!!!!!!

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

My Frozen Food @ Supermomlittleshop

salam semua, maaf la yer, kesihatan saya agak terganggu kembali dua tiga hari ni, baru plan nak update blog secara kencang, tp akhirnya kesihatan membatasi segala2nya gitu, alah uols pun paham kan, sebab tu saya sayang uols semua, walau mcm mana pun saya tak sihat, saya cuba jugak bukak blog dan jawab2 emel walaupun ada tu yang dah bapak basi emel baru saya balas keh keh keh, eh buat yang emel pada saya, email add saya adalah viruspadu[at]yahoo.com.

ok kali ni saya nak bantu salah seorang member blogger kita ni, dia ni memang seorang usahawan yang cekal lah, saya suka betul tgk orang2 kita berniaga, saya pulak niat2 nak berniaga, tp niat ajer, bergerak nya tak jugak, takpe la niat pun dah dapat pahala gitu kan hiks

kawan saya aka aliah ni berniaga frozen product, mcm karipap, kuih cara dan mcm2 lagi lah, ni antara contoh karipap yang saya copy dari blog dia


ok2, meh baca ni lagi mudah uols faham

M - Murah, harga berpatutan.
U - Umphh!! di jamin sedap..
D - Di buat 100% HOMEMADE.
A - Amat senang di sediakan. segera di nikmati..
H - Halal dan berkualiti..

Produknya terdiri daripada;

Samosa
Tembosa
Bergedil
Chicken Pie
Karipap Sardine
Kuih Cara Manis
Kuih Cara Berlauk
Hunaffa (Roti Jala Berlapis Inti)

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk tersebut.... silalah bertandang ke blog ini... Terima Kasih http://supermomlittleshop.blogspot.com/

apa lagi uols, siapa yang nak buat jamuan ke party ke kat opis ke rumah ke, senang jer, order jer, pastu goreng sendiri gitu kan, senang dan mudah dan sodappppppppppp gitu, tak payah lelah2 nak gentel tepung kannn...

apa lagi klik2 sini tgk2 dulu, mungkin bukan sekarang nak beli kan, maybe later2 ker, takpe, takde sape paksa, kalau berkenan try jer :p

~ alah saje saya bantu kawan2 berniaga uols, tade niat apa2, kalau kawan2 kita maju, kita pun turut gembira gitu kannnnnnnn

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Wednesday, January 21, 2009

bakal peserta AF

tetiba jer minah kecik ni amik minyak yuyi cap limau, terbalikkan, bontot botol tu dia buat mcm microfon, sape ajar ek??? hahaha, tetiba dia nanyi pulak, nanyi punya bersungguh2 tu hahaha siap pusing2 lagi

lepas tu tergigit lidah wakakakaka, kelakar betul la

dan selepas itu, papanya resque la...

saya kat tepi mcm biasa, tukang tengok, tukang gelak

mcm2 peel betul minah ni

~ sila abaikan keadaan bersepah2 itu yer

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

seksa jugak guwe

seksa jugak guwe

yelah dah lama tak keje kan, so bila start keje ni, balik tu mcm biasalah kena jemput nisa kan

umangaihhhhhhhh agaknya dah lama nau dia tak dapat nak dera mama dia kaw2 punya, tu yang dapat peluang ni dia tak lepaskan tu

masuk2 ajer kereta, saya rasa ada la dalam 10 minit saya memujuk budak setahun 10 bulan ni duduk pakai belt sekali, mcm2 kekdah dah pakai ni, semua jenis gula2, coklat, dan apa ajer yang ada dalam beg saya keluarkan nak pujuk dia duduk punya pasal, adoiyaiiiiiiii

bila dah berjaya, tak sampai 5 minit! hilang!

hahahaha ha kaoooo dah ilang dah, tinggal belt jer, budaknya dah terkinja2, kejap nak ke belakang, kejap nak ke depan!

ini budak tak reti diam!


ada sekali saya toleh ke belakang, tgk dia tgh pura2 tido sambil baring kat seat belakang wakakaka, tinggi imaginasi budak ni, sorang2 pun boleh main2 mcm tu tau, kalau dah ada adik lg riuh la gamaknya, mesti lagi best hiks

lepas tu kan, hahahaha ini saya rasa mcm kelakar la, nisa mcm biasa tgk depan sekali dia jerit2


"mama! mama! tu! tu! papa!"
"apa dia nisa"
"tuuuuuuuuuuuu tuuuuuuuu papa tuuu"
"mana?"
"tu tuuuu papa"

saya mcm pelik la, sekali pandang depan, dia dok tunjuk gambar MBNS tu wakakaka

ado mcm muko papa kau ke MB tu hahahahaha

tak boleh tahan saya tergelak, ha kau, terus gelak besar

dok dalam kereta ngan nisa ni, memang takkan bosan la, ada jer benda baru yang dia buat, yang membuatkan saya gelak tau, elok ko masuk raja lawak dah besar nanti nisa oi hikhikhik

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Sunday, January 18, 2009

Spa Q dan TOk Ti

ahaks, first time ok saya tgk tok ti berlakon, teruja pulak rasa ahaks, saya pulak yang tersenyum2 kambing bila tgk dato' siti tersenyum awwwwwwwwwww



Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Usia Kandungan 16 Minggu

Lilypie Expecting a baby Ticker

kandungan: 16 minggu 5 hari
Due Date: 30 Jun 2009

Tinggi: 167 cm kot
Berat: 56.8 kg ~ ikut timbang terakhir

Keadaan: Muntah2 dah kurang sikit, makan dah ok sikit, pipi makin gebu, perut makin nampak

Paling ditakuti: Kencing manis :p , acik tak sanggup pakai insulin lg macam mengandungkan nisa dulu, setiap hari kene enjet sendiri 3 kali sebelum makan, serammmmmmmm

Perkara yang dirindui: SHOPPING!!!!

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Saturday, January 17, 2009

andak nak makan apa?

senang hidup saya kan

en.laloque takde cuti weekend ni, bukan la takde sepanjang masa, tp dia berkursus kat pd nun, nisa pulak atok nenek rantau udah kidnep nak bawak nisa jenjalan ke keratong, so tinggallah saya dan sepet ajer kat rumah,

mulanya saya igt sepet nak balik cheras, tp dia last minit cancel plak, dia kata tak larat pulak, so dia nak rehat2 ajer

sepet balik keje sampai rumah dalam jam 1 tengahari mcm tu la, dia balik naik teksi ke member dia hantar ntah, tahu2 dah ada depan rumah jer, terpaksa la tumpang2 gitu kan, en.laloque takde, kembara saya pulak mertua saya pinjam

so dah tengahari perut dah lapar

"andak nak makan apa? kita masakkan"
"erm andak nak daging beger"
"nak berapa?"
"dua cukup la"
"elehhhhhh betul ke dua tu cukup"

wakakaka... sabar jer la, yelah biasanya dia masak cukup2 yang saya mintak, tp saya belasah yang dia punya sekali wakakakaka

ni dia... tukang masak yang matanya sepet...


sedapppppppp!!!!!!!!!!


"andak nak sayur tak?"
"nape?
"takdelah kita takut sayur tu layu dalam tu"
"erm masak jer la"
"nak masak semua ke? kang tak abis pulak"
"masak jer semua, bukannya ada nasik, ratah sayur jer pun"
"ok"

weols memang taknak makan nasi, lgpun saya geliiiiiiiiii sgt tgk nasi huhuhuhuh

sebelum masak nampak mcm banyak, bajek2 makan tak abis ahaks


bila dah masak, terasa mcm tak cukup pulak!

best ooooooooo ratah2 sayur mcm ni, nak2 plak tukang masak dia mmg terer masak kan,

"ana mcm tak cukup kan"
"haaaaaaaaa sayur bendi ada lg dalam tu"

haaaaaaaaaa... masing2 memandang muka antara satu sama lain sambil senyum2 kambing, ye kami memahami makna pandangan itu wakakakakaka

lepas tu, korang bayangkanlah sendiri apa jadik :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

root beer float

ahaks... ini adalah satu pemakanan yang tak sihat yer untuk wanita mengandung, eh bukan pemakanan tp peminuman hikhik, rasanya lah tak sihat kot

dah tu tetiba teringat pulak kan, laki pulak melayan kehendak bini eh huhuhuhuh, alah setakat merasa2 gitu kan

mula2 kena ada air a&w yer, pastikan sejukkkkkkkkkkkkkkk


dan aiskrim vanila


kemudian campurkan air ituuuuuu... kocok2... iyaaaaaaaaa dikocok2 ya ibuk2, baru terasa nikmatnya


dan minummmmmmmmmmmm arghhhhhhhhh leganya masuk ke tekak, ops ini model saya!

wajah saya mcm biasalah, enggak boleh kasik tayang sini, very the sheksa tauuuuuuu

ok selamat terliur uolsssssssss

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

lima kedai :p

tag dari asmida, ish mcm nama citer ali setan lak kan hikhik

"ali setannnnnnnnn ali penipuuuuuuuuuuu" wahhhhhhh tetiba drama pulak! sewel ke hape kan

ok2 jom start!

Soalan: Nyatakan 5 kedai yang anda pantang jumpa mesti nak masuk dan beli barang.

ahaks, adoiyaiii dah lama nau saya tak shopping kan, takpe2, tunggu la saya sihat sikit, harus ku terjah semua shopping complex yang ada kat malaysia ni, list2 barang2 yang teringin nak beli dah berlegar2 ajer dalam kepala hotak ni ha, tunggu lagi nak sampai ke sana jer tak jejak2 lg keh keh

ok2 ini antara list kedai2 yang kalau TER lalu harus saya nak menyinggah :p, singgah tp tak beli pun ada, kopak la acik kalau singgah asik nak beli kan, lain lah kalau income nuffnang sampai RM2k sebulan gitu hiks


1. kedai english style
tak kira la KKhome ke romantika ke, janji ko english style, mesti nak singgah tgk2, kalau tak dpt sgt sgt sgt la singgah, harussssssss jeling kepala teleng2 gitu, itu tanda kasik isyarat kat en.laloque suh dia benti sbnrnya, tp selalunya dia buat2 tak paham jer


2. jusco!
wakakakaka acikkan duta jusco tak terlantik uols, mcm ada ajer kat jusco tu acik nak beli tau, dah kena manderem ngan jusco ke hape ntah

3. kedai pakaian kanak2
ontahla, mesti nak singgah la, nak cari baju nisa, mama pakai baju buruk takpe, tp baju anak mestiiiiiiiii vogue2 gitu, sbb mcm best la tgk nisa cantik2 comel2 gitu kan


4. kedai cenderahati / pink2
saya suka tgk benda comel2, hiasan2 atas meja gitu, walaupun tak beli, tgk2 cuci mata jer dah cukup dah, yelahkan beli2 kang nak letak mana pulak, so cuci2 mata cukup

5. bahagian bantal / cadar kat dalam shopping kompleks
saje suka tgk2 jer, belinya takde la, sbb biasanya cadar2 kan mahal kan, beli kalau betul2 ada duit ajer gitu, so tgk2 jer, lepas tu sambil tgk sambil tu tangan gatal2 la pegang sana pegang sini, lembut kan..... pastu berangan banyak duit, nak tu nak ni, nak cadar tu nak cadar ni, nak toto tu, nak cadar pink ni, hahaha berangan ajer la, belinya idak hiks

ahaks... buat masa ni tu jer yang terfikir, seb baik mintak 5, kalau mintak 10 matilah kena fikir hahahaha, dah la skrg ni otak asik jemmmmmmm jer

saya nak tag sepet la hahaha saje kasik dia hangen sikit :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^