Thursday, April 30, 2009

bermuka-muka

i hate u!

tak suka betul dengan orang bermuka2 ni

ok tu jer, keh keh keh...

~ sebenarnya tengah sakit hati gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr, sabooo saboo... jangan bercakap ketika marahhh gitu kan, kang lain lak jadiknya kang

ustazah an-nisa versi II

semalam, balik dari kerja, singgah rumah ummi jemput nisa

dari jauh saya tengok minah kecik tu terkedek2 lari,

alahaiiiiiiiii comeinyaaaa, sedondon jer kaler dari atas sampai bawah, kecuali kasut la, kasut totap kaler pink kan, itu harusssss

en.laloque jugak dari jauh mata dah bulat2 buat signal suh kuarkan kamera amik gambar anak dia hiks


kelangkalibotbotbot jugak saya mencapai beg kat belakang, selongkar beg yang sangat "kemas" kekdahnya, mencari kamera yang terpelosok kat bawah2, cepat2 snap, panik plak rasa masa tu wakakakaka, itu pun sempat nak panik tau, gilo!

en.laloque dan ummi yang tak tahan tgk gelagat nisa, siap lari2 tak sabar nak tunjuk tudung cantik dia kat mama


"mama mama ca tai dung, tantekkkkkk" beh kurang gitu la bunyi dia
"hushhhh cantiknyaaaaaa cica"
"mama tai dung, ca tai dung tannnn" sambil tunjuk tudung saya, tunjuk tudung dia
"a ah kan sama, nisa ada tudung satu, mama ada tudung satu"
"aaaah... tameeee... de uweeee" (a ah sama, ada dua)
"yeeeeeeeeeeeeeee" tiba2 tepuk tangan suka


sekarang saya pegi keje, dah tak bawak kereta sendiri dah, setiap pagi en.laloque akan hantar saya lah, jadiknya, bila en.laloque hantar harus la dia jemput balik sekali kan, dia keluar opis kul 5 kan, so dia sampai seremban jemput saya dalam kul 6 la mcm tu, wahhhhhhhhh skrg saya jadi pekerja yang sangat cemerlang ok, datang opis paling awal, balik lewat lagik.... huhuhuhuh eh kul 6 tu kategori lewat kah hahahahaha... dush dush dush


ummi: "mah, kak shasha ckp, amik la tudung tu dia bagi nisa"
saya: "hihihihihihi, baiknya kak shasha nihhhhhhhhh"


suka lak saya tgk ummi dan kak shasha sangat sayangkan nisa :D

Wednesday, April 29, 2009

tiba2


tiba2 terasa lapar

tiba2 terasa nak makan ketam bakar

tiba2 terasa nak makan ikan bakar cicah air asam

pehhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, April 28, 2009

tungku besi berpemegang

ini tungku, chewah mcm la uols tak kenal

ini pun penting ni untuk lepas bersalin ni

saya beli kat giant senawang, dalam RM35

tp saya tgk kat internet, depa jual lg murah gitu, RM20 sajork, cuba uols tgk kat pesonawanita, kat sana mcm2 adaaaaaaaaaaa

harap info tak seberapa ni dapat membantu uols, untuk ibu baru dan semua lah

daaaaaaaaaaaaa

vp bersama dot com

saje nak update kat sini

sudah hampir sebulan saya mengemaskini blog saya di page baru saya

jadi kawan2 ku yang ku sayangi

jom ke page baru saya jom

http://www.viruspadu.com


jom jom

ops jangan lupa tambahkan link dotcom saya yer, tp link blogspot ni jangan delete yer, saje la wat kenangan gitu

daaaaaaaaaaaa

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

Al-Muntaqa - Busana Muslim

Salam

jom kita tgk satu lagi produk, semalam baca pasal pakej2 pengantin kan, hari ni kasi la can kat member kita ni, bagus ok untuk kita2 yang mencari baju2 ala2 gini, cari jubah ke kan kan kan

salah satu contoh jubah yang dibuka untuk tempahan, saya cari jubah pink, tapi maybe depa tak upload lagi, aimi cepat upload stock baru yer



saya suka tgk kawan2 berniaga, saya suka ceera berniaga jugak, baju ceera pun cantik2, tunggu la saya lepas bersalin kang... huhuhuhuh

ok siapa2 yang bekenan dengan jubah yang saya letak kat atas tu, jom klik2 kat sini

atau klik sini :













"Nama kedai ni AL-MUNTAQA... menjual baju muslimah macam jubah dan blouse (akan datang), juga swimwear utk adults n kids. yang tutup punye la sebab kat kedai cam susah dan mahal kan. semua ni diimport, bukan dari Malaysia." ~ al-muntaqa

untuk penghantaran , AL-MUNTAQA menggunakan perkhidmatan pos laju dengan bayaran dari rm6 sahaja.. boleh juga kalau nak jumpa dan ambil dimana2 yang memudahkan pembeli, boleh la janji2 kat mana2 gitu, (KL, Seremban)

T & C
1. All items are brand new
2. Items sold are not exchangeable or returnable
3. Payment to be made within 2 days after confirmation via Maybank/CIMB account.
4. Postage rate (poslaju): according to weight and location
5. To purchase: please text me at 0122515915 or mail us at almuntaqa@gmail.com
6. C.O.D. is available at: TTDI , The Curve, Damansara Perdana, Shah Alam. No extra charges for c.o.d.

ok uols, selamat bershopping

maklumat lanjut atau nak tgk lain2 produk sila ke blog AL-MUNTAQA atau hubungi no telefon yang tertera di atas, jangan tanya saya pulak hikhikhikhik...

Dua Beranak Itu


sweet jer tgk dua beranak ni melayan tv, berita ke hape masa ni

saya mcm biasa lah, bersandar kat bebeh (anak2 patung) tepi dinding sambil pegang2 perut

p/s: papa, dah byk hari papa tak mengaji kat perut ni, nanti baby merajuk kang :p

Monday, April 27, 2009

Sri Bridal Boutique [entry baru di bawah]


Salam semua

Kali ni saya nak cerita sikit kat uols pasal butik pengantin sahabat saya, kalau uols yang sedang merancang nak adakan majlis perkahwinan ke pertunangan ke elok la baca sampai habis, yelahkan mungkin pakej yang disediakan ni sesuai dengan uols, sesuai dengan bajet kewangan uols, sesuai dengan hati dan perasaan uols, tu dia... siap ngan hati dan perasaan lagi tau

Mula2 uols boleh klik kat link laman web sri ni dulu, tp nak baca sampai habis dulu adalah sangat2 dialu2kan lah, lepas tu belek la web dia untuk dapatkan maklumat lebih lanjut pakej2 yang disediakan

"Perkara yang terbaik dalam hidup saya ialah apabila hasil make-up dan penataan saya pada pelanggan saya ~Aiza Soad~ mendapat perhatian dan pujian dari wartawan The Star. Walaupun gambar yang Aiza loadkan dalam blog nya tidak begitu terang, tetapi dari nada suara nya, saya tau dia begitu teruja skali. Alhamdulillah... kalau customer saya suka, saya apatah lagi, beribu2 kali suka sampai terloncat2 hahahaha" ~ fealize



Link blog Aiza Soad http://larrabeadslover.blogspot.com/2009/04/dah-masuk-dah-heeee.html

Orang yang sangat minat dengan kerja dia, kita dapat tgk daripada hasil kerja tangan dia. Bila saya baca sendiri kegembiraan yang digambarkan oleh sri, saya tahu dia betul2 suka, minat dan ikhlas dengan apa yang dia buat sekarang, iaitu, mekap orang kasik cantik marrr...

Dan orang juga kalau minat dan ikhlas dengan apa yang dilakukan jugak, customer la yang paling untung sekali kan, sebab dia akan buat yang terbaik sekali, chewah!

Pakej yang disediakan


-klik untuk paparan yang lebih besar-

Atau klik di sini http://www.sriyanti.com/2009/04/bridal-pakej.html

PAKEJ EKSKLUSIF CITRA TERINDAH

*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(French Lace+RM200)

*Sepasang Pakaian Berinai

*3 Helai Persalinan Pengantin Perempuan

*Makeup 2kali

*Jurugmbr(Pakej Klasik)

- HANYA RM2788.00


PAKEJ HATI BERKASIH
*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(French Lace+RM200)

*Sepasang Pakaian Nikah

*3 Helai Persalinan Pengantin Perempuan

*Makeup 2kali

HANYA RM1888.00


PAKEJ SUKMA CENDANA
*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(French Lace+RM200)

*Sepasang Pakaian Nikah/Berinai

*Makeup 2kali

HANYA RM1688.00


PAKEJ CINDAI ASMARA
*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(Lace+RM200)

*Makeup 1 kali

HANYA RM1400.00

PAKEJ DEBAR BERADU
*Sepasang Pakaian Bersanding(Lace+RM200)

*Makeup 1 kali

HANYA RM888.00


PAKEJ BERTUNANG
*Sepasang Pakaian P sahaja(Lace+RM200)

*Makeup 1 kali

HANYA RM488.00

Lain2 Perkhidmatan :

*Makeup Nikah/Bersanding - RM250~RM450
*Hiasan Meja Makan - RM250~RM600

*Hiasan Kamar Pengantin- RM250~RM500

*Design Hantaran-RM30~RM80 per dulang

**Caj Perkhidmatan Luar Bangi - RM50~RM250


Utk maklumat lanjut, hubungi kami di talian : 016-2246256 / 014-6492027. email : fealize1010@yahoo.com or sriyanti_ahmad@yahoo.com YM : fealize1010


ha mcm2 nama pakej nya kan, kelas2 pulak nama2 pakejnya... hikhikhikhik, sekali baca terus teringat2 gitu, so uols boleh tgk la mana pakej yang sesuai dengan bajet uols yer, kalau nak bincang2 lagi pun takde masalah, contak ajer no fon yang dinyatakan kat atas, taknak call pun takpe, kot la malu kan, ha YM ajer, takpun emel ajer, abis cito, zaman IT la katakan, semuanya di hujung jari anda jer

bukan tu saje, Sri Bridal Boutique juga ada menyediakan pakej fotografi bagi memudahkan customer tak payah susah2 nak carik asing2 gitu, boleh deal terus dengan dia,


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar

atau klik di sini http://www.sriyanti.com/2009/04/pakej-fotografi.html

Pakej fotografi yang ditawarkan oleh Sri Bridal juga amat2 berpatutan,bersesuaian dgn keadaan ekonomi sekarang yang tidak begitu menggalakkan pembaziran. Pakej2 ini adalah bersesuaian utk semua jenis majlis samada majlis perkahwinan, birthday party, cukur jambul, group photo dsbnya. Hubungi Sri Yanti di talian 016-2246256 atau Ezad 014 6492027 utk maklumat lanjut.

Pakej A :
~ Photobook Custom 5 X 7
~ CD with unlimited photos
~ 60 pic 4R printed
HANYA RM 390.oo

Pakej B :
~ Photobook Custom 6 X 8
~ CD with unlimited photos
~ 80 pic 4R printed
HANYA RM 428.oo

Pakej C :
~ Photobook Custom 8 X 10
~ CD with unlimited photos
~ 80 pic 4R printed
~ 11" x 14" potrait picture
HANYA RM 538.oo

Pakej D :
~ Photobook Custom 8 X 12
~ CD with unlimited photos
~ 100 pic 4R printed
~ 11" x 14" potrait picture
HANYA RM 648.oo

Pakej E :
~ Photobook Custom 10 X 12
~ CD with unlimited photos
~ 100 pic 4R printed
~ 12" x 15" potrait picture
HANYA RM 788.oo

Pakej F :
~ Photobook Custom 11 X 14
~ CD with unlimited photos
~ 100 pic 4R printed
~ 16" x 20" potrait picture
HANYA RM 868.oo

Pakej Klasik :
~ Sticky Album 10 X 12
~ CD with unlimited photos
~ 120 pic 4R printed
~ 2pcs 8"x10" with design
HANYA RM 350.00

Pakej Biasa :
~ CD with unlimited photos
~ 11" x 14" potrait pic
~ 2 jam sesi.
HANYA RM 250.00

***Caj Perkhidmatan Luar Bangi ~ RM50 - RM 250
***Caj Penginapan (jika diperlukan) ~ RM200

macam kat atas jugak, pelbagai pakej disediakan untuk memudahkan uols buat kira-kira yang mana satu kena dengan bajet uols, tp kalau pakej ni ada benda ni takde, pakej ni takde benda ni ada pulak, erm kot la kalau semua pakej tak kena pada bajet, jangan gusar2, call ajer la sri atau ezad tu, insyaAllah semua benda boleh runding2 gitu kan


Tema Sri Bridal Boutique

" Rias Hari Bahagia Anda Dengan Pakej Kami Mengikut Kemampuan Anda "

"Maksudnya Sri Bridal Boutique amat2 mengalu2 kan kedatangan bakal2 pengantin atau customer2 yang mesra-ekonomi gitu, tak kisah apa2 pun mahupun yang level pertengahan atau atasan. Sri Bridal Boutique akan cuba buat yang terbaik utk pengantin dan pelanggan kerana Sri Bridal Boutique amat mementingkan kepuasan pelanggan dan bukan sekadar nk buat ala kadar saja"

pakej2 yang ditawarkan adalah amat2 berpatutan bersesuaian dgn keadaan ekonomi semasa sekarang yang tidak begitu menggalakkan pembaziran, pendek kata pakej2 yang disediakan adalah sangat mesra-pelanggan gitu

"saya lebih suka jika bakal pengantin datang ke butik saya dengan idea busana yang mereka inginkan. Maksudnya jika mereka inginkan design busana seperti lace hijau dan satin pink untuk kebaya, insyaAllah saya boleh rekakan busana tersebut dan mereka boleh sewa busana itu dari saya dgn harga yang sama seperti dlm pakej @ no hidden cost. Tapi jangan la suntuk sangat masanya, dan kalau boleh datang ke Bridal saya dengan idea2 itu pada 2 atau 3 bulan sebelum majlis. Maklumlah nak cari material dan perkara2 lain yang perlu dibuat, makan masa jugak. Kalau sebulan or kurang dari itu datang ke butik saya dan minta saya rekakan, memang tak cukup masa, unless kalau betul2 emergency mungkin saya boleh pertimbangkan"~ fealize

faham tak uols, makanya lebih mudah kalau jumpa face to face dengan sri, tgk baju sendiri, tgk pelamin sendiri, boleh jumpa borak2 runding harga sekali gitu, nak rekaan baju pengantin lain dari yang lain pun boleh sembang2 dulu, kahwin sekali seumur hidup uols, harusss bincang sedalam2nya kan

Sri Bridal Boutique juga ada menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran, fesyen2 hantaran terkini mohon uols klik klik blog ataupun laman web rasmi Sri Bridal Boutique. Jika uols nak jenis hantan yang pelik2 pun takde hal, janji bagi tahu bajet uols yer, insyaAllah semua boleh jadi gitu harga adalah dari Rm500 untuk 11 rekaan dulang hantaran (harga boleh runding bergantung kepada material dan jenis hantaran yang uols inginkan)

Untuk pakej fotografi kat atas tadi, pakej photobook custom-made bermula dari rm390 for 5x7 (pakej A) dan tidak terhad kepada bayaran per sesi. Maksudnya Sri Bridal Boutique tidak meletakkan harga itu utk asing-asing event, untuk nikah harga lain, untuk sanding harga lain, tidak yer..Sri Bridal Boutique tidak buat begitu. Sangat berpatutan gitu kan, Paling mahal RM868 utk 11x14 untuk custom book. Kecuali jika lokasi terlalu jauh sangat tarikh nikah dan bersanding seperti nikah bulan 5 tapi sandingnye bulan 8, Sri Bridal Boutique akan bincang2 harga lain lah maybe extra dalam antara rm100-200 mcm gitu. Ianya melibatkan kos pengangkutan dan penginapan (jika perlu) sahaja. Kalau pengantin dapat sediakan tempat penginapan lagi la alhamdulilah, semuanya bisa diatur, janji bincang2 baik2 kan

Untuk pakej fotografi tadi, Sri Bridal Boutique tak kisah apa2 event pun contohnya macam besday party ke cukur jambul ke tunang, perkahwinan of coz, dan apa2 ajer la, janji call jer dulu, belakang, boleh bincang2.

Pakej fotografi yang biasa pon ada, jangan risau, pakej Klasik untuk sticky album hanya rm350 sahaja. Sangat berpatutan kan kan kan



Untuk Pelamin, Sri Bridal Boutique boleh mengikut design dan mengikut citarasa uols jugak, cakap ajer mcm mana, nak bunga nak ranting nak daun sepah2 mcm hutan wakakak, takdelah itu gurau ajer, mcm yang saya dok ulang2 banyak kali kat atas la, semuanya bergantung kepada bajet uols la yer, kalau kencang apa2 pun jadik ye tak, nak yang ekonomi tapi menarik, semua boleh bicang2 yerr. Ok untuk pelamin biasa harga adalah dari rm650 sahaja (bersama 2 bekas bunga pahar di depan pelamin lagik)

ape lagi yer

ha yang ni menarik tau, setiap pengantin di Sri Bridal Boutique akan mendapat hadiah songket khas Sri Bridal Boutique, kelassssssssssss kan, dapat gift lagi tau.


oh ingat dah habis yer, ada lagiiiiiiiiiii...

Sri Bridal Boutique
juga ada menyediakan kelas solekan dan dandanan pengantin. InsyaAllah sijil akan diberikan kepada setiap peserta. Ada 12 bab yang akan di-cover termasuklan bab shopping barang2 pengantin, praktikal dan exam sekali.

Tujuan shopping tu adalah untuk memberi ilmu kepada peserta2 di mana untuk mendapatkan barang2 pengantin dengan harga yang sangat berpatutan (murah la senang cakap). Ilmu2 memang untuk dikongsi kann...

"see...saya sangat tidak lokek ilmu...ilmu itu
kan untuk dikongsi... wahhh..tetiba! sebab saya lebih suka, peserta2 saya jadi wedding designer, bukan juru make-up semata2. Itu pandangan ikhlas saya la, sebab saya tak suka nak tamak2 dan tak suka peserta2 saya jadi tamak dan rambang mata bila dah tau tempat2 murah untuk barang2 pengantin. Rezeki kalau Allah nak bagi , Dia akan bagi juga walaupun dari sumber yang tak disangka2 kan" ~ fealize

Harga pakej untuk kelas makeup sri seperti berikut :

Pakej ‘Ikut Dan’ (RM1500.00)(ikut kesesuaian masa peserta) -
Sabtu & Ahad10 sesi (2 jam / sesi ): RM1500

Pakej ‘Ideal’ (RM1500.00)
Isnin – Jumaat
10 sesi (2 jam / sesi )

Pakej ‘Xpress’ (RM2000.00)
Isnin – Jumaat
5 sesi (4 jam / sesi )

Pakej ‘Xtra’ (RM2000.00)
Isnin – Jumaat
15 sesi (2 jam / sesi)

Peralatan make-up adalah tidak disediakan di dalam kelas ini. Anggaran harga keperluan barang make-up pengantin adalah dari RM1800 - RM3000. Bergantung kepada bajet peserta.

Ok sekali lagi ini info2 yang perlu uols tahu untuk mendapatkan pakej2 yang disediakan di atas

Hubungi Sri di talian 016-2246256 / 014-6492027 utk keterangan lanjut.
Email : sriyanti_ahmad@yahoo.com.


atau ke blog beliau

http://fealize-eleanoer.blogspot.com/

Selamat mencuba, selamat berbincang dan selamat berjaya.

si biru yang tembam keluar shopping

Inilah dia si biru tembam itu yang sangat semangat nak keluar shopping kekdahnya


dem! oh demmmm... (mencarut dengan gaya paling sopan sambil kolip2 mato)

berminggu2 ooooooooo saya plan nak gi shopping barang2 baby kek KL nun, mcm2 lokasi penyopingan dah ada dalam senarai kepala hotak saya ni tau, kejap bising2 kat en.laloque nak shopping kat mV, kejap2 kat mines, kejap2 kat KLCC, yelah kat sana maybe pilihan dia banyak sikit kan, so best laaaa

pagi sabtu yang penuh semangat dengan mcm2 plan

1. pagi2 en.laloque nak pegi servis viva
2. lepas tu nak cuci viva ngan kembara yang sangat la selekeh tak boleh blah, bila masuk2 kereta jer rasa mcm pasar lak kekdahnya huhuhuh
3. siap2 nak gi serdang, konon nak makan tengahari kat padang sri serdang tu
4. terus gi shopping kat mV

wahhh plan baik punyerrrrrrrrrrr...

pagi tu, en.laloque memang bangun awal pagi la, siap beli sarapan semua

"mama, papa dah beli sarapan tu, atas meja, papa dah nak gi dah ni"
"erm ok ok" ~ jawab sambil katup mata, tp tangan tetap salam en.laloque

en.laloque ikut plan sebenarlah, gi servis viva, saya ngan nisa syiokkk bongkang lagi, bergolek2 atas katil huhuhuh indahnyerrrrrr

bangun2, rasa badan dah rasa lain mcm dah, adoiyaiiiii

apakah ini semuaaaaa!!!!!!!!!!!!! semuanya nak mematahkan semangat saya la ni, adoi lemahnya

takpe makan dulu, mandi dulu, kot2 la lepas tu ok

tiba2 en.laloque call
"mama, td mak call kata petang ni nak datang rumah, harris nak jumpa nisa, dia rindu nisa"
"tp kan kita nak gi KL ni"
"yelah gi KL tengahari, mak nak datang petang"
"sempat ke?"
"lagipun papa terlupa yang papa mintak tolong abah hari tu kan, yang nak panjat atap rumah kita tu, sabtu ni la"

adoiyaiiii...

bila dgr mcm tu, harus la terkocoh kacah, mcm tak sempat ajer, dari KL nak ke seremban, tengahari petang, nak pecut tu, ermmmm tak sempat! tak sempat, kalau pegi pun harus la shopping dengan tak aman nya, very the kelangkalibut oneee

en.laloque pulang dari servis viva

"cepat la siap ma"
"malas la nak pegi"
"nape?"
"malas lah, kita gi dekat2 ajer la"

walaupun saya adalah sangat frust gilak! tapi demi badan sendiri, takpe la

baru teringat yang kat manjaku tu menimbun2 barang2 baju2 baby, so gi situ ajer la

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (nangis dalam hati)

singgah cuci kembara dulu



giler kotor mcm kena samak roman eh kembara ni, berkulat kekdahnya, berapa lama tak cuci tau, uols tahu la nisa, makan aiskrim dalam kereta lagi dengan dia lap2 tangan dia yang melekit2 kat cermin lagi, lantai kotor, roti2 la sepah2 adoiyaiiii... selama ni saya buat2 tak nampak jer la, dan akhirnya baru berkesempatan nak hantar cuci huhuhuh

ada anak kecik mcm ni laaa.. kereta memang payah nak suci bersih, kalau bersih sejam tu dah kira bersyukur sangat la

kembara tgh dicuci, agaknya menyumpah2 pekerja ni hahahahaha

sabar menanti, panas jugak ek pakai tudung mcm ni, sabo sabo, nak nampak gojes punya pasal katanyaaaaaa


weols terus ke senawang, manjaku sajork, uishhh best jugak shopping sini, sbb semua adoooooo


berpinau2 mata saya memilih, saya sbnrnya nak beli 5 pasang ajer baju baby, tp sbb rambang mata kan, berhelai2 baju saya amik, tak sedo ko! pilih2 campak dalam bakul, pilih masuk bakul, pilih masuk bakul, pilih masuk bakul


baju baby yang nisa punya kan mcm banyak jer yang elok2 lagi, so malas lah nak beli banyak2 sangat, konon laaaa... tp terbeli jugak, nak buek camnokan

"papa, ma bajek 200 jer ni tau"
"ok, so kira2 dulu sebelum amik tu tau"
"ok"


memang ralit, sekali kena dalam 3rat lebih, over kau, konon nak bajet-bajet, nak jimat2, chewah lalalalalaalalalala

ish bahaya tul masuk kedai baby ni kan, semua comel2 lak rasa, lagi pun kat manjaku ni, barang2 dia semua ekonomi gitu, so semua rasa mcm, eh ni murah, eh tu murah, eh nak beli ni lah, eh nak tu lah

sudahnya, takde makna nak kira2, hahahaha... ampun papa!

setel shopping, kul 1.30 tghari dah sampai kat rumah sendiri, dah boleh golek2 baring atas katil sambil bukak aircond, pehhhhhhhhhhhhhh

kalau shopping KL ni, takde makna dapat sampai rumah seawal tu, agak2nya kul 1.30 tghari tu masih lagi mencari2 parking kat mV hikssssss

jadi plan nak makan kat padang sri serdang tu, nanti2 je lah, plan nak shopping KL tu, lepas bersalin ajer la... :(

Sunday, April 26, 2009

Tanda-tanda Anemia

Anaemia

Pengenalan

Apakah Anaemia?

Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

anaemia

Sebab-sebab anaemia

  1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
    • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :

    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
    • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
    • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  1. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan

Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :

    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia

Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.

Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan

sleep in class

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :

  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.

  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

  • Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan

Makanan

Saiz Hidangan

Zat Besi (mg)

Hati, Ayam

2 keping,105g

12.8

Peha ayam

1 ketul kecil,125g

1.0

Daging lembu tanpa lemak

1 keping,268g

5.9

Hati, Lembu

1 keping,283g

11.1

Tuna

1 ketul,73g

1.1

Kerang

10 Biji,86g

2.0

paru

½ Cawan,2g

7.7

Oats di proses

½ cawan

1.8

Tauhu

1 keping,107g

3.4

Kacang

1 cawan,154g

4.5

Bayam

1 cawan dicincang,64g

2.4

Kismis

39g, ¼ cawan

1.4

Roti

1 keping,25g

0.8

Nasi

128g

0.3

Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan


sumber dari: http://www.infosihat.gov.my/

Friday, April 24, 2009

exora itu ada di tesco seremban

lately pi mana2 pun asik cerita pasal exora exora exora jer

tapi peminat kereta la, yang tak minat tu takde la jugak kan

kebetulan pulang kerja tadi, weols terus menghabiskan duit yang berlebih2 dalam wallet en.laloque kat tesco, tak biasalah wallet tebal2 ni, nak kasik nipis sikit, senang sikit nak simpan dalam kocek belakang

ontheway nak ke pintu masuk tesco tu, nampak pulak pameran exora, wahhh memang pucuk dicita ulam mendatang la (betul ke peribahasa ni), en.laloque memang nak sangat tgk exora ni depan-depan, selama ni dok la asik tgk gambo kat internet ajer, terima kasih google (tu dia tiba2)

terus weols terjah telek telek satu satu, tawaf exora banyak kali, tgk pintu, tgk bonet, wah boleh tahan jugak


intai2


gatal pulak tangan nak mengetes duduk dalam, seb baik salesmen duduk jauh, kalau tak malas jugak saya nak layan borak, chewah! yelah saya nak tgk singgah kejap ajer, kalau borak2 lagi, bila pulak saya nak mulakan operasi menipiskan wallet en.laloque kan,

hahahaha perempuan perempuan, mata ajer tgk kereta, otak dah masuk dalam tesco dah

nampaknya exora ni tak berapa menepati citarasa saya, tp beso dia memang beso dan selesa lah, erm takpe kita tunggu mpv dari perodua lak nanti, kot la yang tu acik bekenan ke kan, kotttttt laaaaaaaaa... cheh cheh chehhhh...

saya sebenarnya nak tgk barut2 baby, nak beli barang2 baby sikit sekali, mcm tuala ke apa ke, susu baby S26 tu, pampers baby newborn mamipoko tu, kat tesco murah, jadi boleh la beli banyak sikit, ohhh en.laloque sila la naik pangkat cepat2 sikit, boleh la saya belagak beli barang2 baby kat tempat mahal2 lalalalalalala lariksssssssss

dan esok jugak saya plan nak nipiskan begduit saya pulak, gi beli lagi barang baby, maybe turun KL la kot, harap2 saya sihat la esok, kalau tak hancur harapanku, musnah! musnah!

dan esok jugak, saya nak hadap sekali harung beli semua barang2 baby, saya dah listkan tadi, apa yang dah ada, apa yang belum ada yang perlu jugak kena beli, seb baik dah tak banyak barang kena beli, fuhhh legaaa...

so, dah lepas beli semua barang nanti, baru la lega sikit hati, dan tak payah susah2 nak fikir lagi, kalau nak beli pun setakat topup2 ngada2 ajer la gitu

ishhhhhh lamanya tak kuar shopping jalan2 KL, balik2 ulang alik seremban cheras ajer kan, huhuhuhuh... oh rindunyaaaaaaa

tak sabar! tak sabar!

mood melawa katanya

mood melawa katanya, walaupun tenyeh2 make-up beria2 pun tak jugak lawa2

pedulik!

gigih ni beli lipgloss baru, nak melawa punya pasal, padahal lipgloss yang lama bukan tak boleh pakai, bukan takde, tp mcm biasalah, mengada lebih - nak refer harga? aiseh acik lupa, pegi jer guardian berdekatan anda, bersepah2 jual

dan ianya adalah harus PINK karer dan mengerlip2 untuk menampakkan bibir ku sangat seksi dan menawan dari jauh (sila kekalkan jarak 100 meter, supaya wajah kulit juga nampak sangat gebu, kalau dekat nampak nau jerutu)

motip amik gambar sambil pegang pipi? nak cover tembam uols, tektik! tektik!


baju adalah hadiah dari al-khair, 1st time saya rasmi kan ni, semangat betul nak pakai sampai mimpi2 malam

[gambo dinding belakang terpaksa diconteng2 untuk keselamatan la kononnya, padahal kalau tak conteng pun uols tak boleh baca, gaya kena mantap! poyo lebih]

beria2 saya tenyeh lipgloss setiap 10 minit, tp bila amik gambo, tetap mcm tu jugak, tak nampak seksi mcm agelina joli langsung puiiiii

lipgloss atas meja, dengan cermin sekali, biasa lah perempuan... cermin tu mesti ada! kenapa cermin mesti love love yer, felik!


ok jom pakai lipgloss jom :D

**dah tukar jadi lipgloss... oh sudah tukar ke??? hahahaha lariksssssss

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^