Tuesday, June 30, 2009

Hari ke-3 An-Nur Admitted

Dah 3 malam an-Nur admitted di NICU dan dah 2 malam VP menemani nya. Kuning an-Nur asik turun naik.

Ujian ke atas jantung, paru-paru dan yang paling penting, hati an-Nur, adalah dalam keadaan normal dan berfungsi dengan baik. Cuma kuningnya masih belum surut2. Penyakit kuning ini berkaitan rapat dengan hati. Dalam keadaan hati an-Nur normal dan berfungsi dgn baik, doktor mengistilah keadaan itu sebagai "jaundis nakal". Lawak pulak...

Kata doktor ada kemungkinan besar kuning itu disebabkan oleh susu ibu(VP). Memang ada keadaan dimana susu ibu boleh menyebabkan prolong jaundice tetapi keadaan tersebut terkawal. Kebaikan yang dibawa oleh susu ibu tersebut masih lebih besar dari masalah kuning tersebut dan tidak perlu sehingga menghentikan terus/serta-merta penyusuan susu ibu itu. Teruskan penyusuan seperti biasa dan kuning pasti akan beransur-ansur hilang nanti. Yang penting biar bayi banyak kencing dan berak.

Bukan kami tidak menggunakan kaedah kampung atau petua yang dinyatakan sebelum ini. Seperti mana an-Nisa dulu, segala-gala petua telah kami amalkan seperti mandi air dukung anak, ubat seng seh, peria hantu, minum air sengkuang cina (chinese water chestnut), susu kambing, jemur di matahari, air anggur... tetapi mmg kesemua anak kami dari arwah hingga an-Nur cukup liat untuk sembuh dari kuning. Kuning mereka hanya akan surut pada usia mereka 40 hari nanti.

Cuma yang paling penting bagi kami, keadaan kuning itu terkawal dan segala organ penting anak kami normal dan berfungsi dengan baik. Insyallah, jika sampai masanya dan diizinkan Allah, penyakit itu akan surut jua nanti


Sunday, June 28, 2009

An-Nur Admitted...

Petang tadi, sekitar jam 3.25 ptg, an-Nur telah dibawa ke Hospital kerana bacaan jaundis nyer telah meningkat agak tinggi. An-Nur telah ditahan di wad NICU bagi pemeriksaan lanjut.


Saturday, June 27, 2009

Sepetang Di Dusun

Bawa si Nisa gi dusun ngan bagi ikan makan. Dia sibuk nak ikut, kalo xbawak kan mengamok lak. Layan kan jer la...


Durian dah nak abis... giliran langsat ngan rambutan pulak masak..


Makan segar dari dahan...


Sibuk nak ikut atok bagi ikan makan...


"itan!! meh matan..."



Friday, June 26, 2009

Foreman - Nisa

Barang siapa mengalami kerosakan kenderaan, boleh hubungi foreman Nisa. Boleh membaikpulih pelbagai jenis kendaraan...


Musti wayar lampu yg rosak ni....



Honk kut yang xberfungsi....



motorsikal aper nie pakai bateri lak ni...


Terpaksa minta tolong chief supervisor tgh2 kan...


Meh saksikanlah kehebatan foreman Nisa membaiki motorsikal polis pink... siap baring2 bagai... hikhikhik





Masih Jaundice

an-Nur masih lagi kena kuning. Bacaan nya asik turun naik turun naik. Paling rendah 207 dan paling tinggi 231.

Tiada petua apa yg kami lakukan selain b/feed jer. Hanya b/feed dan kadang-kadang bagi air zam-zam.

Setiap pagi gi klinik amik darah. Doktor cakap, selagi tak turun bawah dari 160, selagi tu la kena datang untuk amik darah. Kesian lak nengok nyer.

Pagi tadi dalam kul 8 pagi nak gi amik darah, lab lambat bukak pulak. Jadi kitorg balik rumah dulu la. Kul 10 dtg balik. Nasib baik klinik dekat jer. Xsampai 2 minit sampai.



Nisa tgh berangan jadi bayi balik... baring dalam buai hayun


Sampai rumah tgk Nisa tgh berangan jadi bayi balik. Duk lam buai sambil hayun diri sendiri. Pastu dah kebetulan baru kul 8.30 pagi. Tergerak lak nak jemur kan si an-Nur. So, terus bukak suar, baju, bengkong an-Nur dan terus berjemur ngan dia.

Baru 5 minit, apak eh yang berpoloh-poloh. Si an-Nur lak elok jer tido, merenggek pun tidak. Hebat....


an-Nur sedang berjemur


Xde la nak buat hari-hari, just try and error. Mano tau turun... hahahaha.... yang penting ikhtiar, xgitu??

Kul 10 tadi gi amik darah balik. Still xturun... 225 bacaan nya. Rasa nyer si an-Nur nie sama cam an-Nisa gak la nie... cukup 40 hari pantang mak diorg abis, kuning dia pun turun kut.

Risau gak sebenar nya. Minggu depan aku dah start keje. Kena keluar gi Hospital Ampang seminggu, lepas tu ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pula seminggu. Anak still kuning, mak dia pun lom kuat lagi dan luka lom baik sangat. Risau betul dibuatnya. Terpaksa la bergantung harap pada an-Nisa.

Nisa jaga mama ngan an-Nur ek... papa xde minggu depan nie.... sedihnyerrrrrrrr


Wednesday, June 24, 2009

Petua Kuning

Alhamdulillah... petang tadi bacaan dah turun kepada 207. Xperlu masuk wad. Harap-harap terus menurun sehingga tidak perlu lagi ke klinik untuk buat ujian darah. Bukan apa, kesian tgk budak kecik dicucuk untuk ambil darah.

Masa Nisa dulu, teruk kuningnya. Penah cecah 315... kena tahan di wad 2 hari. Macam2 petua kitorg amalkan. Asik turun naik jer. Cukup umur Nisa 40 hari, baru reda kuning dia. Kira ikut pantang mak dia la gitu.

Kat sini aku copy semula petua2 yang kami terima semasa Nisa dulu. Mungkin ada yang sesuai dan serasi ngan korang....

********************************

An-Nisa masa ditahan di wad


An-Nisa kena jemur... (cara jemuran ini salah... kena bukak baju semula..
masa nie kesian dia kena panas... hahahaha




Bermacam-macam petua diamalkan untuk meredakan kuning Nisa. Antaranya;

1. Minum susu kambing.
2. Berjemur di awal pagi.
3. Mandi ngan ubat seng seh.
4. Mandi ngan air rebusan peria hantu.
5. Mandi ngan air rebusan pokok dukung anak.
6. Dititipkan air anggur hitam.
7. Dititipkan air anggur hijau.



Kuning

Kuning si an-Nur terus meningkat. Hari sabtu bacaannya 179, pada hari isnin meningkat 193, pagi selasa naik 201, disebelah petang selasa pula menjadi 210 dan pagi tadi 231... Petang ini, dalam kul 2.30 perlu datang sekali lagi ke Klinik untuk mendapatkan bacaannya, sekiranya naik melebihi 240 nanti, malam ini confirm an-Nur akan bermalam di wad, hospital!


Jelas nampak kuningkan, muka an-Nur


Kalau boleh jangan la sampai admitted. Kesian si VP, luka lom baik lagi, nanti nak kena jaga an-Nur di wad pulak. Kalau aku leh ganti VP jaga di wad ok juga... tapi xboleh sebab sapa nak nyusukan an-Nur. Aku mana ada susu ibu... nama pun susu ibu dah tentu ibu jer yang ada.



"Adik nie.. nak tido ngan kakak jer" kata Nisa


Nasib baik kakak Nisa baik jer. Banyak membantu. Tukang buang pampers. Tukang amik tisu basah. Tukang panggil papa kalau an-Nur nangis. Tukang amik baju an-Nur pas mandi. Tukang pujuk an-Nur bila lapar sementara tunggu mama. Banyak membantu la kakak Nisa nie...



the Dynamic Duo


Merpati due sejoli



Saturday, June 20, 2009

Jaundice

Hari nie an-nur kelihatan kuning. Sebaik Jururawat Masyarakat (JM) datang ke rumah untuk check-up, terus kitorg bawa an-nur ke Klinik Dr. Sukhilmi untuk check jaundice. Memang sah an-nur kena jaundice dan perlu di bawa ke Hospital untuk ujian darah.



Nisa sedang mengacau rendang daging...


Nasib baik adik bongsu saya kerja di unit kecemasan Hospital Seremban, dan kebetulan dia pun kerja hari ini, terus call dia. Dia tunggu depan entrance unit kecemasan dan terus dibawa masuk untuk membuat ujian darah. Mujur kadarnya masih terkawal dan an-nur dibenarkan pulang.



Terer sangat la tu ngaco rendang


Nisa semalam berseloroh ngan mama dia. Nisa tanya mama dia...

Nisa: nie sapa nie (tunjuk pada mama dia)
VP: nie mama
Nisa: nie sapa nie (tunjuk pada papa dia)
VP: tu papa
Nisa: nie sapa nie (tunjuk pada an-nur)
VP: tu an-nur
Nisa:nie sapa nie (tunjuk pada diri sendiri)
VP: nie Nisa...
Nisa: butan yah... nie kakak yah...



Sian dia... kena jaundice



tido eh sayang




Friday, June 19, 2009

aNNoy

Lepas solat jumaat td, VP discharge dan balik ke Rantau. Sesampai jer Rantau si Nisa pun sibuk la... "yeh yeh... baby dah balik... yeh yeh baby dah balik.." Paling touching bila Nisa peluk mama dia. Lama benar agaknya xberpelukan ngan mama dia. Sampai makan pun nak mama suapkan. Cam mano mama nak suapkan. Duduk pun sakit lagi. Tapi kasih ibu, sakit2 pun, anak didahulukan. Dilayan juga keletah anaknya itu.

Pak Teh dia pun ade. Si pak teh bertanya... "sapa nama baby Nisa??" Terus Nisa berlari tanya mama dia. "Baby nama aper? mama"... "An-Nur" jawab mama dia. Nisa berlari balik kepada pak teh nyer.. "annoy... annoy yah!" sejak itu Nisa panggil adik nyer Annoy... hahahahaha... nampaknya lekat la nama timangan tu gamaknya.



Terkini...

Insyallah, petang ni VP berkemungkinan besar akan discharge dari wad. Mungkin selepas solat jumaat nanti atau lewat petang. Perlu menunggu kebenaran dari Dr. Pakar terlebih dahulu. VP akan berpantang beberapa hari di Rantau sebelum pulang ke Seremban, rumah sendiri, untuk mengabiskan baki cuti bersalin/pantang.

Keadaan ibu dah anak setakat ini memuaskan dan sihat. Baby kuat menyusu dan menangis. Sesuatu yang agak baru bagi kami kerana An-Nisa dulu jarang nangis. Nisa jenis kuat tido dan jarang jaga malam. Dia kul 7.30 ptg dah tido sampai subuh. Senang jaga dia dulu. Arwah pun begitu, walaupun sempat menjaga dia beberapa ketika, arwah pun jenis kuat tido petang hingga subuh dan jarang nangis.

Si An-Nur ni... selang beberapa ketika akan nangis dan kuat menyusu. Nampak gayanya, kena standby 2 shif nie... sorang jaga shif malam, sorang shif siang. hikhikhik...

Ada sorang mak cik bertanya, kenapa bagi nama An-Nur??.... kerana senyumnya ibarat cahaya dan mengingatkan kepada arwah. Arwah sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan kesakitan. Senyum penuh bercahaya... maka lahirlah nama An-Nur. Selain ingin mengambil barakah dari surah An-Nur, dalam al-Quran. Seperti mana An-Nisa yang kami pilih pada masa itu dari salah satu nama surah dalam al-Quran juga. Selain ianya memberi makna - Perempuan. Dari asal nama An-Nisa itu juga, kami berkira-kira untuk menamakan anak lelaki nanti An-Nas, juga memberi makna - Manusia.

Dari mana datangnya Abriza??? Yang ini punya cerita tersendiri. Pasti ramai nanti akan menyatakan ianya tidak memberi makna tertentu. Ia memang tidak memberi apa2 makna dan kami memang mengakuinya. Namun bagi kami ianya punya makna
yang penuh nostalgia. Kerana ianya akan mengingatkan kepada kenang sewaktu mula2 mendapat berita kehamilan yang pertama. Seperti pasangan lain yang mula2 mendapat berita kehamilan pertama, proses memilih nama anak adalah yg paling indah dan penuh tolak ansur.

Pada mulanya kami hanya ingin memberi hanya 1 perkataan nama sahaja. Bukan 2 seperti sekarang. Sekiranya anak perempuan, kuasa mutlak VP untuk memberi nama. Dan sebaliknya, sekiranya lelaki pula, kuasa mutlak saya memberi nama.

VP pada masa itu telah senaraikan berpuluh nama yang beliau inginkan. As tipical lelaki, saya cuma buat last minit sahaja. Dah kebetulan terjumpa 1 nama - Abrisam... yang membawa makna tampan/lembut... terus hati tertarik. Kerana punya makna yang sesuai bg anak lelaki dan yg utama, dihujung nama itu merupakan gabungan pangkal nama saya sendiri... hahahaha

VP jeles... sangat2 jeles... hahahaha... dia mahukan juga nama anak yang punya gabungan namanya. Akhirnya kami sepakat, sekiranya anak perempuan... namanya bakal menjadi Abriza, yang mana dihujungnya punya gabungan pangkal nama VP.

Kemudiannya, kami sepakat pula untuk mengabdikan nama Abriza menjadi perkataan ke-2 nama bagi setiap anak perempuan manakala Abrisam bagi anak lelaki. Demikian terciptanya nama itu hasil cetusan idea dan kata sepakat kami itu...

Cuma nama An-Nas Abrisam masih belum digunapakai lagi... sekiranya ada rezeki, insyallah akan terpakai atau mungkin saya wakafkan ajer pada bakal cucu lelaki nanti... hahahahaha





Wednesday, June 17, 2009

Kasih seorang kakak...

Wajah an-nur mirip benar ngan arwah kakak dia. Terperanjat betul masa mula2 tengok. Tak tahu nak gambarkan perasaan bagaimana...




Pada sebelah petang, saya bawa Nisa untuk melawat mama dia dan bertemu adik dia buat kali pertama. Jelas Nisa hepi dapat adik.

Aku: Tu baby tu...
Nisa: Butan yah... adik cica yah..
Aku: Nanti sayang adik tau
Nisa: aah
Aku: Nanti jangan pukul adik tau
Nisa: aah
Aku: Nanti cuci berak adik tau
Nisa: aah

Semua nyer aah... jangan sok2 buat2 lupa lak




Tengok la minah tu... xsabar2 nak kiss adik dia. Ngan tahap lasak si Nisa nie, bahaya tinggalkan dia tanpa pengawasan ngan adik dia nanti



Nisa jaga adik tau.....







An-Nur Abriza

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi, VP telah selamat melahirkan seorang baby perempuan melalui kaedah C-sec tepat jam 10.15 pagi tadi. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.





Bayi seberat 3.15kg tersebut cukup sifat dan amat aktif. Doktor yang menyambutnya telah menjadi mangsa pertama yang ditendangnya sewaktu dilahirkan. Berderai gelak tawa di dalam OT pagi tadi melihat aksi kungfu bayi itu.




Beliau juga telah menunjukkan bakat nyanyian nyer ngan melontarkan vokal yang amat nyaring dan telah mula menyusu badan. Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kata-kata rangsangan, doa yang dipanjatkan dan ucapan tahniah yang bertalu-talu dari sahabat dan keluarga. Lepas ini, saya perlu beli triple set make-up! hahahaha...




Bayi ketiga kami ini, kami namakannya: An-Nur Abriza




Tuesday, June 16, 2009

Esok - Insyallah Nisa Dapat Adik...

Insyallah esok pagi.. 17hb Jun 2009 (Rabu), Nisa bakal bertemu adiknya. Tadi aku dan sign borang setuju operate.

Sekali lagi tghari tadi bawa Nisa jumpa mama dia. Bukan main hepi lagi dia td. Sepanjang malam bila kita tanya Nisa: "Nisa... mama mana??" Nisa akan jawab - "Mama kat spital... atit uwut".. hahahaha


Blogger tegar... di wad pun sempat lagik


Hari nie ada tetamu datang melawat. Tetamu ke??? hahahahaha... si Sepet ngan bakal menantu keluarga Hj. Noh yang terkini - si Qery. Merpati 2 sejoli itu sampai jam 4.30 ptg tadi. Lawatan pembakar semangat kate mereka... chaiyo! chaiyo!


Zack-U a.k.a Sepet datang melawat

Sayang Nisa tak de tadi... sbb si Sepet tu Mentor a.k.a Idola dia... Nisa datang melawat mama dia shift pagi tadi jer... Kalo x... sure berkepit ngan mak su dia tu...


Sajer dikaburkan pic ini bagi merasiekan identiti Qery...

Harap2 segalanya berjalan lancar... Insyallah... Amin




Sunday, June 14, 2009

Hari Kedua VP di Spital..

Tiada perkara menarik berlaku pada hari kedua. Hanya kehidupan seorang ayah ngan seorang anak dara berusia 2 thn yg bergaduh di rumah tanpa isteri/mama.

Makan minum pun xtentu arah. Si Nisa xmoh makan, mungkin mama dia xde dia pun xberselera nak makan. Sarapan xnak... mkn tghari xnak. Mungkin dia rasa lain mama dia xde la tu.



Seorg ayah & anak yg tgh makan tghari

Bangun jer pagi... terus plan nak bawa pakaian tambahan VP dan beberapa barang lain. Singgah dulu Jusco beli susu Nisa dan segala macam majalah dan novel buat penghilang boring VP. Mkn tghari di Johnny's Steamboat... Nisa hanya nak mkn eskrem jer... nasik xmoh.



Termenung... mengingatkan mama dia


Sampai wad mama dia, soklan pertama dari Nisa... "mama naper dok spital???"... terkedu VP nak jawab. Sampai je spital, Nisa nak makan bersuap ngan mama dia. Rindu sangat la gamak nyer tu. Xpenah berpisah lama. Nisa siap nak tido baring sebelah mama atas katil pesakit. Terharu dan sedih pulak melihat anak beranak itu...


Ceria muka Nisa dapat jumpa mama dia


Lagik sedih masa nak balik... si Nisa tarik tangan mama dia ajak balik sama... "tom.. tom.. tom bayik.. pat! pat!"...

Sabar la Nisa sayang... nanti mama balik bawak adik ek...


Saturday, June 13, 2009

PENGUMUMAN...


VP telah dimasukkan ke Wad jam 2.15 pagi tadi (13hb Jun 2009), kerana baby kurang gerak dan tekanan darah VP naik agak tinggi. Tambahan VP demam sikit dan selsema.

Kemungkinan besar C-sec akan dijalankan awal... masih menunggu tarikh dari pihak hospital.

Buat masa sekarang doktor tidak benarkan beliau pulang dan kemungkinan sehingga selesai pembedahan nanti. OK la tu... biar dia relaks2 jer kat sana...

~laloque



Friday, June 12, 2009

ada rasa sikit-sikit nak demam, sikit-sikit flu

dah dua tiga hari rasa nak demam, dalam mata rasa macam panas-panas, nafas pun rasa panas-panas

hidung pulak ter sretttt sreettttttt

nak gi klinik, suhu badan kat luar ni tak panas pulak, ok2 jer

ini namanya nak demam mengada-ngada ni, leceh betul, kalau pergi klinik, mesti doktor pandang senget (lain macam), dalam hati doktor, budak ni mesti nak MC je lebih, akal banyak. arghhhhhhhhhh susah betul jadi orang jujur ni hahahahahaha

ingat lagi doktor bius pesan kat saya

"awak mesti jaga diri sebelum operate"
"hikhikhik mesti la saya jaga diri doktor"
"ye, maksud saya jangan demam, jangan batuk bla bla bla..."
"ooooooooooooooo"

lagi disuruh jaga kesihatan, tiba-tiba hari ni rasa tekak gatal-gatal macam nak batuk pulak

saiko lebih!

"ma rasa macam nak demam la pa"
"jom kita beli kelapa"
(setelah dipujuk ke klinik beberapa kali)

tadaaaaaaaaaaaaaa... hambek ko, terus minum kepala sebijik, kalau sejuk lagi sodap!

ok abaikan muka pucat lesi versi juon tu

dan sekarang, rasanya dah ok-ok sikit

oh entry ni sangat tak berkualiti hahahaha, arghhh tak pedulikkk!

esok cuti, yaribaaaaaaaaaaaaaa

selamat bercuti geng!

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^