hari ni merupakan hari pertama saya berpantang di rumah sendiri
indah....
memang indah dan agak2 menyiksakan jugak wahahahaha, 1st day beb, belum boleh ejas lagi
belum dapat nak ejas timing semua la, time ni utk apa, time tu untuk apa
sorang2 memang haru biru acik dibuatnya, tp ni dah malam ni, en.laloque pun dah pulang ke pangkal jalan hikhikhik, ok ok itu merepek, en.laloque pun dah ada tu, anoi pun dah tido, nisa memang boleh jaga diri sendiri, kalau buat hal pun, biaq pi apak dia layan
untuk hari pertama, dari malam semalam dah start debar2 dah, hahaha gila punya poyo, itu pun nak saspen tak tentu pasal
weols bangun kul 4 pagi ok, hebat bukan! huhuhuh
kebetulan anoi ngan nisa pun terjaga, jadi tugas saya menjaga depa la, apa jadah jam 4 pagi layan astro 613 adoila... pedulik la kan, janji si nisa tu tak nangis2, en.laloque pulak dah ditugaskan kat dapor, masak marrrrr... mulanya saya plan, takpe biar la saya masak, en.laloque jaga anak, tp sebab susu ibu ada kat ibu jer kan, tak dapek den nak nolong tu doooo (alasan terbaik!)
budak2 dah tido saya pun tido, en.laloque abis masak dia pun tido jugak, oh oh dia masak sop ngan tumis sayur ngan goreng naget, yang simple2 jer, janji anak bini boleh makan sok pagi, untuk sarapan dia dah pesan makan roti dan jem strawberi atas meja dah sedia. huhuhuhuhuh (gelak takde motip)
sedap2 tido sambil enjut2 anoi, en.laloque kejutkan saya, pehhh segak pulak saya tgk en.laloque pagi2 tu hahahaha, apa kejadahnya point tu ntah hiks, takpe2 itu ayat penyedap hati jer tu. ok lupakan itu. kejutkan saya untuk suruh saya mandi siap2, kang kalau dia dah gi keje kang takut tak sempat nak mandi bagai semua kan. haaaa hambek ko, kul 6.45 dah mandi pagi dah. sila kagum uols. kalau kat rumah mertua, kul 9 baru nak lipat selimut muahahahaha, dasar menantu hantu!.
lepas en.laloque gi kerja, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
terus sarapan siap2, kang takde masa nak jamah kang, gigil2 badan sape yang susah, nyusu budak ni badan memang cepat lapar (jugak alasan orang kuat makan), terus on kan pc, baca emel kejap, sempat lagi tu... emel dah mcm hape jer, punya la banyak, peram emel punya pasal. tak sempat la nak balas2 bagai. masa mencemburui ku, cecece
jam 9 mandikan anoi, wei 1st time jugak ni. selama ni mertua saya yang buatkan semua ni. mandikan anoi mandikan nisa, pakaikan baju anoi ngan nisa. i kan pantang uols, tapi macam pantang hape jer ntah. duduk seduduk rilex jer. ish ish ish. orang dalam pantang kurus, saya jugak berat tak turun2. dah duduk sendiri ni padan muka haku!
nisa bangun, mandikan dia pulak. elok baik jer nisa pagi2, takde meragam2 macam selalu.
basuh kain sidai kain.
perfect!
terasa mcm, eh senangnya jaga budak2 ni, chewah.
nisa dah mcm bos2 duduk kerusi rotan ni sambil layan pocoyo

anoi pulak dah start tido buai, tak tahan saya nak dukung dia sambil berjalan

anoi ni pulak, sejak berusia 31 hari, asal letak ajer dia menangis beria2, asal dukung jer elok jer dia dia. tp dukung tu ada syarat pulak tu, dukung mesti berjalan2, baru dia lena tido, amboi byk peel pulak budak ni kan. masa kat rantau tu dapat la saya layan mcm tu, sebab mertua saya boleh tolong layankan nisa nak itu ini. tp dah tinggal saya sorang ni kan, nisa kejap2 nak berak la kencing la, nak susu la apa laaa, penampar nak penampar hahahaha garangnya emak nisa ni kan. so terpaksa la saya masukkan dalam buai, elok la dia diam kena enjut tu, legaaa... tp enjut pun penuh dengan hemahnya, slow giler. biasalah saya ni kan imaginasi ntah hape2, takut otak gegar la apa la
ku sangka panas hingga ke petang, chewahhhh... lepas jer jam 1 tghari tu, dah start dua2 meragam, arghhh... dengan nisa buat perangai, sikit2 nak nangis tanpa sebab, anoi pulak nangis2 sakit perut kot, angin rasanya. betul2 menguji keimanan yang tak berapa tebal ni, terasa lama betul jam tu berdetik tik tik, lambatnya jam nak pukul 6. masa tu nak makan tengahari pun tak dapat. nisa cirit birit la pulak, anoi kembung perut pulak. kejap2 kejar nisa nak berak, kejap2 anoi. memang tak dapat nak buat menda lain langsung, nak sapu sampah ke basuh pinggan ke, hush memang tak dapat la.
tapi rasanya, esok mungkin lebih baik dari hari ni, rasanya dah boleh ejas sikit2, alah baru dua kan, orang lain jaga anak 5 6 orang rilex jer, tak haru mcm saya pun hahahahaha, gelabah lebih. mak saya lagi hebat, jaga sampai 9 orang anak, respek giler lah
bila en.laloque balik jer rumah, terus rasa lega, sebab sorang boleh handle satu, bila anoi dah tido. lagi la legaaaaaaaaaaaaa...
eh dah dah, saya nak mandi ni, lepas tu nak zzzzzzzzzzzzz esok nak bgn kul 4 pagi marrr
wish me luck!