Monday, August 31, 2009

pulun jangan tak pulun jemah

cuti2 ni saya ambil peluang untuk buat stok susuibu buat annur di taska, gigih jugak saya buat jadual nak pastikan saya mesti pam, bz mcm mana pun mesti pam jugak, betul2 kena disiplin.

bayangkan asal keluar je rumah, beg pam tak pernah tinggal tuuuu, dah jadi henbeg ke dua dah

kesilapan saya adalah, tidak menyediakan stok susu masa dari saya dalam pantang lagi, jadinya saya rasa sangat2 kelamkabut bila saya terpaksa, pam susu hari ini untuk bekalan esok, jadi memang kena kerja keras takut bekal untuk esok tak cukup

bila dah cuti ni kan, wahhhhhhhhhh terus semangat buat stok

tadaaaa hasil yang tak seberapa, penat lelah cuti2 ni, mak tetap vanggaaaaa walaupun tak seberapa

kalau tgk blog BF2 yang lain, bapak punya kagum uolsssssssss, stok susu boleh buat berniaga PARAM keh keh keh, punya la banyak, jeles ai tau, malu ai mengshowoff hasil yang secoit ni, tak kira nak tayang jugekkkkkk, kenangan nihhhhhh

ok tu jer :D

Mulianya seorang GURU

Suka pulak saya baca, terus copy masuk blog sendiri, copy dari blog cikgu Q, buah hatinya si sepet :D

Jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang
Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang
Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

USMAN AWANG1979

ketahuilah bahawa menjadi seorang GURU adalah sesuatu yang sangat mulia.

dari jemah yang teringin sangat nak jadi cikgu, dari duluuuuuuuuu lagi. tapi takdak rezeki :(

Selamat Menyambut Hari KeMERDEKAAN ke 52

Selamat menyambut hari merdeka uols, mcm mana sambutan, ada meriahhhhh???

saya tak dapek la nak sambut bagai semua, kaki tangan semua terkunci kat rumah ni ha, mcm biasa jugak annur asik nak berdukung kendong sajork, memang meraung la kalau letak bawah, uwaaaaaaaaaaa anuur-annur gi mana sih kamu ini

tapi takpe, saya enjoy jer cuti di rumah bersama keluarga tersayang, takde rungut2 punya, cehhhhhh baik nya jemah ni, ntah la lately ni mcm hepi je dpt buat keje rumah sendiri, eh mcm la sebelum ni tak hepi kan hahahahahaha

ok2, nak cerita pasal sabtu lepas la, weols memang dah plan sangat dah nak gi beli cloth diaper (CD), hasil dari survey2 kat internet, tgk kat susuibu.com tu, erm tak la jauh sgt, kek bangi tu jer, tp kalau dari seremban memang harus la bapak jauh kannnnnnn, tp cekal punya pasal, nak jugak beli :p

pagi2 sabtu tu, pagi2 siap, eh tak la pg sgt, dalam jam 11 jugak la, tu tengahari la jemah hahahahaha, weols terus bergegas ke bangi, siap print map segala bagai, takut kang sesat susah, bawak baby dan sesat adalah perkara yang sangat boleh mendatangkan "sawan tangis" kepada emaknya hahahahaha, giler weiiiiiiiiiiii

tadaaaaaaaaaaa, kedai dia kecik jer, tapi semua yang display dalam tenet tu memang ada la, eh mcm best giler dapat telek2 dengan tangan

tembam pulak saya tgk diri sendiri dalam gambar ni wekekekeke, ok ok kena terima kenyataan :p

budak dua orang yang asik memekak, annur rilex jer

belakang en.laloque tu ada baju2 yang khas itu menyusukan baby, kiranya dia boleh cover la part2 yang mengiurkan itu keh keh keh, saya tak berkesempatan nak sambar sebijik, takpe, nanti2 pun boleh

pilih2 tanya2


pilih2 CD



saya cuma beli 5 keping CD jer, sbb uols tahulah CD ni boleh tahan jugak mahal dia kan, beli 5 keping pun dah RM2++.++ dah, takpe, nextmonth beli lagi 5 keping

dan malam tadi nisa dah pakai dah, selesa je sy tgk dia pakai, dan berjayaaaaaaaaaa lalalalalala, dah mcm pandai sikit nak bgtau dia nak kencing,

harap2 lepas ni nisa dah takpayah pakai pampes dah jimatttttttttttt acik :)

saya beli jugak pil asi, tp mcm tak berapa serasi pulak dengan saya, takpe, saya try longan pulak lepas ni :)

setel beli terus balik ke seremban, memang takde singgah2 tempat lain punya, kul1.30 mcm tu dah ada tercongok kek somban, walaupun highway mcm byk kereta sikit, mcm hampir2 nak jem sikit, dan saya jugak hampir2 nak kena sawan tangis sikit2 hahahahaha seb baik la weols sampai dengan jayanyaaaaa

bayangkan kalau tersekat dalam jem di highway, kereta tak gerak2, baby pulak meragam menangis, kalau baby terberak lagik, perkhhhhhhhhhh tambah nisa buat perangai nak susu, huhhh tak boleh blah,

rule sekarang, no singgah nyinggah, kalau nak merasa makan jari kaki ai, sila la singgah hahahahaha, hulk betul jemah ni

dan ini beberapa link daripada komen yang uols tinggalkan dalam entry CD saya yang lepas
http://www.sarakids.com/
http://juallampinmoden.blogspot.com
http://anakkuceria.blogspot.com/
http://sayangbabyibu.com
www.mybabyatjb.blogspot.com

jadi uols mana2 yang minat CD boleh la terjah link2 kat atas yer, saya pun maybe lepas ni beli online je, sbb nak beli lagi 5 bulan depan, harus saya cari yang "alah membeli memang memakai" dan EKONOMI :)

sekian dari duta CD hahahahaha, tak habis2 lagi berangan duta ai ni, eh takde sape2 nak lantik ai jadi DUTA kahhhhhhhhhhhhh

Thursday, August 27, 2009

mari kita lipat ganda kan usaha

semua tips yang uols kasik semua saya ikut

haaa tips apa pulak tu, bukan tips JUTAWAN SEGERA ok, hahaha kalau tips jadi jutawan segera, konfem saya kedekut ilmu, nak kaya sorang2 hahahahaha, lepas tu boleh showoff kat blog hahahahaha, gilo jemah ni

semua tips nak banyakkan susu ibu la uols, dah kata sekarang semangat nak mamfussss la kekdahnya, anak punya pasal, susah ke penat ke renyah ke apa ke, saya harung jugak, tak fedulikkkkkkkkk, orang nak kata apa pun tak jalan, nak kutuk kata nyusahkan diri pun saya buat tak dengar je, tengahari dok bukak katop lemari ais kat opis ni simpan susu pun buat muka stone jer padahal malu ya hamattttttttttt

ish apasal si jemah bukak petiais bulan pose ni???

sangat menimbulkan syak wasangka yang bukan2

alah perempuan bukak petiais di bulan puasa takpe kan kan kan, itu hukum alam cehhhhhhhhh

orang kata minum horlick saya pun minum eh tapi baru start semalam :p
orang kata minum milo, saya minum
minum air masak banyak pun saya buat, naik kombung perut acik kekdahnya
urut pakai sikat pun den buekkkkkkkkk, main belasah jer, janji buek, den tak kiro!

dan terbaru, kak pnut cadang kat saya supaya beli ini milkmaid tea

kredit gambar momslittleones, ok abaikan gambar pada kotak tu yer, memang seksa sikit, yang pahlawan2 tu buat2 tak nampak dah, bulan pose ni weiiiiiiiiii

disebabkan tak tahu ceruk mana nak cari milkmaidtea ni, gigih ni google2

tu yang jumpa web momslittleones ni, tak tunggu2 dah terus order, terus bayar

tak sabar nak tunggu

maybe next week kot baru sampai, sebab sok dah jumaat :p

nanti saya review bagus tak produk ni, berkesan atau tidak yerrrr, ke ada yang dah pakai nak kongsi ilmu dengan saya, sgt la dialu2kan

sekian

Wednesday, August 26, 2009

tak menang tangan kaki hempedu limpa dan sebagainya

title mcm sengal nak mampos, mcm la ko ada hempedu lagi jemah oiiiii

hahahah takpe, biarkan dia, apa ada pada tajuk ye tak

hari ni saya dah plan mcm nak kena jugak singgah jusco, barang mcm banyak kena beli, nak nak pulak dah gaji ni kan, harus la tu habis ni habis, pandai pulak habis bila dah gaji ye keh keh keh

mulanya saya igt macam malas nak hangkut nisa ngan annur, sebab pertama h1n1 la kan, bahaya! bahaya! sebab kedua, weols sebenarnya mcm nak sederap je amik2 terus balik gitu la, kalau bawak dua2nya tu lambat la sudahnya, mcm2 ragam nanti

bila saya bincang2 ngan en.laloque, ermmmm betul jugak kata dia, takkan nak tinggalkan depa dua kat rumah kakmas tu, kawan tu pun nak siap2 masak nak prepare berbuka puasa ye tak, kang menyusahkan orang pulak, penyudahnya hangkutttt semua

memang dah set sangat dah, memula2 pegi bahagian baby beli puting annur dan barang2 baby sikit, lepas tu terus gi market beli barang2 dapur, terus beli makanan tapau, bajet2 sampai rumah sempat la berbuka semua

tapi realnya tidaklah seindah kabar dari rupa

sesak napas acik uolssss tu baru dua, dua2 pompuan lak tu kalau lelaki tak tahu la mcm mana kan, dah abis peluh2 jantan semua keluar dah! kalau boleh menyinga dah mengaum 10 juta kali dah hahahaha

kebetulan hari ni hujan, bukan sikit2 punya hujan pulak tu, bapak la punya lebat, balik opis jalan dah jem dah, terus jemput dua anak dara kat rumah kakmas, en.laloque pulak sampai lambat adoiyai, semua dah makan masa sangat dah, sambil tunggu en.laloque balik, saya mandikan nisa dulu, dah tu dia main air pulakkkkkkkkkkkk tekanannn ok, nak nunggu dia abis mandi, ya ampun punya lama, dah jam 6.30 lebih2 mcm tu dah, masih jugak kat rumah tak jugak gerak2 je jusco, umangaihhhhhhhh gilo! masa ni dah terbajek2 dah konfem kelamkabut jugak nanti ni

uols tahu la, saya ni kalau lapar melampau2, memang hangin satu badan, semua benda salah depan mata keh keh keh, memang susah nau la nak kawal perasaan tu, genetik la katakan, chehhh salahkan genetik lagik, tak abis2 la kau ni jemah, kau tu betul ajer, takde yang salah hahahaha

sampai2 kat jusco, semua jadi huru hara, dengan nisa buat perangai nangis2 nak dukung la apa la, annur pulak nak dukung jugak taknak duduk dalam stroler dia, tak tahu nak tolak mcmana dah, dengan troley market tu lagi,

ok sekarang saya nak uols bayangkan, sekarang bayangkan :p

dukung nisa dukung annur, nak tolak stroler annur, nak tolak troley market, nisa nangis terkinja2, annur nangis nak nenen

tak ke acik boleh kena sawan tangis macam ni, sakit hempedu acik ni haaaaa

dah la perut lapar, azan dah berkumandang pulak tu, ni nak berbuka puasa mcm mana ni, takkan nak korek idung kot hahahaha

time ni la baru teringat nak cucuk duit la, aduhhhhhh tensen guwe!

sementara menunggu en.laloque cucuk duit dan untuk menghilangkan tensen, melupakan lapar dan dahaga pada waktu yang sepatutnya dah boleh makan dah sangat, bagi la minah ni main dulu... kang tak pasal2 mama dia join nangis sekali kang






punya la dia nak nak nakkkkkkkk sangat main belon ni, dia rela berak dalam pampes dia, astalavistabebeh betul la budak ni tau, selama ni elok jer nak berak semua bagi tahu, memang tunggu hari je dah takpayah pakai pampes dah, sabarrrrrrrr jer la

lepas satu, satu perangai dia buat

pernah tak uols, ada satu ketika rasa mcm geram sangat tapi tak dapat nak luah, sambil ketap2 gigi dan cakap eeeeeeeeeee eeeeeeeeeee eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee dan berimaginasi menumbuk2 dinding sampai pecah dinding tu, hahahahaha biasalah tengah lapar, terus feeling2 hulk

saya dah tak tahan sangat dah, annur pun asik meragam nangis, en.laloque jadi runner hantar barang2 yang dibeli masuk dalam kereta dulu, lepas tu turun balik sebab nak singgah kfc, saya terus ke parking nak susukan annur

lama jugak saya menanti en.laloque ngan nisa beli kfc tu, bila dia sampai, saya dah terbayang2 sangat nak teguk air ni

"papa mana air milo mama, semua air gas je ni"

arghhhhhhhh dah agak dah dia lupa air isteri dia, uwaaaaaaaaaaaaa... dan bermula lah adegan feeling2 hulk sekali lagi didalam hati.

sekian

Tuesday, August 25, 2009

medela swing

sori la uols, sekarang memang bajek entry2 blog semua pasal penyusuan ibu hahahaha, im cowiiiiiiiiii, tengah semangat la katakan

saya sebenarnya macam kesal sikit

eh kesal banyak sebenarnya, kesal sekesal kesalnya la kata orang kalau dah terlajak perahu boleh diundur lah, cehhhhhhh over lagi jemah ni tau

ok kita terus strettt ke point penting jer la yer

kesal sebab apa jemah, cepat la cakap, asik kona2 jer pening la, hahahah ok2 sori2

kesal la sebab kenapa saya tak TERSEDAR dari awal yang saya kena cari breastpump yang baik, uwaaaaaaaaaaaaaaa stress la gini, kan elok dari saya peknen lagi saya dah kumpul duit siap2 semua, dan menjadikan ia satu barang penting no 1 huhuhuhu

sebab apa tau uols, sekrang ni kan bulan ramadhan kan, jadinya saya pun kurang minum kurang makan semua kan, tak tahu lah ini saiko ke hape, tapi hasil perahan susu badan saya menjadi kurang la, ini buat saya jadi sedih sangat, tapi kata orang jangan sedih2, nanti lebih mengganggu hasil pengeluaran hahahaha, dah macam kilang susu ke hape pulak saya cakap ni

jadi melalui pembacaan saya melalui internet dan banyak blog2 yang menyokong EBF ni kan, ramai yang cakap medela ni bagus, dan saya pun macam terbekenan2 jugak nak sambar sebijik

nak dptkan Medela Freestyle Handsfree Double Pump ni pulak, konfem la saya tak mampu sesangat kan, tapi kalau saya start main kutu masa peknen mesti saya dah dapat beli uwaaaaa,

tapi takpe, masih belum terlambat, nak menyesal2 pun tak guna jugak, buang boreh yo, kan medela pun ada medela swing ni :) harga dia RM649 yang saya rujuk kat blog mybreastpumpshop ni, harga dia walaupun agak, ya rabbi punya mahal jugak saya rasa hahahaha, tapi murah sikit la dari freestyle tu kannn,

sekarang tengah kenen2 kat en.laloque, kalau dia izinkan dan menyediakan fulus the mulus blink blink blink, insyaAllah dapat la saya memilikinya, apsal tetiba ayat mcm formal tak boleh blah ni hahahaha, tapi kalau en.laloque cakap, "pakai ajer la apa yang ada tu" melopong nganga2 mulut la ai uolssss huk huk huk

gambar kredit mybreastpumpshop

nak raya ni duit nak pakai banyak kan tsk tsk tsk

adakah dapat ku miliki mu medela swing :D

genetik sapaaaaaa la nih?

saya selalu tengok mama dengan maksu saya buat macam ni, tekan2 enset, senyum2 senget muka


jadi saya tiru la, tapi tetap saya tak paham kenapa hikhikhik


apa sebenarnya yang mama saya suka sangat buat macam ni yer


click click click


**smile**

uuuuuuuuu comelnya titeeeeeeeee

"mama mama kakak tantek tak?"
"cantikkkkkkk sayang"

hahahahah sabar jer la, semua adalah aksi2 nisa men-snap gambar2 dia sendiri

apa yang kita buat semua dia nak tiru tau, ish ish ish

akhirnya...

saya dapat parking lot sendiri ni lama dah, berbulan2 lama dahhhhhhhhhhhhh

dan untuk pertama kalinya ni, saya dapat parking kat parking lot MILIK SENDIRI
(hambek ko siap bold lagi), tu yang jakun sampai sanggup snap gambar tu hahahahaha

over ko jemahhhh

Monday, August 24, 2009

Baby Cloth Diaper


kredit gambar lunatots

hari tu ada nampak kat wanita hari ini pasal Cloth Diaper (CD) ni

tapi masa tu tengok macam tak berapa berminat sangat, sebab fikir, ish mcm susah nak cuci2 la apa la kan

tapi bila saya melakukan survey2, erm macam bagus laaaa, mcm senang cuci jugak, senang pakai jugak, pastu yang penting jimat uolsssss hikhikhik

erm, igt weekend nanti nak try cari dulu, kalau beli dapat telek belek masyuk sikit beb, syok la dapat rasa2 pakai tangan dulu kan, tapi tgk jugak nanti macam mana, kalau tak sempat, nampaknya kena beli online jugak lerrrrrrrrrrrrr

nanti ada masa, saya kongsi sikit kebaikan penggunakan CD ni berbanding Diaper biasa melalui pembacaan saya kat internet la, kalau based pengalaman tak dapat la kan, beli pun belum hikhikhik

so uols, dah ada sape2 yang try CD ini kahhhh?????

kalau lah dapat...

Medela Freestyle Handsfree Double Pump

gambar kredit to mybreastpumpshop

umangaihhh harga dia RM1699.00 tu uolssss

tapi memang lengkap la kan, dengar2 cerita nya fungsinya bagus

erm... kalau la dapat :)

Sunday, August 23, 2009

hari pertama berpuasa

agaknya saya ni suka nau la kan buat entry "hari pertama..." hikhikhik entry hari pertama takpe uols, jgn entry malam pertama sudahhh hahaha, ish ish ish, apa tulis ayat tak senonoh ni jemah... bulan puasa ni :p

ok lupakan lawak ntah apa2 tu itu, itu pun kalau itu dikategorikan sebagai lawak nyetttttttt :p

ok kita start sekarang

hari pertama puasa, memang sangat adil dan saksama gitu, sahur hari pertama di rantau, berbuka puasa pula di cheras,

hari kedua puasa pula kita terbalik kan dia, sahur di cheras, dan sat lagi kami berpusu2 nak ke rantau pulak, buka puasa kat sana

ni kalau kata tak adil lagi tak tahu la nak kata macam mana dah, dush dush dush kan ajer sekali, baru hang ada akai noooooo

hari siang, seperti biasa ajer, menahan diri daripada lapar dan dahaga, chehhh ayat hahahaha, tapi ye ke saya menahan diri sangat tu, syhhhhhhhhh atam ko jangan nak membuat dusta lepas baca perenggan ni yer hak hak hak

sesampainya saya di cheras, rumah mak saya mcm sunyi tak agak2 la, eh memang sunyi la, sebab yang ada cuma ceera dan ciput je pun, buat apa depa nak jerit2 dua orang pulak kan, si ceera tengah iron rambut dia, ciput rilex tgk tv. tapi tahu2 jer weols sampai dia lak terkocoh2 nak gi pos opis, lepas tu tinggal weols anak banak jer la, mak abah saya nun jaga kedai, takpe, boleh tidooo hahahaha, tak abis2 asik nak tido je, mana tak kembang kekdahnya uolssss

bila dah petang2 sikit, baru kemeriahan puasa tu "in" uols, bila dah start masak2, bila adik beradik yang memang tunggu last2 minit nak buka puasa baru muka menjelma hahahah ngelat korang hahahaha, takpe2 sepertinya penulis juga selalu buat benda tu, tapi saya datang lambat pun, tangan penuh isi okey, bukan datang tangan kosong ajer, eh kenapa kena explain pulak ni hahahaha, nampak sangat rasa bersalah

ok kali ni saya hanya menolong membakar ikan dan ayam saje, itu pun dok tolong2 erieq jer, waktu yang lain, asikla mengendong si annur tu, (alasan terbaik lagi)



bau dia memang semerbak harummmmmmm, saujana mata memandang cehhhh, apa kena mengena ntah

sambil kipas2 ni pun perut dah krok krek dah

tapi buat keje ngan erieq ni, saya tak terasa lama or penat sangat, sebabnya weols suka borak2 dan mengenakan antara satu sama lain, lepas tu gelak2 ntah hape2, orang kalau dgr weols borak pun, tak paham jenis lawak apakah! apsal budak dua ekor ni gelak, aku rasa tak lawak pun hahahaha

dua budak biru ni, ntah hape buat ntah, layan tenet la tuh, oiii abang lang, blog tu dah boleh letak kat muzium dah, hahahaha, nak tunggu andak wat rusuhan baru nak update kah??


saya masa ni sedang bertungkus lumus membakar ikan kat luar ni, berpeluh bagai dah, rajin sangat kononnya, yang depa ni pulak nak berhidang katanya, tapi yang berhidang adalah dua tiga orang yang lain ngelat lebih hahahaha, biasala tu, bila dah ramai2 ni kannnn

biasanya raja ngelat ai la hahaha, tapi sejak dua menjak ni tak tahu nape, sejak annur lahir ni kan, saya rasa saya macam dah lain sikit cehhhhhhhhhh perasan nya ko jemah oiiii


ok ayam bakar sudah siapppp, rencah2 semua mak saya siap buat dah, saya tolong bakarkan jer, senang kata, tolong kipaskan dan tolong terbalik terbalikkan jer, yang idupkan arang adalah erieq :p

tapi macam biasa, nak jugakkk ada nama saya hahahah

ayam bakar dan sambal jering

yang ni semua hasil rembatan dari PARAM, yang mana rasa bersalah ngelat datang lambat tu kan kena la beli makanan lain, kalau tak kang jadi bahan kena kutuk pulak :p


erieq dan saya


kepak ayam yang yummiiiiiiiiiii


dah macam berbuka puasa kat masjid pulak panjangnya


wahhh dah dekat dah, dah dekat dahhh...



keluarga kakcik tak dapat balik uols, kalau ada mesti lagi best, memang tak muat la barisan la kata kooooo

memang kecoh memang bising

sape tak tahan bising memang tak leh IN la, memang fengsannnn dah

nasib baik an-nur tido tepat pada waktunya

dan nasib baik nisa kaco maklangnya

dapat la makpak nisa mengelat lagi dan makanmakanmakan dengan senang hatiiii

yihaaaaaaaaaaa

nah tgk video


sekian

Friday, August 21, 2009

keindahan EBF

sape tak tahu EBF, sila la google hahaha

tapi ibu-ibu diluar sana, kalau tak tahu, siap la dia, meh acik gentel2 idung dia meh

ruginya saya tak mengamalkan ebf pada alesha dan nisa dulu, terasa betul2 rugi

betapa indahnya perasaan ini

anda tidak tahu betapa semangatnya saya sehari-hari, apabila melihat hasilnya yang semakin memberangsangkan, fuyooooooooooooo hebat la jemah ni tau, mintak otograf boleh?

insyaAllah kalau kita berusaha, Dia pasti membuka jalan buat kita, yang penting jangan takut untuk mencuba cehhhh

terima kasih kepada kak pnut, kak puteri1, sepet dan geng susu ibu, dan semua rakan2 blog, opis, keluarga sebab sentiasa beri semangat ketika saya dalam dilema, resah

~ ada macam ucapan orang menang anugerah kah???? ye, kalau ada anugerah blog merapu terbaik hahahaha,

akhir kata... LIHATLAH DUNIA

Thursday, August 20, 2009

nyeh nyeh nyeh

"ish ok jer badan dia"

hikhikhik

memang la ok ok jer, tapi belum mencapai tahap piawaian yang ditetapkan lagik, cehhhh, cuma saya rasa saya perlu risau dari sekarang la kan, takkan bila dah mencanak2 naik baru nak risau2 kan, nasi dah jadi bubur kang payah, tapi bubur sedap, hahahaha nampak sgt kebulur ko, tulis peribahasa pun dah rasa lapar tetiba hahaha

ok tu je hahaha, eh entry ni macam tak payah buat pun takpe kannn

oleh sebab dah terlanjur buat entry tak berfaedah ni, dan saya nak bagi entry ni nampak macam berfaedah sikit hahahahaha, saya nak ambil kesempatan ini nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA UOLS, jangan pulak tetiba gastrik uols sampai pulak, tak aci ok

ehem2 belum puasa pun lagi, tapi saya dah tempah 3 jenis kuih dah. teruja sangat, baju raya pun dah tempah dah, sedondon jer baju raya tahun ni emak dan dua orang anak, memang macam boria sangat, eh dulu mak abah selalu cakap kan, kalau puasa tak cukup tak boleh raya kan hahahaha, cuba cakap, macam mana nak puasa penuh... tell me! tell me!

Wednesday, August 19, 2009

eh eh why aaaaaaaaaa

macam biasalah la, tadi saya buat lawatan blog, dan macam biasa saya menjadi SR hikhikhikhik

dan tetiba ternampak ini entry mcm tetiba saya gelak, thanxs bvlgarigirl hikhikhik

Why….. is lemon juice made with artificial flavor, and
dishwashing liquid made with real lemons?

haaa sape boleh jawab???

Selamat hari lahir atokkk

disebabkan acik agak macam malas2 sikit nak menaip, almaklumlah sekarang ai kan menjadi petani berjaya kat farmville tu hahahahaha

sape takde facebook konfem tak paham apa saya cakap ni, hahahaha nasib ko, sape suruh takde fb :p lalalalala

jom layan video nisa dengan sepupu dia, cilok dari blog en.laloque saje, video menyambut hari lahir atoknya merangkap apak mertuo den



amboi ko je boleh nyanyi ye nisa!

An-Nur di Usia 2 Bulan

An-Nur dah dua bulan dah

macam tetiba dah dua bulan kan, tetiba sangat! hahahaha poyo, padahal "eh apasal aku dah tetiba ada kat opis ni" kan, nampak sangat aura malas semakin maksimum, walaupun hari2 pun malas.

kena doa rajin rajin rajin aminnnnnnnnn

semalam weols gi check-up an-nur untuk dua bulan, memang amik temujanji petang jam 2, malas nak sesak2 ramai orang kalau amik pagi, kang an-nur meragam nangis meraung kang sape susah

eh eh, lupa nak cerita tau.

mula-mula kan saya macam ala2 risau jugak kalau an-nur asik menangis dan mintak dukung kat taska, yelah kat rumah kan macam tu, naik berketul2 tangan guwe asik dukung je kan, dah terbayang2 macam taska call masa saya keje, bagi tahu yang an-nur asik nangis ke apa ke kan. sekali petang tu

"annur macam mana kak, meragam tak, nangis2 nak dukung tak?"
"tak de lah, elok je, tidoo je, kejap bangun menyusu, lepas tu tido balik"

umangaihhhhhhhh sonang eh jaga ko ye annur, kalau macam tu dengan mama kan elok kekdahnya annur oiii, ke annur nak mama cepat turun berat badan ni, saje nak mama exercize lebih yeee hahahaha

tapi dah elok diam ontok ontok tu elok la, saya pun kerja dengan hati yang mulia, eh apa pasal tetiba mulia pulak, sebelum ni kerja tak mulia kah? hahaha

ok cerita pasal annur dua bulan ni kan, semalam weols gi klinik, dalam perjalanan ke klinik tu,

"mama sbnrnya kita tersilap lah, sepatutnya appointment semalam bukan hari ni, papa tersilap tgk tarikh la"
"laaaaaaaaaaaaaa abis la kita kena hadap nanti ni"

ahhhhhhhh tak kisah la, kalau kena marah kang, buat2 takde perasaan jer, pastu weols dalam kereta dah create macam2 jawapan dah kalau kena marah hahahaha, mula la idea keluar nak salahkan tulisan tarikh kecik la, konon2 dah call nurse semalam la hahahaahahah giler looser taknak salahkan diri sendiri, last2 weols gelak2 je, cakap jer la terlupa kan senang, nak nipu wat pe kannnn

masa registerkan annur tu, elok jer, takde pun depa marah2, hahahahaha tulah otak -ve sangat, kena mandi bunga ni weiii

ok2 semuanya ok2 jer
berat annur sekarang dah 4.7kg
dan berat omak eh pulak dah 61kg, turun 2 kg je dalam sebulan, kira ok la tu, tak payah nak frust sangat, man man lorrrrrr, cehhhhhhhhhhhhhhh padahal hahahaha

perkembangan baby, sihat2 jer, check badan semua ok2 je

dan 2 bulan jugak kena enjet

dan lepas tu badan annur ada panas sikit, tapi sikit la, lepas tu ok jer

apa ek lagi, haaa annur jugak macam nak cuba2an nak mengiring dah, gigih sangat dia, kadang2 rasa macam nak tolong je dia, kita pulak ter menyeget2 badan dibuatnya tgk dia gigih sangat tu hahaha

macam biasa, gambar adalah yilek, ntah la, bukan sebab badan dah naik ke sebab pipi gebus ke malas nak amik gambar, tapi aura tu tak mari beb, tak mari! (alasan terbaik!)

ok tu je laporan annur 2 bulan

Tuesday, August 18, 2009

berbaloi baloi???

Kadang-kadang bila kita dah berusaha sehabis daya dah, memang dah tekad nekad dengan satu keputusan

tapi tak mendapat kerjasama

kecewa kan

kecewa sgt!

macam usaha tu sangat tak berbaloi baloi

Monday, August 17, 2009

Hari Pertama Bekerja

"aku dah agak dah, mesti dia buat entry ni punya"

hahahaha tetttttttttttt tekaan anda tepat sekali, 17 markah untuk anda, sila kumpul markah anda, nak collect hadiah bila dah cukup 100 point pun boleh, nak redim pun boleh , ini pengaruh jusco kuat sgt la ni hahahaha sengal punya lawak hahahaha tak kelakar ok

hari ni saya betul2 punya semangat

malam tu dah siap basuh baju dah, nak sidai malam tak elok pulak sebab ada baju baby kan. ntah la orang tua-tua dulu cakap baju baby tak elok sidai malam2. tak tahu sebab apa. tapi ikutkan ajer tak rugi apa2 pun kan.

sambil main farmville yang baru stage 8, eh kena bagitahu ke ni hahaha, pastu tunggu kul 12mlm sebab nak pump susu an-nur buat bekalan kat taska kekdahnya, eh ni pun tak patut bagi tahu satu dunia hahahaha

tak boleh tidor beb, pasal semangat sangat nak keje

ok tipulah, takde la semangat sangat, sebenarnya malas sgt sampai terbayang2 macam nak tambah cuti "tak payah bayar gaji sebab dah perasan jutawan sangat" lagi 3 bulan. tapi pasal apa ntah debar2 lebih. ini namanya jiwa bergelora hahahaha. rasa macam 1st day lapor diri pulak. gilo!

pagi2 bangun dengan semangat, takde nguap2 langsung, langsung takde mintak2 minit kat en.laloque. eh mintak minit tu apa? hahahaha sesuka jer ayat, alah kan biasa kalau bangun tido rasa mcm tak cukup nak tido lagi kita mesti cakap "jap jap lagi 5 minit, jappp je" last2 terus terjebak berpuluh2 minit, hambek ko! hahahaha

terus sidai kain, buat apa yang patut, paling tak boleh blah semangat nak packing susu2 yang telah seminggu saya perah, gigih uols, awal2 perah tu, memang syahdu sangat tengok hasilnya, rasa mcm nak patah semangat pun ada hahahaha, rasa nak sentap sangat dah, bayangkan dapat 1 oz jer, tapi bila tengok wajah anak tu kan, takpe takpe mesti semangat! lama2 lepas tu dapat 2 oz sekali perah, dan sekarang dah dpt 3 oz dah, syabas zaimah syabasssssssssss, anda memang hebat! walaupun uols rasa, alahai sikitnya... tapi takpe yang penting semangat! Dia pasti bantu kita kan cehhhhh

eh dah melalut

pagi ni jugak pengalaman pertama saya menghantar annur ke taska dia. pengalaman pertama ni saya rasa ok lagi kot, sebab nisa kat rantau, cuba kalau ada nisa sekali, konfem havoc tak menang tangan, ada yang mama sama2 nangis dalam kereta kang.

dan macam biasa yang saya jangkakan, an-nur memang melalak meraung dalam kereta

1. dia tak biasa awal2 pagi dalam kereta, biasanya tgh landing baik atas katil dengan mama
2. dia pelik kot kena duduk dalam carseat dia tu
3. dia tak selesa kereta bergerak
4. dia nak dukung la tu

tak senang duduk saya drive uols, daripada nak ikut jalan dekat terus terikut jalan jauh, daripada nak cepat2 tu terus jadi makin lambat muahahahaha eh apasal gelak ni, bukan kah sepatutnya ko nangis jemahhhhh

ok setel bab tu

hati debar2 ni nak naik opis ni, apakah rupanya bilik ku itu agaknya.

oiiiiiiiiiiiiiiiii sepahhhhhhhhhh giler ok, sentap mak nyah, 2 bulan je wei takde, mcm ni kekdah jadi, tapi takpe, apahal2 kemas dulu, baru ada semangat nak keje

bukak2 emel office 254 emel unread huh, huh bayangkan kalau tambah lagi 3 bulan itu?

mak pitammmmmmmmmm nyahhhhhhhh!

dah lah, mcm malas pulak nak merepek panjang2

okeh okeh entry yang tak tahu apa motip, ujung pangkal dan tujuan ni diakhiri dengan wajah "macam-macam an-nisa" ini bukan an-nur tau


sekian, salam 1Malaysia, chehhhh tetiba feeling2 pembaca berita RTM1 pulak kekdahnya

Saturday, August 15, 2009

duduk rumah sajakah

cuti2 begini takkan duduk lepak di rumah saje?????

tak patut! tak patut!

plannya nak gi kenduri kawen di rumah member en.laloque kat KL, eh rasanya KL kot, lepas tu teringin nak buat lawatan sambil belajar kat mana2 shopping komplek berdekatan, tapi tadi bincang2, terus cancel

musim H1N1 wei bahaya pulak bawak bayi jalan2 jauh kat tempat awam ramai2 orang tu kan, dah tu takkan nak tinggal pulak, amboiiiii not good not good

abis tu takkan cuti2 lepak rumah je kot!

takpe, demi keselamatan keluarga, eh tapi petang ni nak gi kenduri cukur jambul member dekat2 sini, harap2 ok2 lah semua, aminnnnnnnnn takut uols

ok uols, kalau keluar rumah jangan lupa pakai mask, yehhh yehhhhhhhhh salah tu! yeeehhh yehhhhhhhhhhh tetiba filing bandi amok

Friday, August 14, 2009

jumaat ini

salam jumaat uols

ops semua sudah rehat kah, yelah jumaat ni rest panjang ye tak, hari ni pun saya nak kaco perut uols jugak hahahaha, apa kejadah tak asik nak show off masakan beberapa hari ni giler ke hape, kalau masak ala2 master chef takpe jugak, ini masak biasa2 hahaha, pedulik!

sayur tumis, sop telur dan ayam masak merah (peha sahaja)

eh macam lebih kurang dengan menu semalam jer hahahaha, dah itu jer yang en.laloque beli, itu je lah yang saya masak, masak macam nak makan 10 orang kekdahnya, dan macam biasa jugak pemilihan pinggan mangkuk yang digunakan adalah mengikut konsep "asal tercapai dek tanganku" hihihihih

jadi sekarang anda tahu kenapa badan en.laloque semakin berisi sekarang chehhhhhhhh hahahahaha

jumaat ni last dah uols, last dah saya bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa uwaaaaaaaaa, rasa macam tak puas sangat nak telek belek an-nur tauuu, hari ni an-nur bangun pagi dah hadiahkan mama sekuntum senyuman yang paling manis, siap kejutkan mama bangun dengan suara seolah2 menegur, alahai so sweet tau, ni mesti cukup tidor perut kenyang, sebab tu tak buat hal nangis2 bagusssss... dan waktu mandikan dia, pakaikan baju dia sambil urut2 badan dia, asik senyum je dia, rasa syahdu la pulak aihhhhhhhhh

air kat seremban ni dah macam biskut dah, kejap ada kejap yilek tak patut betul la, tu pasal saya masak awal2 kang kalau takde air kang, leceh nak basuh pinggan bagai, dan sekarang air dah betul2 pelan ni

ok tu jer

Thursday, August 13, 2009

Puasa dah dekat ni

saje tetiba terlebih rajin uols, nak kumpul pahala puasa awal2 ni hahaha, buat amal sikit, puasa dah dekat ni kan, puasa tahun lepas saya ada letak tutorial anyam ketupat kan, haa sebagai persediaan uols yang bertangan bangku seperti saya yang anyam ketupat boleh jadi barai kekdahnya, konon nak jadikan ketupat tetiba jadi pensel warna hahahaha, ha eloklah praktis dari awal, prektis make perfek katanya kan

ini saya copy paste dari entry lepas jer

selamat mencuba uols

chewah...

exclusif ni uols, bukan senang ada orang nak ajar anyam ketupat online mcm gini kannnnn :D

ok, meh belajar menganyam ketupat bersama en.laloque

1. pegang mcm gitu yer... ikut sebijik dlm gambar


2. sila abaikan muka tak siap en.laloque hahaha... ok then pusing 3 kali mcm tu


3. lepas tu, buat dua2 belah tangan, satu ke atas satu ke bawah


4. then silang-silangkan



5. pastu kemas2 kan dulu



6. siappppppp


tak paham lagi?

meh tgk video lak


SELAMAT MENCUBA :D

Simple2 aje udah

selamat tengahari

tu mesti perut tengah krok krek lapar kan, sabo sabo jap lagi dah kul 1 dah

tapi saya memang suka jer nak kasik jiwa kelaparan uols tu semakin menyiksakan hahahaha, walaupun lauk yang saya masak hari memang lauk simple2 ajer, tapi weiiiiiiiii kalau perut tengah lapar kata kooooo, tgk roti kosong pun rasa meleleh ayak liur wa cakap sama lu

kerang rebus, sambal sotong dan tumis sayur, semuanya lauk2 permintaan en.laloque, senang laki den ni mintak masak semua yang mudah2 jer hahaha legaaaaaaaa

ha hari ni seremban dah ada air dah, lega nooooo dapat masak dengan senang lenang dengan hati yang girang

ok dah dah saya nak gi jemur kain pulak

pehhhhhhhh bz giler jadi suri rumah ni, nak masak la nak apa la, nak update blog lagi wakakakaka, weii update blog pun termasuk dalam "FAIL MEJA" suri rumah ok, dah nak ujung tahun ni kang laki ai nak buat penilaian prestasi hahahaha

Wednesday, August 12, 2009

sejibik


nampak tak, memang sama dan serupa hahahaha

ehem ehem, nampak tak kat bawah header tu... lalalala

Ala2 muslimah sejati gitu

hhahahahaha

nilah akibat terlalu ralit melayan fB ni, bahaya tul fb ni la, dulu bapak tak paham langsung ngan fb ni, baru2 ni jer terang hati sikit, hahaha baru paham nak pakai mcm mana hahaha, terus paksa en.laloque create acct dia jugak

bila dia dah ada fb, tgk2 dia lak lagi rancak ber fb dari diriku hahahahaha

belek2 fb dia tadi ternampak pulak gambar ni, eksplorasi perdana pulau singa besar langkawi, terus gelak shaitonnnnnnnn hahahahaha

laki sapakah itu yang berdiri ala2 penyanyi nasyid itu uols hahahaha

seb baik masa tu tak kenal ok, kalau tak rejekkkkkkkkkkkkkkkkkkk hahahahahaha

semput acik gelak!

~tak abis2 cite lalok jer ni apa cerrrrrrrrrrrrr

Alahai An-Nur

mama ko english style kan ko yer an-nur hahahahaha

wajah an-nur selepas mandi berwangi2an




sekarang dia dah tido balik :D

nak basuh kain, air takdak, nak masak pun dah takde mood pasal air takde, jadik nak makan apa hari ni????

"hello mcD, saya nak order ...."

hahaha senang betui hidup zaman sekarang
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^