Friday, October 30, 2009

Sesuatu yang TERBAIK: NESLAC® EXCELLA® Gold

[Sticky Mode untuk 48 Jam]

Salam semua

Hari ni saya ingin menyeru anda membaca entry ini dari awal hingga akhir tanpa meninggalkan satu perkataan pun, ceaaa paksa lagi



Yes yesss sebab info terbaik dari ladang rugi kalau tak baca betul-betul ni, kang siapa rugi, anda jugak, cik jemah selaku penulis terhebat (wahhhh apa kena ntah dengan point ni, suka-suka sendiri bagi gelaran) memang study baik punya dah ni

Kepada ibu-ibu yang inginkan susu TERBAIK (susu ibu adalah yang TERBAIK) untuk anak mereka dan sanggup membayar untuk mendapatkan yang TERBAIK untuk anak yang TERBAIK, bacalah entry TERBAIK ini, chewah (takyah kira perkataan terbaik itu ok, tak payah! hahahaha), kecuali ada ibu-ibu yang "aku tak kisah susu apa janji botol susu aku mahal-mahal" ha kategori tu memang nak kena, chewah... ada ke ibu macam tu??? rasanya takde kot kan, sebab kita para ibu ni memang hari-hari memikirkan yang TERBAIK untuk anak-anak kita kannnnnn

Adakah anda pernah dengar NESLAC® EXCELLA® Gold

Susu yang pasti ada di PASARAN, susu yang mudah di dapati di PASARAN, susu yang mampu milik di PASARAN, kalau uols pergi mana-mana pasaraya ke kedai runcit berdekatan ke, memang confirm jumpa punya susu ni, kecuali lah anda pergi ke deparment cloth ke apa ke, memang tak jumpa, itu memang nak kena tu hahahaahaha, pergi tengok kat tempat susu weiiii, tempat susu




Memperkenalkan tak lain tak bukan, NESLAC® EXCELLA® Gold, kotak susu dia yang dari jauh dah nampak mengerlip-ngerlip dah kuning gold dia, memang dari kotak dah memikat hati dah.



Saya dah mention tadi kan susu ni memang mampu milik, seriously, kita ni sebagai ibu memang perlu juga tengok, selain harga yang sesuai dengan kemampuan kita, tapi perlu lihat juga kandungan susu tersebut gitu kan.



NESLAC® EXCELLA® Gold ini dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Nestle di Switzerland bagi membantu anak anda mendapat nutrisi yang seimbang yang merangkumi 3 benefits penting iaitu Guard, Activate & Growth, wah serius jemah buat ayat buku teks ni, harap anda faham, dalam bahasa mudah faham, susu ni BAGUS untuk perkembangan otak anak anda la, bagus untuk anak yang aktif la


Jadi, susu ini mampu milik dan sesuai untuk perkembangan anak anda kan



Jika ada membaca yang merasakan "wei jemah, aku memang pakai susu ni lah untuk anak aku, aku tahu lama dah pasal kebaikan susu ni weiiiii, TERBAIK wok"



Yer anda patut merasa mulia sekarang hahaha, you should proud my dear, you should :p

Oleh itu, mari kita serbu beramai-ramai laman web ini, laman web Excellence Begins Young (EBY) di http://www.excellencebeginsyoung.com.my/




Untuk lebih menjadi ibu yang TERBAIK, apa kata anda terus click dan menjadi MEMBER :p



Kerana banyak kebaikan menjadi MEMBER ni, kerana anda akan disuap-suap dengan maklumat-maklumat terkini melalui emel terus, tak payah susah2 anda nak google sana sini dah. dann dannnnn jika anda menjadi ahli Young Excellence Begins, anda juga akan automatik menjadi ahli Nestle tau, anda berhak, diulangi ANDA BERHAK menikmati semua faedah sebagai ahli Nestle.



Bagusnya web ni, sebab dia ada BEST PARENTING TIPS FROM THE EXPERT,

"Parents should be aware that children do need their afternoon naps and cutting down will not help them sleep earlier at night." ~Dr. Albert Liau



Ok, gi click (EBY) sekarang, SEKARANG hahahahaha (jemah memang seperti yang anda kenal, kalau benda yang baik, dia memang suka paksa orang baca)



Apabila saya click click click laman web (EBY) yang sangat berinfo ni, saya dapati, wahhhhhh wahhhhhhhh wahhhhhhhhhhhhhhh begini kah, begitu kah, benda ni macam gini rupanya, baru tahuuuuu huhuhuhuh



Ilmu memang kat mana-mana jer ada, kita je tak tahu, kena rajin membaca demi anak tercinta kan kan kan

Antara yang terhebat dan saya terkagum-kagum adalah ini, ini adalah Child Development Traker, serious best, klik sini, anda klik saja GO NOW itu



Dan paparan ini akan muncul secara laju cehhhhhhhhhhhh



Best wokkkkkkkkk



Bila click 1st quarter tu kan, pastu click movement ke speech ke, dia akan tunjukkan development tracker yang sepatutnyanya la. kiranya milestones untuk anak kita lah



Jadinya uols, biasanya kalau anak pertama kan, biasanya kita macam agak risau sikit, "anak aku sepatutnya dah pandai apa yer stage ni", macam-macam yang kita fikir kan, sepatutnya bila boleh sebut "pa" "ma" ABC 123 Do RE MI haaa gitu, kat sini dia ada bagi tahu, besttt sebab ada sound baby lagi, ada animation lagi tau, macam fun sangat, sambil dapat info, macam dapat main-main pulak hahahahaha, kalau misal kata kita tengok anak kita macam tak mencapai stage-stage tu, ahhhh sudah... jangan risau pulak, bukan semua budak sama perkembangan dia kan, jadi kat web ni jugak ada bagi tips untuk bantu uols.

BAGUS kan BAGUS kan :D

Jemah-Jemah, anak saya dah besar lah, ada tak benda masyuk lain untuk anak saya?

Adaaa, adaaaaaaaaaaaa (saya menjawab "ada" dengan pantas sekali hahahahaha)

Ada ke anak uols yang dah pandai main facebook ahaks, kalau ada memang jemah respek habis lah hahahaha, ni makpak dia yang hebat berfacebook katanya ni kannnnn

Ok, dunia teknologi moden tercanggih-canggih mesti ada facebook kannn, benda wajib click hari-hari niiiiii (biasalah nak berkebun nak berhavest kah kah kah)

Ini lagi satu berita baik, kalau uols tak klik memang rugi besar katanya, serious rugi, saya dah click dah hahahahaha, ok sekarang masuk sini pulak http://apps.facebook.com/neslacexcellaphoto/



Sebelum uols rasa macam takde faedah kalau uols click, haaaa jangan... jangan cakap macam tu, saya konfem ibu-ibu pasti nak click lepas ni hahahahaha

1000 "create photo" pertama bakal menerima - Gambar korang diprint, siap berframe bagai, terus pos lagi kat korang



Weiiiiiiiiiiiiiii 1000 tuuuuuuuuu, cepatttt, rasanya tak sampai lagi kot, pasal 1000 tuuuu, siap cetak bagai kah kah kah, macam lumayan giler dapat benda free macam ni hahahaha



Meh jemah tunjuk step by step yang jemah rasa, kalau benda free, uols terus jadi pandai :p takyah ajar-ajar dah sepatutnya. Tapi macam biasalah, jemah kan BAIK :p

Paparan pertama



Klik browse, dan pilihlah gambar terbaik anak anda, tak kisahlah gambar anak bersama-sama ibu bapa ke? gambar anak anda sorang-sorang ke? Janji uols rasa gambar itu TERBAIK :p

Ehem-ehem, ini pilihan gambar saya


1st step, pilih frame


2nd step, pilih element, pilih benda comel-comel seperti ini dan tepekkan kat mana-mana korang bekenan

3rd step-ini yang terpenting-penting, sebab kalau tak, macam mana mereka nak bagi gambar yang dah diprint, frame bagai itu kannnnnn


Selesai dah satu kerja mudah abad ini :p



Benda menarik abad ini jugak, sebab ada chance dapat free hahahahaha



Eh tak cukup lagi... ingat benda best macam ni berakhir macam ni je ke

Ada lagi ok, ada lagi hahahaha

Korang suka nau main kuiz kat facebook kan, apa kata korang cuba yang ni pulak
http://apps.facebook.com/neslacexcellaquiz/

ehem-ehem "Zaimah just finished playing Historical Personality Quiz. Result: Your child is Emotionally Artistic like Leonardo da Vinci and Intellectually Decisive Leader like Abraham Lincoln."





Ok sudah tu, kejap kejap, baca ni dulu, tu dah tak sabar nak main facebook dah la tu hahahahaha, jap lagi sambung, habiskan ni dulu, kang ada info tertinggal kang dah rugi kang, jemah tak jamin, kang jangan cakap "jemahhhh apsal saya tak tahu yang ni" jemah seligi je kang, tu lah baca tak abis lagi, nak kena niiii




Memang TERBAIK lagi hahahaha memang dari tadi jemah asik sebut TERBAIK kan hahaha, sebab benda yang TERBAIK kalau tak tulis TERBAIK rasa bersalah sangat tau hahahaha

Flashcard ni tujuan dia nak membantu aktifkan minda anak-anak dengan cara yang fun, senang, sesuatu yang berwarna warni, budak kan minat warna warni ni kan, jadi kita ibu bapa ni boleh pakai la kemudahan ni

Apa yang bestnya flashcard ni, ok mula-mula masuk dulu, baru nampak bagusnya


Click let's begin tu



Muncullah card-card ni, lepas korang klik mana-mana card la kan, dia tunjuk la senarai buahlah, sayur la macam tu


Yang buat saya sangat kagum apa tau, memang tak terfikir langsung



Kita boleh klik dan akan muncul lah gambar buah-buahan dalam bentuk pdf, yang kita boleh print dan bagi anak kita belajar mewarna, serius besttttttttt



Jimat sangat



Tak payah beli buku mewarna sangat (fuh legaaaaa kata suami jemah, lega poket dia hahahaha)

Atleast kalau masa anak meragam nak mewarna tapi buku warna dah habis semua kena tarah dah, print jer kat sini (ini satu link jer, ada banyak lagi, tapi korang kena la click sendiri), selesaiiiiiiii masalah kannn

Terima Kasih EBY :p

OK jangan lupa bahagian EXPERT's CORNER (Best Parenting Tips From The Experts) tu tauuuu, bagus untuk kita sebagai ibu bapa ni, dan baca lah demi anak-anak kita :p


Kepada ibu-ibu yang memberi anak susu Formula Milk (susu ibu adalah yang terbaik) yang lain, tak salah mencuba NESLAC® EXCELLA® Gold.



CUBALAH CUBALAH :)



Ok uols

Suka jer saya nak ingatkan LINK yang mesti CLICK yang TERBAIK :p

Website Excellence Begins Young (EBY)



Sekian

From Kodok with cemolot cemolot :p

Seperti yang diduga, eh tak duga sebenarnya akan sampai sepantas ni, terima kasih abang posto kuskus, harus dapat pekerja cemerlang tahun ni yer abang posto

siyes cepat menggila, rasanya baru jer dok pilih2 tudung yang mana berkenan di hati, kelmarin la kot kan ninie kan, tahu2 jer semalam sampai dah

aww aww awww sungguh teruja nak pakai tauuuuu

disebabkan jemah memang teruja yang melampaui batasan normal seorang yang normal, cehhh, jadi bukak2 jer kotak yang cantik berwarna pink ini, terus showoff sama rakan2 taulan, habis pukul canang kecoh2

kodok1

mcm beg LV lak hahahahaha, tak dpt beg ori, beg gini pun aci jer buat modal berangan2 hiks

"eh mana jemah dapat tudung ni, cantiknyaaa"

"kawan saya jual online ni, murah jer tau, 20hengget je kakkk"

hambek ko, terus sesi kaknam2 bermula

Jemah malas dah nak kecoh2 sangat, kang ramai pitam kang, cehh apa kena mengena ntah, terus masuk surau, baik punya testing hahahaha, saya pilih 2 jenis 2 color, satu fefel, satu hitam

"kak jemah kenapa tak pilih warna PINK, tak JEMAH la mcm ni"

"PINK dah berlambak dekkkkkkknon kat rumah ahkak, kasik can la akak pakai kaler lain sikit"

Ok sebelum menuju ke gambar2 tudung jemah yang terbaik, boleh klik link ni, nama link pun sikit punya senang nak igt uols, sangat sesuai dengan 10 tips blog jemah itu hari kannnn

http://kodokjualkain.blogspot.com/



the pepel version TUDUNG SCALLOP 2 BELAH RM20.00, tambah batu RM25.00

kodok2

gambar kek dalam surau, siap background jata lagi hahaha semangat patriotik sungguh :)

kodok3

haaa part yang tudung hitam ni paling tak boleh blah sekali, very the cantik di pakai ewahhh, lagi tak boleh blah siap edit gambar verangan artis tu ahahahaha

"TUDUNG BUTANG BATU" RM20.00


kodok4kodok5

eh annur tak termasuk dalam ini cerita ok, tp sebab comel sangat di mata mama, saya masukkan jugak, hahahaha makpak mmg suka puji anak sendiri hahahahaha

kodok6

selain menjual tudung, ninie jugak ada jual keronsang okkodok7kodok8kodok9

Semalam saya bukak blog kodokjualkain dia baru update tudung dan brooch sekali lor, kalau uols mcm kenan yang saya pakai ni, gi la tgk sana

kalau boleh saya nak pilih banyak-banyak, sebab semua nya berkenan di hati dan harga rezenebal ok, design pun simple, mudah pakai, main sarung2 jer, biasalah... acik ni kan, beg sireh pun dio sosahhhhhhhhh hahaahaha

ok disudahi dengan wassalammm

Thursday, October 29, 2009

tutorial update kat blog update jugak kat facebook

Salam

soalan ni pun dah ramai nau yang tanya, cuma acik jemah saje je wat2 lupa hahaha, sampai sikit lagi nak kena lesing baru dia buat hahaha, uols... kot mana2 soalan yang uols tanya tu rasa mcm dah lamaaaaaaaa sangat dah, jemah tak gak jawab2 kan, tu maknanya dia lupa la tu, dia bukan betul sangat, korang jerit kan jer kat komen box dia yang bila baca kena bukakkkkkk bijik mata beso2, hapeke tulisan kocik bobonar

alah uols, acik jemah baca ok jer komen tu walaupun tulisan kecik, biasalah terang hati, terang mata hatiku, chewah hahahahaha

blah la kau, blah laaaaa jemah hahahaha

ok mari kita mulakan pelajaran kita hari ni,

1. mula2 terangkan hati anda dulu, cehhhh, ini penting ni

2. klik profile atau dalam bahasa englishnya profil :p

fb1

3. dibawah kotak dinding anda, ada butang kongsi kan dan dibawah butang kongsi tu pulak ada PILIHAN kan, ok klik pilihan tu sekarang

(harap2 lenny paham bahasa english yang saya terangkan ini hahahahaha, ok ok, ini saya ngan lenny je kot paham, ada ke yang lain paham lawak terbaik ni hahaha)

4. sejurus selepas anda menekan butang pilihan tu, secara megiknya dia akan berubah kepada TETAPAN, ok klik tetapan sekarang

fb2

5. Dengan tak semena2 kang keluarkan segala maknenek "import stories"fb3

6. jadi korang pilih jer lah, nak import hok mano2 pung, ikut suko mung la... kalau blog korang blogspot ke, apa2 yang ada RSS tu ke kan, haa pilih yang saya bulatkan baik punya tu

7. ok sekarang masukkan address uols
fb4

8. kemudian klik kemaskini,

selesaiiiiiiiiiiiiiii

ada sapa2 tak paham

hepppppppp berani dia tak paham ek, cikgu marah ok sape tak paham tu, cikgu jemah adalah sangat garang, garang yang tak agak2 punya garang punya garang hahaha ha sape yang tak paham tadi (sambil buntangkan mata)

17: Kongsi Pengalaman: Kesunyian

Salam VP,

I ni pun sama gak mcm separuh yg lain dok jd silent reader vp…hari2 kena bukak baca blog vp, Selalu je gatal nak email tp biarlah terus jd silent reader je…uhhhh..uhhh…

Tp bila je baca pasal marinahunny….gatal lak tgn nak email vp sekadar kongsi cerita….

Vp, marinahunny and semua pembaca kat sana sinun…..

Bulan depan…insyallah saya bakal menyambut ulangtahun perkahwinan ke-4 dan saya masih berdua dengan suami tanpa hilai tawa anak-anak.

Amat terasa kesunyian bila pulang dari kerja tp sampai rumah sunyi sepi…..

Siapa yang tak kepingin zuriat setelah berumahtangga tp mungkin ini ujian dari Tuhan untuk saya dan suami.

Dah puas menjawab…dah tebal muka ni kena tempek ngan bedak sejuk….pegi mana2 mesti orang dok bertanya bila lg nak tambah ahli tp memang takde rezeki kitaorag lg…..

Kadang2 saya boleh menanggis sorang2 dalam bilik air sebab dah tak tahan kenapa sampai sekarang saya masih belum “berisi”….

Kadang2 saya merintih, meminta pada Tuhan kenapa saya di uji begini tapi saya sedar…ini ujian buat saya dan suami.

Dan yang paling perkara bodoh saya lakukan….saya meminggirkan diri daripada kawan2 saya yg mempunyai anak…pernah saya putuskan persahabatan dgn sahabat saya bila saja saya mengetahui dirinya hamil….bodohnye saya dikala itu…..

Tapi sebetulnya…jiwa saya tidak mampu bertahan….merintih…..

Saya betul-betul inginkan merasai pengalaman ibu mengandung…tapi apakan daya belum rezeki saya lagi….

Mungkin diluar sana akan mengata saya bodoh berkeadan begini, tp bg saya jika anda merasainya…baru terasa bagaimana jiwa akan merintih…..terasa kekurangan diri….

Tapi juga…saya bersyukur kerana suami amat-amat memahami diri saya, tak pernah sekali di hadapan saya dia mempersoalkan kenapa sehingga sekarang kami belum dikurniakan zuriat…..

Syukur…saya mempunyai suami sepertinya….

Buat Marinahunny….
Bersabarlah….mungkin belum masa untuk kita bergelar “Ibu”
Mungkin kita insan yang terpilih menerima dugaan ini….jangan putus asa…insyallah akan ada rezeki kita nanti….


Doakan agar suatu hari saya jugak mampu untuk merasai penglaman menjadi ibu…saya betul2 ingin merasainya….

Buat VP,

Semoga berbahagia bersama suami dan anak-anak yang comel tu….
Buat bidadari syurgamu….semoga sentiasa diberkati….


Buat readers yang disayangi, saya betul-betul sedih bila dapat emel sebegini, sebab saya tahu apa perasaannya.

Dear readers, bila ada kawan-kawan dikalangan kita yang bernasib begini, pleaseee... tolong la beri semangat, tolong jangan bergurau yang menghiris kalbu, tolong la jangan tanya soalan-soalan yang memang terdetik dalam hati, simpan ajer dalam hati tu,

"aku ni mulut memang lepas, tp hati aku baik" dah takyah cakap mcm tu, mulut lepas tu memang akan menyentap hati penerima, walaupun muka memberikan senyuman, tahukah anda bagaimana hatinya, bagaimana tidur malamnya dengan kata-kata kamu

"untuk mencari kawan yang baik, jadikan kawan yang baik"

Episode 23: You Pink My heart

Kisah percintaan bersambung lagi :0 ops silap emoticon :)

episode lepas adalah episode yang santai tak agak2, simple sangat, just nak bagitau yang saya dah menamatkan zaman berexam bagai, zaman gi kelas jalan kaki laju2, makan sorang-sorang kat foodcourt, tiap-tiap malam bergayut telifon sampai bila tengok bil telefon rasa nak pitam 18 juta kali, pura-pura tido awal sebab nak cepat esok sebab nak kuar dating hahahaha

wtf punya bosan aaaa last sem tu, yelah masa tu saya macam merajuk hati nak lepak kat bilik kelab kenu, mcm ada isu mengarut-ngarut yang ntah hape2 ntah, so rasa dah tak enjoy sangat dah, so kurung jer diri dalam bilik, buat hal sendiri, bergayut (eh ulang lagi point ni), lepak bilik along layan movie jepun yang vcd dia berkoyan2 sangat, sanggup tak tido semata2 nak habiskan tgk vcd2 tu, ishhhhhh tengok vcd kemain semangat lagi, cuba suh study??? cubalah cubaaaa... sekejapan jer tiba2 lapar la nak buat air la apa lah, nampakkkkkkkk sangat la kauuuu

bila dah balik KL uols tak tahu macam mana dia punya syorgaaaaaaaaa laaaa

seronok ok hahahaha, masa ni terasa macam terus nak balas dendam, balas dendam apa tau, sebab masa kat UUM kan kita macam nak deting sikit punya susah kan, sekarang dah dekat kan, haa masa ni lah saya paksa en.laloque ajak saya deting tiap2 hati, muak la kau tgk muka aku weiiiii

"abang balik keje, pukul 4.15 yer"

"a ah"

"amik la ma, kita makan kenny roges nak"

"nanti mak ma marah kang, keluar2 ni"

"alahh kejap jer, mama lapar la, kita gi makan jer, lepas tu balik la"

hahaha kopak la en.laloque masa tu, hari2 mintak belanja makan sedap2 lak tu, hari ni kenny roges, esok a&w, esokl lagi KFC, siyes laaaaaa masa tu saya macam tak fikir sangat pun pasal orang tu ada duit ke idak ke, suka2 jer paksa hahaha keji ok, sbnrnya saya nak jumpa2 jer, sbb rindu, lagipun praktikel belum start lagi, so cuti2 ni nak gak jumpa

lepas tu ada sekali mcm

"abang tak order apa2 ker?"

"takpelah abang dah kenyang la, td kat opis abang dan makan"

pastu saya macam pelik jer, takkan boleh kenyang pulak lagi, lepas tu baru rasa terdetik yang, alahai siannyaaaa mesti duit dah bajet2 tu, yelah masa tu lum kawen kan, duit nak menabung lagi, chehhhh nak kawen la katakan, duit minyak itu ini semua, gaji masa tu dah la seciput jer kan, awek lak suka2 jer hari2 mintak belanje makan itu ini hahahaha, ok2 i insaf sekarang, yelahkan nak balas dendam tak dapat deting kat UUM katanya, tu yang jadi jakun giler tu hahahaha, sori my dear darlingggggggggggg :p tp respek la en.laloque masa tu sebab walaupun dia dah bajet2 sangat duit tetap ayat cover jer dengan awek, jaga hati awek la katakan, eh tp sbnrnya sampai sekarang pun en.laloque macam tu hahahaha

dan bermula lah zaman praktikel ku, kat redi* (saje gedik cover2 nama) uols, kat TTDI nunnnnn, kalau ikutkan dari cheras baru tu memang takde bas direct gi sana la kan, kalau ada pun lompat2 bas la, lepas tu kalau turun bas kena amik teksi bagai semua, baru la sampai, weiiiiii gilakah begitu,

oleh kerana jemah adalah sangat mengades kebabom kebabom, dah tu dapat pulak title anak kesayangan manja intan payung pengarang hati jiwa lara, wahhhhhh panjangnya title jemah hahahaha, konfemlah ibubapa takkan sanggup tgk anak dia yang tangan sikit punya lembut mcm tak pernah basuh pinggan kat rumah ni nak naik turun bas macam tu kan ewahhhhhhhh, jemah kalau part puji diri melambung2 tu ko serah jer kat dia, boleh jadi 15 muka surat depan belakang tu puji diri sendiri jer, lepas tu baru masuk isi karangan hahaha, patut la BM ko teruk dulu :p

saya pegi keje abang saya hantar, ude sayalah, yang sekarang ada anak bernama akim yang comel mata bulat suka senyum tu, hiks, ude saya ni, kalau nak bagi award abang terbaik abad ini, memang boleh sangat kasik kat dia, sbb kan uols, dia kan dari zaman saya sekolah tingkatan 2 lagi dah keje dia jemput saya balik sekolah, hantar saya gi sekolah, hantar gi sontok, jemput dari sintok, dah besar menggalah pun masih lagi mengades2 nak berhantar gi praktikel hahahaha, biasalah ai kan manjaaaa

oh cerita pasal ude ni kan, dia ni kan, cuba kalau kawan2 dia kaco saya, marah ooo dia hahaha saya sukeeee sekali, pastu kawan2 ude tu sebenarnya bukan nak sakat saya sangat, lebih nak sakat ude tgk dia marah jer hahahaha, lawak betui

tapikan tapikan, balik keje kan, saya telah dengan jayanya memaksa en.laloque datang menjemput ku, lalalalala jadinya pagi ude hantar, balik en.laloque jemput, wtfuntastik lobaloba kehidupan seorang yang manja dan sampai sekarang bengap tak ingat jalan hahaha, wei hari2 abang saya hantar gi keje selama 4 bulan itu, sampai ke sudah saya tak igt jalan hahaha, cuba ko tinggalkan aku kat tengah2 jalan, konfem nanges hahahah

saya prektikel di redi* dengan pelbagai cerita pelbagai pelbagai2 lah, ilmu yang paling saya igt adalah bagaimana nak pakai photostet mesin yang boleh sort pastu staple sekali wahhhhhhh jakun2, lepas tu asingkan quotation masukkan dalam sampul surat hahahaha, giler tragis betul punya pengalaman kerja hahahah takpe ilmu tu sampai sekarang saya pakai hahahaha, berguna betul ilmu tu hahaha adoila, budak praktikel memang mcm ni

tapi memang takleh lupa dengan akak-akak abang-abang terbaik kat sana, i miss u ol so much laaa, kalau uols baca blog fink ni, roger2 la adik mu ini ok

redicare1

ini kira besfren for ever n ever ni, me n hasnila ros, "eh apsal nama ko terbalik, sepatutnya ros hasnila" hahahaha ila dah bosan dah dengan ayat tu weiii dari kecik sampai kecik jugak sekarang, orang dok tanya soalan yang sama hahahaha

redicare2redicare3

masa zaman prektikel jugak adalah zaman yang ko kena kuat iman weiiiiiiiiii, kuatkan lah iman kuu hahahahah

alah uols paham2 jer lah kan, jiwa tengah remaja bergelodak, eh tak la remaja, tp memang umur2 saham tengah agak melonjak naik la hahahaha, kenal macam-macam orang

masa tu memang kata ko, setiap hari ada jer dapat callcard lah, dpt phone la, pastu yang nak kenal tu bukan calang2 punya orang weiiiiiiiiiii, kereta punya mahal depa pakai, sedangkan en.laloque masa tu pakai proton saga jer, kalau jemah ni materialistik memang dia dah blah dah, terus pasang sparepart dua tiga dahhhh,boleh ajak shopping buat2 tak tgk tag harga hahahaha

wei jemahhhhhhhhhh ayat ko ni berbaur riak dah takbur lah hahahaha, ko perasan cantik ehh... eh taklah taklah, cuma nak cerita zaman itu waktu itu dugaan percintaan saya dan en.laloque sajer, takde niat lain ok, sila paham sekarang.
redicare4

lepas tu kadang-kadang tak tahan bila orang kutuk kita depan2, contoh mcm "apalah yang ko nak ngan dia tu, bla bla bla"

fine la weiiiiiiii, aku punya suka la sape aku suka, takyah la susah2 nak tolong bagi nasihat yang useless itu, blah kau! kau igt ko ensem cehhhhhhh bila tgh marah mesti keluar ayat tu hahahah, mcm dah takde modal lain kalau nak marah

sebenarnya dugaan banyak, mulut longkang pun banyak sekali,

yes kadang-kadang niat orang tu bergurau, wei ko bergurau, ko tak tahu hati aku dah macam kene hiris2 dah, walaupun muka aku senyum ko igt aku suka ke lawak menghiris kalbu kau itu haaaaa

kadang2 tak paham sangat, kita yang duduk ontok2 diam2 tak kaco orang langsung, dok buat hal sendiri jer, tp tahu2 kita ni jadi bahan cerita orang, sangat lah wtf wtf wtf ok, tp takpe, itu bermakna, kita ada X faktor gitu, igt mawi je ada X factor hahaha tetiba mawi, memang sentiasa dapat pahala free punya

en.laloque balik keje kuk 4.15 kan, saya abis keje kul 5, pastu saya paksa en.laloque sampai mesti sharp on the dot jam 5 mesti dah ada kat parking hahahaha, giler lah minah ni suka paksa2, tp pelik en.laloque dapat jer sampai pada masa yang dijanjikan, tak terbayang mcm mana laju dia bawak kereta dari opis dia, sian diaaaaaaaaaa, cuma ada la sekali sekala dia terlewat siki, tu pun awek dia muncung sedepaaaaa sangat hahahaha

redicare5

saat tu saat paling indah, tiap kali balik keje, kita satu kereta, dalam kereta borak-borak gelak, ngadu-ngadu manja, lepas tu dapat makan sama-sama sebelum balik, kadang2 window shopping sebelum balik

so sweet la moment tu

saat memang takleh lupa

saya rindukan moment itu :)

Wednesday, October 28, 2009

10 Tips Blog Untuk Anda Siri 1

chewah chewah jemah macam pandai sangat buat blog sampai nak kasik orang tips katanyakannn

dah tu uols emel saya la YM saya la tanya mcm mana itu ini, ok2 fine, saya buat entry ni, walaupun tips tak seberapa, tp saya berusaha jugak menjawab soalan uols ok, baik tak! baik tak? haa puji jemah sekarang hahahahaha, menagih pujian nampak kah kah kah

ini jugak bersekali lah dengan tips nuffnang apakejadah tu semua lah wei, sekali lah tu

Jemah, ajarlah saya macam mana nak naikkan hits blog???? (walaupun saya tak sesuai nak bg tips ni, ini sekadar fakta jer lah yer)

1. Nawaitu / Niat

- ha hambek ko, siap nawaitu bagai, yessss ini serius ni wei, apa niat uols buat blog ni???? cite sikit kat acik jemah meh, citer sikit!, kalau setakat wat blog sebab nak naikkan hits, pastu nak dapat duit nuffnang jer, memang insyaAllah lah payah sikit nak berjaya hahahaha, siyestok weiii saya tak jumpa lagi yang berjaya buat masa ni.

Kalau uols betul-betul tgk la, blogger yang glameresss yang hits dia memang mencanak2 tinggi punya adalah bloger yang menulis dari hati dan sanubarinya, ewahhhh... dia sayangkan blog dia, blog adalah tempat luahan perasaan berkongsi rasa dia lah, dia buat blog bukan niat nak duit nuffnang la apa lah, tp duit tu mcm bonus laa, kalau dpt lagi la masyuk kan, kalau takdepun dia takde hal punya

haa biasanya yang mcm ni memang ramai pembaca sebab pembaca bersama-sama dengan dia enjoy dengan blog tu

2. Address Blog kau

address blog tu, kasik nama yang lain dari yang lain, yang sekali nampak mesti orang rasa nak klik, tp pelik2 pun ada banyak kategori, pelik yang saya maksudkan kat sini adalah, pelik+senangingat+senangeja, contohnya "viruspadu" hahahaha dan dan tu kasik contoh diri sendiri hahahahaha ok2 contoh lain ek "50sen" "tengkorakhidup" hahahahahaha boleh ke contoh nama mcm tu hahahahaha ah korang fikirlah sendiri,

tp jangan la nama yang pelik tp payah giler nak igt weiii contohnya "s4yacom3l1258" haa amik ko, siap ada nombor bagai, siap gabungan nombor huruf lagi, pehhh ini password boleh la kot kan

3. Identiti Blog

Blog kena ada identiti, kena ada tema, kena ada daya penarik,"kenapa aku mesti klik blog kau". haaa kenapa ek, ok ni contoh lagi ek, selain korang tulis cerita-cerita peribadi jalan sini sana, shopping sini sana, kena ada jugak info-info lah, contohnya kalau uols suka makan sup, haaa bagi rate setiap sup yang uols makan, dah jadi blog sup la pulak hahahaha, kalau uols suka melancong, haa tunjukkan tempat2 yang uols pegi bersekali dengan rate $$$ hotel, gambar bilik, selesa ke idak, spa dia mcm mana semua, jgn la setakat citer "hari ni aku lepak hotel blablabla, ini gambar, lepas tu aku balik" haaa ada paham???

kalau kau orang kelantan ke terengganu ke kedah ke, takyah besar la, ko orang bandar xxx ke kan, ko tulis kebaikan tempat ko, tempat percutian ke kan, atlis bila orang nak gi sana, google2 jumpa la blog ko

eh paham ke point ni ek

4. Hati mau baik

hahaha tak paham kenapa point ni ada sekali, tp betul lah, jd blogger kena baik ok, kalau tak nanti kat blog dia asiklah nak mengomplen itu ini jer, bosan weiiiiiiiiii, ko ajer la yang betul, orang lain semua salah kannnnn

5. Gambar dalam entry

masa belajar dulu pun kita dah diajar kalau nak belajar senang igt, kena lukis2 awan la apa la hahahahaha igt tak? ingat tak? hahahaha, manusia ni memang suka tgk gambar

sebab tu kalau uols perasan kadang2 cerita takde kene mengena pun dengan gambar, tp pedulik hape hahahaha

6. Tajuk Entry

tajuk entry kena ada drama sikit hahahaha, takyah title pelik2, tp title yang bila tengok jer terus nak baca isi kandungan dia

7. Gaya Penulisan

ini suka hati korang la nak tulis mcm mana, kang kalau jemah ajar satu2 kang harus kena wat kelas lak kan

8. Disiplin anda

igt sekolah jer kena ada disiplin, blog pun sama ok, igt senang ke jadi blogger hahahahahaha

9. Kreativiti

korang kena kreatif la dalam penulisan, ini memang takleh nak ajar, ini pandai2 la korang

10. Font dan Template Blog

Jangan tulis byk sangat shortfom, jgn tulisan kejap2 kaler lain, pening ok, tulisan biar standard la, besar dan mudah dilihat (ok jgn jadikan contoh font komen jemah dalam blog ni, penat dah acik cari dia punya coding nak besarkan, tak jumpa2 hahahahaha)

template tu tersusun sikit jangan letak main sesuka hati sepah2 (eh ni mcm blog jemah jer hahaha)

jangan letak wiget mengarut banyak sangat boleh tak, nak load sikit punya kejung2 menunggu, ko hengat aku takde keje lain hahahah eh ni pun mcm blog jemah jer :p

11. cita-cita

"jemah apa cita-cita kamu bila dah besar nanti" tanya cikgu jemah pada tahun 1990

"saya nak jadi blogger cikgu"

hahahahahahaha ok point last tu saya tipu hahahahahaha jangan percaya

ok buat masa ni tu jer yang saya share dulu, sebenarnya ada banyak lagi dalam kepala hotak saya ni, tp biasalah kan mana boleh kasik semua sekali harung, kang jemah buat tips blog version 2 pulak ok

Siri 1: 10 tips blog untuk anda :D

Tuesday, October 27, 2009

Emel Pembaca: Pelbagai Petua Untuk Anda

Salam semua, EP (Emel Pembaca) kali ni memang teruja habis, kalau uols tak baca memang rugi, ada macam-macam petua tau, petua BF pun ada, tapi tolong baca tanpa terniat yang 18SX ke hape ok, baca sebagai ilmu tau hahahaha bukan apa, ada satu part tu, saya baca saya pun gelak, siyestok tak pernah terfikir hahahahaha

tapi benda-benda macam gini, tak ramai orang nak share secara terbuka, saya pun tak berani hahahahaha, tp mcm biasa nama sebenar adalah dirahsiakan untuk menjaga kesopanan ai, wahh tiba2 kesopanan jemah pulak wakakaka

ok uols selamat membaca

*----*

Betui mah NC tu mmg memudahkan kita tapi masa k.kin beli taun 2005 tu mahai tahap bom atom.. tp bila pkir kebaikan dia, Tu yang beli gak... mmg berbaloi... alhamdulillah mah dpt rege yang ok....

Tapi bila anak dah beso dia x mau dah..Azman n Sarimah (**jemah tukar nama) dah masuk 1 taun dah mula lah dia main cak-cak.. tarik situ sana... hangin satu badan gak...

Apa yang k.kin wat...

1. Cari tempat yang line clear (celah-celah kotak yang besar n gedabak)

2. Cover dgn stroller n troli

3. Soh anak yang beso berdiri cover kita

4. Nenen si sarimah (tukar nama jugak) dgn aman....

An-nur dah 4 bln kan dah boleh cuba2 bagi makan.. anak2 k.kin dah masuk 4 bln kalu x brapa cukup susu k.kin sulam dgn air buah .. eg. kismis, kurma, betik (ni t**k jadi busuk ooooo), tembikai, dah 6 bulan tu lenyek keledek@labu@kentang + susu badan ...suka depa.. dah 8 bln baru depa mkn bubur nasi....

Setiap susu yang k.kin perah akan ditulis hari kita perah.. ada yang lama sikit Siti (tukar nama jugak) akan minta untuk makan... dia makan macam aiskerim.. karis2 ngan sudu.. ala cam aiskrim.. pastu dia cakap lorrrr susu ibu yang ni rasa cam betik.... so soh dia try yang baru diperah... dia kata rasa cam kurma (yang ni diperah selepas k.kin makan kurma)... so dr situ pada pendapat k.kin ler... susu ibu akan rasa seperti apa yang ibu makan ( x tau lah betoi ker x).... tapi dia cakap lagi best dr susu segar dutch lady tu... lemak berkrim n manis buah gitu...

Sebagai panduan untuk share.. kalau rasa ter XXX sori yer.... masa ngandung Siti (tukar nama jugak) dulu.. ada satu nenek cakap.. kalu nak soh byk susu lepas bersalin masa kita ngandung 7bln.. biar laki kita hisap nenen kita dulu.. sampai bersalin... so bagi bapak dului baru anak... itu k.kin wat.. mmg betui (x pasti kebetulan ker atau x).... mmg susu kuar byk.... mancut2.. kalau dlm pantang tu 5 minit jer dah dpt 6-7 oz... masa tulah kita wat stok.. then bagi anak2 yang lain gak... dlm botol lah...kan...

Satu lagi kalau mata kita rasa berpasir, naik ketumbit atau sakit mata.. tadah jer mata dan picit susu ibu kedalam mata... mmg jadi mah... x yah titik eyeMo bagai....

taun 2006 satu famili pengasuh kena sakit mata.. risau gak siti, Sarimah n Azman takut kena sekali.. so sebelum hantar ke pengasuh k.kin titik susu dlm mata depa.. balik keja titik lagi.. alhamdulillah depa x kena sakit mata w/pom dok satu rumah dgn org sakit mata.

Masa Azman umor 7bln dia naik biji merah kat dalam bahagian bawah mata.. hari tu hari jumaat.. so kami bawa gi Hospital Parit Buntar.. dr. Bagi ubat sapu n minta datang hari Ahad, kalu ada lagi biji tu dia nak operate...

takuttttt weiii.... bila balik hb baca penerangan yang ada kat ubt tu.. dia cam tak puas hati dgn kesan sampingan yang manufacturer tu cakap.. dia call dr minta kepastian.. dr dh explain tp dia x puas hati so decide x nak sapu ubt tu... so call abah kat kg... tau abah k.kin cakap aper... weiii titik jer susu ibu dlm mata anak tu... looorrrrr... dan dan tang tu gak titik kan susu... x kira masa dah asal kering jer titik... kering titk... pg sabtu tu dah hilang bij kat mata .. alhamdulillah.. syukur sesangat...

Ahad kita pegi gak spital... dr cakap tengok ubat tu elok kan x der side effect... terus hb bg balik ubat tu kat dr then cakap kami x sapu pun ubt tu kami titik susu ibu jer dlm mata... diam dr tu... so mmg susu ibu banyaaaaak khasiat....

Bagus kannnnnnnn cerita dan petua k.kin niiiiiii

ai like, elok untuk saya dan anda dan anda semua :D

Untuk membaca segment EP yang terdahulu, klik sini

Monday, October 26, 2009

Nursing Cover yang Chomel itu berwarna PINK

Salam

buat ibuk-ibuk sekalian, haaa sape yang YM ai berderu-deru mintak show off ini Nursing Cover ni, meh tengok sekarang, jemah dah mcm salesgirl dah hahahahaha, tapi takpe, demi uols ai sanggup berkorban apa saja ewahhhhh, sila tgk model yang sengih je lebih tapi gaya model memang out sangat, tak kisah la kan uols pun bukan nak tgk model dia, nak tgk nursing cover je pun

eh nursing cover tu apa? alahhh kain nak cover kalau nenen anak di tempat ramai orang la uolssss, kan malu nak singkap-singkap baju gitu kan, kang orang terjeling-jeling pulak aset yang tak seberapa itu hahahahaha

ok lanjutan dari entry itu hari, tadaaaaaaaaa, meh tunjuk nursing cover ini secara keseluruhan

Jadi uols boleh tengok la kepanjangan dan kelebaran kain itu secara total ye

chomel1

cara pakai pun mudah sangat, sarung ajer kat kepala
chomel2

chomel3


material dia, pada saya berkualiti lah kain dia, saya suka
chomel4chomel5

amacam puas hati tak???

melalui pengalaman saya memakai nursing cover ni, saya puas hati lah, sebab kita tak cover keseluruhan sekali, just separuh jer, so anak kat dalam pun tak lemas sangat tak panas sangat la

kenapa pakai senget? yess sebab kita nak cover baju kita yang terangkat bahagian depan dan belakang ajer kan

Over sangat depan rumah pun nak pakai cover hahahaha

chomel7

Betapa mudahnya nak pakai nursing cover ni, sampai boleh dilakukan sebelah tangan, takyah pakai talian hayat :p
1. Pastikan anak dah pada kedudukan yang selesa
chomel8




2. sarungkan ajer pada leher
chomel9

3. aha dah siap dah
chomel10

selesa nak pakai kat mana jer pun :p

tu gambar masa yang kat RNR seremban ni, benti makan jap, lapooo katanya

yang paling penting Nursing Cover ni adalah jahitan "orang kita" cehhhh pakai nama orang kita tu, yelah biasanyakan benda2 mcm gini kan produk dari luar kan

harga berpatutan, pada saya yang rezenebel lah, tak mencekik sangat sesuai ngan bajek orang yang ekonomi dia mcm kito2 ni :p

dan boleh buat design sendiri lagik ok, slow talk jer dengan owner dia, pasti takde hal punya

Anak saya dah beso la Jemah, dah setahun lebih dah, tapi masih BF lagi, ok ke pakai NC ni ek?

boleh, sbb uols tgk lebar dan panjang dia tu, saya rasa ok jer, cuma yer la kan, anak dah beso kan, kang dia main cak cak pulak sambil menenen tu, kot dia singkap2 kain pulak, pandai2 la korang ejas ek

ok ibu2 BF, tu jer, puas hati tak dengan penerangan panjang lebar ai niiii, puas hati tak dengan gamba2 tayangan unggul ai, ok gi klik sekarang, kalau kenan terus beli, sbb benda ni memang susah banget nak cari kat kedai2 barangan bayi ke, kedai barangan ibu mengandung ke apa, kalau ada pun mahal mencekik dah la plain jer hahahahaha, betul kannnnn

ok klik sana sekarang :D

http://chomelnursingcover.com/store

16: Kongsi Pengalaman: Breast Feed

Terpanggil untuk kenalkan diri...

Saya syikin keja gomen... di kota bharu

Jom share citer pasai BF

Saya ni dah lama ikut kisah VP.. tentunya bermula dr Arwah Aleesha...

Ok saya bersalin anak sulung Feb 2000(raya cina)... c-sect di Hosp. Kota Bharu ( air ketuban dah lama kuar tp x rasa sakit, so dr soh wat c-sect ....takut tahap dewa masa tu

X leh nak bayang.. tp demi anak...gagahkan diri tandatangan borang seme...) bila kuar jer OT.. misi terus bagi baby soh nenen... misi yang tolong sengetkan baby

Saya macam sedar x sedar... letih atau kesan epidural... saya nenen (siti hawa).. 2 minggu lagi nak masuk keja saya mula simpan stok....tapi masa tu pump pun x byk pilihan

HB saya beri yang elektrik( tomee tipee- anakku).. mula2 ok bila dah lama sakit sangat kat niple... beli yang manual... tp saya x kuat nak pam.. masa nak mengepam saya kena call Hb n dia akan pam (satu opis ngan hb lain jabatan jer..... saya pam di bilik kuliah yang kosong... masa tu saya dan ada sorang kakak jer yang gigih pam susu... ada gak suara2 sumbang

Tapi wat lembu kenyang jer... masa tu x der lagi ice pack jadi saya simpan susu dlm peti ais kat pantry opis.. Hawa dah masuk 11 bulan dia mula gigit nipple sampai berdarah2.. dalam hati terpikir ni mesti dia nak adik kot.... bila sambut besday hawa saya dah ngandung...

Bayangkan setaun lepas c-sect.. saya ngandung lagi.... masa tu memeang tensen.....tp hb cool n minta saya sabar n berdoa.. nanti baby akan rasa apa yang saya rasa... dari situ saya reda n berserah... dan berdoa agar saya dapat bersalin normal... bila masuk 3 bln mengandung saya stop nenenkan Hawa walaupun susu masih banyak.... saya bersalin normal Siti Hajar. Pada 07/10/2001 .. kuar terus bagi nenen.. kali ni saya berazam nak bf smpai Hajar umur 2 thn..

rutin sama gak.. perah n perah.. ikut jam... benda2 yang bole banyakkan susu saya hentam cukup.. tp badan tutun sikit jer.. kalau saya kurangkan makan.. susu yang saya perah kurenggg so saya maintain makan.. terutamam sayuran hijau dan ulam.. masa hajar 18 bulan saya kena pegi jerman ada kursus software development.. mulanya x nak pegi tapi kebetulan hb saya pun dapat gak.. balik bincang n parent saya setuju nak jaga anak... so berangkatlah saya ke jerman laki bini... otomatik hajar saya dapat ceraikan susu... cara saya untuk ceraikan susu... sebulan sebelum saya pegi jerman saya cakap kat hajar ada 30 hari lagi untuk dia nenen.. ananti ibu kena gi belajar di jerman hajar kena dok dgn tok mek n tok tok... esok saya cakap 29 hr... gitu lah setiap hari sehingga lah hari terakhir sebelum saya pegi jerman... dia ok n boleh minum susu botol dengan baik tanpa meragam... bila sampai di jerman.. barulah saya terasa..sambil cakap kat hb kita ni gila mai sini tinggalkan anak2.. 2-2 nangis dan mula dok kira hari nak balik... lama wei 6 bln.... sampai kami x g jalan2 paris ke... dok situ jer sbb teringat kat anak2... tobat dah tak mau tinggaikan anak2.. seksa jiwa n raga...

Masa di jerman ni saya ngandung lagi.. bkn anak jerman wei jadi kat mesia ni... tapi umurnya x panjang masa umur 6 bln saya keguguran... bb kebumi di frankfurt.. mmg frust tapi pkir +ve

Bukan rezeki kami untuk dpt bb lelaki..pada 27/09/2003 saya namakan bb tu Muhammmad Naim... balik mesia mmg teruja sgt nak jumpa anak... masa kuar dr epot tu hawa cam saya tp hajar x mau dengan saya ... sediiiiiiiih.. tapi dah sampai kat rmh ayah dia cam malu2 gitu... dah mlm baru saya boleh amik dia... pas tu x leh berenggang dah.. melekaaaat jer dgn saya....

Lepas tu saya ngandung lagi... sebelum tu saya dah wat upt tp –ve.. kebetulan pindah rumah jadi saya pulun dok kemas n angkat barang (dok rmh gomen tingkat 4, 72 anak tangga)... bila saya nak solat asar tgk2 ada stain kat suar... mlm tu sakit perut yg amat sgt.. hb terus bw g check.. dr scan tp x nampak apa2... upt pom –ve lagi.... 2 minggu lepas tu g scan baru nampak...so confirm saya ngandung... sao saya lahirkan Muhammad Arman (4kg) normal pada 11/05/05 akhirnya dapat gak anak lelaki (tp saya x kisah pun janji bb sihat).. ni saya dok kotes gomen n arman saya amik cuti tanpa gaji (jaga anak) 3 bln.. lepas tu amik bibik... tp kurang asam punya bibik.. last saya upah satu makcik datang rmh untuk jaga anak2.. so dia dtg 7:30 balik 5:00 ptg...

jaga arman jer sebab hawa n hajar dah msk sekolah... sarapan dan mkn tghhari dah saya siapkan... makcik tu hanya jaga arman, n tolong sidai n lipat baju.. kadang2 dia ada gak sapu lantai n kemas rumah... saya akan balik untuk menyusu jam 10:30pg dan tghhari... pukul 3+ baru arman nenen dgn botol... bila arman dah umur 11/2 tahun.. makcik wat hal... selalu minta cuti dgn alasan2 nk g sekolah anak, anak sakit dlll... satu hari tu dia call saya kata x leh dtg coz nk g mana tah... bila saya tanya jiran dia... jiran tu ckp dia gi kenduri.. jiran tu ckp dia mmg cam tu suka amik kesmpatan sbb saya x berkira...

kalau dia x dtg ssaya cuti n gaji saya x potong.. so dia naik lemak la.... jadi saya sajer jer nak test ptg tu saya call dia n bgtau saya kena potong gaji dia sbb saya g letak Rman di nursery saya kena byr RM80 so saya nak potong dr gaji dia terus dia sentap.....konon saya berkira n bla...bla..bla.. terus saya hangin dia tipu kita x per... so saya x mau dah dia mengasuh anak saya.. saya g letak Arman di Taska Kemas lag murah RM60/bln... hwa n hajar balik sekolah mmg dok rumah.. saya x risau sgt sebab dok dlm kotes ada guard.... gitulah kehidupan saya.. senhingga Arman masuk 2 tahun... sstop nenen Rman saya ngandung lagi....

Kali ni saya mabuk teruk... x leh bangun, makan n minum... melekat di katil.. MC 2 minggu... nak g toilet... meraba x leh buka mata..samapi hb kata lepas ni x yah ngandung kena angkat bendera jepun... kesian tgk saya mabuk... saya mabuk tahap dewa ni untuk 4 bln pas tu dah tahan sikit tapi x leh bau jajan terus berpinau biji mata... hb saya jenis suka kentut merata... alahan utama saya bau kentutu hb.. terus uweeeeeekkk... tensen giler dah tau bini gitu dia kentut merata gak... dlm keta mmg saya sediakan beg plastik utk saya muntah bila hb kentut... x kosa nak pikir balik.... pada 27/01/08 ... saya nak makan koci labu... jenuh mak yong ni wat... masa dok gentel koci tu saya pasan kaki kanan saya bengkak... sebelum ni x pernah kaki saya bengkak... hb cakap mungkin saya dok berdiri lama... bgn pg esonya.. saya pasa cam ada air kuar..

so ckp kat hb.. then kami bangun kejutkan anak2 sume.. siapkan pakaian msk beg.. otw g spital tu call dr saya due 20/02/2008.. so dr so mai klinik.. tp sebab x sarap lagi... kami g sarap.. saya x mknlah x lalu... dlm ko 10 baru g klinik... dr scan bb tgk2 air ketuban dah kering... saya pasti sgt air kuar masa pg tu jer.. tu pun sikit jer.... x tau bila air kuar... so dr ckp kena wat emergency c-zer.... alahai... kena tune balik otak ni....masa tu bontot bb dah rapat ke dinding rahim... air ada kat leher dia jer... risau saya....doa moga bb x apa2... so saya sain mana2 borang yang perlu then tukau baju... masa tukau baju ni..

Arman cakap ibuuuu jgnlah pegi mati... mmm seriau saya... sib baik dr tu dgr n xplain kat depa semua... so Sarah Irdina (4.25kg) lahir ikut tingkap... yanh ni kira rezeki anak2.. masa dlm pantang hb saya naikpangkat n dpt pindah ke kelate... saya lak dlm cuti jaga anak 1 tahun (tp boss bg 6 bln jah)... so kami pindah serta merta ke kelate... rindu ooooo 10 tahun saya di penang... dpt balik kg... suka x terkaata.... dlm pada tu saya wat surat untuk pindah ikut suami... so saya pun dpt gak pindah...

bila naik keja adooooiiii kena jadi ketua unit coz sy paling kanan.. mula tu risau gak coz sebelum ni saya ngajar jer so saya boleh ejas jadual mengajar dgn rakan2 yang lain untuk sesuaikan dengan jadual memerah susu.. byk yang kena tune... tp kena pkir +ve... masa sarah umor 10bln saya rasa letih semacam... x piyed lagi masa tu... bila wat upt ada 2 lain... ter x ciden pulak... terkezut oooo .....so kami g scan, dr cakap x jadi nanti dia akan turun coz bentuknya bujur bkn bulat.. selang 2 hari saya sakit perut... pg jumaat tu saya sakit sgt2.. tp sebab pkir nak siapkan basuh pakaian sekolah anak2... saya gagahkan settle semua baru nak g spital.. tup2 ada darah seketui yang kuar.... terus hilang sakit... dah kuar tu saya x mo g spital takuttt ... so saya g beurut n makan maajun.... rezeki sarah kot tak mau adik lagi.... sekarang saya masih menyususukan sarah...

Saya cam vp gak malas nak drive.. sib baik satu opis dgn laki.... pg2 goyang kaki jer... tp rutin saya bg bgun 6pg... siap bekal anak2... awasi depa mandi, solat, pakai baju n gosok gigi.. kalau x depa tido balik... ko 7 kuar dr rumah hantar depa sume ke rmh mak saya... dah salam n peluk depa kami zassss ke opis (45 minit baru sampai opis).... abah saya akan hantar/jemput hawa n hajar ke sekolah... kami sampai rmh ko 6:20 ptg... nenen sarah... terus kong kang king di dapo masak mkn malam... hb mandikan anak2 n solat magrib.. dinner pas tu depa ngaji quran dgn abah.. masa ni saya solat n kemas pakaian n barang2 untuk bawa balik... kalau ada homework yang x setel depa akan setel dgn papa depa... saya layan sarah n rman main game....

Dah siap baru balik rumah...soh hawa n hajar minum susu, gosok gigi, solat pas tu tido... then saya akan kuarkan kain utk disidai.. masukkan kain yang nak dibasuh... lipat kain, hb lah layan sarah n rman sambil tu dia akan kemas rumah n sapu rumah... rman n sarah x kan tido selagi saya x tido.. kalau saya nak tidokan sarah nanti dgn saya sekali tido..... ha..ha.... nanti esok kelam kelibut nak siapkan sarapan n bakul... sebelum tido prepare mana yang patut untuk sarapan esk... baru leh tido.... selalunya saya tdo 12 atau 1pg...letih gak tapi puas hati sebab anak2 depan mata kta...ok dah lama saya membebel ni...nanti baca sikit tau....

Kalau datang kb nanti hello lah yer....
salam syikin, wahhh kena gi jerman tinggalkan anak-anak memang satu benda yang sangat menguji kita kan, uji mental semua uwaaaaaaaaaaa nangis, tapi takpe semuanya dah ok2 jer kan

suka baca kisah benar yang ending dia hepi mcm ni tau :D

ok nanti saya gi sana, terus saya roger ok, opsss saya mcm plan nak bercuti kat terengganu, maybe next year kot, tahun ni annur kecik sangat lagi :D, sape nak jadi family angkat saya kat sanun cehhh dan dan tu cari family angkat hiks

Klik SINI untuk Baca episode KONGSI PENGALAMAN 1 -14

Klik SINI untuk Baca episode seterusnya

Ingin kongsi pengalaman anda, klik sini yer :p

Saturday, October 24, 2009

15: Kongsi Pengalaman: Naluri Keibuan Yang Kuat

salam vp..sihat? mesti sihat sokmo ni baca blog pun dah tau tahap kesihatan vp yg overrrr tu..hehehhe..oklah nama saya Mrs.H...wahh tetiba lak nak berahsia...hope vp jgn publish nama saya yg x bape nak glem ni..kang kalo glem vp jugak yg susah mak dah carasss!!!

saya merupakan silent reader vp sejak zaman berzaman. sejak zaman arwah alesya. memula kisahnye saya dpt email forwarded dr kawan2 mengenai luahan hati laloque masa kebumikan arwah dulu..siyess memang saya nanges time tu....x kisahla kat opis ke hape tp mmg sedey sangat. pastu saya berjinak2 dlm fotopages. masa tu la saya terjumpa fp vp dan saya terkejut la sbb rupanya tuan empunya fp adalah penulis luahan yg menyayat hati tu..sob sob...

dan kebetulan masa tu vp surprisekan laloque sbb peknen kan nisa..ingat lagi vp letak tester tu kat tepi freezer kan? x silap saya la..saya pun kdg2 mcm vp jugak ilang ingatan secara x sengaja..huhuhu
so dr situlah saya korek2 balik entry lama dan baca citer psl arwah yg tiap kali sy baca mmg airmata ni x berenti kuar..vp sila lap air mata saya ni okeeeyyy!!!


okla xmo citer sedey2..meh nak citer psl saya...wahh...saya dah kawen hampir 6thn (2004)..bln januari depan genaplah 6 tahun. sepanjang 6thn ni baaaanyaaakkk sgt dugaan dlm r/tangga. iyelah sape dia kawen xde dugaan kan? semua mesti ada cabaran btl x?

dari hari pertama diakadkan saya dah bersedia jadik sorang ibu. naluri keibuan saya amatlah kuat. mungkin kerana saya mempunyai adik beradik yg ramai (12org) dan saya byk membantu mak membesarkan adik2..
bulan pertama asal piyed lewat je bersungguh check hinggalah 5-6 bulan seterusnya...tiap2 bln saya mark dlm kalendar tarikh piyed saya...dan setiap kali lewat saya mmg neves...mmg berangan saya peknen je...tp mmg bukan rezeki saya...1st year of marriage berlalu tanpa kehadiran si kecil...


2nd year...sama jugak....menunggu dan menunggu...asal org tnya je saya terasa..mmg saya mudah terasa bab2 anak ni...nak2 pulak jenis org yg mulut longkang. tp saya serah semua pada Allah..bukannya saya x berusaha. bln 8, saya x piyed selama 2bln 1/2. masa tu pulak saya demam berminggu2 dan hubby amat yakin saya peknen. bila check kat klinik, negatif. frustnya kami tuhan je yg tahu. sedey sgt time tu...kebetulan pulak kawan2 yg kawen lewat semua dah lekat. adik saya yg kawen hujung thn (saya kawen awal tahun) pun dah peknen...huhuhu sedey..sedey...

asal gi mana2 org tnya.."berdua je ke?" "anak ko mana?" "korang dah kawen bape lama?" "x lekat2 lagi ke"
adoiyaiiii letih nak jawab.."belum rezeki lagi, InsyaAllah adalah nanti.."


yg paling xtahan kalo org tnya, "ko ni apesal nak merancang2", "ko makan pil perancang ke?" korang xpi check doctor ke"

bab2 pil perancang mmg saya hangen satu badan!! aku ni pil perancang pun xtahu camne rupa!! mmg sakit jiwa kalo nak dipikirkan tapi saya byk sabarrr je...

hubby pulak bukan sekali dua kawan2nye yg mmg nak kena hempuk tu suruh kawen lain?? ape ko gileee??? wahh emo pulak...heheh sori eh vp..iyolah sapa x hangen bukannye nak kasi support ke hape dia suruh laki kita kawen lain pulak!! mujurlah hubby bukan jenis camtu...dia ckp kat kwn2 dia, "kalo aku kawen lain tp xdpt anak jugak, ko nak suruh aku kawen lagi? aku bukan camtu laa...bini aku la segalanya bagi aku..anak tu semua keje Tuhan....bukan jenis boleh beli kat kedai" barulah diam mulut2 longkang tu....

tahun 2006, kami pegi check kat LPPKN..saje je nak check apa prob kami....hubby alhamdulillah xde prob..saya dah wat blood test ngan xray HSG...pun xde prob..semua cantik..rahim saya, tiub saya cantik xde blocking mana2..dlm masa yg sama saya berurut dgn sorang indon. kwn baik sy urut dgn dia lekat alhamdulillah. saya urut hampir setahun, siap kakak indon tu wat solat hajat kasi air tawar, tp mmg bukan rezeki saya. sampai last2 kakak tu suruh saya carik org lain utk tlg...sedey lagi tp sy yakin ada rezeki utk saya....

2007...kami masih menanti..usaha sendiri je..kadang2 pegi urut..mmg setiap kali jumpa anak2 sedara, kami excited sgt...anak2 sedaralah jadik mangsa kemanjaan kami...baju2 kira byk disponsor oleh kami le...

tahun 2008, lepas raya kami decide nak buat IUI. sambung balik rawatan di LPPKN. mmg very disiplin masa tu. dgn nak mkn ubat, nk injection, nk kena pegi LPPKN yg tgh2 kl tu pepagi buta..mmg semua mencabar minda btl laa.....mmg berharap sgt IUI saya menjadik..tp sayangnye x jugak....masa tu mmg btl2 down...kami suami isteri asik bergaduh je...masing2 menyalahkan diri masing2...mmg sedey gile time tu..sampai saya penah pk nak separate la hape laaa...sbb saya x mampu bg zuriat kat hubby saya....tp gaduh kejap je...mujurla hubby dpt terima hakikat...r/tangga kami dpt diselamatkan...

dah le kebetulan masa saya dlm treatment IUI, menunggu utk confirmation result, pak sedara saya meninggal. ms melawat jenazah, sorang nenek yg merupakan mak sedara saya punye mertua bertanyakan kpd saya ditgh2 org ramai yg sdg tunggu jenazah disolatkan, " ko ni mandul ke? dari dulu mcm ni je?" masya Allah!!!! runtuh hancur luluh hati saya time tu!! dah le masa salam dgn nenek tu, saya dgn cousin saya yg kematian ayahnye dan kebetulan blum ada anak jugak...berubah airmuka kami, terkejut dan malu dgn soklan mcm tu..x penah2 saya dilemparkan tuduhan 'mandul'..inikan pula dari org luar yg xtahu menahu psl saya....dgn sakit hati saya jawab sambil tersengih2, "esok lusa adalah..." nenek tu jawab pulak, "esok lusa hape nye..aku tgk kempis jee!!" saya geram, saya jawab lagik, "ni semua keje Allah nek, dia yang nak bagi, kalo dia xnak bagi xkan kita nak marah2!!" mmg saya down sgt time tu tp mengingatkan jenazah ada dlm umah saya sabar je...saya pk xpela, nenek tu tua nyanyuk agaknye, dah le sekolah pun xtinggi..so xpyh la carik gaduh...tp dlm hati saya, saya mmg xbleh nak face lagi nenek tu, mcm ada dendam dlm hati sya...isk x baik btllll....

awal thn ni, kami berusaha lagi..buat IUI kali ke-2...saya yakinnn sgt saya akan peknen tp btl la kita merancang tp yg memberi rezeki adalah Dia....mmg bukan rezeki kami...kali ni masing2 dpt terima hakikat wpun jauh disudut hati, saya tahu hubby amat frust dan saya berkali2 ganda frust!!

masa raya baru ni, kami beraya di umah pak sedara hubby..yg buat saya sentap, time saya bersalam dgn mak sedara dan anak2nye, mata diorang terus tgk perut saya, bukannye salam nak tgk muka saya!! saya tahulah perut saya kempis, xpyh le nak tgk2!! geram btl sy time tu tp memandangkan raya saya sabo je...sy bgtau hubby pun lps seminggu..hubby suruh sabar je...'diorg x rasa apa yg kita rasa yang..."

kitorang go on dgn life...skrg saya lebih byk positif..bila org tnya2 saya blh jawab dgn senyum dan senang hati...sbb saya yakin saya pasti akan jadik sorang ibu dan hubby saya akan jadik sorang ayah..bila??dalam masa terdekat ni...Allah yg Maha Mengetahui...

yang penting, kita usaha, doa & tawakal...insyaAllah ada rezeki...Amin...

oklah vp, sorila byk pulak membebel kat sini..tu la sikit sebanyak pengalaman dan usaha saya dlm mendapatkan anak...doakan saya cpt2 lekat ye...time kasih..sila blanja saya mkn skang ni..saya laporr!!! hahahahha

Ya Allah besarnya dugaan mrs H (terpaksa pakai bukan nama sebenar jugak), buat mulut2 puaka yang betul2 tak sayang mulut tu, ketahuilah dunia ni bulat, dia buat orang hari ni, esok-esok kena kat dia jugak

Readers sekalian, saya mohon kata semangat dari anda untuk mrs H, saya mohon doa anda buat mrs H

Moga Allah kuatkan hati mu, moga Allah kurangkan bebanmu, Moga Allah tunaikan permintaan mu, tunaikan berita gembira itu :D

aminnnn

Friday, October 23, 2009

bila benda-benda pelik macam ni jadi terus rasa mood telah melayang ke afrika

siyestok, sape pun kalau kena masalah macam ni, konfem rasa nak pijak-pijak orang kan hahahaha

tapi takpe, jemah cool jer

hahahah tipu ok tipuuuuuuuu sangat

siap nak nanges, siap call en.laloque, siap kontek en.ghimau semua

siap parkinson lagik hahahahaha

ok wtf ok wtf wtf wtf

oh tak baik cakap macam tu (terus bajet ossstazah)

semua entry autopublish semua kat sana, semua saya holdkan, kalau tak selesai2 jugak memang rajuk la hati ku ini, memang kembali kat blogspot la jawabnya, memang update sini hingga ke akhir hayat la hahahaha over kau overrrrrrrrrrrrrr jemah

uols yang bijak pandai, kalau siapa penah terjadi ini macam punya problem "404 Not Found" kot nak share nak bantu2 jemah yang hina ni, tolong la bagi tahu tips2 nya, kang kalau saya berjaya menyetelkan hal ni, konfem saya buat tutorial bantu yang lain kot terkena benda yang sama :p

hug n kissess
viruspadu.com
Mama Alesha An-nisa dan An-nur Abriza

14: Kongsi Pengalaman: Pengalaman Mendapatkan Pekerjaan

Assalamualaikum...

Since kak jemah dah buat entry untuk berkongsi pengalaman ni...ain pun rasa teruja nak kongsi pengalaman hidup ain untuk mencari kerja...Ceritanyer bermula mcm ni...ain grad lepasan U pada tahun 2004 dalam bidang komputer..

masa tahun ain grad mmg byk lepasan U dr bidang komputer menganggur takder kejer....so bulan 8 ain grad bulan 9 ain dah dapat kejer..mcm banggalah ngan kengkawan....then ain kejer kat bangi selama setahun 9 bulan...masa tu still single mingle lagi...

after 6 bulan kejer kat bangi ain pon diijabkabulkan dgn pilihan hati ain...tp husband masa tu kejer melaka...so u all leh bayangkan sorang melaka sorang lagi selangor...masa mula kawin ok lagi lah tapi dah start 2-3 bulan macam2 dugaan yang datang...dari satu dugaan yang kecil sehinggalah dugaan yang besar..sampai berperang ain ngan suami...

so masa tu ain dah pregnant...ain dengan gamble nyer buat surat resign and berhenti 24 jam..bukan apa setelah pikir masak-masak biarlah ain berkorban sekarang mana tau habuannya lumayan masa akan datang...

so lepas tak kejer ni...dok kat umah nak mintak kejer mmg orang takkan ambil lah perut yang dah besar ni...menghabiskan boreh yo...so tunggulah lepas bersalin n after pantang.....mintak2 kejer tak dapat..interview melambak-lambak...sampai ain menangis give up..

then husband pujuk ain takper lah belum ader rezeki lagi..tapi u all bayangkanlah... kita dah penat-penat belajar kejer takder...last sekali ain nekad untuk futher study sambung master full time...time ni ain dok ngan mak kat NS...so ain pun apply lah belajar di UiTM Shah Alam..

alhamdulillah permohonan ku berjaya...so start dr situ kehidupan ain pon bermulalah sebagai seorang pelajar yg tak berduit..semua perbelanjaan ditanggung oleh mak n husband ain..walaupun background family ain bukanlah org berada..tapi ain salute pada mak n husband gigih cari duit untuk tanggung ain...

sbb ain ulang aliak dr shah alam ke NS..bayangkan berapa duit minyak + tol...mmg masa tu org kata kais pagi makan pagi kais petang makan petang..anak ain pon ain tak dapat nak beli baju mahal-mahal..kesian jugak tgk anak ain masa tu...selalu ckp dengan anak..takperlah insyaalah mama akan berjaya dan menjawat jawatan tinggi demi anak and family...

masa semester akhir plak ain termengandung..mak ain dah marah..yer lah mana tak nyer..semester dah nak habis..exam dah dekat ain plak ngandung..ain ckp ngan mak takperlah ain kuatkan semangat jugak...kadang tu kena stay kat U sampai 2 pagi..gagahkanlah jugak sbb dah semester akhir...

and last Alhamdulillah ain berjaya sampai ke puncak dan memegang scroll MASTER...

then after bersalin anak kedua...susah jugak nak dapat kejer tapi tak lama...

now ain dah rasa selesa sangat sbb dah dapat kejer TETAP as a lecturer and ain takkan lupa pengorbanan family ain especially mak n husband....

aien nurul

Kepada adik-adik yang masih belajar, ketahuilah dunia luar tak seindah semasa kita belajar, siyesssssss memang beza sangat2

masa belajar kita just fikir nak lulus jer kan, pastu hu ha hu ha dengan kawan2, enjoy jalan sini jalan sana

eh tak salah pun nak enjoy masa belajar, yelah kan bila lagi nak enjoy ye tak

tapi dalam masa yang sama, belajar tu jgn sambil lewa tau, study smart adik2, study smarttttt

"main2 kita hari ni akan memberi kesan seumur hidup" siyes betul niiiiiiiiiiiiiiiiiiii

bukan senang nak apply keje, bukan senang uolssss... sape yang dah keje jgn la asik kutuk majikan sendiri hahahahahaha eh macam penah buat jer, kita bersyukur lah kita ada kerja kannnn, ramai di luar sana yang tak bernasib baik macam kita.

buat adik2, abang2, kakak2 yang masih dalam usaha mendapatkan pekerjaan, teruskan usaha uols, jangan sekali pun terdetik untuk putus asa :D, BERANI GAGAL adalah lebih baik daripada GAGAL untuk BERANI

saya suka semangat aien, saya suka hubby dia sentiasa beri semangat, saya suka emak dia sentiasa beri dorongan dan sokongan, aien, selamat menjadi lecturer yang baik :D

Thursday, October 22, 2009

sejak bila pulak nisa ada tahi lalat di tepi bibir


"kakak bagitau la mama kenapa dengan mulut kakak tu" ~ kata atok nisa

"ha kenapa tu nisa"
"kena bantal mama"
"hahahaha nisa tipu mama yerrrrr, mana boleh kena bantal mcm tu kesan dia"
"taklah, cica tipu jer, kena zipla mama"

hahahahaha ada hati nak temberang lagik tu

tu la "baik" sangat

13: Kongsi Pengalaman: Parenting

Salam.. hehehe tetiba rasa malu laks..
bila baca ruangan kongsi pengalaman vp ni macam seronok pula. so saya pun nak gak interfere kat sini..

saya takde pengalaman sgt nak kongsi ttg BF ni, sbb tgk yang lain2 punya pun lebih kurang je macam saya punya.. so saya kasi tajuk lain pulak..hikss macam le saya punya blog kan..

saya ada sorang anak. girl, 4 tau. nak dijadikan cerita, anak saya ni nakal sikit. ada satu hari tu, masa umur dia 3 taun lah, saya balik dari keje masa tu dlm kul 2.30pm (sy keje nurse ikut shift). sampai umah je dia meloncat2 kesukaan tgk mamanya balik keje.

masa tu saya perasan yg kucing peliharaan saya takde menyambut kat depan pintu. saya tanya kat anak, mana bombi?(nama kucing). dia jawab taktau.. tanya kat bibik, pun taktau gak. tapi bibik kata tadi ada nampak anak saya main dgn bombi. so saya ingat mungkin dia merayau somewhere kat area rumah la ni..

petang tu lebih kurang kul 6 saya masuk dapur nak masak. kat dapur saya dgr suara kucing mengiau2.. saya pun cari2 gak kat mana arah bunyi tu tp xjumpa. alih2 dgn bibik n hubby sekali ikut mencari suara kucing tu.

nak dijadikan cerita, kebetulan saya buka peti sejuk nak amik sayur dlm tu. terkejut badak saya bila buka je peti sejuk bunyi kucing makin kuat. bila cek2 semua, masyaallah..!! rupa2nya bombi kat peti tempat simpan sayur kat bawah skali tu.. saya tarik je peti tu terus si bombi melompat keluar. kesian tul dia menggigil2 kesejukan. lemah gila. terus hubby saya bungkus dgn kain tebal bagi dia panas.

saya dah agak ni mesti kerja anak saya. bila saya tanya, selamba je dia jawab dia yang letak kat dalam tu. then bila saya marah selamba je dia blah dgn buat muka tak bersalah dia tu..adoi budak tu betul2 buat saya blur. bila ingat balik sekarang rasa lucu pun ada..

skg ni dia dah pun berumur 4 tahun. awal taun tu saya dah antar dia gi skolah cina. saya mmg dah train dia tak pakai pempes dari umur 3 taun lg. so kalo nak g kencing tu dia pandai la gi sendiri, cuma mmg kena buka suar abis la.

nak dijadikan cerita (eh, ada lagi ke?hehehe) masa mula2 masuk skolah tu asal balik skolah je mesti suar dia jadi lain. suar yg dia pakai pagi2 tu letak dlm beg, cikgu dia dah basuh. so saya tanya la kat anak saya, kenapa pakai seluar lain? mana suar tadi pagi? dia jawab cikgu tukar bagi pakai suar baru. yang anak saya ni pula kemain bangga lagi cite kat saya cikgu kasi suar ari2.

rupanya2 anak saya kencing dlm seluar kat skolah. tu sbb cikgu kasi suar baru tiap ari. tapi kena pulang balik la. cikgu cakap, anak saya tak pandai lagi kencing if seluar tak buka habis. kira macam kalo kat skolah tu dia kencing dlm keadaan separuh mencangkung, dgn suar buka sampai kat lutut, then kencing. mau tak kena suar tuh oleh kencing. saya nak bagi pakai pempes pun anak saya taknak, cikgu pun tak kasi.
bila ingat balik saya akan senyum sendiri. macam2 perangai budak ni kan.. hehehe.

itu je yang saya nak kongsikan kat sini.. thanx vp.
~izzaty~


hikhikhikhik, kelakar giler laahhhhh

tapi kalau saya yang alami tu memang dah terkeluar dah urat2 besi saya tu, almaklumlah habis kucing beku kekdahnya hahaha, banyak2 kan sabo yer izzaty

budak2 ni memang banyak nau experimen dia nak try test, semua nak lah pendek kata, (teringat anak buah ku yang terlalu geram dengan kucing sampai dia cekik2 itu kucing, adoiyaiiiiiii), seb baik omak eh pantas bertindak cari kucing tu kan, terjumpa kucing dalam petiais, kalau tak apa jadi la ngan kucing tu sekarang hiks

kesimpulan dia, kalau tgk anak kita mcm pelik lain macam jer, terus kena gi cek kekdahnya kan hikhikhik, kita ibubapa ni, kalau anak buat pelik2, mesti kita dapat "rasa" kannnn, power la IBU hahahahaha

kes kencing ni, saya konfem saya akan alaminya jugak nanti ni, so saya amik cerita ni sebagai pengajaran lah, nisa skrg pun dah mcm malas nak bgtau dah ni, uk alahaiiiii

terima kasih izzaty kongsi cerita manarik :p

Jom kite deting-deting papa

aww aww aww

anak-anak kat rantau ni aww aww aww

sekali sekala ngelat sikit best ni aww aww aww

jemah, kau ni apasal, sawan ke hape weiiiiii, ter aww aww

haaaaaaaa macam ni lah kalau anak kat rumah atoknenek, makbapak mula lah panjang langkah nak kesana kesinun, tak tahu ke atoknenek nak rehat ke apa ke kan, jaga anak kau jer, ingat dorang tak penat ke haaaa, buruk perangai sungguhhhhhhhh

setengah jammmmmmm je, setengah jammmmmmmmmmmmmmmm jer

plisss plissss plisssssssssss

bagi la jemah peluang dan ruang seketika cuma untuk membeli kasut pilihan, untuk menerai-nerai, takpe, try macam calicamlin pun takpe, ai promise kita gi cepat-cepat, pilih cepat-cepat, terus balik

see jemah sangat bertanggungjawab ok muahahahahaha, dan dan tu jer puji

setelah memujuk rayu en.laloque dalam phone, mintak singgah jusco nak beli kasut, dan seperti biasa biasa biasa jugak, pastinya dia ok2 jer, cuba sekali dia cakap "ahhh takyah, jangan ngada2" mcm mana agaknya reaksi jemah ek... erm mcm mana agaknya yer, sape boleh bayangkan hahahahaha plis dont bebeh plisssss dont

oh saya tak bawak kereta semalam, sebab weols gerak dari rantau, so en.laloque hantar bini lesen "P"ermaisuri dia gi keje, yihaaaaaaaaaaaaaaaaa... suka benget takyah bawak kereta, jadinya pulang pun saya tunggu dia jemput la kan

dia sampai opis saya dah kul 6 dah

sampai jusco dalam 6.2optg mcm tu

lepas parking terus menonong ke primavera


ok pilih sekarang, pilih cepattttttttttttttt

kasut pilihan yang seMESTInya berkaler FINK

harga kasut ini adalah RM69 kot, yelah RM69 jer, jemah kalau dapat beli kasut ratus-ratus memang ajaib sangat dah hahahahaha, merasa lah sekali dua, tu pun kumpul duit berapa bulan tu kah kah kah, sian jemah cehhhhhhhhhhhhhh ayat mintak simpati derma kilat lagi nampak

mintak si FF transferkan kekayaan dia sebanyak 10% sampai hari ni tak dapat-dapat lagi ni hahaahahha, habis la ko FF sampai 10 bulan kang akak tuntut dari ko hahahahaha tak pasal-pasal jer

setelah berjaya mengopak kan duit simpanan jemah yang sedikit-dikit lama-lama lagi sikit tu, terus ajak balik jer lah kan, dah janjinya macam gitu, beli dah belah, ternampak pulak vinci ni haaaa, kasik can jap cuci mata jappppp

cantik giler la cincin batu gedabak besar ni, memang taste jemah tau, suka pakai cincin batu besau2, tapi sebab harga dia RM29 hengget, pastu teringat duit dalam purse tinggal 40 hengget terus macam sedih hahahaha, ada can masuk rancangan bersamamu tak nih :p kalau tak memang dah hambek dah niiiiii, takpe lah maybe next month la kot (ayat simpati lagi)

nampakkah kamu perut jemah yang moncet itu, mak lupa tarik napas la masa ni, kantoi hahahahaha

dah dah jom balik jom

kang makin sakit hempedu, eh hempedu dah takde, makin sakit ulu hati jemah tgk macam-macam benda, tapi takleh beli, sakittt hati weiiiiiiiiiiiiii

dah jom laaa jom laaaaa

sekali ternampak eskrem la pulak, benci laaaa, terpaksa beli hukhukhukhuk

sodappppppppppppppppppppppppp

nampak macam lama, tp sbnrnya tak sampai sejam pun kat jusco, sebab tu takyah bayar parking, dalam 40 minit kot mcm tu, eh tak, setengah jam je kot

jadi boleh bayangkan betapa lajunya jemah bersama lakinya berjalan demi mengejar masa, demi mengejar anak-anak di rumah mertua

mama rindu nisa, mama rindu annur :)

Wednesday, October 21, 2009

Jangan mudah mengalah ibu BF

kalau banyak ni jer sekali pam memang rasa down sangat kan

ini adalah hasil pam waktu pagi semalam, rasa nak nangis jer

tapi bak kata pepatah "jangan down benda-benda yang remeh temeh kang sakit jiwa bergelodak" cehhhhhhhhh ini pepatah ke jemah hahaha suka-suka hati kau jer kan

mula-mula saya cool jer dulu, tarik nafas dalam-dalam

ingat dalam hati, "susu aku banyak, saje nak gurau2 manja ngan aku kot"

lepas tu, kena banyak sabar, jangan cepat putus asa

cuba bayangkan muka anak, "annur nak minum apa kalau mama dia cepat putus asa"

pam pelan-pelan

urut-urut B

tenang-tenang fikiran

dan hasilnya


usaha tangga kejayaan kawanku, tiada kejayaan tanpa usaha :D

peace!
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^