Wednesday, November 18, 2009

zoo melaka

phewwwwww akhirnya selesai mengupload 15 keping gambar dalam entry ni, hahaha jadi uols takyah kira dah berapa keping gambar dalam entry ni, sebab kakjemah memang seorang yang jujur dalam hidupnya, wahh tetiba

pakai wordpress yang kena upload gambar satu-satu memang adalah sesuatu yang rasa macam nak seligi kepala orang, cuma tak sampai ke tahap bertukar menjadi hulk jer, ini pun salah satu sebab kenapa kak jemah pemalas piang nak update blog dia neh, dah la gambar mcm banyak je nak upload, biasa feeling2 ada orang nak tgk gambar stok syok sendiri hahahahaha penat ok gigih2 snap2 gambar, sekali sangat menyiksakan nak upload gambar, terus hilang mood nak makan choki-choki selama 3 hari berturut2, cehhh mcm la makan hikhikhik

uols yang terbaca facebook ngan twitt jemah, tahu la kot, modem dia kena sambar dek petir kebabommmmm

dua-dua modem lak kena, wtf betul

mula2 kena modem TM tu, seminggu lepas tu, kena lak modem lagi satu

apa kau giler nak beli modem lagi, ingat aku banyak duit, ini pun asik pangkah kalender mengira hari, bilakah gajiii gajiiii gajiiiiiiiiiiiii

kelmarin orang TM datang, check2 kot2 ada problem lain, tgk2 memang modem dah kong dah, mula2 suh dia tukar modem baru, sekali weols amik pakej lain daaaaaaaa, pakej murah kot hahaha, tu pasai tak cover part tu sekali, cissssss

papa, plis laaa setelkan bondo ni, bini mu ini menyampassss la pakai berukben ni, nak harvest kat farmville sikit punya terseksa sanubari, asiklah hang, tak gunakkkkkkkkkkkkk

ok ok dah tu

minggu lepas kan, weols jalan jalan gi melaka uolssssssssssss lalalala

ini adalah plan tertunggak yang konon nak pegi pada bulan doblas tahun 2008, hambek koooooooooo, berapa lama daaaaa punya tertunggak niii, takpelah asal pegi kan (sedapkan hati)

weols gerak dari rumah pun dah lewat petang dah, sebab pagi tu ada hal lain (kot kak jemah rajin kang dia wat entry). hujan lak kemain lobek layiiii, jalan bawak kereta viva lak tu, tiap kali lalu lopak air jer saspen, penat betul hempedu jemah menahan kerisauan

sebenarnya tak plan kemana hala melaka tu yang weols nak pegi, atlas en.laloque ajak jalan zoo melaka dulu, sebab nisa tak penah gi zoo lagi

dalam perjalanan tu, hujan kan kemain lebat kan, masuk-masuk melaka jer terus cerah terang benderang, felik haku, tapi takpe, bagus la tu kan

sampai2 zoo melaka, terus en.laloque pakai baby carrier ni, senang sikit nak berjalan berbanding bawak stroller kan

melaka1

depan pintu utama zoo melaka

melaka2melaka3

kiri kanan jemah penuh ngan beg, adehh berat tul lengan

nisa tetap dengan baju ben10 dia :p

melaka4melaka5

sepanjang dalam zoo tu, seronok betul tengok nisa yang terover xcited giler, yelahkan, dia tak penah tgk binatang-binatang ni semua, tp sbnrnya mak nisa pun bukan penah tgk sangat, dok baca signboard jer, pastu buat2 terer depan anak hahahaha

melaka6melaka7melaka8melaka9melaka10melaka11melaka12

binatang yang paling nisa teruja :p "JIRAPAH"

melaka13

masa ni sebenarnya kaki dah sakit dah

mana tak nya, zoo tu kan leh tahan dia punya besar kalau nak berjalan kaki kan, kak jemah punya "pandai" pakai kasut tinggi baekkkkkkkkkkkk punya hahaha, nak nampak vogue punya pasal kah kah kah, vodos la koooo, sudahnya kaki pun melecet2 secara terbaik hahaha (melecet pun ada kategori ke)

sambil jalan terjengket2 ternampak train, terus singgah dekat kedai buah, sbnrnya niat nak tanya jer, tp takut akak tu taknak layan, terpaksa beli air mineral hahahaha, tektik la konon, nak cover la katakan cehhhh

"kak, train tu nak naik kat mana?"

"haa ada stesen dia kat situ, depan sana dik"

wahhhhhh dengar jer, terus hati berbunga2

"dik ni last train ni, kerusi ada dua jer, takpe ke duduk asing-asing"

apa ada kesah duk asing-asing bagai, kaki dah sakit di bangnonnn (tukar diknon), mana larat dah nak jalan

melaka14

jadi kesudahan cerita di zoo melaka adalah naik train dan tgk binatang dari kejauhan sahaja

dan sambil eksen2 dengan orang yang kena jalan kaki hahahaha

penutup episode "jalan-jalan kaki melecet" ni harus diakhiri dengan amik gambar depan sign zoo melaka jugak, ini wajib :p, kalau tak percutian ni kira tak sah ni, kang kena pegi lagi sekali pulak, chehhhh, jemah ada jer tektik nak berjalan

melaka15nextttttttttttt entry plissss :p

Friday, November 13, 2009

dia telah pulang ke pangkuan ku :p

"x dpt la tiket utk balik ptg nie, papa balik cam biasa kut, 9 mlm dr kuala terengganu, jangka sampai kul 10 mlm. x sabar nk jumpa mama. lindu mama sesgt"

"frust"

"papa dh usaha. tp xdpt, maaf sayang"

"frust jugak"

kah kah kah, bini lalok ni x paham bahasa kot, nak frust2 jer kah kah kah

tiba-tiba en.laloque call

"mama, tadi mas call, dia kata papa dapat tukar flite bla bla bla"

hahaha terus muka jemah berseri2 bagaikan ada lampu kelip2 yang pasang kat rumah time nak raya tu, :p

"papa, biar mama jemput papa yer"

"mama tahu ke jalan ni"

"takpe, ikut signboard je kan"

"ok hati-hati yer"

lalalala berbunga2 hati ku dapat jumpa suami tercinta walaupun beberapa jam awal sikittttttttttttttttt jer, rasa mcm zaman bercinta pulak, satu jam bagaikan setahun huhuhuhuh, gedik tau kak jemah ni :p

jadinya, kat opis pun dah gediks sangat dah asik ternengok2 jam jer, bila lah nak kul 5 ni kan hahaha, gediks ooooooooo

tepat ajer jam 5 weiii, terus kemas2 barang, siap solat asar sekali terus,

terus memandu dengan tenang sekali, dalam hati tu berdoa, jangan la aku terdrive balik rantau lak kang hahaha, saya bukan boleh, selalu macam tu, kalau dah terplan nak pegi sana sini, tiba2 khayal tak sedar diri, gelak2 layan sinar, nyanyi jerit2 dalam kereta, rilex je drive, tahu-tahu dah sampai depan pagar rumah kah kah kah, poyo betul, canno tu?

kali ni memang betul2 bertakafur ni, masuk highway... masuk highway KL, masuk highway KL hahaha, giler lahhh

semuanya berjalan lancar, walaupun hujan renyai2 masa tu dah membinawekan sikit dah keadaan hahaha, dah la kak jemah tak reti jalan, mmg betul2 bergantung hidup dengan signboard ni, sekali hujan pulak, mana nak nampak sangat jalan, mana nak baca lagi, ishhhhhhhh leceh betul

tapi rasanya jalan dah success sangat dah ni, tapi rasa tu ada sikit pelik sikit, terus call en.laloque yang dah sampai pun kat KLIA

"papa, apsal terasa macam jauh jer ek, hari tu bawak ngan ana (sepet) tak la jauh mcm ni"

"biasalah mama, bawak sorang-sorang memang mcm tu"

"tapi jalan dia pun rasa lain jer"

"mama tak perasan kot"

erm agaknya la kot tuuu

eh apsal terminal bas lak signboard ni HAHAHAHAHAHA konfem sosek niiiiiiiiiiiiiii HAHAHAHAHA

"Wife aku si VP tu, ngan berani2 takut nyer bersungguh2 nak jemput kat KLIA. Beriya2 nak jemput. Tapi yang lawaknya, dia leh sesat barat... sampai ke Putrajaya... kisah lanjut, korang tunggu jer kalo dia nak cerita kat blog dia... yg penting selamat sampai sudah la kan... kalo xsesat bila nak pandai jalan..." ~laloque



giler punya sesat hokeyyyyyyyyyyyyyy

sampai round tu roundabout sampai tiga kali tak tahu nak masuk lorong mana hahahaha

pucat2 lesi dah dalam kereta

"papaaaaaaaaaaaaaa mcm mana ni, mama dah sesat ni"

"mama kat mana sekarang"

*nangessss*

"mama takuttt, papa marah tak?"

"tak papa x marah, kang kalau papa marah kang, lagi mama panik"

hahaha, saya memang dah nak termasuk KL dah weiii, seb baik en.laloque kata masuk lorong "putrajaya"

siap kena uturn bagai semua, muka dah biru semua, dengan jalan licin brek mengejut semua, dengan kena honnnnn lagi adoi laaaaaaa

terus terasa nak taubat nasuha dah, nanges2, lepas ni taknak dah jemput uwaa uwaaa uwaaaaa

dah la hilang tol kad lagi, menggelupur cari mana pulak den suruk an niii, dah la panik nak kuarkan duit nak bayar tol, tambah dengan parkinson lagi

padan muka jemah, dah tak reti, tapi gatal nak jemput sendiri :p

saya sampai2 KLIA dengan selamat jam 6.45pm, tak la over sangat kot, dari seremban kul 5.15pm kan, cehhhh nak jugak tu kredit diri sendiri yang sosekk tu, bikin malu keluargo yo

en.laloque menyambut bini dia sampai dengan muka panik, seb baik bini den sampai jugak, kalau tak, kono pasang khemah la den kek KLIA ni kekdahnya hahaha

balik1


"papaaaaaaaaaa..." buat muka manja tak siap, pasal muka panik tak habis lagi, tapi bajek manja hahahaha

"lama papa tunggu?" soklan bangang mcm nak kena bekheng, kawan tu dah sampai kul 5ptg dah, 2 jam kot menunggu :p

terus dia menghulurkan sesuatu yang ehem ehem kepada isteri dia ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem

berkat kakjemah merajuk secara terbaekkkkkkk kuang kuang kuang

akhirnyaaaaaaa uolsss, akhirnya....

balik2balik3

sape tanya harga, siap dia, saya pun tak tahu berapa harga cincin ni

kalau RM5.60sen pun ai rela you (kalau betul siap dia hahaha)

dan malam tu kami pun sosah keropok lekor dengan riang :p selepas meletupkan satu plastik sos kopok lekok, penat acik lap mejo, phewww

Thursday, November 12, 2009

Kenapa anda tidak boleh bukak belog pink vp ini

saya tak paham kenapa saya buat entry ni hahahahaha

secara logiknya, yelah dah nama pun korang takleh bukak kan, mcm mana nak baca entry ni

jadi ceera ngan sepet ngan kaklang, sila copypaste entry ni ok :p ini paksaan hahaha, korang kalau nak copy paste entry ni nak bgtau member2 kot2 ada yang tanya korang pun aci jer, tp roger2 la ahkak sama yer, kang jadi entry plagiat pulak kah kah kah (musim plagiat la katakan)

1. kalau pc anda ada virus conflicker, memang korang takleh access blog ini, wahhh nampak mcm blog ini sangat suci sahaja, sampaikan pc ada virus pun dia rejek kakakakakaka, ntah hapo2 ntah

ok saya takde la link removal conflicker tu, tapi uols kena google la, taip perkataan "removal conflicker" pastu d/load, pastu run, pastu ikut jer la arahan removal tu, biasanya next next next jer

.

kak jemah, saya dah d/load dah, dah remove dah, dia kata pc saya dah clean dah, tp takleh bukak jugak la

2. kalau kat opis dah block blog ini, nak buat macam mana kan, tak dpt nak tolong sangat

kakjemah, ini pc opis, tak benarkan d/load apa2, mcm mana nak d/load, pc member boleh je bukak blog akak

3. ok mcm ni la, korang emel je kat jemah, ada satu lg cara, tp mcm malas nak tulis kat sini hahahaha jemah gedik ooooooooooooooo emel kat viruspadu@yahoo.com

sekian :p

Wednesday, November 11, 2009

Berapa jamkah anda luangkan masa bersama anak setiap hari?

tudung belit-belit semalam versi blur


apsal jemah buat gambar blur?


saje gediks, sebab nak cover muka tembam la tu, cover baik punya :p


tdg1tdg2



itu hari jaja YM saya, dia tanya saya


"berapa jam sehari saya luangkan masa bersama anak-anak?"


maksud dia hari bekerja la, sabtu ahad hari cuti tak aci ok :p


justeru itu saya pun terfikir :p


1. Setiap pagi bangun siap-siap gi kerja, siap kan barang-barang keperluan


2. Balik kerja biasanya sampai rumah jam 6.00 petang


3. Nyusukan annur sekejap, bagi nisa layan tv 613 kartun, bila annur dah kenyang baringkan dia, dan start uruskan rumah pulak


4. rasanya ding dong ding dong dah kul 9 mlm kot


5. masih belum luangkan masa untuk anak-anak sepenuhnya :(


6. oh time bagi makan kot sekejap


7. biasanya 9mlm annur dah tido dah, nisa belum lg


secara keseluruhan satu hari bekerja, saya luangkan masa untuk annur saya rasa tak sampai 2 jam kot, untuk nisa maybe 3 jam kot


patutlah bila malam saya tgk nisa selalu merengek-rengek mintak kesian, mintak perhatian main dengan dia


mintak perhatian, merayu main-main dengan dia dulu, ohhh sedihhhhhhh :(


tiba-tiba rasa bersalah.


anda pula bagaimana?

Monday, November 09, 2009

Ingin Ubah Domain dari blogspot ke dotCOM

salam

huk-alahai ramai dah mintak tutorial ni kat saya, sori la geng, bukan taknak buat, cuma rasa ilmu tak berapa cukup di dada nak kasi tutorial yang maha teknikal macam ni, susu cukup la di dada muahahaha upsss terlawak sensord la pulak ampun ampunnnnn, baik giler jemah buat lawak pun kena mintak maaf, mana nak carik pemimpin terbaik dan nampak baik mcm ni hahahaha (sape yang tgk fb paham kot lawak ni, yang tak paham, lantak ko!)

saya yakin, ramai jer yang teringin nak maju setapak ke hadapan, yang dok pakai .blogspot.com ke pakai .wordpress.com ke .apaapakejadahnyalagi.com tu nak ubah domain sendiri,

domain sendiri, barula cool,

gasak korang hahahaha, sebenarnya domain apa-apa pun cool juga, tapi lain orang lain pendapat yer tak, biasalah manusia ni tak sama, kalau kita ubah dotcom sendiri pun kang ada jer keluar entry kat blog orang lain "ek eleh dia ingat dia tukar domain tu, blog dia bermanfaat sangat ke, buang karen jer i tengok" hahahah kalau kita ambik pedulik sangat kata-kata orang, sampai bila pun kita tak maju :p


ok ini step pertama

1. check availabality domain yang korang hajati :p

klik http://www.checkdomain.com/, masukkan domain yang korang terniat dan klik "search"


check


tu contoh saya, "peahbedah.com" haaa available lagi, sape nak pakai nama tu hahaha, glamers ok nama tu, dan sonang ingat :p


ok lagi senang kalau uols terus masuk sini, setting -> publishing -> custom domain


bl


kendian, check kat situ


bl2


Jadi macam mana nak beli domain?


Kalau korang google, ada banyak weiii pakej2 domain ni, korang order online jer, ni antara contoh:


1. http://www.web-hosting.net.my


2. http://exabytes.com/


bel


ini contoh pakej la, so kalau bekenan terus la pilih pakej dan bayar la mana-mana yang patut


uols boleh beli domain sahaja atau pun domain dan hosting sekali


BELI DOMAIN SAHAJA


tapi masih pakai blogspot punya hosting,


cara dia macam gini, lepas dah bayar menatang apa kejadah itu semua, dah dapat dah username password semua, masuk setting uols, dan ubah dua perkara ini kat setting itu


a) set CNAME = ghs.google.com




"Create a CNAME record for your blog's address, which should be a subdomain of the form www.example.com.To create a CNAME record for your domain with the DNS, associating your domain with ghs.google.com. The exact procedure for doing this varies depending on your domain registrar, but you can find instructions for many common registrars here. If yours isn't listed, or if you run into other difficulties, you can contact your registrar directly and they'll be able to help you out."



b) set kan A NAME:
Create 'A' NAME records for your naked domain (blog.com).Creating A records for your naked domain is important as it allows Google to redirect people who use in your naked domain name (blog.com) to your blog page (www.example.com). If you do not do this, visitors who leave off the www will see an error page.There are four separate A records you will create, and can be done from the same control panel you accessed your CNAME records. Simply point your naked domain (example.com, without the 'www') to each of the following IP addresses:216.239.32.21/ 216.239.34.21/ 216.239.36.21 /216.239.38.21

lepas tu bukak balik blogspot, masuk settings -> publishing -> switch to custom domain, masukkan address cool kita tadi, chewah terus address cool ok

bl2



lepas tu save aaaa



kalau misal kata tak jadik la kannnnnnnn, korang kontek / emel jer teknikal yang korang beli domain tu, kang depa tolong la korang setting, selesai masalah hahahaha


wei jemah, kalau setakat emel orang teknikal tu, takyah la ko wat tutorial hahahahahaha


biasanya kena tunggu 48 jam la, baru domain tu up, biasanya la


BELI DOMAIN DAN HOSTING


ini senang, semua teknikal dah buat dah, masa dia registerkan, dia emelkan kat kita step by step, apa 1st step yang perlu kita buat


dia akan cadangkan kita install wordpress atau pun apa-apa jer


lepas tu teknikal sikit dah yang melibatkan coding laaaa, kalau tak reti template apa jadah semua, google jer, bersepah korang leh download.


korang kena juling2kan mata sikit la, rajin godek sana godek sini, google sana sini



ok ini tutorial yang tak macam tutorial hahahahaha


kalau masih ada masalah, boleh tinggalkan komen, paling tak pun emel jer bahagian teknikal kat domain yang korang beli tu, berdesup depa jawab n tolong


sekian dari cikgu jemah tak bertauliah

Saturday, November 07, 2009

Isu Terhangit Minggu Ini - Bihun vs Mihun

1


01


23456



Apa kata anda? (atau translate bulat-bulat : What Say You?)

Friday, November 06, 2009

Panduan Penyimpanan Susu IBU

ok hari tu saya ada buat panduan macam mana nak hantar susu BF ke taska kan, apa barang-barang yang perlu uols sediakan, icepack segala bagai semua

ok kali ni sebenarnya lagi basic punya panduan la, mungkin basic ni ramai yang mencari-cari kan

Mula2 kita cerita jangka hayat susu dulu yer

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

1. Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
2. Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
3. Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
4. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
5. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
6. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
7. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
8. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
* Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
* Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

* Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
* Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
* Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

rujukan dari momschoice

semua info saya copypaste je tu, malas nak karang ayat semula, sebab saya rasa dah paham sangat dah ayat tu, takyah nak tambah apa2

harap ibu2 ngertik yer

Thursday, November 05, 2009

Tutorial Twitter (update)

ceh ceh ceh

macam pandai sangat jer main twitter ni kan, takpe lah, ilmu yang sikit ni kita kongsi2 la yer, maaf kalau ada info yang salah, kang pandai2 la korang sembur kat komen box jer, sepantas kilat acik jemah betuikan fakta auta ni kang hahahaha

1. ok mula2 sekali, mesti masuk sini, ini wajib, sape tak masuk, nasib dia lah yer

http://twitter.com/

1mcm biasa kot, klik signup, ok rasanya part sign in ni semua orang dah terer kot kan

ok, lepas sign up, uols sign in la macam biasa yer, saya rasa ni basic sangat kot, tp kang kalau part signup pun ada yang tak berapa faham tu, drop komen jer, insyaALlah saya jawab ok

2. lepas uols dah sign ni, kalau rasa nak cantikkan2 tu boleh klik setting, design dan pilih template :p

2

pastu korang godek2 la apa ada dalam tu, nak tukar password ke apa ke kan

kakjemah, macam mana nak chat???

haa ni nak bagitahu la ni

3. klik home( sweet home) tu, haa chat la sesuka hati korang3

tapikan, tapikan, saya nak masukkan twitter dalam belog yang gerak2 mcm kak jemah punya tu, mcm mana yer :p

4. ok mula2 klik goodies

4

pastu klik widgets

5

klik mywebsites pastu amik search widget

6

ok lepas tu, uols masukkan search query tu, letak la id uols lah yer

7

pastu nak ubah2 setting ke nak tukar kaler ke, klik la apprearance tu, dah puas hati semua, klik test settings

8

lepas dah test, ni yang betul betul betul puas hati punya, klik finish dan grab code. dapat la coding maknenek semua

apa lagi copy paste masuk blog la,

sape tak paham, angkat tangan (mcm biasa, cikgu garang)

sekiannnnnnn, harap2 tutorial ini membantu :p

ok klik sini untuk install twitter kat desktop uols, senang nak chatting gitu

http://www.tweet-r.com/

21: Kongsi Pengalaman: Breast Feed

salam kak vp,

saya sebenarnye silent reader kak vp dari dulu lagi. tapi tak pernah pulak hantar e mail. tapi bile kak vp dah buat ruangan kongsi pengalaman ni saya rasa tertarik pulak nak share pengalaman breast feed saya.

masa saya mengandung anak sulung saya (boy) dah bertekad nak breastfeed anak saya sendiri. masa hari pertama saya lahirkan anak saya tu saya try nak breastfeed kan anak saya tapi mase tu susu pun takde lagi. jadi selalunye nurse kat spital tu akan bawak anak saya balik nursery balik kalo die nangis. pastu hari kedua dan ketiga pun saya try bagi tapi ya Allah sikit sangat. rasa sedih sangat sebab susu takde pastu anak saya plaks dah meraung2 lapar. mak saya pun paksa jugak saya breastfeed tapi still sikit sangat.

pastu lepas balik dari hospital mak saya dah siap belikan susu formula. sbb mak saya kesian kat anak saya asyik nangis je sbb lapar. so bile baby saya dah start minum susu formula die macam dah biase and bile saya nak breastfeed die macam tak nak. dan dalam waktu yang sama susu saya memang tak banyak. ade skali tu saya pam setengah jam baru dpt 1oz. mungkin sebab tak ada pengalaman dan saya masih muda mase tu saya berputus asa. dan lepas tu saya terus kekalkan je dengan susu formula sampai lah skang.

tapi kan kak vp saya memang rasa menyesal sangat sebab tak bagi anak saya susu saya. mase anak saya kecik die selalu tak sihat, demam. pastu berat badan die tak naik sangat. sampai kadang2 org tengok anak saya selalu ckp anak saya kecik.hati mak mana la tak sedih bile dengar orang ckp macam tu. lama2 susu saya kering macam tu je. sebab tu lah kak vp saya berazam kalo saya mengandung lagi lepas ni saya akan cuba sedaya upaya saya untuk breastfeed anak saya. saya mmg tabik la tengok semangat kak vp nak breastfeed annur.

tu je lah cite yang saya nak kongsi dengan kak vp dan semua pembaca2 blog kak vp :)

Dear u, (mcm biasa nama ai main rahsia2)

takpelah, pengalaman pertama biasanya memang cenggitu, kakjemah pun mcm tu jugak, bukan anak pertama jer, anak kedua pun kakjemah takde ilmu BF lagi tau, anak ketiga ni pun last minit baru sedo katanya. takpelah, nanti next anak kumpul semangat kumpul ilmu BF yer :)

Chaiyok2

Wednesday, November 04, 2009

Panduan Untuk IBU-IBU BF Yang Baru

ok ni antara benda yang wajib bawak kalau nak pam susu kat opis yer, kira basic laaa


no1: mesti lah pam
tak kisah la jenama pam apa pun, janji pam yang uols selesa pakai, kalau dpt beli pam yang bagusssssss tu lagi bagus

no2: beg pam yang kedap udara ke macam mana ntah nama dia, haa beg susu la senang cakap
kalau beli avent set ni memang dia siap2 dah bagi beg, tp kalau uols tak berapa cukup duit nak beli sekali set semua, boleh beli beg susu sahaja kat momslitleone tu, ada je jual, kena pandai2 la carik yer

no3: botol susu / plastik susu / bekas dadih (tak tahu nak bg nama apa)
yelah ni penting la kot, kang nak simpan susu perah kat mana pulak kannn

no4: icepack
kalau macam dalam gambar tu, yang hitam tu dari momslilteone, sejuk tahan 12 jam tak silap saya, satu lagi yang biru tu beli kat tesco hahaha tahan lagi lama tak silap, sbb tu yang untuk orang camping punya

jemahhhhhhhhhh... saya pam kat opis satu hari 3 kali tau, penat la asik nak cuci botol jer, macam mana ek????

ok tu sbnrnya pengalaman saya jugak tu, dah la toilet bukan main jauh lagi, kalau tak tahan nak terkencin* tu (motip letak * hahaha macam la orang tak tahu) memang lap2 peluh jugak la hahahaha, lepas tu perjalanan balik ke opis baru nak duduk boleh terasa nak terkencing balik dah hahahahaha eh tak la tipu tipu, saje kasik sound efek dia nampak ganas sikit

tp memang penat la kan, kalau uols memang pam kat surau yang ada paip tu ok la, boleh suka suki cuci senang lenang kan

bayangkan kalau dah la toilet jauh,

mula2 masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan
lepas tu sesi kedua lak, masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan
lepas tu gi toilet amik air semayang, lepas tu gi surau solat
lepas tu masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan

berapa kali daaaaaaa ko nak kena ulang alik gi surau

apa ko dah takde keja lain dah ke, asik muka koooooooooooooo je lalu situ

penat satu, malu pun satu :p

setelah melalui fasa penat nak mampos kulurkilir surau toilet surau toilet, saya pun macam biasa google2

terima kasih google memudahkan kerja2 ku, chewah

jadi saya terbaca la info ni tp siyes dah lupa kat blog mana

ayat dia mcm lebih kurang la

kalau sehari di opis, sesi pam adalah 3 kali, so susah nak cuci tiap kali lepas pam, simpan pam yang telah dipakai dalam beg bersama icepack dia, so dijamin ok la, lagipun kan susu boleh tahan sampai 4 jam lebih kurang (suhu bilik), kalau suhu sejuk (icepack) boleh tahan lagi lama lah, dlm 8 jam kot mcm tu, tolong betulkan kalau saya salah

jadinya kalau kita start pam jam 10, sampai jam 4, baru 6jam mcm tu kan, so ok la

kalau lg malas nak cuci, simpan pam dalam peti sejuk, so boleh tahan lagi lama laaa takyah cuci

tp jangan la malas sgt pulak, kalau dah ada paip tu, cuci jer la, kalau yang takde ni yang toilet jauh2 ni, ok la

sebab tu la saya bawak dua ice tu, satu tu sampai2 je opis terus saya masukkan dalam petiais, yang satu lagi untuk letak dlm begpam :p

jemah jemah, mcm mana ek nak hantar susu gi taska, boleh bawak biasa2 ajer ke?

ok kalau boleh la, kalau ada beg susu ni bagusss, beli siap dengan icepack dia, saya beli ni pakej itu hari, satu beg ni ada 4 botol ngan 3 icepack, harga dia RM99

tujuan dia nak kekalkan suhu susu masa perjalanan nak ke taska / rumah pengasuh

so susu pun tak rosak la kan

tp yang takde tu, jgn tension2 pulak, saya awal2 dulu takde beg ni, saya pakai tupperware jer, lepas tu saya letak ice ketul2 tu kasik sejuk hikhikhihk

ok tu jer kot panduan basic untuk uols

kalau ada pertanyaan tanya jer, tp saya jawab kat entry lain lah yer, bukan kat komen box

dan kalau ada yang tersalah info, tolong betulkan yer

Jangan Mudah Mengalah Ibu BF

kalau banyak ni jer sekali pam memang rasa down sangat kan

ini adalah hasil pam waktu pagi semalam, rasa nak nangis jer

tapi bak kata pepatah "jangan down benda-benda yang remeh temeh kang sakit jiwa bergelodak" cehhhhhhhhh ini pepatah ke jemah hahaha suka-suka hati kau jer kan

mula-mula saya cool jer dulu, tarik nafas dalam-dalam

ingat dalam hati, "susu aku banyak, saje nak gurau2 manja ngan aku kot"

lepas tu, kena banyak sabar, jangan cepat putus asa

cuba bayangkan muka anak, "annur nak minum apa kalau mama dia cepat putus asa"

pam pelan-pelan

urut-urut B

tenang-tenang fikiran

dan hasilnya


usaha tangga kejayaan kawanku, tiada kejayaan tanpa usaha :D

peace!

Emel Pembaca: RUMAH IDAMAN - PINK HOUSE

Salam kak vp,

selamat berweekend bersama family hehe

saje nak bagi akak sambungan pink house hari tu, tepek2 ni mase saje2 nak mengisi masa lapang, hoho

semoga kak vp, en. laloque, nisa dan annur hepi2 dan bahagia selalu^^

p/s --> sorii kak, gambar tu crop x cantek huhu
pinkHouse2pinkHouse3

FROM dd dudu

lawaaaaaaaaaa ahkak sukaaaaaaaaa

akak suka pink2

bila rumah akak nak jadi mcm gini ek :p

pagi itu di kelana jaya

ok ok kita sambung lagi

sori la uols, blog tak berapa kencang minggu ni, eh sebelum ni pun tak lah kencang sangat ye tak hahahaha, over tau jemah ni, perasan kencang-kencang la tuh hahahahaha

kakjemah korang ni sakit kepala very the nyut nyut nyut, memang balik keje jer terus melepek dah atas katil tau tahan sakit kepala, dengan tekak sakit sekali lak tu, kan kak jemah dah bagitahu, dugaan biasanya datang serentak, tp biasanya hepines pun datang serentak kan, tp part hepines tu tak lak kita sungut2 yer tak hahaaha

memang kul 8.30 saya dah terbaring jer dah, dua tiga hari ni memang semua keje en.laloque take over, tu yang kelamkalibut semua benda tu

pagi tadi semua lambat, dah la lambat, icepack tak masuk dlm petiais malam tadi, uwaaaaaaaaa abislah macam mana nak hantar susu kat taska ni, baju baru nak gosok, beg2 baju nisa ngan annur baru nak siapkan, botol susu baru nak cuci uwaaaaaaaaaaa... biasanya semua dah buat malam2 dah, jadi pagi tinggal siapkan diri jer

tu la bahananya kalau poms ni tak sihat, semua keje rumah jadi tunggang langgang

malam tadi kan, seremban bukan main hujan lobat sekali, dengan kilat guruh semua, takuttttttttttttttt

kilat tu fire betul-betul sebelah rumah cik jemah tau, kuat kebabom dia

habis meletop-letop modem hahahah takdelah, tipu jer, hahahahah tak lah meletop pom pom tu, tgk lampu modem saya tak nyala dah, rosak ke apa ker, pelik gak, adoila, seb baik laa ada broadband nak menyelamatkan waktu2 nak online, tp cik jemah fedulik hape, dia sodap zzzzzzzzzzzzzzzz, eh abis tu mana dia perasan modem tak nyala semua hahahaha, bangun terkenc* tu jeling2 tgk dah malap dah modem ahaks

ya ampun apa aku cerita ni weiii, mengarut byk sangat ni :p

nah ni gambar2 masa hantar mak abah kat kelana jaya, semua adik beradik dah jadi muslimah sejati sangat, terutamanya ceera lah hahahahaha, tp dalam gambar ni ceera takde kann... takpe, ceera punya gambar kita kasik exclusif sikit

haji4haji13

saya dan mak :p

haji12

uols tahu la weols gerak kul berapa dari rumah kan, jam 4 pagi tuuu, dah la tido memang lewat giler, saya tido dalam kul 2.30 pg mcm tu, sbb annur buat hal taknak tido, pastu jam 3.30 dah kena bangun siap2 dah

dengan tak mandi tak hape, tukar baju jer, tepek la bedak sikit, tak fedulik sangat dah rupa jadi apa dah, mcm tak biasa pulak selekeh2 tu kan, adalah pelik tiba2 saya bersmokeyeyebulumatapelesu plak pagi2 buta tu hahahaha

makanya terjadikan perkara seperti ini hahahahaha

haji11

sian kooooo, sepanjang menunggu dari jam 4pg tu sampai 6 pagi kot, macam ni jer gaya laki den ngan anak kesayangan dia ni hahahahaha, takleh blah langsung oooo, tak gerak2 langsung, kot sakit pinggang ke apa ker, saya mintak service bertukar tangan pun dia taknak, kalau taknak takpe ahhh, sonang kojo acik

bergambar ramai2, eh mana ceera?

haji10

woi akak, abah malu la tu hahahahahahaji9

eh dengan andak, abah ok jer, abah tak malu, andak kan anak kesayangan, upsss sepet tumpang laluuuuuhaji8haji7

betul2 jemah anak abah kan, tgk la muka sepesennn ajer, patut la bila lapar jer terus marah2 hahahaha

sepet, abah dan abang

haji6

weols semua amik kesempatan amik gambar ngan abah ngan mak banyak2, bukan selalu dapat mcm ni, biasanya time raya jer

haji5haji3haji2

hahahahahaha gambar salah susun, patutnya ini atas sekali, tp acik jemah malas nak cut paste, jadi korang sila tgk gambar dari bawah dulu yerhaji1

emak abah kami anak-anak pasti akan rindukan mak abah, haji mabrur :)

mak abah jangan risau, walaupun sepet tu pemalas giler kemas rumah 9tgk bilik dia pun mcm hape jer hahahaha), insyaAllah dia bajet2 kang mak abah balik kang, kelamkabut la dia kemas rumah tu hahahaha, sekarang kalau cik jemah balik rumah, mesti rumah mcm zoo negara menternak tikus lipas cicak dan sebagainya hahahaha

kelmarin saya dpt sms dari abang

"tolong la datang sini... abang taktau nak buat cm ner, umah ni bersepah, plz"

hahahahaha berdikari la wahai abang ku
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^