Follow Viruspadu

Monday, January 25, 2010

anoi 7 bulan

beb... anoi dah tujuh bulan tu bebbb

terasa macam baru lepas pantang pun ada :p sebab badan tak kurus2 lagi seperti yang di targetkan hahahaha tu pasal feeling2 baru lepas pantang, so takde la frust sangat hiks

siyes, perut gelembung-gelembung lagi dohhh... tensen guwe ko tahu

konon plan taknak makan makanan berkuah la, nak kurangkan itu ini la, harammmmmmm dibuatnya, lately kemain minat lagi makan meehun soto la, laksa la semua bajek yang kuah-kuah punya, cissss nampak gayanya kena beli krim pelangsing perut yang lepas sapu-sapu akan menampakkan hasil walaupun baru pakai lima minit terus boleh feeling-feeling pakai bikini hahahahahajemahgilernakpakaibikini

ok lupakan cerita perut gelembung tu sebab laki dia tak komplen pun ecehhhh benda ni takyah cakap pun takpe

anoi dah 7 bulan kan, minggu lepas baru lepas checkup dia, semuanya ok ok jer lah, berat anoi dah 7.1kg

sekarang anoi pun dah boleh merangkak dah, tapi bukan lah merangkak jenis yang tiba2 jer dah sampai pintu dah tiba2 je dah kat kedai muthu sebarang jalan hahaha ok ok tu tipu sangat tu, dia baru belajar-belajar nak merangkak, kiranya kalau gostan tu dah boleh dapat markah c+ dah, tapi kalau merangkak ke depan tu masih markah c- lagi, dan dah boleh duduk senget sambil tangan sebelah tongkat, betul2 duduk 45 darjah hikhkihkihk,

pastu bila dah boleh duduk sendiri terus dia gelak dengan bangga sekali hahaha dengan harapan mama dia nampak dia duduk sendiri dan puji dia hebat lawak la anoi ni, kecik-kecik dah buat perangai sweet-sweet macam tu tau

minggu lepas jugak, wan kat taska pesan, tolong guntingkan rambut anoi, sebab nampak dia dah rimas sangat dah, sampai dia bengang dia tarik-tarik rambut dia, holloh2 kesiannya anoi ni, seb baik anoi tak bengang dia tarik-tarik rambut wan hahaha kalau macam tu lagi la naya, tak pasal-pasal wan pun kena potong rambut sekali hiks

dan en.laloque pun macam biasa memang tugas dia la tu, tugas saya pegang kepala anoi, kemain lasak minah kecik ni tau, kalah lasak nisa lagi, anoi ni phewwwwwwwwwwwww terus berketul2 masel kakjemah ni haaa...

tadaaa dan hasilnyaaaa



dah macam pekan pun ada hahahaha

dah makin bulat dah muka anoi, dah macam rambut kakak nisa pun ye jugak

tak sabar nak tunggu anoi dah boleh jalan, pastu main kejar-kejar dengan kakak dia kat taman

so sweet!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

22 komen[s]:

edrina said... [Reply to Comments]

hahahaha comel!

Cik Anie said... [Reply to Comments]

cepat jer rasa masa berlalu kan.. mukanya pun makin hari makin berubah... tembammmmssss...... cubit pipi sket...

fiez^^fiezryn^^fiza said... [Reply to Comments]

hey anoi....meh sini jap...nak geget pp...geram arr..........

mYpRecious said... [Reply to Comments]

anoi ni nomey betull..pipi bam bam la kak jemah.. pastu pandai sengeh pulak tu.. geram je tgk.. =)

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

xoxo...bestnye tgk muka dia senyum mcm tu...
tak sabar rasenye nk tgu baby ni kuar...huhu...
gambar anoi saya letak wallpaper kat pc tau...sebab nk comel cam dia gak...tapi baby sy nanti ni boy..hikhik...takpe, amik aura tembam anoi je lah...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

alhamdulillah semuanya baik2 belaka...anoi dah besar..comel n tembam...dah ade byk peningkatan yg bagus...

nifalnin... said... [Reply to Comments]

salam VP.. hik hik hik.. cute jer muke annoy... rase nak geget2 jer pipi kembung dia tu.. annoy masih BF lg ke...

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

muka pekan ko annoi...mak korang ngan abh korang entah la muka bandar ke kampung...wahahahh

Nadia Yuna said... [Reply to Comments]

heheh. comel la kak vp. gelak besar je anoii tu, sukela gamaknye

DeVoTeD LiLy said... [Reply to Comments]

ehhhh anoii mcm muke en laloq..
sebijik....

RieNa said... [Reply to Comments]

gambar no 2 tu, cewahh mcm dia amik gambar sendiri, mcm mama dia.hehe

comel!!

aramis2177 said... [Reply to Comments]

vp.....serius..muka anak kita mmg serupa!!!!!terkenang masa raisha baru ptg rambut...cam pekan gak mukanyer!!!!!huhuhuh...anoi tomei!!!

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

dah besa anoi yer cepatnya masa berlalu.. bila nak tambah lagik?? hihi

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

lama nyaa tak singgah sini

muka anoi sebijik cam en laloque dah

ummi_D said... [Reply to Comments]

salam...tk ubah sebijik cm muka laloque

n Z r A said... [Reply to Comments]

tersembur air tgh minum baca kak jemah cakap rambut anoi cam pekan! hahahaha

LizHairi said... [Reply to Comments]

ahhha..anoi leh geng ngan maktam ceera..pesen rambut dh same.. :D

RiEz said... [Reply to Comments]

hikhikhik comelnyer anoi...

** atie + farid + aisyah ** said... [Reply to Comments]

comelnye anoiiiiiiii... dah tembam

oneyani said... [Reply to Comments]

comel la..

akak..gambar yang kedua tu muke anoi sebijik apaknye la...ahahha jgn mrh ye akak=p

HasneY said... [Reply to Comments]

lama tul tk komen kt vp..he.h..
waaah..dah tembam skrg yerkk..anak akak pun...tp skrg dah susut balik..coz selsema n batuk2...virus tul laaa...he..he..tp comeylaa...

nasaoji said... [Reply to Comments]

en laloque da junior versi gurl!!..cumei bangat!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^