Follow Viruspadu

Tuesday, January 26, 2010

entry motivasi kepada diri sendiri

sosak napeh

hush hush hush

hahahaha

padan muka nak pakai bengkung sangat kan hari ni, ambek ko! nak bernapas sikit punya seksa

orang kata nak cantek memang menyiksakan muahahaha

seperti memakai bulu mata pelesu, juga menyiksakan
seperti melilit-lilitkan tudung, juga menyiksakan
seperti memakai kasut tinggi, juga menyiksakan
seperti menunggu kak andam mekapkan muka kita, juga menyiksakan
seperti gi facial dan amoi tu picit2 jerawat, juga menyiksakan
seperti buat rebonding, juga menyiksakan

ok dah dah banyak dah, over kau

kenapa kita suka sangat seksa diri ni haa... hahaha nak cantek punya pasal kan, kalau tak nanti kang takde keyakinan diri pulak, ecehhhhhhhhhhhhh... dan dan tu pakai alasan keyakinan diri dush dush dush

yes kita rasa bila kita nampak kemas dan menarik, kita akan yakin pada diri sendiri kan

tapi sebenarnya, bila kita yakin pada diri sendiri, secara otometik kita akan nampak menarik dan orang pun akan selesa dengan kita

jadi mana yang datang dulu ni, pandai2 la korang fikir sendiri yer, dah macam pakar motivasi yang ntah betul ntah tidak fakta dia la pulak

oleh itu, jaga diri bukan sebab nak cantik ke lawa ke beb, tapi lebih kepada nak sihat, nak jaga kesihatan, itu yang paling penting pun :p *konon

lepas daripada pantang itu hari, ya yaaa... korang tahu kan yang kak jemah operate kali ni, jadi dalam pantang memang takde la istilah memakai bengkung yang bila nak terkenc tu tangan terus parkinson nak bukak bengkung lilit2 hahahaha... siyes takde dah istilah tu

jadi, apa sudah jadi dengan perut gelembong2 kak jemah???

ok jangan fikirkan dan jangan cubak cubak untuk bayangkan, sebab kang dikuatiri akan pitam hahaha,

kalau berdiri memang terbaik la kan, ditambah pulak menggunakan teknik menahan napas ketika bergambar, memang gambar menjadi perfectoo... phewit phewit badan macam anak dara la dia, phewit! hahaha lempangkakjemahsekarangjugak pang pang pang

cuba korang suruh dia duduk, terus macam err errr... ko peknen lagi ke jemah? cisssssssss *nanges

jadinya, untuk pertama kalinya setelah anoi pun berumur 7 bulan, saya pun pakai bengkung hari ni, kenapa baru hari ni saya pakai, ada tarikh2 istimewa kah? ermmm taklah tak sebab baru hari ni saya ternampak bengkung dalam almari, dan tetiba teringat nak pakai hahaha kalau tak harammmm, sibuk la ajak en.laloque gi kedai jamu nak beli krim pelangsing perut eh ni dah cakap kat entry lepas hiks

rimas rimasssss

rimasssss giler

sabar kak jemah sabar

you can do it bebeh

cuba bayangkan lepas ni ko boleh pakai dah semua baju2 dalam almari, dah boleh pakai dah kebaya wuwuwuwuwu dan cuba bayangkan ko berjalan lepas ni dah tak berlaga2 daging peha hahaha ok ok ini takde kena mengena dengan bengkung :p

cuba bayangkan jemahhhh

....

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

RiEz said... [Reply to Comments]

heheh caiyok kak jemah!!

UMILIYA said... [Reply to Comments]

ermmm....betul2 satu motivasi sesangat bila umi baca entry ni..betullah vp...betul sgt2 pendapat jemah..sebab kerana sy tak pandai jg badan lah,,,,suami ermmmmm nak nangis....alhamdulillah tahun baru ni dah berazan betoi2 nak turun gak berat badan.....teruk sgt2 selama ni..tak pandai kawal makan..seksa badan,,,,bila suami dah di intai org mulalah gelabah katak..tq jemah...buat entry ni....baru terasa...n rase padan muker aku..huhuhu....

MISSYNOLS said... [Reply to Comments]

jemah, taknak try PB? u can read bout it in my blog
http://missynols.blogspot.com

Me, Mrs Taj said... [Reply to Comments]

selamat berbekungla kak..sy dapat pakai sekejap je..rimasla dek non!!! jadiknya mcm robot!!

p/s ermmm sy rs sy nmpk husband akak kat AAN..atau adakah pelanduk 2 serupa? hurmmm

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said... [Reply to Comments]

kita besalin dua2 c-sect .. tp yg kedua baru pakai bengkung .. atas nasihat dr. & nurse .. lps harike-7 bukak jahitan benang tu .. slow2 pakai bengkung zip zap + bengkung tali kasut .. cuma tali kasut tu ikatanya letak kt belakang .. siap taruk kapur limau sumer smp hbs pantang .. mmg berkesannnnnnnnnn ;-)

AMIEROZIANA said... [Reply to Comments]

hai mah.....baca entry nih rasa kena kat batang hidung jer hehehehe.......saya kalu time kenyang ingat la nak diet la macam2 tapi cuba lapar ko...nasi penuh penggan licin dibedal....pastu bila jalan dah berlaga daging paha tuh mula la insap sikit hehehe mula la nak sapu krim tu la krim ni la kan...bengkung apa tu mah??

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

klaka lah vp...seksa ooo nk pakai bengkung2 bagai..vp oklah perut je xkempis..kalu sy kan vp semua bgn tubuh bdn ni xkempis2..he he he..xtaulah nnti lepas bsalin ni mcm mana..tgh mencari produk yg KONFIRM lepas bsalin GERENTI kurus...kalu ade share ngan sy yer..TQ







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^