Follow Viruspadu

Monday, January 11, 2010

fun jugak buat bengkel macam gini satu office

kursus lagi

memang hujung2 tahun, awal2 tahun, tengah2 tahun memang kursus memanjang, eceh, tu macam setiap masa kena kursus jer, nampak sangatttttttttttt!!!!! macam dah takde keje lain dah ko kan, asik kursus jer, asik la entry kursus jer kannnn

merasa la en.laloque menjadi mr.mama dengan kerap sekali, merasa la dia apa yang saya rasa selama ni, tapi seb baik saya pegi paling lama pun 3 hari jer, dia kalau gi odit seminggu terusss lagi lama, umangaihhh compare2 nampak, macam balas dendam jer wakakakaka taklah, tetiba rasa macam nak cakap benda takde faedah ni ahahahaha

saya kursus kat pd jer pun, pegi jumaat petang, ahad tengahari dah ada kat rumah dah

kursus ni sebenarnya adalah bengkel penyediaan SKT untuk tahun 2010, yang tak keje gomen tu, mungkin macam blur sikit SKT tu menatang apa, yang keje gomen konfem tengah mengelupur siapkan skt sektor la seksyen la apa la, LNPT la kannnn, takpeee kita serupaaaa

bengkel ni macam mengundang penat yang lain macam sikit sebab kena perah otak sampai ke malam, macam kepala otak tak dpt nak rehat, sebab dah lama tak mengerah kepala hotak sendiri sampai mcm tu sekali tu yang rasa penat je tu, kalau dah biasa tu lain citer

mujur2 jer nak EL hari ni, tapi memikirkan keje macam beratur2 tunggu que tu, takpe la, keje je lah, bila fikirkan kang boleh makan roti canai diiringi dengan teh tarik baek punya, terus bersemangat nak gi keje hahahaha, terpaksa gunakan umpan roti canai kat diri sendiri hahaha, tapi kalau plan nak gi shopping keesokan harinya lagi la cantekkkk, nescaya pagi-pagi lebih bersemangat nak bangun gi keje wakakakakaka

ini malam, sesi taklimat, nak buat hape benda semua laaa

lepas habis taklimat, weols ada ceramah motivasi

mula2 tu terasa mcm nak memberontak jugak, dah la macam penat kan, pastu buat kursus motivasi malam2 pulak tu, pastu terbayang konfem aku tido sat lagi ni kangggggg

rupanya2 ceramah ni la yang jadikan bengkel kali ni sangat diingati dan paling fun, sebab asik gelak bagai nak gila dari awal sampai habis, macam tak cukup pulak 2 jam, rasa macam takyah tido pun takpe, kita setel sampai pagi wuhooooooooooo over hahahaha

geng ayam belanda ahahahaha

bos, jemah, sue, adzliq ngan hadib

korang penah main tak game ni, kita akan diberi satu binatang, pastu kita kena cari kumpulan kita based kepada bunyi binatang tu, tapi mulut takleh cakap, cuma leh buat bunyi binatang jer, masa tu la lawaknya

saya memang blur giler macam mana bunyi ayam belanda ooooo, nak2 pulak semua group adalah dikalangan "ayam", ada kumpulan ayam jantan, ayam betina, anak ayam dengan ayam belanda, tu yang masa mencari group tu macam semua bunyi ayam tu

lawak giler bila sue buat bunyi ayam yang pelik bunyik dia "keluk keluk keluk" pastu siap buat gaya tarik2 lemak2 bawah dagu, terus rasa nak gelak pastu nak lempang2 hahahaha sebab macam kelakar sangat gaya tu hahahahaha, ok ok terus boleh agak tu ayam belanda dah hahahaha, kebetulan lak satu group lagi, memang tak rugi ada baju persahabatan hahahaha

macam2 game la kitorang main, tapi rasanya game yang biasa2 kem motivasi mesti buat punya lah, cuma kita rasa fun la kan, dah lama giler tak buat aktiviti2 gini, tapi tolonggggggggg la takyah suruh buat nama kumpulan, logo kumpulan apa jadah tu semua, dah penat dah dengan benda2 macam tu hahaha

ini pagi esoknya, perancangan skt bermula

jemah dan sue

terasa macam penat giler dah, 17 muka surat dah, pastu terus terbayang, giler banyak paperwork kena siapkan niiiihhhhhhhhhhh


group operasi dan rangkaian :)

kejap copy kejap paste, kejap salah masuk column, nampak macam mudah, tapi sebenarnya remeh giler


eceh serius sangat kak jemah ni


"OR punya dah siap ke"
"belum lagi, ada lagi sikit"
"kalau macam tu, malam ni boleh la siapkan yer, esok kita bentang"
"eh puan, memang tinggal lagi sikit, tapi sikit dia tu banyak"

hahahahaha

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

5 komen[s]:

Nadia Yuna said... [Reply to Comments]

salam kak,

nadia tau aktiviti bunyi2 binatang tu, nadia selalu jugak gune untuk aktiviti ice breaking dalam program-program kaunsling yang nadia buat =)

huhu

Nadia Yuna said... [Reply to Comments]

salam kak,

nadia tau aktiviti bunyi2 binatang tu, nadia selalu jugak gune untuk aktiviti ice breaking dalam program-program kaunsling yang nadia buat =)

huhu

nono said... [Reply to Comments]

wahhh..

i like kursus...leh datingggggg pas abes kursus tue...hehehehe

MNFNF said... [Reply to Comments]

vp time p kursus ni..susu utk An-Nur VP dah siap kan ke stok dia ?

irdawatys said... [Reply to Comments]

Salam Vp.....

leh bg ur email add tak....??

ada benda nk mintak tolong ni.....

email me ya...

tqvm

-irdawatys@tnb.com.my







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^