Follow Viruspadu

Wednesday, January 20, 2010

ikan bakaq ulu langat

abah dah call saya hari rabu lepas lagik, kata dia mak nak belanja makan ikan bakaq hari sabtu malam ahad, yahooo terasa macam dah lama giler tak berjimba2 dengan keluarga.

adoi, kenapa la sekarang aura update macam ni, serius nak taip apa pun rasa macam nak delete balik jer

pastu tak habis2 macam nak taip alasan kenapa tak update belog hahaha keji jer, padahal alasan tu dah 48juta kali dah tulis hahahaha, macam lah ada orang nak kisah :p

ok disebabkan aura update pun macam ala-ala jer, kak jemah akan letak caption gambar jer :p
anoi didukung oleh kaklang, masa ontheway ke sini, anak2 saya, si nisa ngan anoi, dua2 naik kereta kaklang oooo, macam dah jadi 5 orang anak kaklang dah cisss hahaha, terus kak jemah ngan laki dia jadi pasangan couple teromantik jalan berpimpinan tangan ewahhhh

terasa lain giler pulak takde anak kat tangan yang lasak terliuk lentok dalam kereta hiks

takpe, kaklang nak training tu :p

kesian mak saya, dia tak sihat sebenarnya ni

petang tu, sebelum gi makan2 ni la, lepas solat zohor, saya ngan uteh bawak mak saya gi hospital ampang, cek lelah mak saya, sampai2 jer, terus masuk dalam bilik athma tu, terus kena sedut apa semua, terus kena xray, seb baik anak dia ni kerja kerajaan, jadi semuanya ditanggung beres jer,

lepas mak saya keluar bilik doktor tu sembang2 la ngan mak

"mak risau sangat, takut kena tahan, mak dah terfikir nak gi makan2 malam ni"

hahahahahaha mak ni kelakar jer, dalam pada tak sihat tu sempat lagi fikir pasal makan2 tu semua, makkk kalau mak tak sihat, kitorang semua boleh je tunggu mak, kita makan sama-sama jer nanti

kuat semangat betul mak ni laaa

patut la anak mak ni jadi wanita besi, ecehhhh nak jugakkk


macam biasa, sampai2 jer, tugas order2 ni semua tugas lelaki lelaki gagah perkasa (la sangattt), tak kuasa la benda2 remah ni kitorang nak fikir

kitorang fikir nak pose maut depan kamera jer kah kah kah

pasangan yang feeling2 pengantin baru ecehhhhhhhh

saya dah tulis caption kat facebook saya dah pasal ni, yang saya sorang jer datang pakai treksut hahahaha, giler punya selekeh anak mak sorang ni

seb baik muka cute, cehhhhhhh tetiba! hahaha

sepet paling gedik ooooo, ni mesti sebab tak datang menggeletek ngan mrQ ni, sebab tu dia punya gedik lain macam hahahaha lariksssssssss

tengok la nisa, memang nak dok ngan maklang jer

ada satu cerita tau, ni lalok la cerita ni

kan kat sini macam sebelah paya ke apa, ada hutan2 semua kan, eh hutan ke pokok2 ek

nisa tarik tangan papa, ajak papa dia masuk dalam hutan

"papa jom jom, nak kejar kakak"
"mana ada kakak"
"ada tu kakak tu pegi sana"
"mana ada nisa, takyah la"

saspen ooooooooo, seb baik dia tarik tangan papa dia, kalau dia kejar sendiri macam mana... berderau darah saya masa dengar cerita lalok

pastu mcm konpius balik, nisa sebenarnya cakap "kakak" ke "katak" hahahaha, ke dia nak kejar katak sebenarnya weols jer yang tetiba misteri nusantara terlebih hahahah

lama giler jugak weiiiiiiii tunggu makanan, naik baran pulak rasanya, sebab dah la lama, anak dah meragam pulak tu kan

ni dia hero penyelamat bangsa :p man rojak, ecehhh... anoi kan kalau abanglang yang dukung memang dia baik jer, heran betul haku

terus buat kesimpulan, nisa anak maklang,anoi anak paklang hohohohoh

penat omak ko yang mabuk tak hengat mengandungkan korang tau hahaha cisssss

bila makanan sampai jer, ikan pulak tu sampai dulu, habis hampir licin ikan tu, kitorang cubit sikit sikit, memula konon macam nak rasa-rasa jer dulu, ceh rasa la sangat tu kan, tak sedar lama2 siap terbalikkan ikan hahahaha gilerrrr, nasik sampai lambat lak tu, memang saje la tu kan, orang tahan perut dari siang ko tahu memang tgh lapar giler

saya ngan lalok makan dulu, abanglang yang jagakan anoi, holloh3 alang so sweet la, kitorang nak amik anoi pun dia x kasik, suh kitorang makan dulu...

nisa kenapa mesti makan sebelah maklang haaa :p

nom nom nom nom... masih lagi terpengaruh dengan cafe world fb

kitorang makan laju, terus amik anoi, baru la abanglang dapat makan


antara bukti2 yang orang yang makan tak habis2 hahaha

si keding tu juara makan, hahaha kaklang2 pelik betul la, badan cikeding jer

tgk tu bukti DNA yang jelas

kaklang cerita masa ni, nisa mengadu kat dia yang nisa demam hahahaha, auta jer, ntah bila dia demam ntah, tu nak cari alasan suh orang dukung dia la tu hahahaha

sekarang nisa ada banyakkkkkkk auta dia tau

"papa kakak penat niii"
"sian kakak"
"tgk kaki kakak dah letih dah"
"yelah yelahhhh"

hahahaha tu antara tektik dia mintak dukung hahahah :p

terima kasih mak belanjer kitorang, nanti ciput pulak belanjer eceh tetiba :p

ok dah tu jer, kemain kata malas update tadi, tapi apsal mcm entry ni panjang jer, pelik :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

NONIE ABDUL AZIZ said... [Reply to Comments]

anggap jerlah katak VP...kalau akak pun boleh jadi cuak....

Ceera said... [Reply to Comments]

nica ikut pangai omak eh la tu pandai auta, hahaha

lily lotus said... [Reply to Comments]

hebat anak2 makcik ni makan dan berposing. murah rezeki belanja anak2..cewah

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya makan2 ngan family..cume ceera je xde kan..untunglah vp anak2 nk ngan maklang yer..dptlah rehat jap..he he he

wan said... [Reply to Comments]

salam vp, tempat makan ni kat mana ye..??? hulu langat tu besar,kat sebelah mana ye..

thanks

RiEz said... [Reply to Comments]

huhu baju zack u macam baju saya oyen yeah2!!

aiDieNa said... [Reply to Comments]

Hohohh.. Jemah.. tu tempat perjumpaan famili kitowang tu... tetiap kali function asyik lar dok buat kat situ.. pastu layan karaoke sekali.. hehehe.. tak sangker u pon sampai sanerrr... ;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^