Follow Viruspadu

Monday, January 04, 2010

An-Nur oh An-Nur

itu hari, saya ajar nisa snap2 gambar, ok sekarang jom kita tengok hasilnya

ini hasil snap daripada mama nisa, saya la tu, anoi senyum macam taknak senyum, papa anoi lagilah macam senyum terpaksa hahaha cisss!!!



ok ini pulak hasil tangkapan gambar dari tangan an-nisa, terer jugak budak ni, baru ajar sekali dah mendapat dah, sampai habis gambar satu cheras baru dia snap, sampai boleh buat peta cheras baru dah dia punya banyak hahaha

walaupun macam gegar sikit, tapi ko tengok la anoi kemain senyum sampai ke telinga



gambar mama adalah satu paksaan hahaha, sebab wajib ambil mama sebagai model ye nisa, penat mama turunkan ilmu kat ko :p



Anoi tu kalau kakak nisa dia yang amikkan gambar dia, memang dia senyum sampai tak boleh blah, kalau mama yang snap terus buat muka takde perasaan hahaha







syabas nisa sebab berjaya snap gambar adikmu yang mama dengan papa sendiri takkan dapat gambar annur yang seindah ini :p

Ada lebih 50 keping gambar lagi yang nisa snap, termasuk gambar sebelah seliper dia hahaha gambar bilik air, gambar ceiling, gambar tangga dan gambar anoi tengah nangis masa tukar pampes keh keh keh, tapi yang tu takyah masuk dalam belog

ok tu jer kot

3 komen[s]:

zAnNa@mAMaBaTriCE said... [Reply to Comments]

tomeynyer anoiiiii
bulatttt....
tu ler power kak nisa kan...sampai anoi pun leh senyum bukat takat ke telinga dah tu.....he h ehee

Yatie said... [Reply to Comments]

wah nisa..ada bakat ni. Nanti mintak mama belikan kamera tau.. nanana

hazlizahusaini said... [Reply to Comments]

gebunya pipi nisa...mcm nk cubit2...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^