Follow Viruspadu

Monday, February 08, 2010

Aktiviti Ahad

saya sebenarnya macam bercita-cita secara excited giler nak mampos nak join aerobic hari ahad, selama seminggu dah plan terbaik punya dengan meksu, hahaha suka-suka tukar nama su kepada meksu sebab dengar nizam panggil macam tu keh keh keh

plan macam-macam ok, mula-mula plan
- lalok hantar saya gi rumah meksu, lepas tu kitorang gi sana sama-sama, lepas tu mandi rumah meksu, pastu gi opis

tapi plan berubah, sebab kak jemah pemalu dengan suami meksu hahahahaha
- ok macam ni, jumpa kat stadium jer, jumpa kat sana jam 7, sebab aerobik start 7.30pg. saya akan bawak nisa sekali, lepas aerobik kang kita sarapan sama-sama

ok cantekkkkkkkkkkkkk... plan macam ni dah macam plan terbaik ahhh, kempas kempis hidung aku rasa macam plan nak jadi jutawan MLM dah

balik terus sembang ngan en.laloque, last last saya tukar plan sendiri, jom la pegi satu family, maknanya saya, en.laloque, nisa dan anoi semua follow jer lah hahahaha, apahal lak nak gi sekerat-sekerat pulak kan.

semangat neh kauuuuuuuuu, sampaikan malam-malam pun sebelum tido dah plan dah esok nak pakai baju apa semua

saya tak pernah2 set alarm jam kat enset ok, nak gi keje pagi2 pun saya tak set jam hohohoh, tapi kali ni semangat giler, siap set alarm pastu letak jauh-jauh hahaha kang kalau letak dekat2 kang terOff kan pulak kan

nisa tido lewat, kul 12 lebih baru dia tido, anoi mcm biasalah, tido tido terjaga tido tido terjaga, biasalah budak.

jam 5 pagi pun anoi terjaga lagi, saya bangun macam biasa la, tidokan dia balik, terus fikir, ohhh rugi masa ni, ada lagi sejam boleh tido :p

lepas tu terjaga, gosok-gosok mata, tengok jam. BLUR. tengok balik. BLUR.

"papa jam tu pukul berapa yer papa"
"eh nak dekat kul 8 la mama"
"haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

nak nangisssssssssss. aku keciwaaaaaaaaaaaaaaa kau tahu!

terus capai henset, sms meksu, suuuu saya baru bangunnnnnnnnnn tido tsk tsk tsk

apa jadah kalau tekad nak pegi jugak pun, aerobik habis kul 8.30 dohhhh

pelik! apsal alarm aku ni tak berbunyi ha, tengok alarm memang dah off dah, pastu pelik

"papa, kenapa papa offkan alarm mama ni"
"papa tak sedar la mama, tindakan luar kawal"
"jauh betul papa bangun offkan pun luar kawal jugak ke hahahahaha"

ini mengigau neh :p

tsk tsk tsk

lama ok ai berangan-rangan nak aerobik, ini sabotaj ni weiiiiiiiiii, mesti en.laloque saje offkan pastu pura-pura tido pasal malas nak layan bini dia muahahahaha (tsk tsk tsk)

terus merajuk, blah la kau!

"ok minggu depan hari sabtu kita pegi"
"sabtu takde" ~muka cebik konon takde mood :p
"ok ahad la kita gi, papa janji"
"tak kira, mama nak karpet baru"

hahahahahaha dah merajuk, dan dan tu tetiba daripada aerobik tetiba mintak karpet baru ahahahah betul-betul kak jemah ni cubak cubak ambil kesempatan tau nyeh nyeh nyeh

jadi ahad tu, lepas bangun tido dan aerobik atas katil jer bersama anak-anak. kitorang terus jer gi sarapan. lepas tu saya terus gi office. kerja katanya :p

dan ini petang ahad. rasa bersalah giler di hari hari cuti begini yang sepatutnya dapat luangkan masa dengan suami dan anak, tapi terpaksa kerja dengan rela hati. jom la kita jalan-jalan taman :p taman depan rumah jer padahal. tapi kami betul-betul enjoy.

yah yah yah


sama dan serupa, senior dan junior


bermain bersama.


so sweet :p



laporan hari ahad yang tragis pun berakhir disini.

kalau minggu depan aku tak dapat gi aerobik siap la aku mintak kasut baru. muahahahaha.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

UMILIYA said... [Reply to Comments]

ala mama nisa ni majuk lak..heheh poco-poco je..depan ...laptop tu kui kui..best gak..leh hilang peluh kui kui kui

Ezrina - A wife and a mummy of two princess :) said... [Reply to Comments]

Zaimah tak gi aerobik pun takpe... body dah selim melim :)
tapi exercise mmg elok la utk kesihatan kan :D

geram tgk an nur yg shomel tuuuuu...
lagi2 gambar yg naik jongkang jongket ngan akak dia tu :)

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

wahhhhhhhh kak.jemah penuh dgn tipo helah dia.....yg duk kayoh laju sangat tu sape? k.jemah ke? daksyat...

Mama Najla said... [Reply to Comments]

dah lama jadi silent reader blog ni.
comel sgt anoi!
Anyway,saya ade jual headband for baby girl.feel free to visit my blog at http://cuteheadband.blogspot.com

Thank you.

HasneY said... [Reply to Comments]

takper..blajar poco2 best tau.kt youtube besepah...hu3.

tembamnya annur...dia bfeed lg ker vp...alahai tomey2nyer masa naik jongkangjongkit tu..hu3

nasazfrog... said... [Reply to Comments]

gambar nisa ngn kakak naik jongkang jongket sweetnye..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

apekahh x dpt g aerobik mintak kasu baru?? kak jemah mmg amek kesempatan....huhuhu...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

boleh plak dlm majuk2 tu nk karpet baru.klakalah vp tu..xpe nnti2 boleh pg lagi yer..

comelnya annur..bulat bdnnya..skjp je dah besar...

oneyani said... [Reply to Comments]

ahahha kelakar giler cite ni=p

anoi nampak cam anak cine dah..laen benor muke die..cute sgt gambar die ms naek jongkang jongket tu..

dan nisa tersangat lah 'kakak' masa pgg anoi naek itu gelongsor..ehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^