Follow Viruspadu

Monday, February 08, 2010

alza

perut lapar

jam dah nak dekat waktu rehat dah!

pagi tadi mcm laki den ajak gi bank, dia lupa ke hapa tu

"papa, jadi tak nak gi bank ni"
"tak kot, papa bz la"

umangaih, sejak dia dah dekat ni, makin payah lak nak berurusan dengan dia, siap kena buat "hari bertemu pelanggan" lak dengan laki sendiri eh ai pelanggan ke wakakaka. tapi. well. sebagai bini yang. well. hahahaha. lempang kang jemah. dari tadi asik ter well well jer hahahaha.

dengan menggunakan motto cipta sendiri dan paksa guna ini "jemah didahulukan, jemah jugak diutamakan" . sekali lagi. WELL.

disebabkan tak jadi pegi bank. dia ajak saya makan. sebab dia lapar. saya makan dah dengan meksu dan Lan. siap makan kuew teow atau kueyteow atau kuehteoy ahhh apa-apa la ejaan dia, kuew teow atau kueyteow atau kuehteoy kungfu. ok baca dalam satu nafas. :p. jadi kalau saya makan lagi. nanti saya akan rasa bersalah terhadap perut saya yang semakin gelembong umpama parabola ini. CIS.

disebabkan nakkan suasana macam lain sikit daripada kantin kantin kantin. BOSAN dowh!. jom kita makan kat kakzek. ecehhh macam la korang tahu kakzek kat mana. ala kakzek la. kena keluar pagar opis dulu. pastu kena jalan kaki sikit (kalau nak berlari-lari anak adalah digalakkan untuk pembakaran lemak secara optimum), pastu turun tangga sikit (jangan lompat kang cedera kak jemah tak jamin), pastu sampai dah.

nak dijadikan cerita lari, phewww penat betul tulis mukadimah ni, cerita yang sebenarnya nak cerita tak jugak sampai-sampai lagi. phew.

sebelah restoran kakzek ni adalah perodua. lepas makan dan sampai tak tahu nak borak apa dah terus en.laloque ajak tengok-tengok alza.


mula-mula tengok terus rasa macam terpikat dah.

sebab dia satu jer.

LEATHER SEAT COVER tuuu...
pastu ada GPS with reverse camera (eh ni dah sebab kedua dah :p ceh tadi kata satu!)

memang senang nak pikat hati wanita kan, letak kereta kosong takyah engine ke apa, letak kerusi jer dia dah terpikat dah hahahaha bukan dia nak tahu kereta tu leh jalan ke tidak, sebuk ngan mekap2 kereta yang lebih kah kah kah. serius sikit pun tak tanya pasal teknikal. tapi sibuk nak tahu ada tempat letak air ke tidak, ada cermin ke tidak kah kah kah

tapi ini spek untuk alza advance version la. tadi tokei tu cakap bulan 3 karang baru ada. sekarang takde la lagi.



kenapa nak LEATHER SEAT?
sebab suka hati saya lah hahah eh taklah bukan macam tu

sebab saya rasa senang kot nak lap kalau susu anoi ngan nisa terpercik-percik, so takde la macam sekarang. abis dah bertompok-tompok seat dah. dah macam peta kampung pasir, rantau. ecehhhhhhh macam la saya penah tgk peta tersebut lalu terus menyamakan dia :p


kenapa pulak perlu ada GPS with reverse camera?
WELL.

orang buta jalan macam kak jemah ni memang sesuai sangat dengan bendalah ni. nescaya kalau GPS ni ada. nak gi kedai seberang jalan pun saya ON kan jugak hahaha. biasalah. OVER.


dalam dia ok la luas jugak. sesuai la dengan harga dia. kalau nak luas lagi baik ko beli lori kontena ke apa ke kan. cuma bonet dia memang cotek la kecik dia.

tapi saya takde masalah sangat dengan isu ruang tu semua. sebab anak saya dua (buat masa sekarang).



harga Alza ni RM69,990.00 OTR.

kalau bayar 10% so bulanan dia ko kena bayar RM779 selama 9 tahun.

erm. rasa macam minat. tapi rasa jer la.

tunggu tengok macam mana nanti.

benda-benda macam ni bukan boleh fikir satu dua hari.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

UMILIYA said... [Reply to Comments]

ermmm..beli jer nanti kembara tolak kat terengganu ekkk..heheheh gurau jer

lily lotus said... [Reply to Comments]

ok gakkan. cute pun cute..macam vp..hehe

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

boli lah....welll k.jemah...x jdi erobik teros je mintak alza...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^