Follow Viruspadu

Saturday, February 06, 2010

Assalamualaikum

Salam semua :p

baiklah, saya update sekarang nyeh nyeh nyeh

untuk makluman semua, sekarang kak jemah feeling-feeling bizi sampai rasa nak sepak orang ok hahaha, tapi sebenarnya kalau sempat makan tengahari tu sebenarnya taklehlah dikategorikan sangat sangat bizi pun, sebab dah tak aci dah tu ahaks

dulu masa saya kat unit sebelum ni, haaaaaaaaaaa tu betul-betul bizi tu, memang makan pagi ke tengahari ke memang tak sempat, kalau makan pun memang makan depan pc jer, tapi balik sharp kul 5.00 petang jugak ahaks, boleh kategori bz ke balik sharp ek hahaha

ok tu semua kan feeling-feeling2 bz semata2 jer, so maafkan jer la

hari ni saya kerja, esok pun sama, terus isnin keje jugak macam biasa, selasa rabu khamis jumaat jugak cehhhhhhhhh tu memang la keje :p

tapi kan, walaupun kena keje secara banyak, tapi saya rasa mcm fun jer, rasa mcm puas jer dengan kerja saya sekarang, banyak mcm mana pun saya macam rasa fun takde rasa nak memberontak ke hape :p dan rasa bersungguh-sungguh nak siapkan kerja lalalala

bukankah bertuah bos dapat staff seperti saya ni eceh :p

en.laloque dah balik ke pangkal jalan (rumah) semalam, oleh yang demikian (masih terpengaruh menggunakan ayat dalam kertas cadangan hahaha) jadi malam tadi, malam tadi memang kitorang tak tido hahahahaha, best betul la malam tadi, seminggu tak jumpa, terus malam tadi tak tido kauuuuuuuuuuuuuuuuu... kitorang bersengkang mata hokey, ini siriyes :p hak hak hak anoi meragam sepanjang malam, tak tahu sebab apa, asik nak berdukung jer, pastu jerit jerit nangis, selesai ajer anoi, nisa pulak nangis2, selesai ajer nisa, anoi pulak nangis2, lepas tu omakapak eh pulak nangis hahahahaha

agaknya anoi ngan nisa saje nak balas dendam selama seminggu papa dia takde kekdahnya , dah seminggu papa tido lena, nahhh hambek kau... muka ketat jer masing-masing dah mengantuk sangat dah :p kejap2... papa la dukung, mama penat dah ni, kejap2... mama la dukung, papa penat dah ni keh keh keh, baru dua ni, tak dapat terbayang kalau... hohohoho ok takyah bayangkan sekarang :p

setelah seminggu en.laloque takde, terus rasa mcm dah lamaa sangat tak sarapan sama-sama, betul la rasa lamaaa... rasa macam dah bertahun2, mungkin sebab sekarang dah dekat, dan memang selalu makan sama-sama, jadinya rasa seminggu bagaikan setahun ecehhhhhhh jiwang la pulak kak jemah ni tau uwekkk uwekkkkk (tak paham kenapa kalau benci kena muntah2 haha)

ini masa sarapan pagi tadi, ehem2 kak jemah masih dengan tudung arianinya :p


nisa yang sekarang kalau bergambar mesti kena senget2 :p

sekian, kak jemah melaporkan :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

lemah tol bila ank nangis...

ArELeEz said... [Reply to Comments]

laporan kak jemah mmg b'kesan! b'bekas di hati woo.. siap buleh bayang2kan lagik situasi dlm p'ceritaan tersebut. ha3..

UMILIYA said... [Reply to Comments]

ermm sabar jer lah..hehehe nakal sungguh couple nih....comel gitu nisa..ermm geram tgk nica n annur ni hehehe

syAfA said... [Reply to Comments]

salam ziarh..
blog comey..:))

eis said... [Reply to Comments]

anoi cekci :D

~ fiza said... [Reply to Comments]

blog comey sbb tuannya comey hehe

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

uhuu..cian akak gn en laloque smpai x tdo ekk..bjgkit2 nanges nyerr..

RiEz said... [Reply to Comments]

ok2 nisa anoi sangat comey...mummy dier pon =)

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

Nisa ni cair betul tengok dia bergambo hahaha.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

ingat xtido sebab nk beramah mesra rupenya sbb anak tak tido..he he he..biasalah tu vp ada anak kecik...xpelah nnti diorang dah besar rindu plak zaman dorang kecik...comelnya 2 beradik tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^