Sunday, February 28, 2010

bapa zaman moden

hari ini hari ahad, esok hari isnin

memang dah plan dari semalam, hari ni nak masak peria, kat fesbuk pun dah habis kak jemah pukul canang bagi tahu kat dunia dia nak masak peria wakakakaka, macam la sedap sangat, tapi kalau en.laloque tak puji masakan isteri dia ni siap la haha *paksa

sebenarnya memasak tak la penat sangat

tapi bila memasak di campur melihat perangai anak yang... erm yanggg... erm... hahahaha adalah sangat menggeramkan jiwa kau tahu!

apabila kau sedang menghiris bawang, masa tu juga dia sedang memanjat kerusi dan cuba mencapai pinggan kaca di dalam almari

apabila ko sedang basuh ayam, tiba-tiba dia nak air milo, eh tak sebenarnya dia bukan nak air milo, tapi dia nak main ratah-ratah milo tsk tsk tsk... bukan kah ini menguji kesabaran di minda

dan apabila ko sedang menggoreng ayam, tiba-tiba walker anak ko dah sampai kat kaki dah, risau giler minyak terpercik kat anak aku karang niiiiiiiii

dan terkeluarlah ayat-ayat tarzen seperti

"papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengok la anak ni haaaaaaaaaaaa"

hahahahaha rasanya satu lorong boleh dengar suara jemah hahaha, en.laloque tu bukan hape, dia tengah bizi, bizi dengan keje dia, sebab tu la dia kadang-kadang terleka wakakakaka

dia bizi dengan fesbuk dia dush dush dush

disebabkan saya dengki, saya paksa dia suap anoi makan hahahahaha

korang tengok nisa, dia tengah buat apa, main milo ok, milo tu dia curah dengan air sejuk tu, air yang sejuk dari peti ais, saya biarkan ajer, supaya saya dapat memasak dengan tenang hiks

menu hari ahad simple ajer, peria masak dengan telur dan ayam masak merah.

dan kami pun makan secara tidak hadam, bermaksud makan laju-laju sebab anoi dah meragam :)

begini la kehidupan patriotik seorang wanita bekerja di hari ahad. eh tetiba patriotik :)

sekian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

11 komen[s]:

RiEz said... [Reply to Comments]

hehe sempat tgk lappy lagi..

JMY said... [Reply to Comments]

mestila sempat, masak sambil tulis bloh tu...caya aaaa

aNnA_jaN said... [Reply to Comments]

sy amatlah paham...tp kira ok g sbb en laloque ada gaks...sy nih tiap kali hari cuti hubby nk p kebun...so kat umah rsnya bukan dh jadi tarzan tapi dh jadi harimau mengaum dh...penat sgt2 nk melayan 2 anak sekaligus...uwaaaaaaaaaa....mc2 peel...huhu

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

kehidupn...yg padat......

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

makan2 pun lappy kat tepi tuh hahaha

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

ha ha ha...kalakalah vp n3 nie..sy dpt bygkan keadaan vp..mmg betul masak sbnarnya ok jer kan tp cmpur ngan prangai anak yang tetiba nak mcm2 bila kita tgh bz masak...pening n naik angin dibuatnya...xlama lag sy pun mcm vp lah sbb nak masuk lg sorang nie..

syazyatie said... [Reply to Comments]

sgt stuju dgn kak jemah..time kita nak buat kejela derang nak itu nak ini..hish...sabar je la

lily lotus said... [Reply to Comments]

memang super mithali ni...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ibu2 bapak2 zaman moden gtu...kelasss..

Aujinz said... [Reply to Comments]

jangan makan laju laju nanti perot boroi...


hik hik hik...

princess_eryna said... [Reply to Comments]

hahahaa.... daku yg anak baru sorang pun da jd tarzan gak.... bile anak da sampe dapur... mule laa... "papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"....

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^