Follow Viruspadu

Wednesday, February 17, 2010

family gathering

ini dikira sebagai mini family together-gether secara tak disangka-sangka

kiranya memang takde plan ke apa, sape ada, nak join, JOM. sape taknak. tinggal la ko. nanti takyah bising-bising kata tak ajak ke hape. haaa kan senang plan macam gini kan.

ada ada takde takde. welcome goodbye eh over plak haha

sape baca fb, tahu la kot, saya mula-mula macam tak decide nak balik cheras malam sabtu ke pagi ahad macam tu, yelah kan, kata pun hari sabtu tu macam penat2 sebab cat pagar fink fink tu semua. lagi pun cuti CNY kan 4 hari, so takde la terkejar-kejar sangat nak balik tu. rasa macam boleh la rilex2 gitu. tapi sembang punya sembang dengan suami, dah dia ajak balik malam tu jugak. acik orait jer, bukan acik drive pun lalalalala

sampai-sampai je cheras, tengok-tengok kakcik pun ada.

"esok kitorang nak gi mandi-mandi, nak ikut"
"kat mana"
"kemensah"
"oooo, sape lagi pergi"
"akak"

macam terkejut pun yer, pastu nama kemensah tu pun acik tak pernah dengar.

angkat-angkat kening dengan en.laloque

pastu dia angguk-angguk, tanda ok la boleh follow sekali.

senang diskas, takyah guna suara, guna memek muka jer hahahaha. pastu cakap dalam hati. ceeeeeee... konon pasangan hebat la. boleh baca gerak hati wakakaka pangggggggg

esoknya, pagi-pagi bangun, terus siap-siap terus calloh

sepet tak follow, ceera pun tak follow

kaklang last minit join, ode pun last minit jugak.

takpe, janji ada, janji meriah gitu

kemensah recreation park, teratak angah

air dia dalam, kalau saya berdiri tu air dia takat dada la, so kalau budak memang bahaya. so kalau nisa kena dukung macam ni baru boleh mandi. kitorang memang takde bawak pelampong ke apa jadah baju mandi ke semua takde, berbekalkan apa yang ada jer la kan.


kalau korang nak gi kemensah ni, korang tahu zoo negara kan, haaa belakang zoo negara jer, masuk dalam, dalam lagi, dalam lagi dalam lagi hahahaha, eh memang betul-betul dalam ek, kak jemah tak tipu punya.

jalan dia pun jenis satu lorong tu, kalau kereta berselisih memang kena ketepi ketepi. dan nak bawak kereta juga kena ada kepakaran yang tinggi, kalau macam kak jemah korang bawak kereta kena fikir 58kali jugak la. sebab tepi jalan tu macam gaung jugak la eeeeee seriau acik.

di sebabkan pc saya ni takde photoshop, gambar semuanya adalah asli-asli belaka, takde tacap2, hahahaha jadi maafkanlah wajah-wajah berminyak belengas dan sebagainya.


tempat yang saya mandi ni, teratak angah. korang boleh sewa dia punya chalet tu semua, nak bermalam pun boleh. rasanya macam selamat kot. kot la. kalau gangguan yang dot dot dot tu tak tahu la.

rate dia RM5 kot utk mandi sekali ngan parking. tapi sewa chalet dia harga lain. antara RM10 - RM80 kot. ini kot ek. sebab ada terbaca yang sewa 24jam (bermalam), ada yang dari pagi sampai petang mcm tu. lupa lak nak amik gambar rate-rate dia tu

nisa kesejukan.


air dia memang bapak punya sejuk wa cakap sama lu

tak tahan punyaaaaaa

siyes tak tahan, saya baru masuk kaki pun dah gigil dah

anoi pun sama, saya baru masukkan badan dia dalam 5 saat mcm tu dia dah gigil2 dah, terus saya keluarkan dia dan tukarkan dia baju, gilo kau! demam anak aku tu kang, sia-sia jer kang

kitorang takde prepare apa-apa, just kakcik singgah tesco, beli naget ke mcm tu, pastu goreng je kat sana.

goreng-goreng... ngap!.

perut lapar kan kalau berendam ni. apa pun sedap jer

merasa jugak saya mandi, itu pun abangcik sudi pegangkan anoi untuk seketika.

terharu tsk tsk tsk

sebab memang fikir tak merasa la aku mandi ni, takpe la kan, sebab macam dah pasrah je. anak kecik nak buat macam mana kan. takkan nak harap orang jaga anak kita pulak. tetiba abangcik sudi tengokkan tsk tsk tsk. bukankah itu sangat terharu :p. en.laloque kata dia tak selesa mandi. dia mandi 5 minit. terus dia naik tukar baju. terus dia jaga anoi.

wahhh terus tak hengat dunia la kak jemah mandi manda hahahahahaha




aksi-aksi yang takyah tiru di rumah anda. lainlah kalau rumah anda ada pokok tinggi macam ini. ok kalau macam tu saya benarkan anda tiru hahaha. tapi jatuh tak jamin aaaa

itu nabil.

"makdak, jom la teman kita, kita nak cuba naik tu"
"ok jom jom, tapi nabil pegang kuat-kuat tau, dah penah naik ke"
"belum, ini firsttime ni kita nak cuba"
"ok jom jom"

bapak punya sporting mak sedara dia, ceeeeeeeee... puji diri sendiri

saya sebenarnya risau, budak-budak tu kemain excited gila babas punya

siap jerit-jerit suruh pegang kuat-kuat hahahaha kelakar.

nabil pembuka tirai jer, lepas tu semua nak try. diikuti oleh ajai


mama ajai pulak lepas tu, gila lah kaklang



uteh aka erieq pulak


ajai


pastu taktahu lagi sape try, ode tak perasan pulak dia try ke idak

tengah lepak-lepak tu, kakcik ngan akak ajak karaoke

walaupun sekor-sekor suara macam itik serati, tapi kitorang fedulik hapeeeeee hahahaha, nasib telinga korang la dengar

satu lagu RM2, 3 lagu RM5


ada satu kejadian.

tiba-tiba nisa hilang.

ko tak tahu betapa biru je wajah kak jemah masa tu, segala mak bapak tok nenek punya panik ko tahu... hushhhhhhhh

kejap kata nisa dengan kakyah
kejap kata nisa dengan uteh
kejap kata nisa dengan angah

tapi mana nisa nya

saya dengan takde kasut takde selipar mencari

memang dah agak dia dengan maklang, tapi mana maklang???

cari maklang

tengok-tengok nun kat seberang jalan, maklang dukung dia elok jer

tak sedar jalan raya panas giler masa tu, saya boleh jalan menuju ke nisa, terus dukung dia. rasa nak peluk cium-cium taknak lepas, panik koooooo phewwwww... syukur alhamdulilah, tu baru takde depan mata selama 5 minit. sebab walaupun tahu nisa dengan sepupu ke mak sedara ke apa ke, saya memang akan pastikan dia ada depan mata saya. bila takde depan mata mula lah mengelupur. bila dukung nisa nak balik ke seberang jalan. baru terasa peritnya kaki. panasssss giler weiiiiiiiiiiiiiii... hahahahahaha

nisa kalau dah jumpa maklang.


weols balik ke rumah dalam kul 3 lebih. saya balik awal sebab nak hantar mak balik. yang lain-lain semua masih mandi-mandi dan balik lewat petang

best la plan terkejut-terkejut macam ni.

lain kali buat lagi ek.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

~ fiza said... [Reply to Comments]

comeila anoi...gerammm hehe

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

uuhhh ramai rhupanya kat situ...

churalliya said... [Reply to Comments]

hihihi.. beh kurang sama je cerita kita.. syok kan bila berendam musim panas cam nih.

alia said... [Reply to Comments]

syoknya mandi jeram...he..he...si ghimau tak mau bawa la plak ..bahaya katanya...cis....

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

gilerr syiok mandi air tejun..da r coti aritu panas gilerr..layann laa kak vp..

UMILIYA said... [Reply to Comments]

ermm best nyer..mesti seronok..adik beradik sporting kan kan kan

A.I said... [Reply to Comments]

mmg best kat sana wei..rasa nk pegi lagi, nk lagi, nk lagi ;P

tp bila aku baca aku tulis nisa ilang tu, bulat bijik mata aku! hohoho...sib bek ado blk..

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

bahye tol nica dh la cam x 'sihat' kan..tkot kne kidnap mana maklok...uuuu ngeri

princess_eryna said... [Reply to Comments]

kat area mane erk???.... mcm berminat nak g...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^