Follow Viruspadu

Friday, February 19, 2010

Ini Bukan Mengidam, Ini Mengada-ngada

tadi penat wei

main pingpong lagi, gantikan officemate yang tak sihat, macam la kak jemah terer nau nak ganti-ganti orang main kan. takpelah belasah jer la. kalah menang belakang cerita. komplen pun takyah la.

ni nak komplen sikit ni hahahaha. tetiba komplen. tapi tak tahu kategori komplen ke mengadu ke hape ntah.

kadang-kadang tensen dengan segelintir orang. yang bila orang suruh dia handle dia taknak. bila ada orang lain yang volunteer nak handle, dia komplen itu salah ini salah, sepatutnya begitu, sepatutnya begini. kalau kau dah pandai sangat. apsal ko tak handle je kan.

ini yang acik nak membebel ni.

jadi sebab tu la. saya ni bila ada orang volunteer ke apa ke, saya mesti nak bagi kerjasama penuh. kira kalau ada terkurang terlebih tu diam-diam sudahlah kan. well. itukan perkara biasa. sebab macam kesian kat dia buat macam-macam plan. ingat senang ke nak handle orang. cuba handle kambing tengok hahaha tetiba kambing.

ok sebenarnya saya saje saje je membebel, takde kena mengena pun dengan agenda pingpong saya tadi hahaha. tetiba teringatkan isu-isu macam gitu jer.

eceh, cover nampak wakakakaka

ok ok, bila urus setia mintak saya gantikan orang. walaupun saya sedang gigih menyiapkan slide presentation (ke main cafe world kah kah kah). ok takpe belasah dulu.

bila bersukan ni, walaupun ko main memang jenis kelaut... campak dia campak dia kelaut ceh tetiba hahaha. tapi sebenarnya fun ok. semua stress hilang. tapi dengan syarat ko punya team tu bukan jenis kalau kalah nangis la kan. kalau dapat team macam tu main pun stress jer. baik aku sambung main cafeworld. eh tadi kata buat slide hahaha kantoi!

semasa saya gigih mengalahkan diri bermain pingpong versi sopan terliuk lentok, tetiba pompomgirl datang untuk menjadi pembakar lemak hahahaha eh tak la mesti la menjadi pembakar semangat gitu. kalau mcm ni mama kalah pun mama rela.

kalau en.laloque kutuk aku main vudus, memang dah plan dah nak pukul bola kasik kena bulu kening belah kanan dia. hahaah macam terer. seb baik dia senyum-senyum jer. kalau tak malam ni tido luar. ganas kak jemah! (imaginasi jer)

ok ok fine kak jemah kalah. dapat mata pun sebab main tipu. sergah hadibah ngan faridah sampai dorang terkejut lalu tak dapat memukul bola hahaha. jahat ooo kak jemah main tipu. kemenangan tipis jer. bagus jugak teknik2 sergah ni. kalau tahu buat dari awal. mesti menang dah.

takpe takpe. heroin kalah dulu (tapi tak tahu bila boleh menang haha)

"papa... dah lamaaaaaa mama teringin nak minum rootbeer float tu"

eceh eceh... bercakap sambil buat muka terliuk lentok dan suara macam serak2 basah. sebenarnya taktik ni dah lama dah takleh pakai dah. tapi takpe try n error je la kan.

yeyyyyyyyyy berjaya, sesi menggantikan lemak yang terbakar tadi menggunakan kaedah y=mx+c eh tetiba lagi.

tengah-tengah sedap makan

"mama punya beg mekap tertinggal kat opis la"
"hadoiiiiiiiiiiiiii"

terus habissssss hilang mood makan. makan pun dah takde selera dah tapi pelik sebab habis licin.

pelik kan.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

aah. pelik ya hamat2 la.. isk3.. *sambil garu2 kepala yg xgatal itu..-ayat novel nih! he3..*

Rina (◕‿◕)✿ said... [Reply to Comments]

hhahhaha

pelik toll

Leen said... [Reply to Comments]

rootbeer!!!!!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

cayalah vp main ping pong..he he he..siap aksi lentok n serak2 basah yer minta root bear..tp awat ada waffle kat meja vp tu?he he he

oneyani said... [Reply to Comments]

betol akak..selalunya yani akan bg kerjasama pd organiser..nak tggu kita handle susah dah..huhu

Capo Grande said... [Reply to Comments]

gambar anda berada di tangan sy...sila sediakan sejumlah wang untuk menuntut gambar aksi anda ketika di meja ping pong...gmbr di meja lain tiada kaitan....huhu...

Yatie said... [Reply to Comments]

sodap tu.. rasa mcm lapar pulakk

sUfFeR8zInE said... [Reply to Comments]

jom jalan2
http://sufferedgezine.blogspot.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^