Follow Viruspadu

Thursday, February 25, 2010

Jadual Tido Anak-Anak

susah nak didik anak ni kan

nak garang pun susah

nak lembut-lembut pun susah

takde satu pendekatan atau pun garis panduan macam mana nak mendidik anak dengan betul. ataupun walau macam mana cara yang terbaik pun yang kita guna. maksud saya secara teorinya lah kan. pun kadang-kadang pun tak jalan jugak

dalam satu keluarga ni, kena ada salah sorang garang dan salah sorang lembut

ni contoh la, kalau emak garang, bapak dia mesti kena berlembut sikit la, eh jangan ingat yang bukan-bukan eh, bukan lembut yang kategori itu, tapi berlembut dengan anak-anak, kiranya berjiwa sentimental la

dan kalau bapak giler punya garang, omak eh kena la cool bebeh.

ini memang formula dia, memang berkesan. lagi berkesan daripada formula garis lurus y=mx+c tu yer. eceh. kak jemah dah start dah nak bukak formula matematik dia, kang jap lagi kuar pulak formula kamiran ke apa, padahal dulu masa nak apply keje cashier kat makro pun tak lepas sebab ujian matematik dia gagal wkakakakaka, padahal soalan 200 + 25 mcm tu jer kah kah kah, SENGAL.

eh kat mana kita tadi :p

jadi kalau kita ada anak, kena la bincang-bincang suami isteri. sape nak garang. sape nak jadi angel hahaha. dan kena berkorban la. kalau dapat jadi angel tu memang la menjadi kesayangan anak tsk tsk tsk. tapi takpe kang anak tu dah besar harap2 dia akan faham apa tujuan kita garang-garang tu. semuanya bersebab. macam apa yang terjadi kepada saya sekarang. saya dah mula faham secara banyak kenapa ini dan itu terjadi. dan mula berterima kasih atas perkara-perkara itu. kalau dulu tak mcm tu. mesti aku tak jadi macam sekarang ni :). lebih kurang macam tu la maksud dia.

dan dalam family kecil saya pula

mama = garang tapi lemah gemalai (nak jugakkkkkkkkkkk)
papa = cool, takpe... semuanya takpe, nak main apa pun mainlah, haa tu yang sampai luka bawah mata anak dia tu wakakakaka

akibat semuanya "takpe" oleh papanya yang cool itu dush dush dush dan juga sangat melayani anaknya dengan manja sekali. ini salah satu akibat dia ni... hari-hari nisa tido lewat, kadang-kadang ganjak ke jam 1 pagi. giler betul. dia tak kasik tutup tv tutup lampu bagai. dia nak tido biar jer tv terpasang. dia akan paksa pasang chanel 613 tu takleh tukar-tukar.

seumpama bigbos dalam rumah

pehhhhhhhhhh menguji kesabaran betul. macam mana mama dia nak layan raja lawak "maggie saya sudah kembang" kalau sampikan tak merasa menekan butang remote sekali pun cis cis cis

mula-mula tu rasa mcm ok lagi, boleh sabar lagi

lama-lama saya tengok nisa makin degil pulak. dan semakin menjadi-jadi. macam ahhhhhhhhhh ni tak boleh jadi ni

hari pertama, saya tutup tv jam 11 malam, nisa dah meraung-raung nak tengok tv nak tengok tv, muka en.laloque dah sayup-sayup jer, sedih tengok anak dia nangis meraung.

sebagai seorang ibu yang berhati kering. biar jer.

"kakak nak tengok tv papa..."
"kakak nak tengok tv papa..."
terus saya nyampuk
"tv dah rosak la nisa"
"mama tipu, bukak la balik tv, kakak nak tengok kartun"

mendayu-dayu ok dia nangis, memang boleh lerai jantung mendengarnya

dia ni bukan senang-senang nak tipu dia, cerdik kemain lagi.

last-last saya biar jer

makin lama makin kuat dia nangis
pastu memberontak2
siap mengamuk2 semua.

mama dia pulak jenis baran jugak, dah la hati kering

"mama kalau dengar kakak nangis sekaliiii je lagi, kakak tido kat luar" (read: luar tu luar bilik, bukan luar rumah)

terus dia takut. terus diam dan terus tido.

boleh pulak dia tido awal. memang saje budak ni.

hari kedua, saya cuba tutup tv awal sikit, jam 10 malam saya dah tutup dah. dan nisa memberontak seperti semalam. dan saya marah juga pakai ayat semalam (sementara ayat tu masih valid kah kah kah)

dan boleh je dia tidor awal.

jadi saya buat kesimpulan. perkara-perkara yang semacam ini kadang-kadang kena guna kegarangan sikit baru jalan. dan kadang-kadang ada perkara yang kita kena guna kelembutan.

didik lah anak dari peringkat awal :)

ini sekadar pengalaman saya yang tak seberapa. yang saya belajar dari pengalaman. saya pasti pengalaman anda semua pastinya lebih dari ini :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

18 komen[s]:

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

ni pasal ambik channel 613.....salah mak pak jugak...

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

betul mah... akak pun kadang2 memang garang... papa dia relek je.. tapi memang cam tu bebudak kan mah... lagi kita kata tak boleh, jangan... selagi tu dia akan buat... mendidik ni memang kena garang sikit.. klu tak diorang tak takut pun kat kita...

viruspadu said... [Reply to Comments]

MUMMYMUJID, amik canel 613 tu tak salah, tapi kena pandai la buat jadual, bila boleh tgk, bila kena tido, dan bila pulak masa untuk mama dia tgk raja lawak hikhik

puteri1,
kan kak kan, kalau lembut2 kang dia pijak kita pulak

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

hohohohoho....gelagat nisa ingtkan ain dengan sepupu kecik yg dok lekat ngan 613 dr pgi smpai ke malam..iskk....tak dan org len nak merasa picit remote..huhuhuhu...

annoi gak paling cool...hehehhehehe~ sbb nak marah die, die tak paham mende :D ngeeeeeee~

anis said... [Reply to Comments]

bravo2.. hehee.. karangan anak akak masa darjah 3 mengenai keluarga saya.. Ayah saya seorang yang lembut dan penyayang. Ibu saya seorang yang garang tetapi baik hati. TETAPI ok.. sbb kalau tak puji, nanti ibu baca karangan tu, ibu kecik hati... heheee...

Alida Ali said... [Reply to Comments]

betul tu kak...kena ada sorang garang sorang lembut....cam saya kat rumah sy yg garang...kena la kot garang sbb ayah dia lembut(buat lembut lain ye)kalau tak ssh nak handle...anak sy lak klu ayah dia takde pijak semut pun tak mati takut...klu klu ayah ada mula la bt perangai...

vagg. said... [Reply to Comments]

VP.. memang pun.
kdg2 kalo budak2 dh terbiasa ngan satu benda.. kalo xdpt.. dia akan memberontak gile. dan kalo mak/ayah plak stok2 xsmpai ati kesian dan layankan balik.. akan bawak ke besar budak tuh nk org ikut kehendak dia je. kalo x.. aku ngamuk. kalo ngamuk, sure aku dapat. gitu.

nk share satu cite wakakakakaa mintakla mak mertua gua xmasuk sini. atau kakak ipar atau sesapa saje yg berkaitan.

anak buah gabanz nih sorang umo 5 thn. dia dr kecik xanto ke taska. nenek dia jaga time mak dia pegi keja. so memang terover manja dan kekadang naik kepala. saya plak yg rimas gile rasa nak hentak2 kaki time dia buat perangai.

ada skali tuh.. kitorang je ada kat rumah, mak dia xde. yg ada saya, gabanz, mak mertua, ayah mertua dan budak bertuah nih.

nk dijadikan cerita.. atuk nenek dia beli la keropok lekor. tapi yang jenis besar sket. alih2 dia nk yg saiz halus, kecik. dibuatnya meraung2.. NAK KOPOK KECIKKKKKKKKKKKKKK NAK KOPOK KECIKKKKKKKKK.. bawak ke menangis2 jerit2 sampai 2 jam, ok. 2 jam. hahaha.

nenek dia plak lembut ati (sian mak mertuaku).. "sudahla.. sudahla.. esok tok beli ye."
tapi tak jalan. trus dia meraung lg kat dapur.

saya kat ruang tamu tahap nak mengamuk dh. dalam ati.. KALO ANAK AKU.. SIAP LA KO. wakakakaa.

last2 xtahan. saya pegi dapur. ngan berpura2 manis gile muka.. saya ckp.. MEH SYG, KITA GI DEPAN MEH. dia xmo.. siap nak terajang2 saya. gua pedulik hape.. trus dukung dia.. bawak ke ruang tamu. wakakakakaa sakit pinggang gua masa tuh.. dahle tengah pregnant 4 bln rasanya, dukung budak 5 tahun.

bawak ke depan.. saya ckp.. NAK NANGIS LAGI TAK????????? NANGIS LAGI, MAKCIK LETAK KAT LUAR!
Pastuh dia nak terajang saya. Saya pun angkat tangan buat-buat nak pukul kaki dia sebab nak terajang orang. pastuh saya cakap... NAK NANGIS LAGI???? NAK TERAJANG LAGI???????

Trus diam. Wakakakaa muka paling bengis saya kasi time tuh. Hahaah xkira la anak orang pun. Tapi lepas tuh.. tak lama.. bila mood dia dh ok.. ajak dia sembang2.. pastuh pujuk2 jgn buat pangai gitu lg bla bla bla. Angguk le kejap.

Tp yang saya pasan.. kalo time saya ada.. dia nk buat nakal.. sure dia pandang2 saya hahahahahahaa.

Tp dah namanya anak orang lain kan.. bukan anak kita.. kalo kita bertegas tp orang2 keliling dia yg lain tetap manjakan.. xjadik gak.

Nenek manjakan sket sbb syg cucu kot.

Tp mak dia pun garang.. kekadang je bagi muka.

Haihh xtau le anakku cemana nanti. kehkeh.

fuadnis said... [Reply to Comments]

ish..ish..jangan disalahkan channel 613 tuu..channel tu banyak bjasa tau..anak nis kenal huruf dgn CEMERLANG ..pasal channel tu la melalui rancangan WORD WORLD..tq astro..!!hehe..

yup..kene tegas/strict dgn anak..masa nila kita nak bentuk dia..klu dah besar br nak garang..dah terlambatla..tp perlu diingat..mendidik anak bukan hanya perlu garang saje..garang yg bertempat..klu tak anak akan JAUH dari kita..as parent kita juga perlu memahami JIWA dan PERASAAN dia serta menjadi sahabat yg paling baik utk anak2 agar dia sentiasa DEKAT dgn kita..psikologi itu penting utk mengawal kanak2..;-)

onnie said... [Reply to Comments]

salam.....
akak pun dulu ada prob ni gak coz ank2 nak tgk chnl 613....but from that chnl ank2 akak leh speak english be4 dia msk sk tadika...
tk solve that prob akak n hubby tetapkan after 7 pm no chnl 613...mula2 tu x dgr ckp gak tp bl2 hr2 kita bertegas ngn diorg lama kelamaan diorg terpaksa akur gak...but sabtu ahad akak kasi diorg tgk tv dr pg sampai ptg till 7 pm je...btw kena byk2 bersbr...

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

saya cubit skit budak2, nanti nangis depa mintak susu then tertido lah.. hehehehe
sweetdarling79.com'>http://sweetdarling79.com/">sweetdarling79.com

ummi_D said... [Reply to Comments]

salam...pengalaman k. vp adalah pengalaman saya juga sbg seorang ibu. tp anak saya yg sulung lelaki, 5 thn. Lagi laaaahhh kan...last2 saya tutup plag besar dia...ckp tv rosak...sbb plag tv besar tu smbg kt bilik...

My Life My World said... [Reply to Comments]

Salam VP ... betul dah cara VP tu. Akak masa nak masih kecik. Pukul 9 mlm jer kita orang dah tutup semua tv dan lampu. Konon nak kasi anak anak tidur awal. Dengan akak dan suami sekali tertidur.

Sampai sekarang anak umur 15, 14, 11 dan 8 tahun, pukul 9 jer dah tidur. Yang susah nyer kalau ada majlis waktu malam, semua muka ngantuk. Tapi yang bagus nyer, pukul 6.30 pagi semua dah bangun tanpa dikejut. DISIPLIN penting sangat.

Arin said... [Reply to Comments]

VP: betul tuh, kadang2 kena garang. hati kena kuat kalau kita nak ajar anak.kes arin sama macam VP. yang sulung dulu, selagi mata tak tido jangan harap tv kita leh katu.
Tapi early this year, arin buat stail lain. Bila tido kan yg kecik, ngan dia sekali kena masuk bilik. Last2 sekarang, dah ok. Memula mmg kena dengar raung dia.:)

Bonda said... [Reply to Comments]

salam,
mmg betul pun tindakkan yg awak buat tu.ct sokong...ank2 ct menjadi dgn cara mcm tu.lama2 dia akan serasi.dia akan tahu time mana dia perlu masuk tido.skrg ank ct ckup jer time diaorg akan masuk tido xyah sruh2.
p/s:salam kenal..hari2 singgah sini tp x tggl tanda.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul lah vp mmg sorang garang sorang xgarang...mcm sy , sy yg garang..he he he..mmg kalu nak ajar anak nie mmg kene ati kering sikit...ala, bkn bmakna kita xsyg dia kan..nnti2 dah besar dia fahamlah ape maksudnya kita buat mcm tu...

.::MRS SUHAIDI::. said... [Reply to Comments]

saye setuju sgt ngn k.vp...lembut n garang bertempat...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ni kire tips ni kak vp..bagus2...

~BEE~ said... [Reply to Comments]

kalau anak buat perangai boleh diajar...kalau husband camana? hehe...asyik tengok tv, time kita dah lena tiba2 dia kejut mintak buatkan teh o panas...rasa2 boleh x curah dia dengan teh o tu? hehe...

atau kak VP ada idea/tips lain?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^