Follow Viruspadu

Sunday, February 21, 2010

jangan terkejutkan makmah macam ni

pagi sabtu itu bermula dengan sangat tidak bersemangat, sebab macam takde plan langsung, BOSAN.

pagi-pagi en.laloque dah meninggalkan saya dengan anak-anak. dia gi servis kembara. saya pulak berkungfu kuntau la dengan nisa dan anoi.

nisa takde papa dia, dia behave sikit, so senang jaga sikit. anoi pulak memang manja giler ngan saya, kalau dia dengan papa, dia behave, kalau dengan saya jangan harap la, asik nak berdukung ajer. nisa senang, saya bukak channel 613 jer, terus setel. anoi takdenya gitu. asal letak jer meraung, dukung jer la kejenya, bangun awal-awal pagi lak dua-duanya...

tengah kecoh sorang-sorang melayan anak, uteh aka erieq telifon

"ha nak apa?" ~garangnya andak hahah
"andak tido ke" ~aku tgh bersilat ni, dia kata tido la pulak
"taklah, nape"
"tido la tu"
"ek eleh, ko apa halll"
"saje kaco andak"
"hampeh, nape sbnrnya ni"
"kita nak gi umah andak"
"ha apa dia"
"mak ajak kita gi umah andak"
"ha bila?"
"jap lagi la"

terus call en.laloque menyatakan khabar berita tergempar ni, kalut beb! terus terbayangkan dapur gas yang berkarat lama giler tak sental. ini kalau dibiarkan tak sental ni. bakal mengundang maut ni. osah cerita berkarat dapur jemah akan menjadi hot stori selama 3 tahun berturut2 hahahahaha.

sambil sebelah tangan dukung anoi, sebelah tangan sental toilet dulu. cover beb cover.

lepas tu. sebelah masih dukung anoi. sebelah tangan sidai kain.

pehhh wanita besi bukan? :p

masa ni dah berzikir dalam hati dah, bila laki nak balik niiiiiiiiiiiiii...

ok suh nisa mandi dulu, sementara tu lipat kain.

sekali terkejut. gedebushhhhhhhhhhhhhh (bunyi kaca pecah... eh mcm tu ke bunyi kaca pecah hahahaha... takde langsung ooo, tapi tak tahu nak wat sound efek cane)

nisa main mangkuk nestum anoi masa mandi, main cuci2 la, main air kekdahnya, terus melompat la saya dari melipat kain.

ok sekarang korang bayangkan.

saya bangun2 tu terus anoi nangis sbb saya tak dukung dia kan. saya terus menjerit.

"kakak jangan bergerak, berdiri setempat"
takut dia terpijak kaca. tapi perempuan ni bukan dengar cakap orang. nak jugak dia bergerak kiri kanan tu, hangen gua.

"jangan la bergerak kakak, bahaya ni" suara dan makin kuat, suara anoi nangis pun makin kuat. diikuti suara nisa pun nangis kuat2 giler.

mana saya nak kejarkan dulu ntah. saya nak suruh nisa kuar dari toilet dulu sementara saya nak kemaskan kaca pecah tu. (anoi masih meraung macam ada semut api dalam baju). tetiba dia kata "kakak nak berak, kakak sakit perut" ah sudahhhhhhh...

terus saya suh dia berak dulu. tiba2 dia gonyoh mata kata mata dia pedih

adoiiiiiiiiiiii... anoi tolong la berhenti nangis jap, nisa dah nangis2 kata mata dia pedih. saya dah panik takut mata masuk kaca ke apa

kang mama nangis sekali kang ni.

dah dia kata mata pedih, terus dia kata tak jadi nak berak. saya dukung dia. keluarkan dari toilet. dukung anoi. telifon papa

"papa kat ner"
"papa kat tesco, nak beli barang-barang"
bla bla bla bla
terus ngadu2 semua. terus en.laloque cakap, jap lagi dia balik

bila saya cakap kat nisa, "kakak pedih lagi mata tak, kalau pedih, kita gi hospital kejap lagi"

nisa memang takleh dengar "hospital" dengan "jumpa doktor" hahahaha

"mama, kakak dah baik dah"

aikkkkkkkkkkkk... hahaha mesti dia buat cerita pasal takut kena marah ni, tapi takpelah, syukur alhamdulilah. risau giler ok. memang pengajaran lahhhhhhhhhhh

terus turun dapur, lepas tu baru teringat wujudnya walker dalam rumah aku ni wakakakak sengal betul la, tangan sebelah dah naik masel baru teringat ada walker, boleh je letak anoi dalam tu hahahahaha SENGAL.

paksa nisa main ngan anoi. saya pun mulakan operasi menyental dapur

gonyoh2 takmoh hilang kotoran degil itu.

takpe gonyoh lagi. yakin boleh. yakin boleh.

"papa kat ner"
"dalam kereta dah, jap lagi sampai"
"ok ok"

terus saya sambung menyental dapur.

"mama, kaklang kata dia pun datang"
"ok kalau macam tu, papa keluarlah balik, beli apa-apa"
"ok"
"eh papa beli benda untuk bakar-bakar pun ok kot, lagi senang"

bersambung...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

hahaha kita pulak rasa berdebar baca cerita kak vp kali ni. mcm dalam movie lak..=D

mama | sarah | syimir said... [Reply to Comments]

oooo sedang membayangkannya sgt hectic...syabbas betty!

A.I said... [Reply to Comments]

ha..amik kau!

mmg aku dpt bayangkan camne ropa kau masa sental jamban tu. giler kronik! kahhhhhhhhhhh

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

hurpppppppppppppppp.....gila nazak...

Nadia Yuna said... [Reply to Comments]

penuh mendebarkan. huhu

My Life My World said... [Reply to Comments]

There u go , supermama. Kalau u jadi bibik dah lama resign kan. Wakakaka ... apa apa pun akak terhibur dengar cerita adik yang ala ala suspen nampak antu nih. ;D

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy mmg terbayanglah vp keadaan yg sangat kelam kabut tu..dgn dokong anoi lagi..adoi...

aNnA_jaN said... [Reply to Comments]

sy pon slalu dh disituasi mcm tuh...almaklumla anak2 kita kan sebaya....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^