Follow Viruspadu

Friday, February 19, 2010

kenapa berbakat menyonteng sangat ko nisa oi

"kenapa kakak conteng pintu ni"
*diam
"kertas kan banyak, kenapa kakak conteng meja jugak"
"kakak nak tulis"
"yelah tapi jangan la kat pintu, sekarang padam balik"
"kakak belum beli yang padam-padam tu" ~maksud dia pemadam kot
"takde... kakak, kakak dah buat salah tahu tak ni, mana boleh jawab-jawab macam tu"
"elehhhhh, mama ni kann... kakak kan belum beli padam-padam tu, nanti kakak beli, kakak padam la, tahu"
"takde tahu-tahu nya, gi basahkan kain, lap sekarang"
"kecoh jer mama ni, mana kain?"

korang tengok nisa sekarang hahahaha... gaduh dengan dia best, tapi geram. sebab ada jer jawapan dia. siap eleh eleh kan kita lagi.

tapi dalam pada dia membebel2 tu, dia amik jugak kain. dia basahkan. dia lapkan sampai hilang kesan conteng-conteng hahahaha... sebijik perangai papa dia. bising-bising pun buat jugak. hahaha

tak habis-habis ayat dia masa lap pintu ni "eee mama ni kannnnnnnnnn"

so sweet la nisa

saat yang tak ternilai

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

16 komen[s]:

ratna said... [Reply to Comments]

hik hik nisa..nisa.. pandai betul bercakap..tp jgn lebih2 sampai ke besar tau.. bebudak mmg cam tu.. dia membebel kat kita kalau kita marah..tp still buat apa yg kita suruh. ala2 tak ikhlas gitu.

oneyani said... [Reply to Comments]

sangat la terhibur gadoh ngan budak tecit ni..mulut dorang kan suke menceceh..eheheh

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

hikhikhik..mmg sweeeetttt...

HasneY said... [Reply to Comments]

tu laa rasa tak terlayan anak2..tambah2 lagi.bila kecik2 pun dah pandai menjawab nih..he..he..anyway..lucu tull nisa nih..

irvanqiesy said... [Reply to Comments]

salam...sweet je kan...anak sy pon mcm tu mulut menjwb je, smpai cikgu die kate, anak awak smua ok blaja ok,cuma die ske menjwb...hahha...ssah jugakkan...comel tp kdg2 geram jek...

AMIEROZIANA said... [Reply to Comments]

ya....nisa memang sweet

Qila Azali said... [Reply to Comments]

hehehe, cica da pndai mnjawap.. comel laa.. hihi.. geram betol.. (:

** atie + farid + aisyah ** said... [Reply to Comments]

comelnye nisa... hehehehe... tapi ayat die menjawap " eee... mama ni kan..." same sebijik ayat menjawap si aisyah tu....

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

amboi2...dh pandai mnjawab ea cica..

Adnazthie said... [Reply to Comments]

Salam VP
Anak-2 sekarang pandai sangat menjawab..memang seronok gaduh-2 sayang ngan depa ni, sambil buat tu mesti ada lagi yang nak dicakapkannya.

Lenny said... [Reply to Comments]

ala comeynyer nicaaaa... terus mama tak jd marah kan?

♥♥Tinie♥♥ said... [Reply to Comments]

hahahhaa
boleh gaduh dgn anak eh

MieZa said... [Reply to Comments]

comel lar nisa,,hehe

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

sebiji gak ngan perangai zulfan, kalau kena buat benda yang dia tak suka, mulut mencecey "eee eeeh, mama niiii" lawak kan?

masa kecik2 lawak laa, dah besar menjawab gitu gak, siap zulfan!

sweetdarling79.com

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

wahh nica..da ley jadik teman gado ni...bikin keco.

RiEz said... [Reply to Comments]

dah anak dara dah dier...hikhikhik







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^