Follow Viruspadu

Monday, February 01, 2010

kumpul-kumpul keluarga, sian akak takde :p

jumaat petang, masa tu saya dalam kereta rakan lagi, tumpang nak balik office daripada mesyuarat kat seremban 2, tiba2 mak saya call

"emahhh, mak tak jadi la balik kampung hari ni"
"aik kenapa mak"
"yelah sebab ko nak balik minggu ni, tak jadi la mak balik kampung, minggu depan la mak balik"

holloh holloh holloh, mak siapa la yang sangat manis ni, suka buat ayat-ayat sweet untuk anak kesayangan manja intan payung dia ni tau, dengan harapan semua adik beradik jeles dengan statement ni wahahahaha

mula-mula kan macam tak jadi balik, penat dah sembang-sembang dengan en.laloque apa plan cuti ni sebab dah macam bosan-bosan tak tahu nak buat apa, pastu macam plan, kita duduk rumah jer, so bila mak dah call tu, en.laloque terus ajak balik cheras malam tu jugak ahaaa... very the menantu terbaik ni, menantu2 lain sila jeles hahah tak habis2 suruh orang jeles kak jemah ni keh keh keh

sampai2 je cheras. KOSONG. takde orang. ingatkan takde orang la sebab sunyi jer kan, padahal mak abah ada jer dah nak tido dah dalam bilik. masuk2 tgk mak beli tv baru fuyooooooooooooooooooooooooooo besar tu. besar punyaaaaa... (baca mesti diringi gaya besarrrr punya macam iklan tu, sape tak buat siap dia) terus test tv dulu hiks eh ni tak payah cerita haha lepas tu baru ode ngan ida sampai. terus sembang-sembang secara serius tentang hal-hal keluarga cehhhhh memang serius ok. sampai muka pun takde senyum.

nisa sampai2 jer rumah opah. benda pertama yang dia tanya

"kakak ayin mana?"

wahhh ayin, ko menjadi idola nisa la ayin hak hak hak hak

pastu esok, eh tak. satu hari kemudian. ahaks baru feeling feeling drama swasta minggu ini :p

lepas sarapan, lepas makan masakan ibu yang terbaik. baru la muncul muka kakak ayin dan maklang nisa :p, terus nisa tak ingat dah sama ibubapa dia tsk tsk tsk

akak takde, dia balik kampung,
ceera takde, dia gi kenduri kawen kawan dia
sepet takde, dia keje
ode ida takde, dia petang petang nanti kang sampai
kakcik malam kang baru sampai

BOSAN.

"jom gi rumah kaklang"
"jommmmmmmmmmmmmm"

penat pujuk mak saya follow sekali, pujuk pujuk pujuk macam macam pujuk pun tak jalan gak

"kalau ada makan makan pizza mak ikut"

wahhhhh demand ok hahahaha... terus paksa kaklang belanja pizza, dan macam biasa, kaklang on jer, dia semuanya ok

ceera yang sampai lewat dari kenduri, ode ida pun sampai lewat, pastu kakcik pun sampai

oh akak, terus andak teringat kat akak :p kalau akak ada baru la complete

atam makan tu ingat2 andak sikit


pekena pizza

tapi episod makan-makan belum berakhir

geng hot mama ni telah menyelinap senyap2 keluar rumah tengah2 malam keluar makan keuwteow goreng bagi memenuhi hasrat makan ibu mengandung itu :p, kejap2 lapar kejap2 lapar perempuan itu ahahaha kelakar sungguh

tudung hitam adalah pinjam tudung sekolah ayin hahaha

"oi atam, baru lima bulan dah mcm ni dah badan ko, tak terbayang andak kalau ko dah 9 bulan karang mcm mana"

hahahaha bestnya sakat adik :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

wahh..adek bradik y sgtt meriah...

RiEz said... [Reply to Comments]

hehehe mak buyung...

Ceera said... [Reply to Comments]

ala, jelesla tu 5 bulan atam ada perut.. andak 5 bulan kurus melengking.. muahahahaha

viruspadu said... [Reply to Comments]

N,
memang meriah

riez,
mak buyung tu memang, makan jer

atam,
kah kah kah... andak mentennn

zino said... [Reply to Comments]

kedai mamak mana yg di serbu tu hehe

viruspadu said... [Reply to Comments]

ala, kedai belakang rumah jer, jalan kaki jer zino :p tu pasal berani kuar lewat2 tu

izieizan said... [Reply to Comments]

sonoknya dpt berkumpul dgn keluarga

izieizan said... [Reply to Comments]

sonoknya dpr berkumpul dgn keluarga







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^