Wednesday, February 24, 2010

kusangka panas hingga ke petang

"biasalah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... kiranya, ku sangka kain di ampaian bisa kering, rupanya basah jugak. eh apakah... ok esok entry blog akan menerangkan maksud ayat ini :p" ~jemah - kopipes dari fesbuk

takde takde, ini bukan entry ads ke iklan ke promo ke porno ke apa... eh hahaha ops

pandai2 jer korang buar onar hahahaha

ini entry terpaling sedih ok, dah la semalam berjaya membuat entry terpaling comel dalam hidup, hari ni terpaksa pulak terpaling sedih tsk tsk tsk

semalam :(

balik dari keje, dan yang dalam kereta masih lagi bersembang-sembang tentang kecomelan di dalam mesorat. dan terus singgah makan dulu.

ontheway pulang ke pangkal jalan (rumah la rumahhh tahu!) memang malalui playground. dan biasanya walaupun nisa meloncat2 kata nak singgah playground dan ibu bapa dia suka buat pura-pura tak dengar. tapi sebab mood semalam adalah giler punya comel. en.laloque pun singgah la. lagipun awal lagi. baru 6.30 kot.

saya dukung anoi, sambil mainkan anoi buai la slide la apa la

en.laloque terus ke kawasan yang utk orang dewasa punya exercize tu. nisa bila nampak papa dia gi tempat2 yang dia tak sepatutnya pegi, memang dia kejar punya. lasak kemain lagi. susah nak kawal

bila dah penat2 main, saya panggil nisa main slide. dan dah nampak en.laloque berjalan menuju ke arah saya. diikuti oleh nisa, lalu saya pun terus main dengan anoi

tiba-tiba dengar nisa menangis.

tiba-tiba nampak en.laloque dukung nisa.

nisa menangis, suara dia lain macam

saya pun rasa tak sedap hati lain macam

"kenapa ni papa"
"nisa jatuh"

terus nampak darah kat kepala dia

Ya Allah rasa nak pitam saya kat situ bila tgk anak berdarah

saya dah mula rasa pelik, "dia jatuh ke terhantuk kat situ"
"terhantuk kot rasanya" ~suara bersalah

saya tahu dia rasa bersalah, kuat dia peluk anak dia

ini gambar lama, saya tunjukkan agaknya macam ni la nisa main, dan tempat pemijak tu terkena muka dia, saya syak dia cuba naik, tapi tak lepas dan tertonggeng lalu muka dia terkena, ntah la saya agak2 saje, sebab saya tak nampak, dan en.laloque taknak cerita. masa tu la. dia masih trauma kot. saya pulak sedang menahan mulut dari marah-marah hahahaha dan buat-buat sejuk. saya tahu dia sedang rasa bersalah dan taknak tambah perasaan stress dia.


ini masa dah lap-lap darah, kena bawah mata.


muka sedih seorang ibu ada kat belakang :(

saya bimbang kepala hotak dia berdesing, sebab saya tak dapat nak bajet berapa kuat hentakan dia. jadi untuk langkah selamat. mari la kita melawat doktor

"papa, jom la pegi klinik"


doktor cakap, nisa tak apa-apa

dan saya memang percaya kata-kata doktor itu

sebab malam tadi, nisa lasak seperti biasa, gaduh dengan papa masa goreng gaget (naget) juga seperti biasa

dan saya tersenyum lega.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

19 komen[s]:

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

Kesian nisaaaa

S!eZaN said... [Reply to Comments]

syukur x de paper..lasak tul nisa yer..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

adoi vp...besi kan tmpat pemijak tu...sian nisa...alhamdulillah xde ape2...nisa kuat kan..chaiyok...

zue @ annaleeya said... [Reply to Comments]

biasala anak2 tgh membesar nih.. klu tak bulih sakit mmg tak sah kan... nisa ni mcm mama dier mase kecik2 dulu kot??? nakal kan... btoi dak??? he3..

RieNa said... [Reply to Comments]

mula2 baca perenggan pertama,ingatkan betul2 nk crita pasal kain di ampaian, rupanya crita lain.

sedih jgk, mujur nisa tak apa2.

budak2 melasak, camtulah. tp hati seorang ibu, mmg tak bleh thn tgk anak sakit wpun sikit..kan?

Emmy said... [Reply to Comments]

takper...nisa kuat...

puterikurekure said... [Reply to Comments]

sib baik nisa ok.
:)

seriau jugak saya baca.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said... [Reply to Comments]

alhamdulillah :)
rusau kan, rasanya lebih baik kita jer yang jatuh nad luka macam tu

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

anak2 jatuh ni biasa, biar mengajar dia erti kehidupan... tapi kalau jatuh yang tak biasa tu, bukan mengajar anak erti kehidupan, tapi mengajar mak pak cemana nak jaga anak... hahahahaha (gurau2 jer tauuu)

anak2 saya pun selalu jatuh, biasa saya akan biarkan jer dia jatuh dan bangun sendiri

sweetdarling79.com

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

huhuhuhuh....seb baek takde ape...cian nisa...ain seriau gler kalo part budak2 terhantuk2 nh....takleyh nak imagine ape leh jadi...yelah, tengkorak lembut g..nisa, jgn lah lasak sgt~ cian mama n papa~

EraNaZeErA.. said... [Reply to Comments]

alhamdullilah... sib baik ok..
dan nasib baik kena bawah mata je...

tp budak2 skrg ni.. mmg lasak n mmg tahan sakit kan... sakit masa kena je.. lepas tu aktif balik... hehehe... :)

UMILIYA said... [Reply to Comments]

cianyer nicaaa

melatizumia said... [Reply to Comments]

sian nisa... semoga cepat sembuh..

aiDieNa said... [Reply to Comments]

VP.. tak tau nak chat kat mana.. since chatbox takder & FB kat opis nie tak bleh nak bukak.. sajer jer nak inform.. I came across this blog..

http://akuoku.blogspot.com

cuba awk bukak dan tgk.. memula saya igt awk ada blog lain.. sbb kedua² anak tuan punya blog seruper ngan anak awak.. what a coincidence kan...

Miss Moon said... [Reply to Comments]

nasib baik tak der apa apa mahhhhhhhhhhhhhhh ...nisa lain kali main hati hati tau

ratna said... [Reply to Comments]

nampak mcm pedih luka tu sbb kat bawah mata kan.. take care nica yer.. letak ubat kay..

Qila Azali said... [Reply to Comments]

alala.. kesian cica.. takpe kecik2 laa masa nk nk jatuh tergolek ape sume kn.. ok kot tuu.. cica kuat.. (:

get well soon sayang~ (:

~H @ N i ~ said... [Reply to Comments]

Alahai cica,cedera pulak..
cica mesti ingt die dh besar, dh jd kakak tu pasal cuba2 nk buat aksi seperti org dh besar..hehe
Nasib x de pape..

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

ala...k.jemah kan wanita besi...gent-gent besi tu pon mesti ada kat nisa...walaupon habok besi...ala....good gurl ...

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^