tak tahu macam mana nak cakap, tak tahu kenapa semangat berkobar-kobar nak hadir perarakan :)
mungkin ini kali pertama. betul ini kali pertama saya hadir majlis perarakan maulidur rasul. tahun-tahun sebelum ni saya berjaya skip dengan cemerlang.
seperti di dalam jadual, bila kata 7.15pagi mesti ada di padang, memang 7.15pagi saya dah ada kat padang, kak jemah memang tak pandai cara-cara dan kaedah nak datang lambat. lambat seminit pun rasa macam dah berpeluh-peluh dia punya panik.

masa ni baru sampai. ramai orang takde lagi
i wish saya juga punya semangat macam mereka, semangat datang lambat dan tak rasa bersalah langsung wakakaka... ye betul, ini bukan perli ke apa, sebab biasanya kalau datang ikut jadual mesti menjadi mangsa menunggu orang. saya tak suka menunggu orang. maksud saya menunggu orang yang memang kita tahu dia sengaja sengaja lambat, bukan orang yang tak sengaja lah.
ok hentikan bebelan kak jemah, hentikan hahaha. WELL. kak jemah kalau dah start membebel. takyah cakaplah memang ngeri weiii
sementara menunggu lagik.
kakjemah, CC, bos, faridah dan kak ita, antara yang awal sampai :)

suasana :)


pagi itu memang gelap sikit, dan memang dah agak akan hujan.

tapi setakat hujan renyai-renyai jer, apa ada hal, kalau lebat pun, boleh merasa main hujan. dah lama tak main hujan hihihih
saya sebenarnya membayangkan, kalau la hujan tiba-tiba lebat. macam mana lah keadaan padang ini. adakah semua orang akan berlari. atau semua orang buat dek. atau macam mana. mesti keadaan tu akan seronok. boleh tengok macam-macam ragam orang

u know la kak jemah ni, memang menjadi satu masalah bagi saya untuk berdiri lama-lama. adakah semua orang yang bertekanan darah rendah mcm ini. adakah anda jua begini???

saya memang dah rasa nak rebah. memang dah rasa kepala nak pusing-pusing. tapi apa-apa hal pun. kot yer nak rebah pun, kena rebah yang terpaling ayu kah kah kah sempattt... so apa-apa kita tenggong dulu, kalau jatuh dalam kedudukan ni insyaAllah tak mencederakan mana-mana anggota :)
pejabat saya, antara group yang dihadapan. saya rasa 3 group yang dihadapan. saya rasa ada lebih kurang 50 group kot kat padang. ramai kan. best sangat. teringin nak ambil gambar dari atas. tapi tangan tak cukup panjang
kak jemah dan meksu yang berjalan ke bersantai ni? hahahah kitorang rasa sangat enjoy jer, meksu pun kali pertama join perarakan ni

pengalaman yang indah. pengalaman yang comel :)
selawat yang dibaca ketika berarak

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
sumber: http://www.al-azim.com/
erm...
rupa-rupanya best la hadir perarakan ni
saya rasa ada satu perasaan yang indah, satu perasaan yang comel, bila melihat ramai orang, dengan baju yang cantik-cantik :) dengan pelbagai ragam. dengan hilai tawa. dan juga paling indah bila terlihat momen orang yang terkejut terjumpa kawan lama. terjumpa saudara :)
sweet la.
tak rugi saya hadir.
bila difikirkan kembali, sebenarnya rugi sangat saya skip majlis ini tahun tahun sebelum ni.
dan bila dah ramai-ramai tu, berlakukan keseimbangan cas-cas positif/negetif dalam badan kita :), semakin lama, semakin seimbang dan semakin segar. kenapa lah saya tak terfikir perkara ini dulu. dan saya bertekad nak hadir lagi tahun depan. takyah paksa-paksa dan tulis perkataan WAJIB pun saya akan hadir. membawa suami dan anak-anak :) sooo sweet bukan
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza




4 komen[s]:
sama spesies lah kita kak vp.. berdiri lama lagi2 tgh panas mesti nk pengsan lembik lutut..
setuju sgt... dolu kat opis selalu kena gi.. tapi takpe.. dapat baju free.. la ni tak merasa ler... coz opis baru ni tak berapa aktif...
kak jemah, terhingat masa zaman skola dulu..
saya tak pernah join lagik perarakan cam nie kalo opis saya amek bahagian saya musti nak join punyer hihi
Post a Comment