Monday, February 22, 2010

plan yang tak diduga

en.laloque baru balik dari membeli bahan-bahan basah.

ahhh leganya

saya pun dah selamat menyental dapur dengan gigih sekali. terima kasih la nisa atas kerjasamamu main tolak2 walker anoi sampai mengekeh2 dia gelak gembira. berkilat-kilat wei dapur kak jemah, SUCCESS! bangga-bangaaaaa... terima kasih la keluarga, sebab korang nak datang, terus berkilat2 dapur andak, kalau takkkkkkkkkkkkk

saya memang dah pesan kat en.laloque, beli dua jenis lauk. pastu saya masak sup sayur dah la kan

"papa, tolong potong-potongkan sayur dulu, mama nak mandi jap"

giler, mandi pun belum wakakaka... bucuk bau macam

wei korang, see see bukan andak ok yang potong sayur tu, pandai jer korang syak andak, mana mungkin andak potong macam tu hahahaha eceh cover cover :p

turun dapur, terus masak.

"mamaaaaaaaaaaaa... akak dah sampai tu"

dan bermula lah muka buat-buat steady kak jemah hahaha, tadi kemain bagai nak rak dia punya kelamkabut. sekarang terus muka macam cool giler.

well.

"mana yang lain"
"ntah, tadi ayi call, dia baru gerak dari rumah"

apa lagi membebel la akak, dia igt dia lewat, rupa2nya dia la juara yang sampai dulu, tu la korang... kan akak dah marah dah

takpe kak, takpe, makan dulu, penat ok andak masak... eceh masak kata ko, eh ok pe, masak sup sayur,

dan kaklang, ayie, atam pun menyusul kemudian, dan akak pun membebel2 hahahaha, bagus kak bagus, dorang memang patut kena bebel


akak dipaksa untuk buat air asam, dan air asam yang super duper pedas sehingga bisa memanaskan vontot kelak semasa cir bir hahaha

sesi mengumpat kaklang yang tak pernah update fesbuk dia

jangan tanya kenapa ada objek mistik dalam gambar, sape tanya siaplah dia dush dush dush

kesian en.laloque dari petang sampai ke tengah malam, sini ajer la tempat dia. bakar bakar bakar

"mama cukup ke ni?"
"cukup kot"
"kejap lagi abah nak datang jugak kan"
"a ah"
"papa kuar jap lah, beli lagi"

tgk tgk, kemain mithali lagi. hahaha puji laki sendiri. bukan apa, ada yang panas mata lak baca kak jemah suka puji laki dia dalam blog hahaha. aku pedulik hape, takkan aku nak puji laki ko pulak dalam blog aku kan. pui!

tak sangka abah sudi menjengah ke rumah andak, sebab abah saya ni kan memang payah sikit nak join, macam-macam la alasan dia, kedai takde orang jaga lah apa lah. tapi bila dia sudi datang dan lepak2 takde ajak2 balik cepat. wahhhhhh terharu weiii.. i love u la abah.


rumah saya riuh giler.

almaklumlah budak2 ramai kan

yang budak kategori dah akil baligh tu memang dah behave sikit la, masing-masing online jer la keje dorang. kaklong ngan angah memang lepak bilik saya jer, sorang online desktop, sorang online kat lappy pink, akak pun bawak laptop, kaklang pun bawak. seb baik rumah saya memang saya pasang wireless, so dah jadi CC ke apa hahaha. boleh wat berniaga neh :p

gelanggang futsal yang telah berjaya memecahkan mentol lampu warna warni hahahaha

berbekal kan bola pink nisa yang lembut-lembut itu, bola tu sbnrnya lebih kepada bola pantai yang main dalam air buat pelampong tu

tp korang tahu la dah ramai-ramai tu kan. idea kepala hotak masing-masing semuanya terlebih kreatif lak tu. tu pasal terus bukak gelanggang futsal tu

kaklang tak padan dengan perempuan, sama naik jer dia. kelepek-kelepek tangan dia mengetuk kepala sekor2 yang curi bola dia hahaha, lawak giler

bila geng futsal berehat, makyong n the geng lak lepak. best lepak luar ni sejuk sikit

atam prektis jaga anoi, ditemani ibu bapa tersayang

ini sesi bila tak tahu nak makan apa dah. ikan ayam kambing hotdog semua dah licin. jadi aktivitinya adalah mengeluarkan kisah silam sambil tergelak bagai nak rak

"andak ngan atam la ni, dulu apasal ko main penyapu lidi mak, korang ingat tak"
"tak ingt la, nape kak ek"
"alaa... ko lerai2 kan penyapu lidi mak, lepas tu korang cucuk2 kat cekodok, konon nak buat macam satey"
"hahahahaha ye ke"
"teruk mak mengamuk masa tu, terus mak amik hanger, rotan korang"
"hahahahaha"
"akak jugak la datang menyelamat kan korang, siap halang2, mak siap marah2 akak, haaa ko beking la adik-adik ko ni"

hahahahah kelakar giler la, dulu masa kecik, saya memang la geng dengan ceera, memang geng giler la (sampai sekarang pun), geng gaduh dia, geng ketawa pun dia, so memang setiap kejadian yang kelakar sampai kena rotan dengan mak, memang dengan dia. dan akak saya memang selalu jadi resque menghalang mak daripada rotan kitorang. kesian akak. selalu dia kena rotan sebab nak beking adik-adik dia yang nakal tahap dewa punya masa kecik tsk tsk tsk

teringat lagi masa saya main kayuh2 tayar basikal, kendian ceera yang bijaksana lalu memasukkan jari dia dalam tayar. memanjut darah bila jari dia putus. terus pucat lesi takde darah dah muka saya masa tu. ok ok kalau nak tahu kisah selanjutnya kena tanya ceera haha

muka kaklang tengah cerita kena rotan dengan tok me'an sebab tak pandai ngaji, giler punya sungguh2

sementara geng2 kat luar riuh, ini geng masak-masak dan geng berangan. lantak korang lah

"siapakah yang paling cantik dalam dunia ini" ~pinjam ayat berangan kakcik

sebenarnya nak tunjuk jari yang tercedera akibat nak potong bawang. nampak sangattttttt...


ini pulak geng karok

ye lah yelah tv ruang makan rumah andak kecik.

apa kata korang wat derma kilat sekarang :p hahaha kecik2 pun boleh karok ok, kelas kan

setelah makan makan makan dan perut dah kembung dah. esok sape timbang berat dia naik, jangan salahkan timbang rosak ek, korang memang asal naik jer timbang rosak, kalau turun tak pulak korang syak timbang rosak hiks

masing-masing mohon izin pulang, jam 11 malam.

rumah kembali sunyi.

bila korang nak datang lagi ni.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ok..gilir2 wah bbq tu kak jemah...sonok2...havoc ok..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya vp..meriah umah ngan kedtgn family..buka plak cite lama2...nostalgia sungguh..nmpk tau dr pic berkilat2 dapur vp...:)

Emmy said... [Reply to Comments]

family besar best la kumpul2...pasnih umah ceeramoon la pulak..hikhikhik....

Erieq said... [Reply to Comments]

meriah nyaaaa..,

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

bhagia jerk dpt kumpul rmai2 mcm ni kan..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

best2..... teringat plak kat kg....huh

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^