Follow Viruspadu

Friday, February 12, 2010

tudung pearl haya

saya dan meksu, plan memang terbaik punya. jumaat kan. rehat panjang. so plan pun macam panjang sikit la cerita dia. hikhik.

mula-mula nak gi bank. meksu dah ada plan jutawan segera dia wahhh kaya tau, jeles ai. saya pulak sibuk nak tanya-tanya pasal gold saving. sebab macam minat pasal gold saving tu.

sampai bank.

gedebak gedebuk setel. (la sangat hahaha)

haaaaaaaaa plan ni la yang ku nanti-nanti ni

kelmarin masa sembang dengan en.laloque sempena hari kasih sayang pada 15 feb ni (update: saje tukar tarikh), eh sapa kata kak jemah sambut valentine's day ha, takde eh, jangan nak buat onar hahaha. I suci ok. ce tetiba.

"papa, hari kasih sayang ni, papa nak kasik hadiah apa kat mama" ~paksa :p
diam
"ok papa boleh pilih, nak bagi cincin HOJB ke tudung ariani ke kasut"
"erm... erm... tudung lah"

lalalalalalala siap terus cakap tudung ariani hahaha, sebenarnya mula-mula tu macam saje nak sakat2 en.laloque jer, tengok-tengok dia jawab macam serius. *smile sambil angkat-angkat kening

"mana satu kedai dia su"
"tu depan tu"
"ooo yang hitam pink tu ke"

wahhhhhhh nak pink jugak :p

sebenarnya saya mcm plan nak tudung hitam. so siap bgtau S.A tu, "saya nak tudung hitam campur kelabu" wahh kelas kan, nak hitam campur kelabu katanya.

tapi ini tudung hitamkah hahaha

kalau kak jemah tu kak jemah jugakkkk.

baju hijau ni pun sebab en.laloque yang pilih ni. kalau tak. memang takde la. harus PINK jugak.

so sweet la meksu pakai tudung pink ni :p

su, saya siap tunjuk kat kaksam gambar ni hahaha, sebab mcm comel sangat jer saya tgk.

masa saya tengah test-test tudung ni, S.A tu siap ingat saya dengan meksu adik beradik hahaha. tapi siapa kakak haaa... ko kata aku kakak siap ko, aku tak gi dah kedai ko hahahaha

lepas penat shopping :p dan berpuas hati dengan hasil tangkapan


ehem. ini dia hasil rembatan kak jemah. sehelai sahaja bisa menipiskan purse pink ku tsk tsk tsk


kalau korang berminat, boleh klik laman web pearl haya di http://www.pearlhaya.com/

update: sekadar maklumat, tudung yang saya beli ni RM95.00

"papa, mama dah beli dah tudung tu"
"oo ok"
"pulangkan balik duit mama"
"yelah yelah"

hahahahahahaha... nak tipu-tipu harga lah. boleh untung sikit kah kah kah larikssssssss

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

14 komen[s]:

nasazfrog... said... [Reply to Comments]

uhh cantik la mah,, ko pakai apa sweet tau.. sememangnya pink kale..:)

m'Z faRa.. said... [Reply to Comments]

kak jemah..kedai tdung neih kat ane ea..???

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

cantik tudung tu!
mesti mahal kan?

Drama Mama said... [Reply to Comments]

comelllll...

btw, do join my giveaway if ur interesed k..mana tau bole menang our delicious diaper cupcakes!

http://twinkywinkystars.blogspot.com/2010/02/join-our-diaper-cupcakes-giveaway.html

Signorina Syima said... [Reply to Comments]

hahahahah tipu2 kasi up sikit harga tudung tu... yeay!!

UMILIYA said... [Reply to Comments]

heheheh macam kembar jer ....ahh betul2

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cantek tdung tu kak vp..like!!

Leen said... [Reply to Comments]

Cantiknyer tudung!!

liwaniel said... [Reply to Comments]

cantik tudung tu

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

kalu vp haruslah pink kan...haah mcm adik beradik kalu vp tipu pun org percaya...:)

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

kak jemah sayang, hari kasih sayang 14 feb la...
hihi

anyway selamat hari kasih sayang..love you!

viruspadu said... [Reply to Comments]

m'Z faRa..
kedai dia ada kat senawang

arianna,
a ah memang 14, sbb kalau tulis 14 kang orang kata sambut valentine, so tukar la 15 haha

churalliya said... [Reply to Comments]

cantik adik kak jemah tu.. opss... tak tak.. tudung coklat hitam tu mmg cantik.. hahaha..

tamanraudhah said... [Reply to Comments]

Beri Laluan

Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^