Follow Viruspadu

Sunday, March 07, 2010

Aerobic lagi :)

hari ni kitorang aerobic lagi

pagi tadi bangun, sikit punya liat. tiap kali en.laloque suh saya bangun mandi, saya pulak paksa dia. selagi salah sorang tak bangun, dua-dua taknak bangun kakakaka. almaklumlah cuti-cuti macam ni memang berkira sikit nak bangun awal kan. padahal bangun awal pagi tu awet muda ok.

ohye. itu hari kan, ini cerita masa kat office la ni. masa tu ada sesi knowledge sharing. tak ingat tajuk apa dan siapa punya turn. saya punya turn dah lepas. legaaaaa. masa tu boss saya bagi huraian la. ntah tak semana-mena tiba-tiba masuk bab pasal awet muda. dia kata (ayat lebih kurang).

"Dato' Sarimah yang pelakon veteren tu, cuba tengok dia, sampai sekarang nampak muda. petua dia. dia bangun awal pagi dan mandi air sejuk. takde pakai heater2 ni semua"

ha lebih kurang macam tu la ayat dia

weiiii terkesan betul kat jiwa saya ni wakakaka, keesokan harinya (eceh ayat) terus saya mandi pagi tak on dah heater dah, siap gigil-gigil secara melampau. hahahahaha over kau. nak awet muda punya pasal haha.

ok ok lupakan itu. biasalah melalut.

kali ni lewat sikit. well. dah boleh ejas dah. aerobik akan start jam berapa semua. lagi pun takde janji ngan sesiapa. so boleh la lengah-lengah :). tapi weiii lewat-lewat pun 7.30 kot kitorang keluar rumah. so dalam 15 minit kot sampai kompleks sukan. kali ni tak dapat dah la nak parking dalam. parking nunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn jauh disana. fadan muka kauuu haha.

"takyah la bawak stroler, biar je papa dukung"
"tak susah ke nanti"
"kalau bawak stroler tak boleh bawak nisa joging, kat trek tu takleh bawak stroler"

yeyyy... en.laloque offer jaga anoi dan nisa, saya dapat aerobik dengan tenang sekali. (padahal tak tenang sebab asik tercari-cari mana anak)

tu dia, nisa yang langsung tak reti penat

nanti kita beli kasut sukan ye nisa, kasut sukan lama dia dah ketat,

en.laloque bagi tahu. diorang lari 2 round ok. macam kagum giler saya dengar. sebab saya rasa kalau saya satu round pun tak larat kot

kagum dengan nisa yang lebih.

eh kagum en.laloque jugak, sebab dia larik sambil dukung anoi.


bertambah kagum, dah la dukung anoi. tapi sempat snap snap gambar :)

banyak giler gambar. tapi gambar saya aerobik takyah dah la masuk blog lagi. cukup-cukup la tu :)

oh yer, maklumat tambahan, entry itu hari saya cakap free kan, tp kali ni dikenakan, eh bukan dikenakan. tapi sape nak bagi sumbangan RM2, amatlah bagus.

saya tak tunggu sampai habis. selesai poco-poco terus saya ajak balik. sebab tengok baju en.laloque dah lenjun basah dah. kesian pulak. mesti dia letih giler.

ok plan hari ahad.

masak dan lepak. hari bersama keluarga. :)

plan ahad korang pulak macam mana. jangan jawab shopping eh, nanti aku down! hahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

omg..memang nak shopping pon...
baju kat kedai atam..boleh?
hahahaha!

agak2 jelez ke?

churalliya said... [Reply to Comments]

wah.. berjaya join lagi.. mggu ni x blk umah sban sbb diserang penyakit merbahaya.. kakakaka.. terpaksa batalkan semua agenda.. huhuhu.. sedihnya..nnti ingatkan eh nak bg sumbangan RM2 tu.. manjang lupa aje..

Mya said... [Reply to Comments]

ahad saya di rumah saja. menonton filem tamil lalu menjadi emo :)

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

caya la k.jemah ...caya lagi kat en laloque...kalu laki orang lain dah melenting kot...

SuRiaHaZNi said... [Reply to Comments]

huhu sy pun g aerobik td..siap amik pic kak vp tgh aerobik lg..huhu cun melesun kat vp ni..tinggiiii..leh jd model ni..huhu nisa n anoi pun sgt2 la cute..huhu usha dr jauh jerr...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

perghh..makin selim lerr kak vp kite...cm ank dara..jeles ai...

Anonymous. said... [Reply to Comments]

ini tempat kenangan lama ni. dulu masa saya kerja senawang, trek ni laaa tempat saya menumpahkan peluh almost setiap pagi/petang. paling koman 10 rounds la saya lari huhu. pagi sabtu and ahad tu memang selalu sangat pergi sini and join aerobik (kalau tak balik kl la hehehe)

sekarang dah kerja kl dah, so memang tak pi sini lagi dah. best jugak kalau sekali sekala turun seremban pi lari kat sini kan? hehe. mengimbas kenangan silam :P

kak vp menari poco-poco comel bangattt!

asna cute said... [Reply to Comments]

Plan ahad amik baju nikah hehe ;)

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

cute la akk stu family bsenam bsama...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^