Follow Viruspadu

Friday, March 12, 2010

Annur ku sayang

annur demam, dari hari ahad lagi, tapi ahad tu macam suam-suam kuku jer la, macam baru nak start gitu

pagi isnin tu, ingatkan dia akan ok-ok je, so tetap hantar taska dengan perasaan bersalah. siyes beb bersalah giler. yelahkan anak demam omak eh sibuk gak nak gi keje. adehhh... mula la rasa kesal kenapalah aku MC minggu lepas, kalau tak sakit mata kan besttttt tsk tsk tsk

tengahari terus call taska tanya keadaan anoi. so. bila dengar anoi macam ok baru je tido, lega sikit

petang amik dia. dia demam balik

asal malam je, panas dia naik. tengah2 pagi tu mesti panas naik. ushhh. panas yang cecah 40 tu, seriau tau. nurse ngan doktor pun pesan, kalu badan panas sangat. mandikan baby. basahkan kepala dia. mandikan sampai sudu badan dia turun. so saya buatla. lepas suhu badan anoi dah ok. baru la dia selesa tido.


semalam.

ingatkan demam dah surut. so gambel la hantar taska. sebab macam dah kesian kat mertua. penat dia jagakan annur dengan nisa dua hari tu. tapi hati tak sedappp sangat. lalok pulak ada meeting. camna niii... camna niiii

"mama nak bawak anoi gi klinik lagi la"
"papa meeting, petang karang la"
"takpe, ma bawak sorang"
"boleh ke"
"takpe ma try"

1st time ok gi klinik bawak anak sorang-sorang pehhh neves plak :p

terus jumpa bos pagi tu, mintak izin nak kuar gi klinik. sampai2 taska, sekali nisa pun dah terjaga dah. nampak mama dia nak bawak annur gi klinik, terus dia buat muka cembeng nak ikut. air mata mengalir2 takde suara. Ya Allah sedihnya aku tengok. tapi macam mana nak bawak dua-dua sekali pulak. adoiiiiiiiiiiiiii

hati seorang mama. memang senang cair bila tengok anak nangis takde suara macam tu. lagi syahdu kau tahu. kalau nangis yang meraung-raung tu aku terus blah jer wakakaka

"ok ok, jom ikut mama, tapi kakak kena baik-baik je ye"

terus dia angguk-angguk

sebenarnya, kat klinik tak la teruk sangat. lagipun pengalaman2 lepas dah banyak ajar saya. cuma masa bawak kereta tu je yang taf sikit. bila anoi nangis.

dan bila saya tengah tunggu giliran. tiba-tiba nisa nak berak. pastu anoi pun berak

ko tahu kak jemah siap ketuk bilik doktor lagi. haru tak haru tu.

"nurse nombor saya dah terlepas ke belum"
"belum belum, kang dah sampai giliran saya panggil"
"ooo... bukan apa, anak saya nak berak ni"
"takpe lah gi la berak dulu"
"oh takpe ye"
"iyee takpe"

hahahahaha siap mintak izin nurse kah kah kah poyoooooooooooooooooo, mesti nurse tu geleng-geleng kepala, patient macam ni pun adaaaaa. bukan apa uols, kang terlepas nombor acik kang. mau meraung kat situ jugak. dah la tempat demam ni ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. nisa dah meragam nak beli air mesin yang taruk syiling tu hahaha

terus cepat-cepat bawak gi toilet. pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... masa tu la rasa nak nangis semua.

rasa badan senget sebelah. rasa tangan dah panjang sebelah hahaha. seb baik la orang 1Malaysia ni baik-baik. ramai je sudi tolong-tolong saya. Alhamdulilah.

nasib baik baka besi ada dalam badan. eceh terus baka besi. well. kata wanita besi. so semua benda ni, benda kecik ajer mar *pitam

semalam juga balik dari klinik. saya terus jumpa bos mintak cuti terus. yelah dah setengah hari dihabiskan kat klinik. lagi pun anak-anak lebih memerlukan ku. eceh.

petang semalam. tiba-tiba anoi dah tak panas dah. alhamdulilah. rupa-rupanya dia nak mama dia cuti baru baik kot.

so sweet la anak-anak mama ni :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

11 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

betapa besarnya pengorbanan seorg ibu kan kak....kagummm sama kak jemah!!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

mmg betul vp kalu anak demam serba salah kalu tinggalkan dia kat taska..tp kene kerja jgk..kalu teruk sgt baru sy amik cuti..lg pun anak sy dah besar 5 tahun kalu dia demam pun dia mcm retilah nk ckp ape2 kat pengasuh dia kan..

biarlah bila anak kita besar nnti diorang mghargai kita kan vp..amin

edrina said... [Reply to Comments]

alhamdulillah anoi dah baik. anoi demam nak pandai buat sesuatu kot

Ceera said... [Reply to Comments]

time2 tu la dua2 nak berak kan.. menggelabah betul..

Ietams said... [Reply to Comments]

time dua-dua berak tu yg series dilema tu..
ape-ape pon tahniah ye vp mengatasi segalanye.

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

wah...sangat besar pengorbananmu wahai kak jemah...teruja dengan kekuatan dalam diri yang adooo..

anyway, nak share x kalo anak2 demam camane nak kebah?? ni petua daripada herba cina lar..

saya selalu wat kalo anak saya demam tapi Alhamdulillah..jadikk..

akak cari daun durian belanda, daun bunga raya putih dan daun lidah buaya..akak campur semua tu dgn air sampai aitu jadi berlendir..pahtu air tu akan jadi sejuk...

jarang jer tubuh dan kepala si baby..nanti daun durian belanda tu akan tarik panas dalam tubuh baby tuh..tapi jangan wt mengejut..air tu sangat sejuk...

kalo kita dmm pun sama..leh letak jugak..

hehehe...

itu ajork...sajer share2

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

ni mesti anoi mogok sbb kak jemah sibuk kat cafe world kekeke

30 JALAN F3 (Zaidi Zainal) said... [Reply to Comments]

Rasa cam kejap je anak u ni dah besar......

HasneY said... [Reply to Comments]

Jaymah, pesanan akak, kalau panas memuncak jgn dimandikan dulu, ambil tuala dan air panas + air sejuk bagi suam2 gitu lepas tu lap seluruh badan.

Sebab kalau dimandikan terus, nanti budak tu sejuk dan menggigil..bila dah mengigil, kiter pun nak naik menggigil skali..adoii..akak dah fobia kalau hadapi anak2 demam. Ok, bila dia dah start menggigil, then boleh terjadinya 'fit' bahasa omputeh, tp bhs malaysia ckp sawan..doktor gelar 'demam sawan' yg berpunca dr pada kekurangan oksigen di kepala..Aduh..camne nk citer ni..nanti YM akak laa..yg penting pakaikan stokin jgn smapai kaki, tgn, telinga sejokk..kay..

Ina Hashim said... [Reply to Comments]

sian annur...sedey kan bila anak2 x sihat...jemah nak tambah koleksi CD tak?meh jemput ke blog akak...ada sale jualan runtuh CD :)

syazyatie said... [Reply to Comments]

tula..haru kalau bwk dedua anak (pompuan lak tu) pegi memana. mesti semua benda nak serentak..esp bab berak ni.huhu..dulu penah bwk naik flight sesorang.dua2 meraung dlm flight..mama mengangis dlm hati jek.huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^