Follow Viruspadu

Thursday, March 25, 2010

checkup nisa dan annur

sebenarnya nyaris-nyaris lupa ada cekap nisa dengan annur. memang itu hari saje amik tarikh sama. senang takyah gi banyak2 kali. tapi kebetulan pulak keje tengah mencanak punya banyak. nak terberak pun kena ikut turn ok. baru nak setelkan satu benda. datang pulak benda lain menyusul

but well. buat kerja biar dengan ikhlas. chewaahhhhhhhhh terus feeling ustazah.

"papa pegi sorang je boleh tak? mama bz sangat la"
"erm ok kot"
"tapi boleh ke papa pegang anak-anak ni?"

risau pulak acik. ah takpe ah. kejap je kot.

so kul 1 kitorang dah pegi amik anak dah. makan kejap. terus gi klinik.

tiba-tiba. en.laloque dapat call. urgent. dia kena gi putrajaya. masa tu jugak pulak tu.

"takpe la papa pegi, mama tunggu sini" memberikan ayat dengan penuh mesra. tapi dalam hati dalam hati pehhhhhhhhhhh mati la aku ni hahaha.

cesss... igtkan suh dia setel sorang. rupa2nya sendiri yang kena setel sorang :p

seb baik dah ada pengalaman sebelum ni kan. so tak lah risau sangat

wah wah wah. saya perasan saya dah boleh sikit-sikit la bergantung dengan diri sendiri. mungkin dah semakin "dewasa" hahaha ok la ok la dah makin tua lah hahahaha. ni kalau dulu en.laloque buat hal kata tiba-tiba ada hal macam ni. korang tak tahu kak jemah punya protes macam mana. bukan je hentak-hentak kaki, malah tarik muncung sampai boleh buat gantung hanger ok. pastu siap la ko tidur luar malam ni kah kah kah *tipu. ntah hape2 punya perangai. ntah la. bukannya tak faham dia terpaksa kerja. tapi macam tak boleh nak yakin kepada diri sendiri kot masa tu :p

perkembangan anak-anak

nisa:
berat: 14.2kg
aktif
BMI: ok
banyak songeh , tetiba

annur:
berat: 8.1kg
aktif
panjang semua ok
purata pun ok
kuat dukung hahahaha.

misi suka tanya soalan macam, dia minum susu berapa kali sehari? dia makan bubur berapa kali sehari. saya rasa soalan tu sikit punya memerah keringat petani ok nak jawab. terkebil2 aku dibuatnya :p

sebab tak penah kira pulak. saya sentiasa je stenby susu.

appoinment jam 2.00 selesai jam 2.40.

lepas tu BLUR. sebab laki kat putrajaya lagi. bajet en.laloque sampai sini balik 3.30ptg. pehhhh susu pampes semua dalam kereta dohhhhhhhhhhhh... kete en.laloque bawak. keje giler betul la macam ni. ni kalau anak aku berak ni karang mampos ni.

sementara tunggu en.laloque sampai.

"kakak tolong amik gambar mama dengan anoi"
"ish mama ni kan, macam-macam"

hahahahaha anak aku dah pandai membebel dah sekarang hahahahaha

seb baik cun :)

belolah menunggu en.laloque sampai

kul 4.10 baru sampai opis

lepas tu terfikir.

apsal aku tak call teksi je tadi ah. adoi.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

sHiReEn said... [Reply to Comments]

yer betul tu.. nurse suka tanya... baper kali anak minum susu?? sy duk kira ngan jari lagi tauuu.. hehehehe

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

alahai kak,baru nak pikir kekekekek

laloque said... [Reply to Comments]

ibu mithali gitu la

NUR AIN ZULAIKHA said... [Reply to Comments]

apesal la akak tetibe cm slow dlm berpikir ni??
musykil den..
tetibe..
ha3!!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said... [Reply to Comments]

pandai nisa mabik gambar eh. hehee

ieyka02 said... [Reply to Comments]

cica sweet jew..da pndai bebel yew kak vp cica tue..heehhe

Rina (◕‿◕)✿ said... [Reply to Comments]

haha. cica da pndai bebel cam mama die whahha
larikss :P

anyway,rina curik sekeping gmbar akak letak kat blog rina

sambil2 promote

hihi..

hope akak x kisah ;)

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

x tahan nisa mbebel mcm makcik2 ok...

klo dpn org x knal die bebel x kak vp..?? dlu ms jmpe x nak kt org...jeling2 jekk pndang..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^