Follow Viruspadu

Wednesday, March 03, 2010

Hanya RM8

balik ajer dari klinik tadi, saya terus gi market, beli barang-barang untuk masak. lately tak tahu kenapa, macam ada aura rajin sikit. mungkin lepas terfikirkan yang... nanti anak dah besar dan gi belajar jauh-jauh. apa lah perkara yang buatkan dia boleh rindukan mama dia ni. yelahkan. kita kan biasanya rindukan masakan mak. jadinya terfikir adakah nisa ngan anoi akan rindukan masakan mama dia ni hikhikhik. so mungkin sebab tu lately saya macam rajin masak sikit. eceh. (harap2 lama bertahan rajin ni)

lauk-lauk yang saya beli semuanya based apa yang en.laloque teringin nak makan :)

semalam dia ada cakap, teringin nak makan gulai telur

"mama boleh masak gulai tak, sedap jugak gulai telur kan"
"boleh je kot, papa nak ke?"

ayat laki den sangat diplomatik gitu, dia tak suruh, dia tanya-tanya jer hahaha, yelah yelah ai paham ok

jadi, senang la sikit, bila dia dah bagi hint nak makan apa, senang nak sambar apa barang yang nak dibeli. ni kalau tanya nak makan apa, dijawabnya "apa-apa jer" very tak membantu ok, itu patut kena baling batu wakakaka. ingat senang ke nak fikir hari ni nak masak apa :p memerlukan ketenangan, kusyuk dan tawadok semua haha

masakan pertama: kobis masak lemak, ini favvy nisa, kalau balik rantau jer mesti nenek dia masakkan kobis ni. kalau nenek dia lupa, mesti dia tanya-tanya sampai nenek dia kena masak jugak :p


sambal udang, ini sebab saje nak masak. takde sambal sambal macam makan tak complete


gulai telor, zoom kemain dekat, nak kasik nampak telur punya pasal hahaha, ini bukan telur itik tahu, ini telur ayam. harap2 rasa dia menepati piawaian tekak en.laloque, pestime masak gulai telor


goreng-goreng, sekor ikan dan beberapa ketul ayam. kot nisa nak makan kang, kalau tak ratah2 jer


ini lauk semalam, sardin masak dengan kentang, ini favvy en.laloque ni, dia yang request nak makan sardin semalam. suka nau dia ngan sardin.


dan tidak lupa bubur nasi untuk anoi. mana mama leh lupa dengan nasi anoi sayang. mama takkan lupa :)


jadi semua ini, saya cuma belanja RM8 sahaja. eh tak sebenarnya RM8.10. tapi sebab saya membeli tadi siap pakai spek hitam perasan diva padahal sebenarnya sakit mata, dia kasik diskaun seposen haha.

ok RM8 ni takyah la korang nak tambah dengan ikan bilis la bawang la gas la apa la. kalau kira tu semua susah sebab kena kira susut nilai permintaan penawan DD SS semua hiks

dah dah... berasa sangat berjimat hari ni. hanya RM8... eh dah dah takyah ulang lagi :p

tak sabar menunggu kepulangan suami :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

15 komen[s]:

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

memasak memang menjimatkan.. kalo makan luar dah ebrapa tu kan..

laloque said... [Reply to Comments]

masakan hari ni..... A++... cukup segala sifat, rasa dan memenuhi piawaian tekak ai

~ fiza said... [Reply to Comments]

wah byknyer lauk hehe nk cket....

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

8hengget cukup ek? ok teringin pulak nak mkn masak lemak putih kobisss

My Life My World said... [Reply to Comments]

Memasak memang best. Tapi yang tak best nyer, ambik masa berjam jugak lah nak masak, tapi masa makan tak sampai pun 30 minit. Kalau makan sampai berjam kan best ... berbaloi masak lama lama. Apa yang aku tulis nih :)

Nad Eusoff said... [Reply to Comments]

dari kecik dulu..mmg suke kobis masak lemak! meletop nih...adesss lapar!

So Close 2213 said... [Reply to Comments]

nyam..nyam sedapnya akk...

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

udangtu nampak sedap sangat...

zino said... [Reply to Comments]

8 inggit dapat macam2 ..memang sunggh jimat tu..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

perghhh sedapnya pandai gak VP masak yer.. mesti en laloque makan bertambah2

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

masak sndiri mmg jimat tp sy dah lama xmasak sbb bwk budak kan skrg, xlarat..rindu plak nak masak2...

betul lah vp kalu kita tanya nak mkn ape pastu jwb ape2 jer mmg xmembantu lgsung...

suka sgt lemak putih kobis tu..ngidam lah plak...he he he

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

masak sndiri mmg jimat tp sy dah lama xmasak sbb bwk budak kan skrg, xlarat..rindu plak nak masak2...

betul lah vp kalu kita tanya nak mkn ape pastu jwb ape2 jer mmg xmembantu lgsung...

suka sgt lemak putih kobis tu..ngidam lah plak...he he he

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

masak sndiri mmg jimat tp sy dah lama xmasak sbb bwk budak kan skrg, xlarat..rindu plak nak masak2...

betul lah vp kalu kita tanya nak mkn ape pastu jwb ape2 jer mmg xmembantu lgsung...

suka sgt lemak putih kobis tu..ngidam lah plak...he he he

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

masak sndiri mmg jimat tp sy dah lama xmasak sbb bwk budak kan skrg, xlarat..rindu plak nak masak2...

betul lah vp kalu kita tanya nak mkn ape pastu jwb ape2 jer mmg xmembantu lgsung...

suka sgt lemak putih kobis tu..ngidam lah plak...he he he

aZHIeeDA said... [Reply to Comments]

masak lomak kubis mmg sedap yum3







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^