Follow Viruspadu

Monday, March 01, 2010

jom sihat-sihatkan badan

akhirnya

daripada minggu2 lepas saya tak dapat gi aerobic, dengan macam-macam alasan, lambat bangun la, kena gi sini sana la, adoiyaiiii

dah la tu siap ugut suami, kalau tak dapat jugak pegi aerobic nak mintak kasut baru, cane tu hahaha, so daripada dia belikan kasut baru beh baik dia bawak bini dia gi aerobic jer wakakakaka leceh tul bini dia ni.

gi aerobic ni, bukan pasal nak kurus ke apa, bukan jugak sebab, "eh dah kurus pun nak gi aerobic lagi" tak la korang, bukan camtu, bagus ok aerobic ni, selain daripada dapat kurus, eh tadi cakap bukan hahaha, ok ok fine, memang niat sebenarnya nak kurus hiks, ok selain nak kurus bagus jugak untuk kesihatan. ok benda ni kommen sangat. korang pun dah tahu kan, saje kak jemah gatal nak cakap jugak, sebab kak jemah tengah bajek penasihat kesihatan sangat ni :p

ini dekat stadium sukan kat paroi, dan macam biasa takyah tanya kak jemah peta cane nak gi stadium ni, nescaya kalau saya memandai nak bagi gak peta kat korang, kang korang sampai kat sungai pisang lak, tak pasal-pasal kak jemah kena sumpah jer kang

kalau korang juga berminat, aerobic ni hari ahad, hari lain saya tak pasti, dan juga jangan cuba-cuba nak tanya kenapa buat hari ahad jer, kenapa tak buat hari isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu hari raya dan sebagainya, kang ada yang kena pelangkong kang, ko ingat kak jemah ni jaga stadium tu ke hape, eh tetiba marah haha

korang boleh datang seawal 7.00 pagi, sebab nak berebut parking punya pasal, siyes ahad lepas saya sampai 7.15 kot, pun dah penuh dah parking, kena parking kat hujung-hujung dah. dia start antara 7.20 - 7.30 kot, tak pasti.

kak jemah berapa kena bayar?
takde de bayar-bayar. ko pegi jer. terus join barisan tanpa perasaan segan dan silu. takde sape nak tengok kau tu de hahaha. upssss terlebih sudah.

ok cukup info kan, rasanya semua dah paham dah. bagussssss

saya sampai2 sana, terus cari parking, dan dapat parking paling hujung, takpelah hujung2 ni senang nak balik kang, sebab senang nak kuar, takde sape block ke apa, cuma kena jalan sikit la. takpe la jalan sikit. sbb memang niat nak kuarkan peluh pun kannnn

baru sedap landing parking, tetiba ada satu bau bauan ahaha, anoi ni spoil the mood betul la hahaha, time ni la dia nak wat projek baja tanaman tauuuuu. dah nak hongeh uruskan hal anak-anak, dan berjalan menuju ke padang, dah dengar dah muzik.

dalam hati "nak start dah, nak start dahhhhhhhhhhhhhhhh"

giler weiii dia punya semangat cane, tak tahu nak describe cane, teruja gilerrrr, tak semena-mena tiba-tiba kak jemah dah masuk dalam barisan dah. macam megik!


nisa yang malu-malu

"kakak kenapa kakak tak ikut sekali"
"kakak maluuuuuuuuuuu"

alahaiii aerobic pun nak malu ke cica oiii, tang terjerit-jerit dalam shopping complex tu takde lak ko malu. tang tumpahkan air kat kedai makan tu, pandai lak ko buat muka kering

penyudahnya, yang mana malu-malu tu, ko duk la luar, haa tengok jer la hahahaha


anoi yang sangat behave... bagus camni, minggu depan boleh mama join aerobic lagi

start dalam 7.30pg camtu, habis lewat gak, dalam 10lebih kot.

memang puas hati la, mula-mula aerobic, lepas tu ada poco-poco, lepas tu ada caca ke hape ntah.

peluh pun kuar tiktiktik, peh masa tu la dia punya nikmat weiiii, merasa peluh keluar tu adalah nikmat ok, igt senang2 ke peluh nak kuar, eceh

ok sebenarnya ada video kak jemah wanita besi aerobic sambil dukung anak, dah download masuk dalam fesbuk, kalauuu la korang nak tengok kena klik sana lah, malas nak upload lagi kat sini.


ok, warga seremban, jom jom, kot kita leh terserempak kat sana

tegur kak jemah ketika dia vogue sahaja ok, kalau nampak dia selekeh takyah aaaa, malu hahaha :p, ceh perasan kot ada orang kenal hahahaha

sekian


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

uish nisa kecik2 dah pandai kaver cun hahahaha

~ fiza said... [Reply to Comments]

go go kak jemah...
sama2 kita aerobik hehe
tp akak kt n9 sy kt jhr...

Qila Azali said... [Reply to Comments]

hihi.. dekat sangat dengan rumah qila.. (:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

besnyerr aerobik..N da lame x kua kn peluh tiktiktik tuu...

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

wah.. bagus ni.. satu aktiviti yg baik ni...

MUMMYMUJID said... [Reply to Comments]

x reti oh poco2...takut jdi zapin...

ArELeEz said... [Reply to Comments]

dah 80 ratus juta kali leez mempunyai misi utk b'senam2-an. & sebnyk 80 ratus juta kali gak la misi tu fail! uhuks3..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

kak jemah...chaiyok2...ehehehe

IbuHanna said... [Reply to Comments]

kak Jemah, every sunday ada event ni kat kompleks sukan paroi eh? x tau pon..mggu ni blk Sban nk joint lah..kot bole terserempak kak Jemah..he heeeee

-ibuHanna-

ad|nda said... [Reply to Comments]

hihi... sayer pun ske aerobik sebab aerobik je yg leh wat sayer cepat peluh.. main squash 30min pun tak peluh camtu.. ape2 pun saya aerobik sebab nak kuwush... ekeke :p sape yg dah kuwush tu aerobik utk fit kan badan.. nak menten gitu... kan?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^