Follow Viruspadu

Saturday, March 27, 2010

KK Home Deco, Nilai 3

pagi tadi. kitorang gi KM Plaza, amik seluar yang en.laloque tempah itu hari.

hurm. hari sabtu ni macam bosan giler.

semalam nisa ikut atok nenek balik rantau. sebab esok dorang nak berjalan ke keratong. ok la. takde apa hal sangat.

pagi-pagi hari ni la.

anoi macam sunyi je kakak dia takde. yelah nisa dengan anoi rapat giler kan. tadi masa kitorang keluar makan tengahari. ada budak baya-baya nisa. pakai baju pink jugak. anoi tenung je budak tu. lepas jerit panggil-panggil. lepas tu tiba-tiba mama dia lak rasa macam nak nangis. SEDIH. sedih tengok adik yang rindu kakak dia. tsk tsk tsk. apa ke tacing sangat jemah ni hukhukhuk

ontheway balik rumah.

"jom kita pegi nilai 3 nak"
"huh"
"papa boring la asik jalan-jalan seremban"
"nak cari apa?"
"takde apa, saje nak tengok-tengok barang"
"erm. atlis kalau papa ada plan. senang kita nak tuju"
"papa nak tengok set meja makan lah, haaa kita pegi KK Home nak"

terus senyummmmmmmmmmmmmmmm

lamaaaaaaaa tuuu tak jengah sana. lama sudah meninggalkan minat sendiri.

rupa-rupanya KK Home Deco dah ada satu yang besar kat depan kan. giler lah kagum

wuwuwuwuw kagum :p

kitorang memang takde bajet nak beli. tapi en.laloque dah plan nak deco ruang tamu.

korang tak tahu. sekarang bukan saya yang giler english style. tapi laki saya yang lebih hahaha. so deco untuk ruang tamu dia dah fikir-fikirkan dah sikit-sikit.

dia kata. dia nak tengok dulu. nak kumpul idea. nanti baru datang balik beli

nah ni saya snapkan untuk tatapan korang. nak listkan harga memang tak dapat la. tapi cuba korang klik gambar. rasanya ada yang harga dia lekat dekat barang.

ni kalau dapat ni best ni



lampu meja ni pehhhhhhhh kalau dapat laaaa memang terbaik


apa-apahal saya kena cat ruang tamu rumah saya dengan warna pink dulu :p



cun wooooooooooooo cermin tu.


katil ni kalau nak beli kena tunggu anak2 besar.


berangan. kalau la ini rumah sendiri



en.laloque plan nak beli almari ni.



ini saya suka. boleh letak pasu :)



uish cuci mata betul :)

geram-geram jiwa raga dibuatnya. tapi takpe. plan betul-betul. sebab benda2 macam ni makin lama makin banyak yang cantik-cantik. kan. (pujuk diri sendiri)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

tuhla.. puas rasa kan klu gi KKHD yang satu nih... besar giler.. dan panjang giler...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

suke sgtt vintage style...suwittt...

kak vp..g nilai3 tah2 btembung gn pRincE_ZA & family...hoho

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

kak jemah, kk yg kat belah depan tu dah lama laaaa :P


kakkk, rocking chair besi tu ingat harga tak??????

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

ye betul. kalaulah rumah kita macam tu kan. mesti tak boleh tidur malam punya sbb dah cantik sgt

SUZIE APAI said... [Reply to Comments]

berbunga mata hitam ku....

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

cantiklah vp...tp brgn english style mcm mahal2 jer...takut nk minat..kang minat kene beli, tp mahal..baik sy xyah minat..he he he

Suliana said... [Reply to Comments]

cantiknye..saya mmg berkenan english style ni, tapi laki saya tak kenan bunga2 ni..huhu..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^