Follow Viruspadu

Thursday, March 04, 2010

Nisa dan Pampes

ehem ehem

sebenarnya dah lama nak blog kan pasal ni, tapi asik terlupa jer

nisa dah lama tak pakai pampes, rasanya sejak umur dia dua tahun setengah macam tu. dan bulan ni genaplah nisa tiga tahun pada 25hb ni

bestkan anak pisah dengan pampes awal, saya kira awal la sebab umur dia belum 3 tahun lagi. tapi sebenarnya boleh je lagi awal, masa saya pantangkan anoi dulu. tapi sebab duk dengan mertua. kesian pulak kalau dibuatnya nisa kencing bersepah abis rumah orang.

seawal umur nisa 2 tahun dia dah boleh cakap dia nak berak dah, sebab dia tahu berak tu apa, sebab dia rasa berak tu, so tiap kali nak berak mesti dia bagi tahu. so senang.

nak ajar dia bagi tahu yang dia kencing atau dengan kata manis dia wiwi tu susah. sebab mungkin dia tak tahu wiwi tu apa. yelahkan budak kan pakai pampes mungkin dia tak sedar. tahu-tahu kering jer kan. kalau dia perasan seluar basah tu mungkin la dia tahu, ohhh basah, ini wiwi.

so bila saya terfikirkan itu. kalau saya cuti dan duduk rumah sendiri, saya cuba ajar nisa apa itu wiwi. saya buang pampes dia. eh maknanya tak pakaikan dia pampes la hikhik.

"kakak, kalau nak kencing bagi mama tau"
"ok"

dia ok-ok je lebih, padahal tak tahu pun wiwi tu apa

tahu-tahu basah jer

bila basah. kita kena marah dia. maksud saya bukan marah yang melampau la, sekadar bagitahu dia, ini salah. kalau jadi macam ni lagi kena bagitahu mama. kalau kita tak marah nanti dia ingat dia boleh buat lagi. yelah budak kecik kan. mcm ni la pun cara nak ajar dia benda salah dengan tidak. takleh lah cakap "alah budak bukan dia paham lagi"

kemudian saya mula slowtalk dengan dia

"kakak. kalau basah macam ni kencing la tau, kalau kakak rasa nak kencing lagi, bagitau mama tau"

hari pertama toksah cakap la, memang keje ko akan lap lantai jer, sebab dia memang tak tahu langsung.

sebab tu orang dulu-dulu yang pakai napkin kain tu, anak2 dia cepat belajar. sebab dia dah rasa basah tu semua. saya rasa la. melalui pemerhatian saya jer.

susah jugak sbnrnya nak ajar, sebab susah nak jumpa hari yang betul2 duk rumah. kadang bulan ni ada la sehari, pastu bulan depan ada sehari dapat ajar.

nisa dah boleh bercakap, dan paham apa orang cakap. ada cuti yang panjang, 4 hari cuti kot. saya tekad jer. apa-apa hal pun. dah takyah pakai dah. sebab saya yakin nisa dah pandai, cuma dia malas nak gi toilet

hari pertama, tak pakai pampes. pandai jer dia.
malam pun tak pakai. SUCCESS

hari kedua, success
malam pun

pehhh senang pulak anak aku ni

tengok-tengok terus ok
malam kalau dia nak wiwi dia akan bangun dan gerakkan papa dia.

dan sampai sekarang.

TAHNIAH nisa. mama bangga dengan nisa. hahahaha pasal ni pun bangga sangat, tak tahu la kalau nisa dapat naik pentas amik hadiah ke apa, terus mama pitam bangga punya pasal wakakaka

dan lepas ni anoi pulak. adakah semudah kakaknya.

dan pengalaman korang pulak macam mana?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

xnak cerita ke... nisa kencing dlm seluar kat kedai kain atas rak tempat letak kain berpapan2... hahahahaha... kejadian diminggu awal xpakai pampers

kolin said... [Reply to Comments]

ha ha ha kelakar tu en.laloque.. mcm mana lah kain tu agaknyer..

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

Sy dh ajar anak sy dr dia setahun lg. Konon2 nk awal la. Dr dia setahun dh pandai berak kt toilet. Bayangkan dh brapa lama. Dia taknak ckp jgk kalu dh melepas. Nk kita jgk tanya. Tau2 dh basah. Tau2 dh plup plup dpn tv la apa la.

Sy hanya redha dan pasrah jelah....

So kdg2 pakaikan pampers lg. Tak displin la kiranya.

Sekali tuhan nk kasi bantuan ke apa tak tau. Masa die 2 tahun 5 bulan, dia kene penyakit bontot... Mcm kudis2 gitu. So nak taknak kene bukak terus pampers. Tp alhamdulillah. 2 hari pertama je dia kencing berak dlm seluar. Lepas tu dia dh pandai sendiri dah.

Dan alhamdulillah malam tadi, selepas lebih sebulan tak pakai pampers waktu siang. Mlm td pertama kali dia tak pakai pampers langsung siap paksa mama antar die pegi kencing tgh2 mlm.. Huhuhu...

Tak tau nk kata, wpn org lain mgkin ase bende ni biasa. Tp sy tetap ase bangga. Hohohoho......

Yg penting kene displin dan redha bila dia plup plup ditepi2 lantai. Hahahahaha

tentangseseorang said... [Reply to Comments]

aku rasa aku tau kenapa kak jemah begitu bangga.

sebenarnya kak jemah bangga sebab
"malam kalau dia nak wiwi dia akan bangun dan gerakkan papa dia."

maknya terselamat

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

haa..kak vp...en laloque suh citer tu..cite laa..

papepon..cOngratz kakak...kakak da besa!!

icha said... [Reply to Comments]

anak sy pun dh dekat nak 2 tahun.. berguna gak ni.. thanks!

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

haha camno tu? kena bayar ker sume hege kain tu?


cite lah VP nak tau jugak :)

Nana Aziz said... [Reply to Comments]

1 info yg amt bergune..tq tq..

EraNaZeErA.. said... [Reply to Comments]

wah bagusnya nisa... anak saya syasya sebaya ngan nisa.. pun dah tak pakai pampers... cumanya.. time nak buang yg besar je dia minta pakaikan pampers.. coz dia tak selasa toilet duduk.. tp kat rumah mak ngasuh.. ok je... rasa senang bila anak dah pandai berdikari kan...

dan yg paling best... bilamana nisa tak kejutkan mama dia.. kejutkan papa dia... wahhhhh... adakah mama dah jampi2.. hehehe...

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

budak2 kalau free diaper biasalah, seminggu dua tu seksa laa mama papa nya... tp kalau sabar, insyaAllah, genap 2 minggu, pandai laa dia cakap..

Si Zulfan pun free-diapers sebelum 3 tahun tp idok laa awal cam nisa.. 2 minggu jer dia tersasul, skang ni dah pandai dah, even pakai diaper bangun pagi2 pun, dia suh bukak diaper tu bila nak kencing...
sweetdarling79.com

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

Aqilah siang je tak pakai pampers, malam stil pakai pampers... mama tak larat nak bangun memalam... ahaks...

ArELeEz said... [Reply to Comments]

p'kembangan yg m'berangsangkan! chaiyok, nisa!

Tijah said... [Reply to Comments]

tu blm lagi sok sok nisa naik pelamin plak kan?

errkk...

sowi acik jah over imejin...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^