Friday, March 05, 2010

Petua Daging Lembut

semalam saya masak daging masak kicap. macam la sebelum ni tak penah masak kan hahaha, dulu mak saya ajar, dia goreng dulu daging tu. tapi sebab apa ntah kepala weng-weng masa masak, konon nak buat resepi baru. (sebenarnya orang lain dah berkurun dah buat), saya cuba perapkan dulu daging tu dengan kicap dan bahan-bahan pelik yang lain eh maksudnya jintan manis la apa la tu semua (tak tahu nama)

dan masak seperti biasa,

tiba-tiba daging saya liat

dan liat

dan liat

arghhhhhhhhh...

camne ni, liat pulak, kalau nak makan tu memang boleh la, tapi memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga kekuatan gigi yang tinggi dan juga kesabaran yang tinggi, ye memang kena banyak sabar, kalau tak memang dah baling daging tu dah. atau pun boleh baling tukang masak dia sekali hahahaha (berani kau!)

bila dah blur, tingggggggggggggg (idea hahahah tak habis2 tingg ni)

komenga komengaaa... fesbuk komengaaaa... lei mo kau co waaa (tetiba) dan saya pun mohon bantuan rakan-rakan yang bijaksana di dalam fesbuk. terima kasih korang sudi kongsi petua tanpa berbelah bagi. terharu tsk tsk tsk srettttttttttttt (buang hingus)

so saya kopipeskan utk tatapan korang, berguna ok petua-petua ni :)







ok yang bawah bawah dah takleh pakai dah punya petua hahahahaha

ok tu jer, moga dapat membantu antara kita :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

hoi ada ke goreng dulu..
mak kita ajar rebus dulu laaa..

heeee..malu ok..hahahha!

viruspadu said... [Reply to Comments]

goreng aaaaaaaaaaaaaaaa

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

lamerrr x mkn daging msk kicap...yummyy!!

Mak Su said... [Reply to Comments]

saya nak try rebus daging dengan sudu.... kebiasaannya daging masakan saya liat gaks... huhuuhuh

tq tq

Alida Ali said... [Reply to Comments]

potong daging selalunya kena berlawanan dgn line dia baru la tak liat...tu yg saya bt la...kalau kak jemah bt benda yang sama pun liat tahu la sy cm mana lagi...

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

eheh nama saya ada disitu..glamer i kejap masuk blog kak jemah hahahaha..gile glamer


So kak dah jadi??

blackcardomompods said... [Reply to Comments]

VP,umh u ada pressure cooker tak?itula cara terbaik nk lembutkan daging.i selalu masak gitu.buh lam PS pastu bru maska seperti biasa tp air rebusan tu ambik wat masak sekali.

blackcardomompods said... [Reply to Comments]

VP,umh u ada pressure cooker tak?itula cara terbaik nk lembutkan daging.i selalu masak gitu.buh lam PS pastu bru maska seperti biasa tp air rebusan tu ambik wat masak sekali.

ArELeEz said... [Reply to Comments]

yg letak panadol tu, betulkah?

Fairul said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum puan,

cantik blog ni ye.. warna pink sana-sini. :)

Saya nak kongsi sikit petua lembutkan daging ni..


Petua Melembutkan Daging

Terdapat banyak cara untuk melembutkan daging yang liat. Diantaranya:
a)Biarkan daging dalam ketulan besar untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jika daging dipotong pada saiz yang kecil, kehilangan air yang banyak dari daging akan menyebabkan daging kecut dan bertukar liat.

b)Menurut petua tradisional, sediakan sebiji betik atau nanas muda bagi melembutkan 3 kilo daging. Kisarkan betik atau nanas dan gaulkan bersama daging tersebut. Biarkan selama satu jam. Selepas itu, daging boleh dibersihkan dan dimasak menurut kehendak individu.

c)Potong betik atau nanas dan rebus bersama daging sehingga mendidih. Kemudian angkat dan asingkan dan setelah sejuk iasedia digunakan.

d)Melembutkan daging secara moden. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.

Selamat mencuba. :) Banyak lagi petua dan informasi tentang daging ni. Jemputlah lawat http://kambinghalal.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^