Follow Viruspadu

Wednesday, March 03, 2010

sakit mata yang berulang-ulang

ops... orang cakap, kalau sakit mata, kena cakap sakit bontot kan, tapi kang kalau saya tulis "sakit bontot yang berulang-ulang" kang lain pulak jadinya hahahha, korang bukan boleh title-title macam tu, cepat je kona hahaha

17 haribulan yang lepas, saya juga sakit mata di bahagian kiri, tapi bahagian bawah mata la, dia punya style dah macam ketumbit tapi bukan ketumbit, ha cane tu? ketumbit yang bukan ketumbit, wtf! hahaha. doktor kata bulu mata kena infection apa kebenda tu semua. ok la fine, kalau bulu mata kena infection, terus saya kuarantinkan mata saya dari memakai sebarang maskara, mungkin sebab maskara tu, mungkin la, kita main try and error

dan semalam, tiba-tiba saya rasa pedih-pedih balik mata sebelah kiri, tapi kali ni kelopak mata pulak pedih-pedih

"kaksam, mata saya macam nak sakit balik la" ~kak jemah bermanja-manja dengan rumet
"cuba mah takyah pakai eyeshadow mungkin tak sesuai kot, tak pun cuba tukar produk"

haaa ok ok, betul jugak.

malu ok asik sakit mata hahahaha pastu mesti kena syak skodeng, tensen aku. dah la muka terus jadi tak vogue keh keh keh itu yang kak jemah fikir, dush dush dush

hari ni mata sebelah saya dah membengkak bagai johan (bukan johan raja lawak ok), dan tika entry ini ditaip, kak jemah menggunakan mata hati lebih 70% hahaha over kau. sebab mata sebelah dah bengkak dapat bukak satu line jer :p tapi gigih jugak nak update, biasalah wanita besi

ok jap lagi nak siap-siap nak gi klinik. kesian kak jemah kena pegi klinik sendiri sorang-sorang jerrrrrrrrrr tsk tsk tsk

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

danishahumaira said... [Reply to Comments]

kalo da kerap kena jumpa speacialist tu, take care jemah

So Close 2213 said... [Reply to Comments]

cian akk asik sakit vontot aje.. kurang vit C kot..hehehe xpe akk g klinik amik ubat letak ubat nnti dh baik corat coret citer2 kelako lagi ye..akk memang best..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

haah kan vp selalu sakit mata..vp sakit mata sy sakit bontot..he he he..cpt2 sembuh vp







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^