Follow Viruspadu

Monday, March 15, 2010

Tahniah 1218128

aiseh, sekali kak jemah lupa daaaa

bila ramai yang tertanya-tanya siapakah pemenang 1218128 itu :p

ok ok pemenang adalah Wan Munirah Wan Ibrahim
hambek ko nama penuh haku letak huhuhuhu...

Tahniah kak moon, nanti saya gi terengganu, sila layan saya ok eceh paksa hahahaha


banyak sejarah kelakar masa saya nak pos tudung untuk moon ni tau.

mula-mula saya hantar pakai kanggaroo, siap larik waktu lunch ok, cepat-cepat pegi seremban 2 tu, tulis alamat cepat-cepat, pastu macam konpius

"cik, betul tak saya tulis ni, ni nama saya, ni alamat kawan saya"
"oh ini terbalik, takpe, saya betulkan"

tapi dalam hati memang ada sawang sikit hahaha. dah rasa tak sedap hati jer.

sekali kau.

hari apa ntah. lepas lunch ke hape. tengok-tengok atas meja ada pasel.


cissssssssssss ini macam tudung aku hantar kat moon niiiiiiiiiii... tak gunak betul. tak tahu nak salahkan sape. wtf wtf wtf. aku salah ke. kanggaroo ni salah haa. coba ko stori sikit kat ahkak ni kejapppp

dan seperti biasa
"papaaaaaaaaaaaaaaaaa... tengok la kengeru je, dia hantar balik tudung kat mama"
"kan papa dah cakap, isi balik borang baru, papa dah agak dah, mesti dorang silap punya"
"alaaaaaaaaa"
"takpe, tunggu papa balik, kang papa poskan semula"

tragis betul :)

tapi takpe. bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. eceh. tak sesuai langsung ayat ni hahahaha.

harap-harak moon suka yer...


nanti dah amik gambar pakai tudung tu kang harus publish ok.

insyaAllah, sebab ramai je frust sebab kalah, tengok kang, kalau ada rezeki saya buat contest yang senang-senang macam ni lagi yer :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

Ceera said... [Reply to Comments]

andak memang hamprak bab hantar2 barang nie.. wakakaka..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cOngrats to sis Mun...

kak moon said... [Reply to Comments]

adeh.. nama penuh tu.. haha... nanti saya update ngan entry tayang tudung tu.. haha.. tp tak la selawo kak jemah pakai.. hehe...

LiAnA said... [Reply to Comments]

adeh nk gelak ke nak kesian kikiki







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^