Follow Viruspadu

Wednesday, March 31, 2010

Ukur Jalan Midvalley :)

CC tegur saya "zai, semalam cuti macam berjanji pulak dengan su ye"

uhuk uhuk uhuk. oh ye kat opis ni memang ramai suka panggil saya zai. walaupun saya tak gemar dengan panggilan tu. tapi takpe. zai tu pun tetap nama saya hahaha. kalau nak panggil maria pun saya tak kisah. inikan pulak zai kan hiks

"bukan macam CC, tapi memang berjanji pun"

hahahaha ini kita namakan dia sebagai "PLAN OPS" ~cipta sendiri tanpa persetujuan mekchu hahahaha

dari minggu minggu minggu minggu lepas lagi kitorang plan nak gi jalan-jalan shopping kat midvalley. ibu-ibu memang macam ni. nak gi shopping sabtu ahad sebelah tangan dah masel dukung anak. memang jiwa tak tenteram. jadi jalan terbaik adalah PLAN OPS hahaha amik cuti dan yadayadayadadadaddadaada... SHOPPINGGGGGGGGGGGGGG

siap kitorang mengadap2 dalam bilik. pegang diari. pilih tarikh

"minggu ni bizi, ada meeting pung pang pung pang"
"hari ni tak boleh, sebab kita kena buat ni"
"tinggal minggu ni, tarikh ni amacam"

hahahaha senang sembang dengan mekchu sebab sama seksyen, sama keje. lalalalala. bilik pun sebelah-sebelah. kiranya kalau nak tiba time makan tu. main angkat angkat kening jer dah paham la hahahaha. maknanya "jom la makan, ko tak lapar ke" hahahaha itu pun cipta sendiri tu :p

hari isnin
"sok macam mana" cakap siap pelan-pelan. dikhuatiri jiran sebelah menyebelah dengar lalu nak follow hahahahaha
"kita gerak jam bla bla bla"

plan nak pakai baju persahabatan pun tak jadi. eceh.

pagi itu. saya follow en.laloque pegi keje dulu. sebab janji mekchu amik kat opis kul 8.30 wuwuwuw. kitorang plan naik komuter je uols. nak bawak kereta kang letih nak drive nak parking apa kejadah tu semua. lepas tu mesti bila dah letih shopping kekdahnya kaki dah lenguh2. apa kes nak drive kan. kesian la mekchu. saya tak drive ihiks

jakun giler kak jemah nak naik komuter hahahaha.

masa ni saya terbayang yang orang duk cerita pasal orang giler se**x yang suka bergesel2 dengan perempuan dalam komuter.

giler menakutkan.

saya bukan boleh benda-benda dan cerita-cerita yang mengerikan macam itu. dengar pengalaman orang je pun saya rasa macam nak nangis.

bila saya takut. muka saya akan menten masam ajer. konon-konon saya garang la hahahaha. lepas tu akan cari tempat duduk yang macam ... siap kira diameter jarak dengan pintu , pencahayaan apa kebenda semua hahahaha sebab tu saya nak kemana-mana mesti bawak husban saya. takpun dengan orang yang betul2 kenal dan percaya je.

sejam jugak baru sampai. tu pun setelah memilih masa yang sesuai orang tak ramai.

apa plan kitorang gi midvalley?
takde apa hahahaha. saje nak tengok-tengok. kalau bekenan beli. mudah bukan! :)

saya terbeli. legging.

memang saya tercari-cari sebenarnya

tapi biasanya yang saya jumpa konfem singkat.

kalau tak sampai lutut. mesti atas buku lali. yang ni baru jumpa betul-betul bawah buku lali. kat ELLE. ada diskaun. tu pun fikir 40 juta kali baru beli. mahal ke murah mahal ke murah. berbaloi ke tidak berbaloi ke tidak. ye lah setiap sen itu adalah keringat ok eceh. saiz S yang last. saiz S ni bukan bermakna kecik atau saya kurus hahahaha (point ko apa jemah) tapi saiz M dengan L dia bapak la panjang nak mampos. gilo apo, terpaksa beli sebab dia kata S last item hahaha. kalau dia tipu siap la dia.

jalan-jalan tengok kasut. dan tidak memPLAn nak membeli kasut :p tapi kasut ni kalau ada diskaun sebanyak 80% memang saya beli wakakakaka

clarks :p
RM236 kot. kot la. sebab tak berapa ingat. yang ingat harga dia dua ratus lebih lebih :p

masuk-masuk ajer kaki. pehhhhhhhhhhhhhhh terbaik ah kasut ni. lembut giler dalam dia. lepas tu kak jemah terus berangan jutawan dan membeli kasut semacam itu 11 pasang hahahaha. kalau nak beli pun beli dalam hati je:p

pancake durian :)


saya mencari sehelai baju. atlis dapat sehelai pun jadilah dah berlelah-lelah datang dari seremban ni kan :p

tapi cari cari cari.

dah berkenan lengannya pendek. dah berkenan mahal nau la pulak. dah berkenan jarang pulak kainnya.

jadi. apa yang kau beli?
legging hitam dan buku little einsten untuk nisa :)

kitorang pulang jam 3 petang. dengan kaki terjengkut-jengkut kepenatan. tapi puas hati beb. puas hati.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

makdara terdiva said... [Reply to Comments]

salam jemah..

penkek durian tu mmg sedap gilerr

meh arr dtg sopin One Utama..

pst..pst..ade award & tag utk u..silalah amek ye..

churalliya said... [Reply to Comments]

rasa mcm nak repeat blk la.. x puas kan.. next time janji kiri kanan tangan mesti ada hasil.. soh laloque baca entry sue.. hehehe..

kak moon said... [Reply to Comments]

uwaa... g MV tak cakap... hehe... klu tak leh jmpa..

Mr. said... [Reply to Comments]

kak jemah biar betol clarks ade diskaun sampai 80%???

viruspadu said... [Reply to Comments]

Mr. saya cakap "kalau" hikhikhik







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^