Follow Viruspadu

Friday, April 02, 2010

Bawalah Masalah Balik Ke Rumah

ahak ahak, ada pulak kak jemah kena baling dengan selipar ni kang. semua orang dok kata. masalah opis jangan bawak balik rumah. tinggalkan di depan pintu. tapi dia cakap lain pulak hahaha

maksud saya. jangan la bawak balik "MARAH" ajer. itu memang tak pasal-pasal nama dia.

sebab saya rasa kalau tinggalkan masalah. nanti lagi stress ooo sebab esok kena hadap jugak masalah tu ye tak.

oleh yang demikian. balik rumah. dan kongsilah masalah anda bersama pasangan anda :)

bukan senang kan nak kongsi masalah dengan pasangan. sebab kadang-kadang pasangan kita ni bukannya paham dan nak paham. bukannya nak dengar pun.

jadi macam mana nak buat tu?

orang kata la. "untuk mencari kawan yang baik. jadilah kawan yang baik"

tu bermakna. kalau kita nak pasangan kita menjadi pendengar yang baik untuk kita. Kita kena la berubah menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita. you get it :p

kalau nampak muka dia toya ye. tanya la apa masalah dia. try sembang-sembang ke apa.

dia bukan jenis bercerita. dia tu diam je.
kalau jenis cenggitu. kita la kena banyak tanya. jangan tanya yang menyakitkan hati atau tanya yang merimaskan la. atlis tanya "hari ni ok", esok tanya lagi "muka lain je, ada masalah ke hari ni?" kang lain2 hari pulak "cun/ensem hari ni, budak-budak opis tak puji2 ke hari ni" ~ayat2 menyakat, hahahahaha itu teknik-teknik sebagai membuka cerita. nak bagi dia start cerita ajer hahahaha.

jadikanlah pasangan anda tu merangkap bestfren merangkap kawan gaduh merangkap semua-semua sekali. so takde lah time ada problem je dia cari kawan dia. time ada hal je dia keluar kedai kopi nak rilis tensen kan. sebab tu la rumah ku syurga ku. bila ada masalah or tensen kat opis. balik. mesti lega. sebab kita ada orang yang nak kongsi nak dengar luahan perasaan kita kan.

pengalaman sendiri :p saya sendiri kalau tensen. kalau dah tak tahan sangat. mesti macam tak sabar-sabar nak jumpa suami. sebab tak sabar nak luahkan semua masalah. walaupun saya tahu dia takkan dapat selesaikan masalah saya. atlis saya dapat luahkan perasaan.

sebenarnya bila luahkan perasaan. kita akan lega. dan bila kita lega. otometik otak kita akan berfungsi balik. dan baru kita dapat fikirkan jalan penyelesaian untuk masalah esok di pejabat kan. lebih kurang macam tu la

dan kadang-kadang paling comel saya rasa. bila petang-petang berjalan menuju ke kereta. suami saya nampak ajer muka saya. terus cerita. "hari ni mama nak tahu tak pung pang pung pang" hahahaha takde la dia cerita pung pang hahahahah gilo ke apo kau ni hahahaa. saya rasa itu comel sekali. dan biasanya saya dengar je sebab tak faham hahahaha. yelah mana aku paham cerita kerja dia. tapi logik-logik dia paham la kan.

sebenarnya kita sendiri pun kalau ada masalah. dapat bercerita pun jadi la kan. itu pun dah puas dah.

kadang-kadang kita rasa macam mendengar tu benda remeh temeh je kan. tapi sebenarnya ia sangat bermakna ok kepada seseorang.

macam mana kalau saya takde pasangan?
ibu bapa ada, adik beradik ada, anak-anak ada. bila kita berkongsi masalah berkongsi rasa. hubungan kekeluargaan kita akan lebih akrab kan :)

benda yang kecil tapi impaknya besar.

jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda :)

sekian dari doktor jemah.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

betul la kak jemah:-) suami la tempat meluahkan perasaan dan perasan..kikiki

So Close 2213 said... [Reply to Comments]

tazkirah gi pagi jemaat ek..tq info yang baguih..;p

Muhammad Adam Rayyan said... [Reply to Comments]

auntie jemah,

adam tgk kalau Daddy muka kelat je balek keje, Mummy tak tanya trus ada prob ke tak. Mummy gi wat air ribena dulu utk Daddy. Selalu lepas semayang maghrib barula Daddy setat pung pang pung pang.

anyway, gud tips!

SUZIE APAI said... [Reply to Comments]

110% aku setuju







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^