Follow Viruspadu

Monday, April 19, 2010

berdua

hari ahad.

plan adalah duduk rumah semata-mata.

tapi macam biasa. saya kena basuh baju dulu la. itu ini la. jadi pagi-pagi saya terus kejutkan nisa bangun. ajak dia teman saya balik seremban. anoi saya tinggalkan dengan nenek. kalau anoi behave duduk kat seat dia takpe. ni kalau dah stok main terjun-terjun ni payah nak bawak bincang hahahaha. so mendapat la ko anoi. tinggal dengan nenek la jawabnya. omak ko ni bukan tangan besi. sebelah dukung dia sebeleh pegang stering. pehhh ini kalau pengarah filem kl drift tgk kak jemah bawak kereta handal sampai mcm tu sekali. memang dia tabik spring ahhh terus lantik jadi duta hahahaha

saya ni tak habis2 dengan kesian dengan nisa yang rindu papa.

yelah kalau saya rindu takpe. kalau anak rindu ni. hancur betul hati saya ni tau tak.

kelmarin en.laloque hantar video dia kat sana melalui emel la kan. en.laloque ada cakap ayat mcm ni. "nisa, jaga mama dengan anoi ye, papa balik lambat bla bla bla"

nisa ingat papa dia 3G ke apa kat dalam pc ni. dia melompat2 seronok. pastu siap lambai2 papa dia, lagi buat saya sedih. dia siap borak dengan papa, tiba2 video habis. dia tanya saya. "eh mana papa ni"

cuba korang bayangkan korang kat situasi tu. tgk anak ko borak dengan video papa. ya Allah syahdu giler cakap ko.

terus saya call en.laloque. suh borak dengan anak dia kejap.

pastu tiap kali dengar ada kereta parking je depan rumah. dia cakap. "eh mama tu papa balik ke?"

tiap kali sampai rumah, masa dalam kereta dia dah ckp "mama, papa tunggu kat rumah ye"

tiap kali bagi salam nak masuk rumah, "assalamualaikum, papa ada kat dalam ke, bukak la pintu ni"

*nangisssssssssssssssssssssssss

nak pujuk nisa.

"jom mama bawak nisa gi main mainan nak"
"ye ke mama, baiknya mama ni"

hahahaha anak aku. ayat kemain manis lagik.

mata bengkak2 pun bawak jugak dia main. demi anak :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

Qila Azali said... [Reply to Comments]

alaa sweet nye akak ngan nisa.. (:

RieNa said... [Reply to Comments]

pandainya nisa membodekk~!!

sian..rindu papa ye..tabar tabar..tak lama nanti papa blk k..

Pnut said... [Reply to Comments]

mah-nisa dah beso ni..muka dia mmg sweet je, serius, macam feminin je gayanya tu.. ikut sapa lah gamaknya

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

mah... cuba bayangkan camana situasi anak-anak arwah achik spin tu... lagi syahdu kan... mesti baya tu tengah rindukan belaian seorang ayah.. tetiba ayah pergi takkan kembali lagi dah... aduhai... lagi syahdu...apapun.. cam tuhlah kita sebagai ibu... bila anak rindu kat bapak... sedihnya tak terhingga...

mYpRecious said... [Reply to Comments]

saya pun kesian sgt dgn anak2 buah saya kak jemah.. bapaknya tu keje kat KL nun, akak sy pulak duk kt k.Trg. Bapaknya mmg jenis tk reti2 nak balik kg jenguk anak.. akak sy dgn husbandny tu mmg ad problem sikit.. laki die ade pomopuan lain kt KL nun.. mane nak ingt anak bini lg..

kadang tu bile sy tnye ank buah sy yg sulung (umo dia 6 tahun), daddy awak mane?

boleh tak die jwb " Che De boleh tak jgn tnya sy pasal daddy, saya bosan lah"

tp sy tau jauh di sudt hati die tu rindu sgt dgn daddynya..

sebak je hati dgar bdk sekecil tu ckp mcm tu kak..


Nisa sabar ye.. nanti papa nisa balik lah tu.. =)

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Kak Jem,

Sweetnya.. tiba2 rasa nak ada anak ;P

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

sedehnyaaa baca entry ni..
hold on there sis..
x lama lagi tu :)

fiez^^fiezryn^^fiza said... [Reply to Comments]

udah rupa anita sarawak pulak kak jemah neh... hehehhe

Alida Ali said... [Reply to Comments]

Kak jemah ni cam abby abadi la sy tgk hehe...

viruspadu said... [Reply to Comments]

mYpRecious
alahai sedih la. kenapa sanggup diorang buat anak terindu2 mcm tu ye. kalau terpaksa kerja takpe la. ni kalau saje2 malas. memang takleh terima tsk tsk







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^