Follow Viruspadu

Thursday, April 15, 2010

buku untuk nisa

sayu je hati bila balik kerja, nisa dah menanti kat depan pintu sambil lompat-lompat gembira.

"mana papa"
"papa keje. dia balik lambat"

untuk elakkan dia sangat merindui papa. malam tu saya tanya la dia.

"kakak nak mainan apa, esok balik keje mama belikan ye"
"kakak nak buku tiggerandpooh mama"

hahaha orang tanya nak mainan apa. dia jawab buku pulak. tapi lagi bagus. buku murah sikit.

saya ni korang tahu-tahu je la. kalau saya sorang insyaAllah saya takkan sampai ke jasko nun. biasalah gelabah lebih. belum sampai jasko lagi dah gelabah dah fikir nak parking kat mana. nak amik tiket parking mcm mana. nak masuk entrance mana. hahahahaha. poyo!

tapi anak punya pasal. semua bisaaa. bisa di atur dong.

buku colour dan pensil kaler untuk nisa :)


tapi kebetulan dah best2 dah belikan untuk dia. saya sampai2 rumah je dia tido pulak hahaha. ini namanya kejutan kejut kejut tan. omak eh yang terkejut hahahaha.

nisa bangun dalam jam 9 malam mcm tu. gigih saya tunjukkan jugak hadiah untuk dia.

lepas tu. ahhh sudah. sampai ke tengah malam dia ajak saya mewarna sama-sama hahaha

"mama, bila mama nak belikan selimut handy manny kakak?"

ah sudah. mana aku nak carik ni!


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

ieyka02 said... [Reply to Comments]

nica nie kiut tp hok hany manny la ben10 la sume dye suke kot..hehhe

shadowz said... [Reply to Comments]

hehehehehe.....
(xtau nak cakap apa... just sengeh sorg2 sambil bayangkan keadaan tu.. rasanya mcm dapat bayangkan...)


(and rasanya dapat bayangkan jugak muka akak ble nisa mintak selimut tu..) hehehehehe

Gina said... [Reply to Comments]

salam Jemah
Husband you pegi Australia, yer ? Whuch part ? sebabnya Gina nie ada kat Adelaide sekarang...ikut husband sambung belajar...

Psl selimut Handy Manny tu, kat Australia nie mmg banyak







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^