Follow Viruspadu

Tuesday, April 13, 2010

di KLIA

hari sabtu lepas, keje saya lain takde. selain daripada tengok jam tengok jam tengok jam

kejap-kejap tanya "papa nak gerak pukul berapa" hahahaha walaupun dia dah bagi tahu pukul 6 tu banyak kali. saya tanya jugak.

flite dia pukul 9.30 mlm sebenarnya. lambat je lagi. tapi dia kata kena checkin 2 jam awal. ntah ye ntah tidak tu. tapi takpe. pegi awal tak la terkocoh kacah sangat ye tak. tak la kelamkebut kot apa-apa hal nanti.

mulanya saya plan biar saya je hantar. tapi laki den tak kasik.

"kang, mama balik rantau kang sesat pulak. macam mana papa nak carik, tak jadik keje pulak papa karang mencari mama sesat je kang"

hahahahah siot! tak kasik motivasi terpimpin langsung oooo tekanan guwe.

tapi bila fikir-fikir betul jugak. guwe kan gelabah lebih. hari tu masa nak jemput dia kat KLIA tu pun sesat-sesat sampai nak ke KLCC peginya hahahaha. vudus vudus piang.

kesudahannya mintak tolong adik ipar je la jawabnya. kalau dah ada orang lain sekali. kemain behave lagi kak jemah korang ni. duduk ontok ontok je. drama air mata takde. drama 18sG takde. semua takde. nampak gagah perkasa betui. pui pui pui

family picca

belakang tu pelakon tambahan hikhikhik

kitorang call rep (PA dah lama tak berkhidmat hahaha) tunggu punya tunggu tak jugak sampai-sampai. saya dah nak balik dah. yelah kat rumah rantau sebenarnya ada kenduri cukur jambul dan aqiqah anak buah saya. jadi kitorang kena balik cepat la. keje kat rumah dah melambai-lambai. si rep tak gak sampai2. rupanya2 enset dia tertinggal, dia patah balik pulak. olololo.

lama giler tak jumpa kau rep.

kita lawan. pipi sape lagi tembam :p

sejak dua menjak ni. saya makan banyak woooo. kenot tahan la. nampak nasi je lapar. lapar je nampak nasi. tu pasal hasil dia nampak kat pipi :p

dalam 7.30 kitorang pun salam-salam la.

nisa peluk papa taknak lepas. sedih.
mama peluk papa taknak lepas hahahahaha ok tipu giler kau nak peluk2 kat situ. kau ingat aku ni tak tahu malu. ai pun salam-salam ajer ok. "papa jaga diri ye" sambil menahan air mata bergenang. jangan menitik jangan menitik jangan menitik hahahaha

dan kitorang pun berpisah.

"eh ari mana jalan nak gi parking ek"

hahahahahaha tengok! tengok! jalan nak pegi kereta pun kau lupa. ada hati nak drive balik sendiri :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

Arin said... [Reply to Comments]

arin pon selalu lupa kat celah mana parking kalu gi klia tuh.. :)

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

kekek alamak kak jemahhh, parking pun lupa mmg betullah tu caner nak balik sendiri kekeke

ratna said... [Reply to Comments]

vp.. mmg kalau nak pi oversea kena check in 2 jam sblm penerbangan..

nyebok jer pelakon tambahan tu..

Leen said... [Reply to Comments]

wahaha.. memang sesat le kalo kak jemah balik sendiri.. tp takpe semangat tu yg penting, haha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^