Follow Viruspadu

Monday, April 05, 2010

Muzium Negeri Sembilan Part 2

hambek ko part 2 kekdahnya kan hiks

saje je ai gatal buat part-part. gambar banyak satu hal jugak tu. lepas tu macam semua benda dalam muzium tu kalau boleh semua nak share dengan korang tu la pasalnya. konon-konon nak buat entry berilmilah sikit la wakakaka. so macam biasa la. mula2 plan ilmiah. lepas tu kelaut. macam korang tak kenal sama buk jemah.

hari sabtu. sabtu ni saya plan dalam kepala hotak saya lain sebenarnya. macam plan nak pegi facial. dengan nak pegi kelas mekap fiwitt fiwitttt... dapat invitation dalam fesbuk ado kelas mekap kek seremban ni ha. berkobar-kobar dah hati nak join. well. macam biasalah kan. kita ni hanya merancang.

laki den kato. minggu ni balik cheras. titik. hahahaha.

macam biasa. saya memang ikut je cakap suami. jadi semua plan simpan dalam hati. wah kak jemah feeling2 isteri mithali nampak :p. padahallll... lagipun balik rumah ibu bapa sendiri kan. sape taknak! rindu family juga. rindu mak abah juga.

pagi itu.

"nak balik cheras kul berapa ni papa"
"kita gi muzium dulu nak" ~kata suami saya

wuwuwuw ko dengar tu. itu laki ai ajak gi muzium ok. punya lama gua berzikir sebelah telinga dia nak pegi muzium. baru kali ni mendapat aprovel. cis! tu pun mesti sebab ada pertandingan memancing udang ni kan hahahaha.

"ma kamera lupa nak cas kan"
"a ah la, takpe pakai enset je"

tu pasal gambar kelaut semuanya. blur blur blok goblok. terima je la apo yang ado. konon nak share info tapi blur. belasah ajer la kan

kitorang sampai jam 10.30 pagi. hari sabtu. tak ramai sangat orang. mungkin sebab 1st day kot. parking pun mudah je dapat. tapi panas bahang dia nauzubilah. menceceh2 peluh gua.

peluh2 pun muka menten :). masa ni macam konpius nak cari pintu masuk. rupanya2 kena naik tangga. kena tanggal kasut lagik. adat ketimuran sungguh muzium ini.

saya bukan apa. bila kena tanggal kasut ni. mula la nak cari port sorok kasut hahahaha. dah rasa macam masuk rumah pengantin la pulak :p

mula-mula korang layankan ajer la muka kak jemah sama anak2 ye. mula2 sampai muzium memang jakun sikit hahahaha


naik2 ajer tingkat atas. terus nampak penyu. nisa menjerit-jerit korang tahu. seb baik takde orang sangat. kiranya tak ramai orang lagi la. so bila dia sorang ajer jerit nampak macam comel la hahahaha. ce kalau dah ramai2 jerit. aku bagi penyekeh sedas je :p (emak garang)


nampak tu. penyu pemalu, sensitif lagik. jangan ngada-ngada nak sentuh ek. belasah kang.

kak jemah = penyu hahahahaha

well. konon sifat sama la. PEMALU. dush dush dush

yang belakang saya itu. yang penyu patung besarrrrrrrrrrrrrrr punya itu adalah PENYU BELIMBING ye anak-anak sekalian. atau nama omputihnya Leatherback turtle, haaa nama saintifik dia pulak adalah dermochelys coriacea. tak paham kenapa kena ada nama saintifik kan. pakai nama biasa2 dah la

ok nama saintifik kak jemah adalah maria lopez wah nak jugakkkkkkk

masih jakun lagi. ambil gambar kat pintu masuk. harussss gambar ni. bergambar kat pintu macam ni adalah wajib ok kalau tak macam tak sah la. kira kalau makan nasi tak cuci tangan la kiranya. takpun dah kencing pastu lupa cuci opsssssssssssss hahaha apa ke zalim sangat contoh aku ni hahaha


muzium negeri sembilan sekarang ni. bulan april ni. ada mengadakan PAMERAN PENYU dan SPESIS IKAN TERANCAM di MALAYSIA. wah dah bagi tahu entry lepas kan. sebab tu la semua gambar-gambar dalam entry ini akan ada gambar penyu dengan banyak. dan jugak gambar beberapa spesis ikan terancam.

"tu tetel tu". eceh. tu turtle tu. tunjuk seorang ibu kepada anaknya

ini rangka ikan paus.

kalau nak tengok beso sikit roman eh. klik la gambar ye. sape komplen gambar kecik. siap dia!

tengok penyu, lepas tu tengok nisa. sampai macam tu sekali nak tengok penyu hiks


Nama tempatan: penyu agar.
Nama Inggeris: Green Turtle
Nama Saintifik: Chelonia Mydas
Lokasi: geliga Kemaman, Terengganu
Tarikh Jangka Menetas: 22 April hingga 30 April 2010

ini telur penyu betul ok. berdebar-debar pulak saya masa ni. sebab telur ni at any time boleh menetas kan

saya ni kalau masuk muzium je mesti berdebar-debar ok. rasa macam lain macam je. saspen pun ada hahaha. poyos

ok kamera bertukar tangan. atau dengan kata lain dia. anoi jugak bertukar tangan. naik masel dah tangan haku. hongeh!

habitat penyu :)

peminat ikan. erm ikan temoleh ke ni. erm?


view dari kejauhan


ok zoom sikit, rangka paus


ikan lumba-lumba


ini rep. opssssssssss hahahaha sori my fren. susah nak bezakan dugong ni dengan ko wakakakaka larikssssssssssssssssssssss

tak tak. ini dugong

hidupan laut. hahaha sebenarnya lupa dah nama-nama dia.


Snout berbentuk Gergaji dari Ikan Yu Gergaji :)


Kuda Laut

banyak sangat anak-anak dia. kecik macam jentik-jentik. comel pun ye, geli geli geli mat pun ye

Kima


nahhh.. PANDUAN MENYELAMAT MAMALIA MARIN YANG TERDAMPAR


Temoleh


Kitaran Hidup Penyu


wahhh budak-budak sekolah kalau kena buat assignment pasal penyu. search google terjumpa belog kak jemah ni. konfem dapat A ni hahahaha. ha jangan lupa letak nama kat jemah dalam page penghargaan ye. eceh nak jugak tu kakakakaka.

tu dia. pameran penyu dan spesis ikan terancam di malaysia anjuran jabatan perikanan malaysia dan lembaga muzium negeri sembilan dari 1-30 april 2010

fuh dah macam iklan hahaha

kitorang tak masuk pun pertandingan mancing udang tu semua. pegi tengok2 aje. :)

ok. amacam. yang jauh di hujung sana. apa kata pegi muzium negeri sembilan sekarang :)

ok nanti saya buat entry pasal negeri sembilan ye. :p

muzium negeri sembilan part 3 :)

daaaaaa

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

wah kalau detail cam nih penerangan nko mah ...aku tak yah pegi pun tak pa ...sebab baca entry nko pun dah terasa cam masuk sendiri kat muzium tew akkakakakak

bagus la kowang bawak anak pegi tempat yg berilmu cam ni

ieyka02 said... [Reply to Comments]

kite da pnh g muzium nie..best..n chantek sgt...hehheeh...suke dok kt tangge2 sume tue..feeling kmpung cz xpnh ade uma cmtue...hehe

Leen said... [Reply to Comments]

Menariknya pameran penyu.. kat KL ni ada pameran keranda ha, nak gi tgok pun tak berani.. huhu

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

seronoknyerr kak vp jln2 1 family..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sungguh detail n3 nie pasal muzium..baguslah kecik2 nisa dah pg muzium dah..mmg kan kalu pegi muzium perasan tu lain mcm, mcm berdebar jer..yelah muzium kan tmpat myimpan brg2 sejarah n lama2..sy fhm perasaan tu vp...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^