Follow Viruspadu

Wednesday, April 07, 2010

Proses membesarkan anak :)

nak membesarkan anak.

siapa cakap senang. meh sini aku luku kepala dia. kecuali la dia jenis main lepas tangan je kan. eceh.

anoi dah flu dah beberapa hari dah. ubat memang dah ada. so bagi ubat je la. badan dia pun macam ada suam-suam kuku lagi. macam baru nak belajar nak demam hahaha. demam pun main belajar-belajar. kelas kan.

gigi anoi dah ada dua batang kat belah bawah dah. ini nak demam lagi. tak tahu nak belajar apa pulak. harap-harap sebab nak boleh jalan pulak kot. tapi takpe. belajar pelan-pelan sayang.

balik-balik kerja. nisa terus bagi laporan harian dia

"mama, mama, hari ni kakak jaga anoi baikkkk je"
"ye ke, anoi nangis tak?"
"dia nangis sikit, kakak dah pujuk ia dah"
"kakak pujuk macam mana"
"kakak cakap, syuu syuuu jangan nangis, kakak ada" ~dia cakap pelat la

hahaha comel je saya tengok.

ntah ye ntah tidak dia jaga adik dia tu hahahaha.

ada satu pagi tu kan. lagi kelakar saya tgk nisa. memang dah macam kakak sangat dah. saya nak pegi keje. anoi nangis nak dukung. saya pujuk la anoi jangan nangis semua kan. tapi anoi still nangis jugak. terus nisa bangun tido. terus amik mainan adik dia. terus bagi anoi. terus dia tepuk-tepuk nyanyi lagu tepuk amai2 tu. hahahaha. anoi terus gelak pulak tu.paling tak boleh blah. nisa cakap macam ni kat saya.

"takpe mama, cepat gi keje. biar kakak jaga adik,"

wahhhhhhhhhhhhhhhh tak menangis ke ko dengar. bergenang air mata haku ok. adoi nisa... nisa...

so petang tu tgk anoi punya flu tambah pulak dengan batuk. adoi. kalau pegi klinik pun. dah ada ubat. sama je. takpe lah pegi je la. emak memang biasanya risau tak tentu pasal. well.



nisa cuba nak buat aksi GBS hahahaha. update: adoi tersalah taip la. teringat2 kakred punya pasal tu yang tersilap taip GBM kot hahahaha. ok ok GBS ye GBS. geng bas Sekolah wuwuwuwuwuw


hasil tangkapan nisa. laju nau dia tarik tangan dia. bergogarrr


dah tahu dah anoi takde apa. hahahahaha



ini memang proses nak besarkan anak. kejap dia demam. kejap dia jatuh. kejap dia nakal. macam-macam pengalaman. kalau anak tu sihat je. ada ke macam tu.

takpe. atlis lepas pegi klinik lega sikit hati.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

norliza_osman said... [Reply to Comments]

salam akak,

standard lah tu akak.. anak liza pun macam tu gak..

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

yup, mmg omak lobih ghisau dr bapak ehh... den pun dah ghaso dah camno nak bosarkan anak.. mmg menguji tahap kesabaran haha..

sini-mughohle said... [Reply to Comments]

mungkin anoi belajar nk dpt adik kot...ha3 sweet sgt nisa


rose yusof

~adeQ~ said... [Reply to Comments]

musim kot...my dear syameel pun dah start batuk n selsema....
kakak kalau dapat adik mmg camtu kot, otomatik berubah jadi bertanggungjawab...tunggu anoi besar sket tgk dia pulak pujuk kakak dia...syahdu....

eTtY NoTtY said... [Reply to Comments]

HEHEH..SAMA CAM MIRUL PUJUK ADIK DIA NANGIS... KASI MAINAN @ BANTAK BUSYUK... TAPI DIA X PANDAI CKP LAGI...

P/S: SAMA LAA BAJU STRABERI AN-NUR NGAN IRAH...TUDUNG VP PUN CHANTEKKK...

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

akk mcm lieza lol..ank klu demam lieza dh panik dlu...wakakaka

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

comelnyer anak2 dara akk.....

nafiiz said... [Reply to Comments]

comel betul anak akak si anoi tu..
muka dia cool ajer..bak kata orang tue..sejuk mata memandang..
vp..kalu anak selsema tak baik2 jugak..malam2 bila baby dah tido ..asahkan kunyit hidup...sapu atas hidung dia..tu yang saya biasa buat..selamat mencuba..tapi konpemla hidung baby akan jadi kuning...

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

hehehe....harus kak oiiii..mak nya yang paling sebok kalo anak dah sokseksoksek...walaupun dah tau selsema tapi still risau kan..samer r...
tapi 2 orang anak kak jemah ni comey2 r..menurun kak jemah lar ni..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cepat mbesar budak2 ni...rs dlu N knl akak..cica br pndai jln..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^