Follow Viruspadu

Monday, April 19, 2010

yeyyy... bagus anoi

dah dua tiga hari ni. anoi dah berjaya berdiri sendiri. maksud saya berdiri lepas tu lepaskan tangan. lepastu dia gelak seronok2. hahahahaha. dalam 5-10 saat dia duduk balik.


melangkah dia tak berapa cekap lagi la. kalau takat mama dia pegang tangan dia bawak dia jalan pun. kaki dia melangkah bersepah2.

saya plan nak bersungguh2 praktis anoi berjalan dalam minggu ni. mana la tahu membuahkan hasil. kot nanti dapat bagi "hadiah terindah" kat papa dia.

so bila papa balik. mesti terkejut tengok anak dia dah boleh jalan.

hahaahaha. itu pun kalau berjaya la. saya cuba je dulu. kalau tak berjaya pun takpe je ye tak. eceh omak lagi xcited nampakkkkk...


tengah amik gambar anoi. tiba2 perempuan ni menyelit keh keh keh

tarik rambut dia anoi. tarik rambut dia.

hahahaha lepak dengan anak-anak ni kelakar la. ada je peel sorang-sorang.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

Aleeya said... [Reply to Comments]

ok anoiii tak tehhhh hehe, teruskan latihan amali ye anoi..pasni leh men kejar2 ngan auntie yaya heheheh

viruspadu said... [Reply to Comments]

yeyyy... mama boleh rehat. untie yaya ada :)

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

hahah comell anoi marah kakak dia potong line hahha

viruspadu said... [Reply to Comments]

wanie
hahahaha memang kelakar. anoi geram sgt dengan akak dia masa tu. baru nak senyum2 mama amik gambar haha

MaMa3H said... [Reply to Comments]

senang sikit kalau dah pandai jln...
garangnya annoi..

viruspadu said... [Reply to Comments]

MaMa3H
a ah senang sikit dia dah pandai jalan. kalau dia pandai jalan. mama pun dah mcm2 plan percutian dah ni ahaks

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Kak Jem,

Alahai Anoii comelnya dia.. go go go anoi.. dpt kaki ni kang jenuhla omaknya mengejar satu rumah.. kekekeke

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

alahai...gebus btl si anoi ni...

viruspadu said... [Reply to Comments]

Dayah,
kejar keliling rumah sekali hak hak

:: p R i n c E s S _ N ::
tgk emak la eceh

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

eh cepat jer dah pandai jalan si anoi nie..

ciutnye anoi! gebusss

HasneY said... [Reply to Comments]

good, anoi, anak auntie pun..dah menapak setapk dua..mmg penakut tul..kakak n abgnyer..8 dan 9 dah jln...dirah dh 10mths..takut2 lagi.he..he..cepat anoi..cepat...nanti ayah balik leh maen kejar2..he3

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

anoi comel~~ suke lah tuh boleh berdiri dah. kang tbe hari papa dia balik, terus lari2 dapatkan papa dia. hikssssssss.

nisa sajer tau nak sakat adik dia. comel lah budak 2 orang nh :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^