Follow Viruspadu

Thursday, May 13, 2010

boboboboboling nisa, go go

rasa macam dah terniat banyak kali dah nak bawak nisa main boling, tapi macam terfikir jugak, larat ke dia pegang bola tu kan. saya yang dah besar dewasa remaja (wahhh nak jugak remaja kau) masih lagi pakai bola no 9 kan, nisa yang baru 3 tahun ni kang macam mana pulak

lepas tu plan lagi, konon nak bawak sabtu ahad ke apa ke kan. yelah maybe senang sikit hari cuti. tapi lagiiiiiiiiiiiiii la fail ok. mahu nya tidak. sabtu ahad lagi menggila punya bizibi. hari tu la nak balik sana sinun, hari tu la kenduri bagai. last2 langsung tak gi

kebetulan hari ni macam terbuka hati sikit nak suarakan hasrat hati kat en.laloque, pegi je hari biasa. lagi senang kot, lane pun kosong tak ramai orang kan. so dapat main dengan aman sikit. takpe lah sok keje pun. lagi pun main tak sampai sejam pun kannnnnnnnn.

"kakak, kita main boling nak"
"nak mama nakkkkkkkkk, nanti kakak baling tengah-tengah"

hahaha nisa dah biasa main video game boling tu kan, dah tahu kena baling tengah2, tu yang excited giler tu

tengok dia punya excited macam mana. tak boleh blah. macam2 gaya dia buat hahahaha





bola kuning tu khas untuk kanak2, memang ringan ah

anoi tunggu la ye noi, tahun tahun depan boleh join kakak main boling ye :)


nisa tak baling bola, dia tolak ajer


bola dia perlahan giler ok nak sampai ke pin hahaha
boring giler tunggu, kalau nak lari terkencing kejap pun sempat wakakakakaka
seb baik la longkang dia dah bukak dah, kalau tak memang ke longkang ajer la kan
tp budak apa dia pedulik. janji bola tu guling2 dia dah hepi dah. kena satu je pun dia dah melompat2 dah hehehehe. kelakar.

anoi yang tersangat la lasaknya. badan dia macam lastik kalau kita dukung dia. geram je. kalau tengah jalan lagi la. sakit2 badan rasanya kalau dukung anoi ni


ya ampun, agak montok jugak saya dari belakang hehehe


papa : 86
nisa : 89
AAA tu saya la, sbb huruf M dia rosak, belasah ajer la nama apa pun :81

eceh nisa menang. padahal. lepas dia baling, dia jugak. lepas dia. dia jugak. kita sempat la baling sementara tunggu bola dia timbul huhuhuhu.

pengalaman pertama boling bersama nisa :)

ok dah



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

kak moon said... [Reply to Comments]

hehe.. anoi pnya baju dah macam penari balet.. ni tak leh terlepas pandang ni.. kang bukan bola boling je yg bergolek.. siap anoi merangkak kejar pin.. tak dapat bayang... hehe.. budak2 kecik ni.. nakal.. tp menghiburkan hati.. :)

StrewberiManis =) said... [Reply to Comments]

chumel la nisa ni
geram jeeeee
sengih2 baca entry ni =)

anoi pon same
rasa nak gomol2 pipi dia
tgk peha dia lagi geram
ayakkkkk
oh ok2, anak orang meh
ampun kak VP =)

btw, kita silent reader akak since 2years ago kot
ni br 1st time tinggal jejak
ihikkkk =)

p/s : kak, bila nak smbung cerita "U PINK MY HEART"? xsabar nak tgu next story!! best =)

viruspadu said... [Reply to Comments]

kak moon
anoi lasak sangat. akak tak dpt main langsung ok. dapat baling 2 kali je. hampes betul hahaha

StrewberiManis =)
hehehehe... omak eh tak geram sekali ke. emak dia kemain montok lagi tu hiks. UPMH nanti insyaAllah kalau ada kelapangan. kalau ada ketenangan dpt la sambung. skrg ni nak sambung. baru nak taip anak dah meraung. hilang mood acik haha

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

amboi.. pandainya nisa main.... anoi tu geram tgk dia .. si montel.

aMiYs said... [Reply to Comments]

ahaha.. comel aje anak2 akak... mcm akak jugak.. pandai nisa main boling ek.. hehe...

Ceera said... [Reply to Comments]

gaya nica sangat lawak.. hehe

b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

waaa...nica menang!
tabik aaahhh..

eh, skali pandang kan, nisa dah macam Jandi dalam bOys Over flOwer lah!!

sungguh!! tak tipu..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

cam best je tgk VP bwk anak2 g main bowling....bile laa daku bleh bwk dak kecik nih g main bowling??....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^