Follow Viruspadu

Wednesday, May 05, 2010

dia buat salah, apasal aku kena?

Salam korang,

hari ni tetiba terasa nak membebel boleh hahahahaha.

saje je wei. sebab semalam la ni, saya sembang-sembang dengan aloy, kawan lama masa sekolah dulu. jumpa kat fesbuk eceh. terima kasih fesbuk. tetiba.

macam-macam kitorang cerita. pastu ntah macam mana ntah. termasuk la bab masa sekolah-sekolah dulu.

kita zaman muda, zaman sekolah dulu selalu memberontak kan, sebab kita rasa kita ni betul. kita selalu rasa orang tak faham kita. betul tak? saya rasa majoriti kot yang rasa macam tu. biasalah tengah muda, darah panas kannnnnnnnnnn

sumtimes, kita salah. kita tahu. tapi kita mencari alasan untuk bagi kita puas hati yang kononnya kita betul. get it :p

"alamak, aku gagal la math, aku memang tak suka math ni wei, bukan apa. aku tak paham. cikgu tu la tak pandai ajar"

ewahhhhhhhhh kau yang tak minat belajar, malas belajar, dan dan tu petik nama cikgu kan. cikgu la salah apa semua ye tak. hahahahaha. tapi ini semua proses belajar, pengalaman hidup ni. sebab saya pun melalui fasa yang sama jugak macam ni. selalu mencari alasan untuk nampak macam diri sendiri betul. padahal memang jauh di lubuk hati kita, kita tahu kita salah :)

aloy, saje nak share cerita kita semalam huhuhuhuhu.

ada satu topik perbulan kitorang yang kesah dia lebih kurang macam ni la.

"ada sorang member buat salah, habis satu kelas kena denda"

sape penah kena. memang giler punya tak puas hati kan. kau sorang buat hal. dengan aku-aku terbabit kena denda dohhhhhhhhhh. nyah kau nyah kau.

lepas tu saya teringat ada satu blog seorang askar cerita pasal pengalaman dia. dia cerita yang dia bangun lambat. pastu dia selambe je gosok gigi apa semua dulu. pastu dia lambat la kan. sebab dia sorang lambat habis semua kena denda. best ok baca blog dia. tp dah lupa link dia. sebab dulu link dia ada kat blog nan-saleh, sekarang dah tak perasan hihihihi.

lama jugak saya fikir kenapa jadi mcm tu
siyes lama. kenapaaaaaaaaaaaaaaaaa ye.

lepas tu saya terfikir kenapa dulu, kalau gaduh adik beradik. walaupun yang salah adik kita. tapi mak mesti marah dua2 sekali. kalau salah sorang adik beradik buat salah, semua kena marah.

kenapa ye?

kalau dulu mesti fikir benda tu tak adil kan. kita rasa yang dia tak sayangkan kita la apa la. dia tak memahami kita la kan.

sekarang saya dah faham dah.

ini contoh tau

adik buat salah, habis tu semua adik beradik kena marah
kakak buat salah, habis semua adik beradik kena marah kena denda apa la semua

apa moral dia?
bila kita nampak adik kita or kakak kita or abang kita nak buat sesuatu yang salah, cepat2 la kita nasihat or marah dia jangan buat ke apa, so selamat la daripada kena marah. betul tak????

atau

kita sendiri nak buat sesuatu yang salah pun dah tak berani, sebab kesian nanti abis semua kena marah bukan kita sorang je.

nampak dah?

secara tak langsung memupuk semangat bertanggungjawab kita.

nampak tak?

ok kalau lah makabah kita tak didik kita mcm tu la dulu. kalau la. abang buat salah. abang je kena, adik buat salah adik je kena. kakak buat salah kakak je kena marah.
nanti. kita ni bukan pedulik. lantak ko la nak buat apa2 pun. ko yang kena bukan aku. pandai2 la ko nak bawak diri. pandai2 la pakai otak ko.

ha nampak tak kesan dia?

kadang-kadang dalam hidup ni kita rasa kita betul semua. kadang-kadang kita rasa orang tak faham kita. tapi kita lupa semua perkara hari ni berlaku bersebab. semua perkara semalam berlaku bersebab. ada sebab kita kena marah. ada sebab kadang2 kenapa orang tak suka kita. ada sebab semua perkara berlaku.

"kenapa orang suka dia, kenapa orang tak suka kita"

jangan kita persoalkan orang lain tak faham kita. tapi lebih baik kita tengok diri kita sendiri apa yang tak kena.

gituuuuuuuuuuuu.

sekian daripada
Doktor motivasi anda Doktor Jemah

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

melatizumia said... [Reply to Comments]

aku ke yg buat onar tu dulu??.. :p
jap.. nak ingat balik.. hehehee..

now, semua dah berjaya.. ada kerjaya, keluarga yg bahagia..

tq cikgu2 sekalian.. tanpa diorang, kt tak jadi seperti sekarang..

betul tak mmah??

krm salam sama aloy.. :p

viruspadu said... [Reply to Comments]

hahahaha

wei aku takleh komen kat belog ko la. why aaaa

Ceera said... [Reply to Comments]

contoh tu merujuk pada atam kan, cis kooooooo.. heheh

padan muka kena marah sama...

viruspadu said... [Reply to Comments]

hahaha bukan ah. tu kan contoh. hahahaha

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

kalo anak buat salah, tapi isteri kena marah, apa kes?

viruspadu said... [Reply to Comments]

e.l.i.s.s.m.i.e
hahahaha tu pun semangat berpasukan jugak tu hahahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^