Follow Viruspadu

Sunday, May 02, 2010

emak abah dah balik

"andak, nanti ko jemput mak abah balik tak?"
"ha mestilah"

.

"alang, bila mak balik?"
"ahad ni"
"ok jumpa kat klia"

.

"andak, silap la, bukan ahad, tp sabtu"
"la bukan sabtu minggu depan ke?"
"minggu ni la"
"ok ok"

.

"andak, ko terus gi sana ke?"
"a ah kita jumpa kat klia terus je la"
"ok"

.

"akak, mak sampai sana kul berapa, kumpul kul berapa"
"4.30"
"ok"

.

"andak, akak nak konfemkan, ko terus jumpa kat sana kan"
"a ah. eh mak sampai kul berapa?"
"4.15"
"eh ye ke, korang kat mana"
"nak bertolak dari rumah dah"
"ok jumpa kat klcc"
"banyak la ko punya klcc"
"hahahahahahahaha bengong"

.

korang tengok. punya kalut nak jemput mak abah punya pasal. tu sikit je tu. padahal banyak lagi calling2, padahal patutnya takyah kalut pun takpe je kot. hahaha biasalah kan over :p

erm. masa akak call bagitahu saya yang dorang semua dah nak bertolak dari rumah tu. saya tengah baik punya landing atas katil ok. sambil layan fesbuk. almaklumlah jakun. baru nak mengetest brodben maxis yang baru register kan. nak test la dah activate ke belum semua gitu hahaha.

sekali apa lagi melompatlah kak jemah dari katil. hahaha ok tipu. tak pun sebenarnya. terus jerit

"siappppppppppppppppppppppp cepat siap semuaaaa"

lalu en.laloque pun selamberdek je bercakap
"ek eleh. kitorang semua dah siap dah, ma je belum"

hahahahaha tensen je lalok.

nyeh nyeh nyeh.

jam dah kul 3 dah. kalau ikut. sejam jugak la kot kalau drive dari seremban ke klia tu. nak nak kalau jemah yang drive, bukan kata sejam. boleh jadi sejam tambah 23 jam hahahaha. campur sesat bagai.

masa tu lah baru nak buang sampah
masa tu lah baru nak isi minyak

jam dah kul 3.3o. masih di seremban.

teruskan perjalanan

tut tuttt (ceh mcm dramatik nak kasik bunyi telipon sekali, padahal bunyi telefon lagu stacy"
"andak kat mana" ~erieq call
"andak ontheway, nape?"
"abah dah sampai"
"haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

terus gelabah!

"cepatnya, andak lagi setengah jam kot sampai, tunggu andak tau"

tut tuttttttttt (lagi dramatik hahaha, kali ni kaklang pulak"
"andak kat mana"
"ontheway lagi" ~pura2 tak tahu abah dah sampai
"abah dah sampai la andak"
"ye keeeeeeeeeeeeeeee"
"andak lg setengah jam sampai sana"
"alang pun ontheway"

ohhhhhhhhhh seb baikkkkkkkk. ingatkan aku sorang lambat tadi. konfem kena tazkirah nanti. gigilll. mulut dorang bercakap kalau bertapis takpe. ni sorang2 mcm mesingun kata ko, mcm petir membelah bumi hahahaha. mana tak gigil hahaha. so bila semua lambat. legaaaa.

kat klia :)

kak jemah mcm peknen pulak haha

masa ni abah dah keluar dah. mak belum lagi. mak dengan kakcik tengah tunggu beg. abah selamber jer tinggalkan mak dengan kakcik kat dalam hahahahaha. kelakar. keluar semata2 nak berasap dulu. pastu dia masuk balik.

kitorang tunggu kat luar. buat apa lagi. tergedik2 la jawabnya

nisa pelik tgk. apakejadahnya mak2 sedara aku ni haha

tunggu beg ni lama giler kan. abah dah sampai dalam kul 3.45 mcm tu kot. tp tunggu beg punya pasal. kul 5 lebih baru kitorang dapat jumpa.

rasa touching sangat tengok merah, hadif dengan nabil tunggu mama dia balik. mama dorang kakcik la. yelah dorang mana penah berpisah dengan mama dia. sekali berpisah dua minggu kan. alahai.

siap dengar dorang cerita. si hadif sampai menangis2 kat rumah rindu mama. saya bukan boleh dengar cerita anak rindu makpak ni. sedihhhhhhhhhhhhh.



itu mak saya :p berseri2 betul muka dia tgk anak2 nak menanti kat pintu. :)

dan kitorang buat2 terkejut sekali lagi jumpa abah hahahaha. abis tu nak wat mcm mana kan. hahaha alahai abah abah. rokok punya penangan kan. kelakar betul abah ni

nampak tak kakcik kat belakang tu.

anak2 dia berlari2 peluk. SEDIH ok.

terus terbayang. kalau saya keluar outstation mcm ni. harus la drama air mata. tsk tsk tsk

selamat pulang mak abah kakcik

so beli apa? wahhhhhhhhhhhhhh takde soalan lain kah hahahaha


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

mermed Z... said... [Reply to Comments]

salam kak..
dah lama jd silent reader akak..
malu nk tegur..hehehe..

kak..
nk tanya..
akak beli baju an-nur yg polka dots nie kt mana yek?yg an-nur pakai dlm entry nie...
ter berkenan lah pulak...
;)

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

perh..touching la kak...

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

hehehe...sedey punyer entry kali nim..

viruspadu said... [Reply to Comments]

mermed Z...
baju tu kak edrina bagi hadiah la. tak pasti kat mana dia beli

Kaseh NazLieza
kesian kan tgk budak rindu :(

HOn3YB33
sedih + happy :)

zuera said... [Reply to Comments]

vp, dorang gi mana sbnrnye? wat umrah ke?

princess_eryna said... [Reply to Comments]

so touching laaaa mak mah...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^