Follow Viruspadu

Friday, May 28, 2010

guling guling day

hari ni cuti mengejut.

hehehehe saya la cuti mengejut. siyes tak perasan hari ni kena paksa cuti wakakaka. ayat tak boleh blah. siyes saya ingat jumaat ni keje. yelah saya mengajar kan isnin sampai khamis. so saya dah plan dah keje-keje tertangguh semua nak bereskan hari jumaat la kononnya. bajet angel tetiba terlebih rajin sudah. pagi khamis tu baru terperasan. laaaaaaaaaaaaaa esok cuti ke. hahahaha

patut la tak paham apa yang en.laloque dok cerita itu ini itu ini. dia dok cerita pasal jumaat cuti rupanya.

"cuti ni kita jalan2 PD tau"
"ok cantekkkkkkkkkk"
"sabtu ni kita balik rantau tau, ada meeting la"
"laaaaaaaa kata nak pegi PD" ~dah moncong
"yelah kita pegi PD, sabtu balik rantau, lagipun sabtu ni ada kenduri bos papa"
"laaaaaaaaaaaa kata pegi PD, kalau cantu takyah ah janji. benci tau"

hahahahaha tengok tengok. saya dah moncong-moncong dah.

en.laloque maksudkan pegi PD hari jumaat. saya sembang ingatkan hari sabtu nak pegi PD. siap tensen2 lagi. bengang la kan, dah janji baik punya pastu ayat kona-kona. rupanya awak yang silap wakakaka.

"laaaaaa cuti ke esok pa"
"ooo yang papa cerita2, ma tak paham2 tu. patut la, orang kata jumaat ni la pegi PD"

hahahahaha siot betul

di pagi jumaat yang indah.

"pa, macam ramai kan orang kat PD. mesti susah nak parking semua"
"a ah"
"macam malas lak nak pegi, mana ek tempat yang tak ramai orang cuti-cuti ni?"

sendiri tanya, sendiri jawab lepas tu. sebab erm... ada ke tempat tak ramai orang cuti-cuti ni. macam takde je.

hari pulak hujan kan.

sudahnya aktiviti hari cuti adalah golek golek atas katil. heaven giler. jarang nak mendapat momen semacam ini punya best.

en.laloque on nikon dia snap snap dalam rumah



sikit je masuk sini. sebab banyak yang blur la apa la. dia try yang manual punya, so byk la gambar tak jadi hehehe

saya ajak dia pegi taman taknak lak. dia malas nak kuar kot.

dah malam. kitorang dah mula bosan giler. sudahnya saya ajak en.laloque gi cuci gambar je lah. gambar 2 tahun lepas pun banyak yang belum cuci lagi. hari-hari snap gambar. gambar kepam dalam lappy. nanti haku format lappy ni. hancus semua kang. eceh cakap macam tak buat bekap la pulak hahaha.

aktiviti wajib nisa kalau pegi jasko. boling :)




terserempak pulak dengan ummi nisa (kak mas), dia baru lepas gi urut. alaaaaaaaa nak urut jugak


tudung biru tu baru beli tu :)

biru plain. saiz S. tudung maira. RM43.

lama tak buat entry tudung. sebab kebanyakkan tudung adalah sama. tudung plain. dari tempat yang sama. harga yang sama. so tunggu saya beli tudung yang lain sikit. baru saya tayang lagi hehehe.

sekian. diari cuti jemah.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

rynas said... [Reply to Comments]

la boleh gitu lupa cuti..cuti tu ler paling diingat jemah ooiii

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

yelah kdg2 xperasan ari tu cuti sbb dah biasa keje isnin hingga jumaat tu kdg2 boleh terlupe tu...

Ceera said... [Reply to Comments]

murah sangat tudung andak tu, pening atam, hahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^