Follow Viruspadu

Tuesday, May 18, 2010

hari ahad hari berkumpul bersama keluarga tersayang

ok sambung entry lepas.

kitorang adik beradik beremel2an dalam fesbuk. siapa nak bawak apa. yang konfem saya bawak laksa. ceera bawak jajan. siap cakap "jajan mahal" hahahaha

kumpul jam 2 petang

saya dan en.laloque bangun awal2 pagi.

malam tadi dah pegi pasar malam dah beli bahan2 nak masak laksa. tapi takde lak daun kesum. sebab tu la en.laloque awal2 pagi cari daun kesum tu. terus dia gi beli sarapan semua.

agak susah jugak sebenarnya nak masak bila anak2 meragam ni. nisa apa kena ntah. bangun2 pagi terus nangis2. letih sangat kot kat besday party kak shasha dia hehe. anoi pun meragam nak nangis je. semua nak dukung. semua nak dukung.

maka terjadilah laksa tawar hahahaha. eceh alasan terbaik punya. saje cerita sedih2 sebab nak cover malu laksa tawar hahaha. takpe la tawar pun tawarlah. yang penting usaha tu. *ayat penyedap perasaan

sampai2 rumah mak, yang ada ceera je. budak2 kecik lain ada la. maksud saya perempuan2 mulut besar yang biasanya gelak tak hengat punya takde. kaklang akak sepet kakcik semua takde. mcm pelik

"mana semorang tam?"
"dorang keluar beli barang"

laaaaaaaaaaaaa keluar la pulak

masuk2 dapur terus letak laksa. pelik kenapa dapur kosong semacam. dorang ni masak apa la agaknya ye. tertanya2 saya dibuatnya.

"alang bawak apa?"
"alaaaaaaaaaaaa andak, alang tak tahu pun kita buat makan2 ni"
"laaaaaaaaaa poyo"
"alang tak bukak fesbuk pun, tadi alang datang ni pun sebab saje2, seb baik alang tergerak nak datang"

hahahaha adehhhhh

"mana akak punya bihun soto?"
"akak tak sempat masak la, anak akak demam"

pulakkkkkkk

"kakcik mana?"
"dia lambat sikit, dia kat sekolah nabil"

oooooooooooooo

"andak, seb baik ko jadi anak kesayangan hahahaha"

tak gunak korang. memang terbaik perli saya, dah la saya sorang je bawak makanan (yang masak), dorang perli2 la saya buat entry saya anak kesayangan semua kan hahah cis betul dorang ni. anak kesayangan kena la masak. cissss lagi


takpe ah. tak kisah la tu.

akak kaklang sepet ceera nisa anoi.


nampak tak tangan peace kat belakang. tu saya la tu haha. saya tengah celur laksa.

dorang semua asik gelakkan saya. gelakkan saya sebab saya nampak "rajin" sangat. giler luar biasa. mcm kejadian pelik tp benerrrr (sleng jawa) macam tak pernah2 tgk saya rajin pegang periuk bagai. tp memang betul la. memang susah nak tgk saya pegang senduk sudit periuk pisau bagai kat rumah mak.

saya potong timun pon dorang nak amik gambar. tak gunak. tak gunak.


anoi yang sangat baik. takde sibuk2 nak cari mama pun. pandai lak main sorang2


sementara menunggu semua berkumpul untuk sambutan hari ibu. mak masih kat kedai. abah pun masih kat kedai jugak. tengah tunggu dorang balik rumah nak potong kek nak makan laksa. perut sumpah lapar ok

erieq


laloque yang sibuk baca manual d3000 hehe


mana mak ni

kejap2

mana mak ni

oleh sebab tak turun2. paksa en.laloque snap snap snap. rumah riuh dah macam ada kenduri. jiran kalau anak kecik nak tido mesti stress giler dapat jiran tetangga macam ni haha


MAK BALIKKKKKKKKKKKKK

cepattttttttttt

berdegang degung degang degung degang degung macam gempa bumi rumah. dah la rumah tu papan. bila semua berlari ke dapur. kecoh sangat jadinya

kek disponser oleh... ntah sape ntah. erieq rasanya sebab dia sibuk cakap kek tu mahal hahaha. kecoh lelaki tu

nampak kek tu kecik kan. mcm tak cukup sebab kitorang ramai kan. tak weiii. tak. kek tu tak habis pun. kitorang semua bukan penggemar kek. makan main rasa2 je.

last2 erieq belasah sampai licin. (dan sambil suap andak dia sekali)

waktu untuk menyanyi. waktu untuk potong kek. waktu untuk makan laksa tawar made in seremban with love hihi



tengok family blogger. semua sibuk nak amik gambar. tapi kaklang aka bigmouth, kalau setakat amik gambar beria, tp belog penuh sawang, tak payah la wei. pirahhhhhhhhhhhhh :p




mak potong kek, anak2 cucu2 dia yang over tersengih2 tu apahal ntah


gosip2 sambil makan.


dorang asik perli saya apa tau

"andak tudung kau tu berapa ratus"
"andak beg kau tu berapa ratus"

tak gunak hahahaha. kakcik yang pandai2 reka cerita woooo. tak pasal2 je korang ni. cisss. kakcik gigi jarangggggggggggg memang nak kena siap la ko dalam bas nanti ceh tetiba

mak bukak hadiah. wah mak nampak terkejut yang betul2 punya terkejut ni mak. hepi betul mak dapat hadiah hari ibu


"wahhhhhh ni nak suruh mak masak nasi lemak ni"

lalu abah pun menyampuk

"best nya hassss"

wei korang sila alert. abah jeles tu hahahahaha

lagi hadiah. dapat baju you. cantik


nisa tumpang rezeki hari ibu opah dia. tetiba dia pun dapat hadiah daripada maksu (sepet) ngan maklang (bigmouth)


zue dan ed :) ceh nama glamer konon. angah dan ayin :)


dah alang2 berkumpul.

en.laloque sibuk menembak sana sini
erieq pun tunjuk skill menembak

kaklang pulak bawak raket

jemah pulak sibuk bawak stroller oren yang baru beli hehehehe

apa lagi. memang beriadah la bersama keluarga. satu lorong tu. family kitorang je memekak



tgk ceera hahaha

"atam, ko macam pegang bantal je andak tengok"

sepet pulak tengah tunggu en.Q dia datang jemput. nak gi deting la tu.

wahhhhhhhhh ahad yang dipenuhi dengan keceriaan.

saya pulang ke seremban jam 7. malam. nisa tido anoi tido. semua kepenatan.

SELAMAT HARI IBU EMAK

sekian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

beshh gilerrr...meriah2....

FIESYAH said... [Reply to Comments]

seronok adik beradik ramai ni kan! rase kalo wat kenduri @ mkn2 penuh 1 meja....he..he...

idahani said... [Reply to Comments]

jemah, terbaiiikk..'laksa tawar' abih tak?

sesekali berkumpul adik badik mang seronok..

Qila Azali said... [Reply to Comments]

gambar blog semakin majuu.. sharp gituu.. bestnye celebrate mothers day.. qila x dpt nk celebrate ngn mama.. anak sorg je.. hihi.. tak terdaya nak wat sume sorg2..

Cik Z@i Pen@nG said... [Reply to Comments]

wahhh...best2...meriah

Miss Moon said... [Reply to Comments]

wah nih misti hasil dari baby baru laloque nih ..

heppy mothers day to u too mah ...to the sweetest mom

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

wah...meriah..best...akhirnya vp sorang je bwk mkanan..xpelah seklai skala kan..he he he..

HadSha said... [Reply to Comments]

bestnye tgk akak adik badik.. Happy famili giler.... syok2..

viruspadu said... [Reply to Comments]

Miss Moon
a ah, masa ni family semua nak test menembak, tu yang gambar cacamarba, gambar jari kaki pun ado haha

Softtouch [Hanim]
a ah la takpe, janji hepi ye tak

HadSha
adik beradik ramai mmg riuh sikit :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^