Follow Viruspadu

Tuesday, May 25, 2010

Hujan oh Hujan

lepas beronok-ronok menikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat river cruise, kitorang sebenarnya dah takde plan dah. sebab semua yang dalam plan buku program yang en.laloque buat semua dah tercapai, setel dah. kecuali jonker walk lah. tapi takpe dah ganti dengan pahlawan walk sepanjang 100 meter dah la hehe

masa pegi istana tu, saya ternampak macam muzium melayu ke apa ntah nama dia. so macam teringin benar nak menyinggah. sebelah dia je kan. so ingat nak ajak la en.laloque pegi.

so sebab dekat-dekat kitorang jalan kaki je la. takyah bawak kereta kot. sebab dekat sangat

sambil-sambil. lalu depan kincir air kesultanan melayu melaka :)


boleh baca kalau rajin, dah kalau mata korang terang hehe



baru jalan sikit

tiba-tiba hujan kau.

lebat giler lak tu

adoi. terus patah balik. berteduh kat kedai makan kat tepi river cruise ni



lama woi hujan tu. siap boring-boring lagi

sekali ternampak

"asam pedas kembung RM6"

tetiba teringin

padahal kenyang lagi sarapan kat hotel. en.laloque pun heran

"ha nak makan lagi?"
"a ah teringin lak, dah masak ke ha?"

tak puas hati, terus tanya adik jaga kedai tu

"dik asam pedas dah masak ke?"

yelah pagi lagi kan.

"dah kak, tp asam pedas kembung je kak"

memang saya nak asam pedas kembung pun.

saya suka la ikan kembung. teringin nak makan sambal ikan kembung mak saya masak, rasanya dah bertahun tak rasa. huhuhuh. mak, anak manja intan payung mak ni nak makan ikan kembung sambal mak, eceh. harap2 mak baca part ni :p

kak jemah, penggemar ikan kembung hahaha. lepas ni nak tukar ah viruspadu's blog - Ini bukan belog anti virus kepada Viruspadu's Blog - Penggemar Ikan Kembong Tegar hehehe

saya suka ikan kembong sebab Ikan kembong adalah antara ikan yang rupa dia senonoh di lihat. erm senang nak siang, tak banyak tulang, murah di pasaran. dan dan ermmmmmmm senang nak sebot. kembong kembong kembong hahaha


yummmmmmm

dah selesai menyentap asam pedas kembong pun still hujan lebat lagi okeh. so weols masuk quayside melaka


try nak carik baju raya nisa, nampak baju kebaya batik hijau. tapi saiz nisa yilek pulak. so letak balik. yang ado biru je pulak. itu pun kain dia dah boleh buat berkemban. kemain panjang lagi


kitorang tawaf 2 round pun hujan still lebat lagi.

huh. nak buat canne ni :(

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

Cik Pah said... [Reply to Comments]

haishh.. geram betul tgk muak annur tuh.. gebu betul.. ishhh. nak geget sket.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betul tu ikan kembung senang nak siang..he he he...mmg purelah kan asam pedas tu sbb mmg org melaka yg masak...

viruspadu said... [Reply to Comments]

cikpah,
meh gigit mama dia dulu meh. mama dia lg gebu. wah gitu

Softtouch [Hanim],
kan. ikan kembung the best forever n ever

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

lame x masak asam podas....lps kawen r br msk...hohoho

Elyn said... [Reply to Comments]

salam vp,
next stop ajak lah incik laloque ke kuantan pulak...makan ikan bakar.. sodaaapppp....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^